uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку 👈

INFO MPP KJM

INFO MPP KJM

Відкрити в Telegram

LINK WHATSAPP MPP 👇 MPP DANIAL: wasap.my/60187646153 MPP APAI: wasap.my/60124281865 MPP ALLIYA: wasap.my/601154100726 MPP ATHILIA: wasap.my/60127514811

Показати більше
4 926
Підписники
Немає даних24 години
-187 днів
+7530 днів
Архів дописів
[NOTIS TINJAUAN KEBERADAAN PELAJAR SEPANJANG SESI PERKULIAHAN SECARA ATAS TALIAN] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Tinjauan Keberadaan Pelajar Sepanjang Sesi Perkuliahan Secara Atas Talian kini dibuka berdasarkan ketetapan berikut. 📍Tarikh buka: 11 Oktober 2026 📍Tarikh tutup: 12 Oktober 2026 📌 Sehubungan itu, mahasiswa dimohon untuk melengkapkan tinjauan ini bagi membantu pihak berkaitan merancang pengoperasian gerai di Medan Selera Kolej dan kawasan kuliah mengikut keperluan semasa mahasiswa. 🔗 https://forms.gle/j6GZVorf7rjuCTTH8 Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN SUSULAN TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) TIDAK SIHAT] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara dalam talian berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di UiTM Cawangan Melaka, tertakluk kepada ketetapan berikut: 📍Tarikh: 12 hingga 16 Oktober 2026 📌 Walau bagaimanapun, sekiranya kehadiran fizikal mahasiswa diperlukan bagi urusan PdP atau pentaksiran, mahasiswa hendaklah memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada kesihatan dan kebajikan mahasiswa. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

photo content
+1

[NOTIS PERINGATAN HAL EHWAL AKADEMIK] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, S
[NOTIS PERINGATAN HAL EHWAL AKADEMIK] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa semua mahasiswa diingatkan untuk memastikan pendaftaran kod kursus, kumpulan kelas dan rekod kehadiran dilaksanakan dengan tepat dalam tempoh yang telah ditetapkan. 📌 Sehubungan itu, mahasiswa dimohon untuk merujuk poster yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memastikan segala urusan berkaitan hal ehwal akademik dipatuhi. Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS BANG BANG] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku,
[PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS BANG BANG] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Mobile Legends Bang Bang ACS Edu Tour Season 5 x CRIT akan berlangsung seperti ketetapan berikut: 📍Tarikh: 15 Oktober 2026 📍Lokasi: PTAR UiTM Kampus Jasin 📌Sehubungan itu, mahasiswa yang berminat boleh merujuk poster hebahan dan mengimbas kod QR bagi perincian. Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN TERKINI BERHUBUNG PELAKSANAAN PdP SUSULAN SITUASI JEREBU] SABTU | 10 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka mengambil serius kebimbangan dan maklum balas mahasiswa berhubung situasi jerebu semasa serta pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 📌 Sehubungan itu, MPP telah mengangkat perkara ini kepada pihak pengurusan tertinggi universiti berserta maklumat dan maklum balas yang diterima daripada mahasiswa untuk perhatian dan pertimbangan. 📌 Susulan situasi jerebu semasa, pihak pengurusan universiti sedang memberi perhatian terhadap pelaksanaan PdP secara atas talian. Sebarang keputusan berhubung perkara ini adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak pengurusan universiti. MPP akan terus membawa suara dan kebimbangan mahasiswa melalui saluran yang sewajarnya serta mengikuti perkembangan perkara ini dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR SUSULAN KEADAAN JEREBU] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Sa
+1
[PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR SUSULAN KEADAAN JEREBU] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan memo berkenaan aktiviti persatuan pelajar susulan keadaan jerebu. 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta untuk sentiasa memantau rapat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta mengikuti beberapa langkah yang disyorkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. ”SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN PERKULIAHAN] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam M
[NOTIS PEMAKLUMAN PERKULIAHAN] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa semua kelas kokurikulum bagi peringkat Diploma dan Ijazah di UiTM Cawangan Melaka akan dilaksanakan secara dalam talian bagi minggu ketiga perkuliahan. 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan diri serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan situasi jerebu yang sedang berlaku. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN JEREBU] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tidak sihat bagi kawasan negeri Melaka. 📌 Sehubungan dengan itu, semua aktiviti senaman atau riadah di luar bangunan adalah tidak dibenarkan dan premis sukan tidak dibenarkan untuk beroperasi sehingga bacaan IPU membenarkan. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[MPP CARE JUMAAT BARAKAH] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka
[MPP CARE JUMAAT BARAKAH] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kampus Jasin akan mengadakan inisiatif MPP Care Jumaat Barakah dengan menyediakan minuman percuma kepada mahasiswa seperti ketetapan berikut: 📍 Tarikh: 9 Oktober 2026 📍 Masa: 12.00 tengah hari 📍 Lokasi: Blok Kuliah, UiTM Kampus Jasin 📌 Sehubungan itu, mahasiswa dijemput untuk mengambil minuman percuma yang disediakan kepada 100 orang terawal. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[HARI TECHNO INSANIAH] KHAMIS | 8 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Pr
+1
[HARI TECHNO INSANIAH] KHAMIS | 8 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Hari Techno Insaniah seperti ketetapan berikut: 📍Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat) 📍Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari 📍Tempat: Auditorium, Blok Kuliah 📌 Selain itu, pengecualian kuliah, makanan serta e-Merit akan diberikan kepada peserta yang hadir ke program ini dan mahasiswa yang berminat untuk menyertainya dimohon untuk melengkapkan maklumat diri melalui pautan berikut: 🔗https://forms.gle/C4uxZMgn5CSuRXAe9 Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN LARANGAN MELETAKKAN KENDERAAN DI LALUAN KELUAR MASUK KENDERAAN BERAT] KHAMIS | 8 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa terdapat mahasiswa yang meletakkan kenderaan di kawasan laluan keluar masuk kenderaan berat berhampiran Pejabat FELCRA Kampung Seri Mendapat. 📌 Sehubungan itu, berikut ialah nombor pendaftaran kenderaan yang menghalang laluan dan perlu segera dialihkan: 1. IM4U 8851 2. VMA 2665 3. CFD 3510 4. WMD 8349 Diharapkan agar mahasiswa sentiasa peka dan cakna terhadap peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN KERJA-KERJA FOGGING DI SELURUH KAMPUS UiTM JASIN] SELASA | 6 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja fogging adalah seperti berikut: 📍Tarikh : 7 Oktober 2026 (Rabu) 📍Lokasi : Seluruh Kampus UiTM Jasin 📍Masa : Bermula pada 6:30 petang 📌Sehubungan itu, diminta semua penghuni Kolej Tun Gemala untuk berpakaian sopan sehingga kerja-kerja fogging selesai. Diharapkan agar semua mahasiswa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang masalah akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[JEMPUTAN SEMINAR KESEDARAN JENAYAH SYARIAH] ISNIN | 5 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Seminar Kesedaran Jenayah Syariah akan berlangsung seperti ketetapan berikut. 📍 Tarikh: 8 Oktober 2026 📍 Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang 📍 Tempat: Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka 📌 Sehubungan itu, 40 orang mahasiswa yang berkelapangan, tidak mempunyai kuliah pada waktu berkenaan serta berminat untuk menyertai seminar ini adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran melalui pautan berikut: 🔗 https://forms.gle/LYuCPpMDF8ScfCc16 Diharapkan agar semua mahasiswa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN TEMPOH PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN MELALUI ONLINE FEE DEFERMENT] JUMAAT | 2 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian adalah seperti ketetapan berikut: 📍 Tarikh Permohonan: 24 September 2026 hingga 18 Oktober 2026 📌 Mahasiswa yang ingin memohon penangguhan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui pautan berikut: 🔗 https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ 📌 Mahasiswa diminta untuk melengkapkan permohonan penangguhan pembayaran yuran melalui Online Fee Deferment sebelum tarikh pengisian berakhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: KAG http://wasap.my/601111453628/MPPSara [MPP SARA] KBM https://www.wasap.my/601162636446/SMPPFatin [SMPP FATIN] KJM https://wasap.my/60193677732/SMPPAida [SMPP AIDA] Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan. Sekian, terima kasih. ”SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN JAWATANKUASA RAKAN AKADEMIK] KHAMIS | 1 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rakan Akademik (JWARA) merupakan medium komunikasi antara pihak pengurusan akademik dengan wakil Class Representative Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). 📌 Sehubungan dengan itu, semua Class Representative FSKM digalakkan untuk menyertai medium komunikasi JWARA melalui pautan berikut: 🔗 https://chat.whatsapp.com/DlMZAiwfPQ1AiUd9DVRjMG Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[NOTIS PENYERAHAN BAJU KORPORAT] RABU | 30 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa penyerahan baju korporat Fakulti Perladangan dan Agroteknologi akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 📍 Tarikh: 1 hingga 2 Oktober 2026 📍 Masa: 8.30 malam hingga 10.00 malam 📍 Lokasi: Pejabat MPP, Aras 2, Pusat Persatuan Pelajar Sebarang pertanyaan, sila hubungi: https://www.wasap.my/601154100726/MPPAlliya [MPP ALLIYA] https://www.wasap.my/601128858852 [NAQIUDDIN] https://www.wasap.my/60177309590 [SYAFIRUL] Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN TARIKH-TARIKH PENTING KALENDAR AKADEMIK SEMESTER SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] SELASA | 29 SEPTEMBER 2026 Assal
[PEMAKLUMAN TARIKH-TARIKH PENTING KALENDAR AKADEMIK SEMESTER SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] SELASA | 29 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan tarikh-tarikh penting Kalendar Akademik sepanjang Semester September 2026 - Februari 2027. 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa digalakkan untuk mengimbas kod QR yang tertera pada poster yang dilampirkan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PERMOHONAN DAN TEMUDUGA BANTUAN ZAKAT PELAJAR BAGI SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] SELASA | 29 SEPTEMBER 2026 Assalamua
[PERMOHONAN DAN TEMUDUGA BANTUAN ZAKAT PELAJAR BAGI SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] SELASA | 29 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka telah membuka Permohonan Bantuan Zakat Pelajar secara dalam talian bagi sesi September 2026 – Februari 2027. 📌 Sehubungan itu, mahasiswa yang berminat untuk memohon disarankan untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mendapatkan perincian maklumat permohonan berdasarkan kampus serta membuat permohonan melalui Student Portal. Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMBUKAAN PENDAFTARAN BAHARU BAGI INISIATIF FOODBANK] SELASA | 29 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran baharu bagi inisiatif Foodbank kini dibuka kepada mahasiswa baharu dan sedia ada yang terlepas peluang pada semester sebelumnya. 📌 Sehubungan itu, mahasiswa yang berminat dimohon untuk mengisi borang permohonan melalui pautan berikut sebelum 2 Oktober 2026: 🔗https://forms.gle/wEc1FDs9TsxhbAso7 Sebarang pertanyaan, sila hubungi : https://wasap.my/60124281865/MPPDzul [MPP DZUL] https://wasap.my/60136897798/SMPPSolehin [SMPP SOLEHIN] Diharapkan agar mahasiswa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Jasin Sesi 2025/2026