cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

@farahnini_jannah

Cita-cita menjadi hamba Allah yang terbaik💚

Більше
Рекламні дописи
250
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
-230 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
SELAMAT HARI GURU/MURABBI Antara ungkapan yang masyhur terkait peranan besar yang dimainkan oleh seorang guru/murabbi ialah: لولا المربي، ما عرفت ربي Jika bukan kerana guru (murabbi), tidaklah aku mengenal Tuhan (Rabb) ku. Ungkapan ini ternyata menyanjung usaha besar para guru (murabbi) yang berusaha sedaya upaya membawa muridnya mengenal tujuan kehidupan yang sebenar. Dan ia menunjukkan alangkah dekatnya perkaitan antara Murabbi dan Rabb itu sendiri. Dan murabbi pertama kepada umat ini tentulah sosok yang bernama Muhammad bin Abdullah, Ar Rasul s.a.w. Hasil jerih payah dan peluh keringat baginda yang berdakwah dan mentarbiah siang dan malam, membawa umat keluar dari kegelapan jahiliyah kepada sinar Islam yang terang benderang. Dan yang terlebih awal, pastinya Jibril AS, yang telah menyampaikan wahyu dan membimbing Rasul yang mulia. Maka tidak hairanlah, saat Jibril mentarbiah Nabi, maka simboliknya adalah pelukan dan sentuhan. Kerana murabbi itu senjatanya adalah SENTUHAN. Dan pekerjaan mulia ini telah diwariskan kepada para sahabat, tabieen, dan tabi' tabiieen, dan mereka yang menuruti setelahnya sehingga ke hari ini. Menyebar Islam, membawa manusia tunduk kepada rabb nya. Justeru, di atas kefahaman ini, kita percaya sesiapa sahaja yang melaksanakan pekerjaan ini adalah seorang murabbi. Ibu bapa kita umpamanya, meskipun serba tidak sempurna, tetapi mengajarkan tulis dan baca kepada kita, dan memperkenalkan kita kepada Allah dan Rasul semenjak di awal usia. Mereka berdua lah murabbi terawal bagi kita yang selayaknya kita muliakan. Bahkan Quran turut menegaskan hakikat ini dengan seruan: وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua mu. Begitu juga dengan para guru di sekolah yang mencurahkan keringat mendidik anak bangsa supaya berakhlak mulia. Mengajarkan ilmu pengetahuan yang akhirnya menjadi pedoman dalam kehidupan. Kesemuanya ada nilai pahala yang dicatat oleh Allah s.w.t. Dan yang paling menyentuh hati, di celah-celah hiruk pikuk dunia yang sibuk, wujud sekumpulan manusia yang ligat mencari dan mengajak anak-anak muda untuk ditarbiah dengan fikrah dan celupan Islam. Walaupun anak-anak muda itu tidak langsung mempunyai hubungan pertalian darah dengan mereka, bahkan kadang-kadang tidak menghargai pengorbanan mereka. Mereka melakukannya dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa2 balasan kecuali daripada Allah s.w.t. Mereka tidak berputus asa dengan penolakan demi penolakan, bahkan kekal istiqamah mengajak dan terus mempelawa utk menyertai halaqah kecilan yang diusahakan, meski dibatasi kekurangan ilmu dan kegagapan lidah. Inilah antara contoh sosok murabbi sebenar. Yang akan menghantarkan manusia-manusia tadi kepada redha dan maghfirah Rabb nya. Sesungguhnya, murabbi adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Mereka boleh datang dalam bentuk ibu bapa, guru, bahkan pemimpin negara, ataupun individu yang kita tidak kenali yang ikhlas menghulurkan salam taaruf dan perkenalan. Selamat Hari Murabbi Tarbiah Daily _Tiada Hari Tanpa Tarbiah_
Показати все...
00:28
Відео недоступнеДивитись в Telegram
00:16
Відео недоступнеДивитись в Telegram
00:23
Відео недоступнеДивитись в Telegram
00:14
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Video from farahnini_jannah
Показати все...
00:32
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Video from farahnini_jannah
Показати все...