cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

#️⃣ParentingInfoWithKhadijahMalik

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
145
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Tip tingkatkan 'working memory' otak kanak-kanak dengan seni visual ================ Apakah ada kanak-kanak di bawah didikan kita yang mudah lupa apa yang sepatutnya dia lakukan? Contoh: 1) Kanak-kanak sedang makan nasi, tiba-tiba seorang rakan meminta bantuan memasang mainan blok, kemudian dia terus bermain blok itu dan lupa yang dia sepatutnya habiskan makan nasi. 2) Kanak-kanak mendapat arahan mengemas permainan yang disepahkannya. Sedang dia mengemas, dia terjumpa permainan yang disukainya. Dia terus ralit bermain dan lupa dia sepatutnya mengemas permainannya. Situasi ini berlaku apabila 'working memory' tidak dapat berfungsi dengan baik. 'Working memory' terletak di fungsi eksekutif otak. Ia adalah kemahiran yang penting untuk survival. Berita baiknya, ia boleh ditingkatkan. Bagaimana? 1) Membuat aktiviti seni visual bertema +Kanak-kanak diberikan sehelai kertas +Kanak-kanak pejam mata dan membayangkan 1 objek dalam kepala secara terperinci. Contoh: Tema haiwan. Bayangkan haiwan seperti kucing, bulunya, matanya, ekornya. +Kanak-kanak melukis gambarannya atas kertas +Ulang untuk objek seterusnya 2) Membuat lawatan sesuatu tempat dan menggambar di tapak +Kanak-kanak melawan sesuatu tempat, contoh: Taman bunga +Kanak-kanak memerhati bunga yang ada +Kanak-kanak mengambil satu bunga dan memerhati serta merekod dalam working memory perinciannya +Simpan bunga semula +Keluarkan kertas dan medium warna (krayon/pensil warna) +Kanak-kanak melukis dan mewarna semula apa bunga tadi tanpa melihatnya 3) Membuat lawatan dan menggambar selepas pulang Aktiviti ini paling menguji kemampuan 'working memory' apabila kanak-kanak perlu menyimpan maklumat lebih lama sebelum melukisnya di sekolah. +Kanak-kanak melawat tempat pilihan contohnya taman haiwan +Kanak-kanak memerhati dan merekod di otak bentuk haiwan dengan terperinci +Kanak-kanak pulang ke sekolah dan melukisnya semula 4) Bermain menggambar objek tertutup +Kanak-kanak duduk di meja dengan sehelai kertas dan medium melukis/mewarna +Letak sekumpulan objek. Contoh: Sekumpulan buah-buahan +Dalam tempoh 5 minit, kanak-kanak memerhati dengan teliti +Kemudian tutup semula dengan kain +Kanak-kanak mula menggambar/melukis +Sekejap-sekejap pendidik boleh membantu dengan membuka kain beberapa kali sekiranya ada yang tidak dapat +Kanak menyiapkan hasil lukisan 5) Bermain lengkapkan objek +Kanak-kanak diberikan sehelai kertas dan medium warna/lukis +Kanak-kanak diberikan lukisan tidak lengkap +Pendidik memberikan arahan sekurang-kurang 3 langkah untuk kanak-kanak melengkapkan lukisan Contoh: -Lukis tompok pada badan kucing -Lukis ekornya panjang dan berbulu tebal -Warna kucing dengan kombinasi warna coklat dan hitam Kanak-kanak sebenarnya belajar mengingati dan menyimpan arahan tersebut dalam 'working memory' untuk melatih kefungsiannya. Oleh: Nurul Ilyani Binti Munsarikh Loppy #notapendidikanNIM
Показати все...
Lewat perkembangan bukan sesuatu yang "biasa".. Ala biasa la tu budak lelaki memang lambat bercakap... Ala biasa la tu dia tak ada adik beradik. Nanti lama-lama pandai la dia berkawan. Tunggu masuk tadika nanti.. Tuan puan, anak-anak kecil akan melalui 3 fasa... Fasa 1 ; 0-2 tahun adalah fasa anak-anak mengenal erti selamat dan kasih sayang. Fasa 2 ; 3-4 tahun adalah fasa anak-anak mengenal erti tak putus asa, erti cabaran, erti penerokaan. Fasa 3 ; 4-6 tahun adalah fasa anak-anak mengenal erti boundaries, erti adab sopan, erti berkerjasama. Jika 2 fasa yang awal tidak dilalui dengan baik, maka fasa ketiga, akan menjadi fasa seperti mencurahkan air ke dalam baldi yang bocor. Anak akan memerlukan masa yang lebih, usaha yang lebih, untuk melakukan perkara yang rakan-rakan sebaya lakukan dengan mudah. Jangan skip aturan perkembangan. Ajarkan bahasa dahulu, kayakan kosa kata anak-anak, baru ajar mereka ABC, 123. Ajarkan anak menguruskan diri dahulu, pakai baju seluar sendiri, makan sendiri, pakai kasut sendiri, baru ajar mereka menulis mengira. Ajarkan mereka faham emosi, rasa selamat, dan seronok mencuba, sebelum diajarkan disiplin dan mendengar kata. ...................... Kebelakangan ini, saya banyak menerima kes-kes lewat perkembangan yang merobek hati saya. 1. Didedahkan kepada gadget seawal 1 bulan berjam-jam sehari. 2. Tidak pernah dilatih mengikut arahan sehingga umur 4 tahun. 3. Pernah datang untuk sesi penilaian bersama profesional tetapi mengambil langkah "tunggu masuk sekolah untuk lihat perkembangan" dan akhirnya datang semula setahun kemudian apabila rejected by few school. 4. Didedahkan dengan televisyen sepanjang hari semasa dijaga oleh nenek dan tak menerima bahawa itu antara punca lewat perkembangan. Those are real cases. Bukan rekaan. We, occupational therapist, speech therapist, are not here to judge. We are here to HELP. Apabila ada nasihat yang diberikan, jangan buang kerana tercabar atau terguris hati. Ambil sebagai panduan. Apa yang sudah pun berlaku, letak tepi. Fokus kepada apakah tindakan seterusnya yang kita nak ambil. Buka hati selapangnya, dan move forward. Buat apa yang perlu. Berhenti pertahankan diri. Berubah demi yang kita sayang. Masa tak akan boleh diulang kembali. Yang sayangkan semua, Aabidah Ab Ghani Occupational Therapist Wafa Therapy Centre Brain Gym Facilitator
Показати все...
Parenting Do & Don't⁠ .⁠ .⁠ #2-Sepit Baju⁠ .⁠ .⁠ ✔️ Gunakan aktiviti menyepit sebagai latihan asas jari jemari anak dengan menggunakan sepit baju & kad keras.⁠ .⁠ .⁠ 👍 Aktiviti ini bagus untuk tingkatkan kemahiran isolasi jari & pegangan tripod yang penting untuk pengukuhan skill menulis.⁠ .⁠ .⁠ ❌ Jangan main sepit-sepit di muka & telinga pula ya. Habis merah-merah pipi & cuping anak nanti, kesian dia. 😅⁠ .⁠ .⁠ ❤️ Jika anda suka content ini.⁠ 💬 Cerita pengalaman aktiviti sepit anda.⁠ 📲 Sebarkan untuk manfaat kepada lebih ramai lagi.⁠ .⁠ .⁠ Klik link di Bio untuk ketahui lebih lanjut tentang @gymcademy⁠ .⁠ .⁠ #gymcademy #gymthatteach #parentingwithoutjudgement #jombuataktiviti #parentingdoanddont #pusatterapi #occupationaltherapy #terapicarakerja #terapikanakkanak #anakautism #adhd #hyperactive #speechdelay #anakistimewa #menyepit #tripod #isolasijari #family
Показати все...
3 KEDUDUKAN AJAR ANAK KEMAHIRAN MOTOR HALUS DI MEJA Kalau ada anak yang lewat perkembangan (AUTISM ke, Down’s syndrome ke, susah fokus ke) atau anak yang kita rasa susah sangat nak dapat tangkap satu-satu kemahiran motor halus tu, boleh cuba latih mereka dengan salah satu dari posisi yang saya kongsikan ni. 1️⃣Duduk di belakang anak Posisi ni, biasanya terapis guna kalau anak tu jenis “darter” dan hiperaktif. Haa... Apa “darter” tu? Term ni saya tangkap dari sahabat saya Nooredayu Yahaya. Maksudnya, anak kecil yang kalau tak pegang, akan lari dengan pantas 😅 Biasanya terapis akan duduk di belakang anak untuk berikan bantuan fizikal pada anak untuk anak terus duduk di kerusi, dan juga untuk bantu anak belajar gerakkan tangan dan jari-jemari untuk belajar melakukan aktiviti motor halus. Terapis yang duduk belakang anak, akan jadi “tangan kedua” anak untuk bantu anak belajar bagaimana untuk gerakkan tangannya bagi menyiapkan tugasan. Nama bahasa inggerisnya “physical prompting”. Dalam posisi ni, memang biasanya fokus latihan adalah pada motor halus. Terapis biasanya akan kurang bercakap dengan anak, kerana mahu anak fokus pada kemahiran motornya. 2️⃣Duduk posisi “L” Posisi ini, biasanya terapis akan guna kalau anak dah lebih tenang, dah kurang “darting”. Terapis akan duduk posisi “L” supaya terapis mudah bantu anak secara fizikal sekiranya anak mengalami kesukaran untuk menyelesaikan aktiviti motor halusnya. 3️⃣Duduk bertentangan Biasanya posisi ini adalah untuk anak yang hanya perlukan bantuan verbal (terapis cakap dan anak faham). Biasanya terapis akan bantu anak sikit-sikit, dan hanya melakukan “verbal prompting” kepada anak. Untuk anak yang sukar faham dan proses maklumat verbal, terapis akan gunakan bantuan bergambar atau demonstrasikan untuk anak faham. TAPI.... Ada je kedudukan-kedudukan lain yang terapis akan gunakan untuk ajar kemahiran motor halus ni. Ada yang terapis duduk sebelah-sebelah. Ada yang terapis meniarap sama-sama. Ada yang terapis ajak duduk depan cermin. Ada yang terapis ajak duduk atas buai. Ada yang terapis ajak panjat monkey bar. Serius.... Macam-macam stail. Dan setiap stail tu, sesuai untuk anak-anak tertentu. Jadi, kalau anak kita susah sangat belajar kemahiran motor halus macam MENULIS, MENYALIN, butang baju, berus gigi. Bawa je jumpa occupational therapist kanak-kanak berdekatan anda. Kalau kat GymCademy, kami kombo siap ada physiotherapist kanak-kanak lagi yang akan sama-sama tengok kemampuan fizikal anak tersebut. Sudilah komen 💐💐💐 kalau anda rasa posting ni bermanfaat ya 😆😆 SHARE posting ni supaya ramai lagi rakan-rakan kita yang tahu tentang tips ni. #OTAisyahRozalli #GymCademy #GymThatTeach #ParentingWithoutJudgement #GCATeam #GymCademist
Показати все...
Kat rumah pun anak boleh belajar. *PANDAI* dah kumpul beribu video cikgu-cikgu di YouTube, kemudian susun ikut silibus sekolah KPM. _Sek. Rendah_ *Y* 1⃣ : video.pandai.org/year1 *Y* 2⃣ : video.pandai.org/year2 *Y* 3⃣ : video.pandai.org/year3 *Y* 4⃣ : video.pandai.org/year4 *Y* 5⃣ : video.pandai.org/year5 *Y* 6⃣ : video.pandai.org/year6 _Sek. Menengah_ *F* 1⃣ : video.pandai.org/form1 *F* 2⃣ : video.pandai.org/form2 *F* 3⃣ : video.pandai.org/form3 *F* 4⃣ : video.pandai.org/form4 *F* 5⃣ : video.pandai.org/form5 *Mohon disebarkan supaya anak-anak dapat terus belajar di rumah*
Показати все...

Video Percuma untuk Pelajar

Показати все...
Log in to Facebook

Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.

😍 Anak Kita Akan Jadi Lebih Penyayang Bila.. 😍 👉 Kita sentiasa gunakan intonasi suara yang sesuai dan beri layanan yang terbaik pada pasangan hidup kita Si kecil kita tu sebenarnya belajar communication skills dan social skills melalui apa yang mata dia nampak dan perhatikan setiap hari di rumah. Jadi apa je yang mak ayah dia lakukan, itulah yang dia akan tiru dan praktikkan bila dia makin besar nanti. 🥰 #notaDrALB
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.