Tasawwur Islam's Spmnetic!™ 📚
Відкрити в Telegram
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Показати більше2 245
Підписники
+524 години
+617 днів
+12030 день
Архів дописів
Salam sejahtera, mohon untuk sebarkan link ini kepada rakan anda sama ada bakal pelajar baharu semester 1 sesi 2024/2025 ataupun pelajar semester 3 2024/2025
https://t.me/matrik2024
Group ini dikelola oleh alumni matrikulasi yang sekarang meneruskan Pengajian di New Zealand serta Universiti Malaya. Kami berdua telah membantu para pelajar matrikulasi sesi 2024/2025 ketika persiapan kemasukan Matrikulasi, teknik belajar (tips and tricks in Matrik) , Skor penilaian berterusan, Skor Final Exam (PSPM) atau dikenali Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.
LINK BACAAN YAASIIN!
meet.google.com/hng-dcnu-ehy
Atau dail: (US) +1 605-906-8992
PIN: 721 517 171#
BACAAN YASIN BERAMAI RAMAI SPMNETIC
MASA : 9 MALAM HINGGA SELESAI
TARIKH : 16 MAY 2024 ( KHAMIS )
TEMPAT : GOOGLEMEET
TENTATIF PROGRAM :
- 0850 MALAM : PLATFORM DIBUKA
- 0900 MALAM : BACAAN YASIN DAN DOA DIMULAKAN ( DIKETUAI AHMAD AFIQ )
- UCAPAN RINGKAS DARI WAKIL SPMNETIC ( HIDAA )
P/S : bacaan ini adalah untuk batch 06 yang akan menerima result dan batch 07 yang akan menghadap spm
Repost from Thespmnetic™ 🕵🏻🕵🏻♀
Heyyo! Hari ini adalah hari jumaat kan ? Jom kita sama-sama mengikut program bacaan Yaasin pada malam ni!
Sama-sama kita tambahkan pahala :)
Tarikh : 10 Mei 2024
Hari : Jumaat
Jam : 9 malam hingga selesai
Konduktor : Muhammad Ameer
Repost from Thespmnetic™ 🕵🏻🕵🏻♀
INFO KPM: Keputusan SPM 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024 (Isnin).
Sumber: Portal Rasmi KPM
Repost from Study To Success🤍
TIPS SKOR PENDIDIKAN ISLAM/TASAWWUR
1. FAHAMKAN APA YANG ADA DALAM BUKU TEKS 💎
Kena faham, konsep belajar pendidikan Islam ni adalah untuk memahami bukan menghafal semata-mata. contohnya, topik Haji & umrah. Kita kena faham ibadah/perbuatan apa yang dilakukan mengikut tarikh. Kalau kita faham, maka proses menghafal jadi lebih lancar.
2. JELASKAN BALIK APA YANG DIBACA 🌘
Subjek agama ni banyak melibatkan hukum hakam & penerangan yang jelas untuk memahaminya. Jadi, apa yang kita hafal & ingat tadi kena jelaskan balik seolah-olah kita beri 'nasihat' atau 'ceramah' supaya kita betul betul faham apa yang kita belajar.
3. [ HAFAZAN ] [ PAI ]
Ada beberapa cara untuk menghafaz dengan cepat dan tak mudah lupa apa yang dibaca. 🖐
1) Kurangkan buat dosa (apa yang dihafal tak lekat di hati yang kotor)
2) Baca dengan bertajwid dulu, baru mula menghafal
3) Ulang ayat 1 dalam 5 kali. Kemudian ulang ayat 2, 5 kali. Ulang ayat 1 dan 2, 5 kali. Selepas itu ulang ayat 3, 5 kali. Dan ulang ayat 1,2 & 3, 5 kali. Buat perkara yang sama untuk ayat seterusnya.
4) Ulang & hafal dengan kerap. Contohnya, setiap kali selepas solat fardhu, hafal lah ayat hafazan.
5) Banyakkan dengar ayat hafazan kemudian cuba ikut apa yang dibaca tanpa lihat Al-Quran
4. BUAT NOTA SENDIRI ✍✍
Kalau nak tahu, dalam banyak banyak subjek, subjek pendidikan Islam, adalah subjek paling sesuai untuk buat nota dalam bentuk mind-map. Sebab subjek ni tak perlukan penerangan yang panjang dan mudah ingat. Jadi banyakkan transfer maklumat dalam bentuk mind-map sebab kita boleh hafal lebih 2 tajuk dalam satu masa.
5) [ BAHAGIAN TASAWWUR ]
Tasawwur ni penuh dengan fakta & penjelasan yang perlu ingat 'bulat-bulat'. Bila buka buku teks, bahagian info tu penting. Kemudian, maksud/definisi tu kena hafal bulat bulat ya. Sama macam sejarah, tapi bezanya Tasawwur bukan dalam bentuk cerita. Semuanya fakta yang sangat sangat penting jadi kena banyakkan menghafal dengan kerap.
Kemudian, biasakan diri dengan kertas peperiksaan supaya ada idea macam mana nak bentuk satu strategi untuk kuasai Tasawwur
6) KBAT 🔥🔥🔥
KBAT ni lubuk markah. Kalau kita tengok, kebanyakan soalan KBAT memang perlukan logik akal sahaja dan kadang berulang. Pastikan:
• Isi (terus masuk isi) kemudian sambung dengan ( kerana, supaya, agar) sebagai huraian.
Contoh: Arak diharamkan dalam Islam [ I ] kerana ianya memabukkan. [ H ]
• lepastu pergi kepada huraian lengkap. Bahagian ni boleh mula dengan (kesannya, akibatnya, contohnya)
Contohnya, apabila seseorang mabuk, dia mudah melakukan perkara jahat seperti membunuh.
• dan part kesimpulan paling senang sebab kesimpulan selalu berulang.
- kita/masyarakat mestilah ....... (Agar, supaya) hidup diberkati allah
cr - @TIPS_SPM2021
semoga bermanfaat
Lagi satu, jangan habiskan terlalu banyak masa untuk ulang kaji subjek ni, 1 minggu 1 jam pun dah cukup. Masa yang lain, korang boleh habiskan dekat subjek maths, addmaths, sej, dan lain lain. Percayalahhh
kalau min tahu, lebih mudah yang mana non muslim tu min nak tolong untuk korang lebih faham, sebab ada beberapa sekolah yang pelajar non muslim boleh ambik subjek tasawwur islam.
min nak tanya, ada ke pelajar dalam chanel ni non muslim dan ambik subjek tasawwur dalam SPM ?
Back to the question yang min beri, min bagi masa dulu korang buat dan refreshkan otak. Memandangkan sekarang bulan puasa. Petang sikit nanti, min bagi skema jawapan , min mungkin akan ajar korang cara jawab soalan KBAT. ORANG KATA, MULA AWAK TAK MENYESAL . At least you know how to answer the question
Masa exam nanti, ni semua penting untuk korang tahu. Korang bolehlah baca balik nanti, buat tambah tambah apa yang korang perlu tahu
Ada subjek yang memerlukan campuran dari pemarkahan tambahan
- prinsip perakaunan dan perniagaan perlukan markah tambahan dari kerja kursus
- PAI akan dicampur juga dari hafazan, bacaan hadis dan beberapa yang diambil kira
- Bm,Bi , markah akan dicampur dari bertutur, mendengar
Lagi satu, bila dah masuk upper form. Cara pemarkahan tidak lagi sama. Kenapa?
Kalau dulu, campur campur semua akan diperkan dengan 100 %
Sekarang tidak lagi, ada paper yang memerlukan jumlah markah :
140 markah
120 markah
160 markah
180 markah
dan diperkan dengan seratus untuk kita dapat real marks
Min suggestkan yang baru masuk tingkatan 4, selak selak bentuk soalan setiap subjek yang korang ambik. Takdelah nanti korang terkejut dengan bentuk soalan yang sangat lain dari lower form. Kadang- kadang kalau dalam exam, kita boleh jadi panic dan menyebabkan otak kita jadi blank. Jadinya, dengan persiapan awal,
contohnya :
- tahu bentuk soalan
- cara pemarkahan
- cara jawab soalan
ni semua penting untuk korang rasa lebih yakin masa jawab exam
Masuk tingkatan 4 dan 5, dah takde bentuk soalan yang siap diisi dengan tempat kosong. Adik- adik yang baru nak masuk alam upper form, jangan terkejut kalau kertas soalan nipis tapi semua kita kena pindahkan dalam test pad. Tak kiralah, tu Pendidikan Islam atau Tasawwur Islam.
Tasawwur Islam
- 2 bahagian
*Bahagian A - 20 markah
( mempunyai pelbagai bentuk soalan )
* Bahagian B - 80 marks
( soalan esei )
Setial set soalan ada 6 soalan ( Jawab 5 sahaja ) - Bahagian B
1 soalan 20 markah
* 20 darab 5 = 100 marks
