uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

𝗙𝗮𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗾𝘂𝗹 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁💜

𝗙𝗮𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗾𝘂𝗹 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁💜

Відкрити в Telegram

"And remind, for indeed, the reminder benefits the believers" (Quran 51:55)

Показати більше
8 047
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів
Архів дописів
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞 Telah masuk waktu solat fardhu zohor (12:27) bagi kawasan Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Bahagian Pantai Barat (Sabah) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Selamat menunaikan solat fardhu Zohor! ☺️

“Sesungguhnya kamu tidak pernah sendirian kerana kamu ada Allah. Jika kamu ingin Dia berbicara dengan kamu, maka bacalah Al-Quran. Dan jika kamu ingin berbicara kepada-Nya, maka solatlah dua rakaat.” @islamicdailyposts

Jangan salahkan Allah untuk setiap ketentuan,setiap ketetapan dan setiap takdir kehidupan. Kerana semua nya adalah kehendak dan pasti diiringi bahagia hingga ke syurga insha Allah. @islamicdailyposts

Setiap kali ada seseorang yang menyakiti hatimu, tersenyumlah dan katakan pada dirimu ; "Aku harap dengan bersabar dari gangguannya akan aku gapai Redha Allah SWT." @islamicdailyposts

Semua ujian dekat dunia ni, ada satu saja jawapan dia. Sebab Allah sayang kita. @islamicdailyposts

Ujian Kesenangan Lebih Sukar ========== Terkadang kita dapat menyaksikan bagaimana sebahagian manusia berupaya untuk bersabar dan teguh ketika diuji dengan kesusahan. Namun apabila mereka senang, mereka semakin lalai dan lupakan Allah. Pada hakikatnya ramai juga manusia yang semakin jauh dari Allah ketika mereka senang. Sedangkan ketika susah dahulu, mereka sering mengadu dan berbisik kepada Allah. Benarlah firman Allah bahawa Allah menguji manusia dengan kesusahan dan kesenangan. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ❤️✨ @DakwahSentapOfficial

Perbanyak Berpuasa di Bulan Syaaban ======= 1. Bulan Syaaban adalah bulan di mana amal soleh diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Oleh yang demikian Rasulullah dikatakan sering berpuasa pada bulan tersebut. Sabda Rasulullah: ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ “Itulah dia bulan (iaitu bulan Syaaban) yang terletak di antara Rejab dan Ramadan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal soleh ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka untuk diangkat amalanku sedang aku dalam keadaan berpuasa.” (Sunan al-Nasa’i) 2. Oleh yang demikian, perbanyakkan berpuasa pada bulan ini seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi @islamicdailyposts

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Kaya atau miskin, sihat atau sakit, susah atau senang, berjawatan atau tidak, semuanya akan berakhir dengan kematian. Itulah hakikat dunia, hanyalah pinjaman untuk ujian, samada terzahir dalam diri sifat Sabar atau Syukur yang natijahnya adalah hadiah Syurga dari Allah. Tetaplah tersenyum saat lelah dan letih diuji, kerana setiap aturan Allah dalam hidupmu adalah aturan yang terindah dariNYA. Sampai bila harus bersangka baik kepadaNYA? Sampai kita dijemput oleh Allah dalam keadaan hati kita tetap bersangka baik kepada Allah agar Allah membalas segala kebaikan tersebut dengan Syurga yang kekal abadi. Jom join telegram Ustaz Luqman Daud untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian yang menarik😊 https://t.me/luqmandaudchannel

Hentikan Elemen Kelucahan Dalam Drama ========= 1. Hangat baru-baru ini diperkatakan mengenai adegan lucah yang dipersembahkan dalam video ringkas yang dilakonkan oleh Muslim dan pengarahnya juga dikatakan seorang Muslim. Lakonan yang mengandungi elemen kelucahan sebegini seharusnya diharamkan serta merta. 2. Adalah menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila seorang mukmin sendiri sudah tidak sensitive lagi dengan perkara kemungkaran. Sehingga mereka merasakan melakonkan atau mengadakan elemen berunsur dosa, atau menyaksikannya sebagai suatu perkara biasa. 3. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e) 4. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang. 5. Seorang mukmin tidak seharusnya mengucapkan: “Biarlah, dosa masing-masing” atau “kubur masing-masing” kerana ungkapan ini seolah menggambarkan bahawa kita tidak peka atau sensitif dengan dosa dan larangan Allah. 6. Dengan sebab itu dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari) 7. Lalu bagaimana kita melihat dosa kita dan kemungkaran disekeliling kita? Apakah kita selesa dengan kemunculan elemen-elemen dosa yang dipersembahkan dalam industri lakonan tempatan? Atau apakah ini bekalan yang akan kita bawa bertemu dengan Allah nanti? Semoga Allah membimbing kita. – Dr. Ahmad Sanusi Azmi @islamicdailyposts

Jadilah kita anak yang mendengar cakap ibubapa. Bukan ibubapa yang mendengar cakap kita. Moga Allah redha. @islamicdailyposts

Bila dah pasang niat nak berubah tu, just go on. Allah dah ketuk pintu hati, pandang terus ke depan. Step by step. Semoga istiqomah. May allah ease everything.. @islamicdailyposts

✦ —❥ ; 𝒉𝒐𝒑𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒊𝒕 ✿` ° 𝒂𝒘𝒆𝒔𝒐𝒎𝒆 𝒄𝒉𝒂𝒏𝒏𝒆𝒍𝒔 𝒉𝒆𝒓𝒆 😃 🎡 @wallpaperterbaik ╰► aesthetic wallpaper here ˚✧ 🎡 @islamicdailyposts ╰► jaga hati, untuk yang halal ˚✧ 🎡 @dakwahsentapofficial ╰► ayat sentap menusuk hati ˚✧ 🎡 @bicarabulanofficial ╰► kata motivasi sang rembulan ˚✧ 🎡 @ilovedakwah ╰► jom hijrah! tinggalkan kegelapan ˚✧ 🎡 @Deepke ╰► pedas tapi mantap ˚✧ 🎡 @hunteroffaith ╰► buktikan cinta, jom selawat ˚✧ 🎡 @mytextsvibes ╰► quotes, just learn from it ˚✧ 🎡 @deepestwords ╰► deepest words for you ˚✧ 🎡 @sentaplaatuu ╰► agama itu adalah nasihat ˚✧ 🎡 @thedakwahjourney ╰► It's all about dakwah ˚✧ 🎡 @lifegoenon ╰► sesulit apapun hidupmu, harus diteruskan˚✧ 🎡 @tulisanpengemis ╰► tetaplah tersenyum, walau tak mampu ˚✧ ⎙ delete after 6 hours ⎙ asp by @macchiatosasp [𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒍𝒊𝒏𝒌 𝒕𝒐𝒅𝒂𝒚) 🪄 t.me/mytextsvibes

KEMATIAN ITU DEKAT 😌 Setiap jam mahupun setiap minit yang sedang berlalu membuatkan kita semakin dekat dengan kematian. Bahkan, tiada seorang pun tahu ketika kematian sedang mendekati tetapi ketika waktunya sudah pun tiba, tiada seorang pun yang mampu selamatkan diri.

Kalau tertinggal solat usaha Qadho pada hari itu juga. Jangan biarkan satu waktu pun tertinggal tidak diganti macam tu saja. Sebarkan ❤️✨

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan,meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah