cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Info Terkini Palestin 🇵🇸

Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya. Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .

Більше
Рекламні дописи
1 752
Підписники
+224 години
+67 днів
+4530 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

. .
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Anak Melayu di Palestin: Sedekad di Penjara Terbesar Dunia Buku yang bakal memberi persepsi baru kepada para pembaca berkenaan kehidupan di sebalik tembok besar yang menutupi Gaza. Jom dapatkan di sini 👉🏾 https://ezy.la/ulatbuku
Показати все...
00:21
Відео недоступнеДивитись в Telegram
🛑 TERKINI | Detik cemas di Gaza apabila pesawat Israel mengebom sebuah sekolah berhadapan dengan Hospital Nasser di Khan Yunis. Sekolah itu menempatkan sejumlah penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal. Sumber: Quds News Network
Показати все...
IMG_2032.MP47.50 MB
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) melaporkan hampir 250,000 rakyat Palestin berkeliaran di jalanan sepanjang minggu lepas tanpa sebarang tujuan, makanan atau minuman. Situasi berlaku selepas perintah untuk mengosongkan Khan Younis dikeluarkan pihak Zionis. Sumber: Quds News Network
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🛑 TERKINI | Perkarangan Hospital Nasser di Khan Younis telah dibom sebentar tadi. Semalam, dilaporkan lebih 200 pesakit, termasuk staf dan doktor dari Hospital Eropah berpindah ke hospital ini. Berita lanjut akan menyusul. Sumber: Quds News Network
Показати все...
Semakin hari sektor kesihatan di semenanjung Gaza semakin kritikal. Serangan yang berterusan daripada pihak musuh mengakibatkan institusi kesihatan di sana tidak dapat meneruskan perkhidmatan. Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan.
Показати все...
ARAHAN PINDAH TERBESAR SEJAK OKTOBER 2023 Dalam perkembangan situasi di sempadan Gaza, arahan pindah yang dikeluarkan rejim Israel baru-baru ini menyaksikan pemindahan terbesar dalam sejarah Taufan al-Aqsa. Arahan pindah itu berkuatkuasa segera di dua kawasan di selatan Gaza iaitu Rafah dan Khan Younis, menjadikan sepertiga penduduk Palestin wilayah itu terkesan. Menurut data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 1.9 juta penduduk kehilangan tempat tinggal selepas dihalau rejim Israel pada awal minggu ini. Sebelum ini, PBB meramalkan hanya sekitar 250,000 penduduk sahaja yang akan terkesan. Bagaimanapun, angka yang jauh lebih tinggi itu nyata mencatatkan sejarah hitam Palestin pada era kini. Situasi terkini meletakkan penduduk Palestin dalam keadaan serba tidak kena, sama ada untuk berpindah lagi ke tempat yang mustahil lengkap dengan ruang dan perkhidmatan; atau kekal di tempat semasa yang bakal menyaksikan pembantaian besar rejim Israel di kedua-dua kawasan tersebut. Semalam, media melaporkan Hospital Eropah sudah dikosongkan dengan hanya tiga orang pesakit sahaja yang masih berada di dalam bangunan itu. Pada masa yang sama, seramai 270 orang pesakit yang lain, termasuk doktor dan staf hospital telah berpindah ke Kompleks Perubatan Nasser ekoran kebimbangan terhadap serangan rejim Israel walaupun tiada arahan pengosongan tempat ke atas Hospital Eropah. Insiden itu menyaksikan salah seorang pesakit terpaksa ditolak bersama katilnya sejauh 11km ke Pusat Perubatan Nasser. Sumber: Al Jazeera, Anadolu Ajansi, Quds News Network
Показати все...
LEBIH 6,000 PENEMPATAN HARAM ISRAEL DI TEBING BARAT Sebuah gerakan advokasi Israel, Peace Now mendedahkan lebih 6,000 buah unit kediaman bakal diluluskan dan kemungkinan pembinaannya akan dipercepatkan di beberapa kawasan di Tebing Barat yang terjajah. Menurut Peace Now, Jawatankuasa Tertinggi Perancangan Israel, perbincangan berkaitan perluasan penempatan dan pembinaan kediaman haram akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dah esok. Keputusan itu akan dicapai melalui perbincangan tersebut.
"Tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka langsung tidak ada usaha penyelesaian politik dengan Palestin. Sejak bermulanya perang, pihak kerajaan menumpukan usaha untuk membina dan membangun beberapa kawasan di Tebing Barat."
— Peace Now (media sosial, X). Tambahnya lagi,
"Dengan pemindahan kuasa perancangan daripada pasukan tentera kepada seorang menteri, Bezalel Smotrich (Menteri Kewangan), ia hanya membawa bala kepada Israel dan rantau ini. Kerajaan ini tidak menerima sokongan awam dan ia harus ditumbangkan untuk menyelamatkan kita daripada sebarang kemusnahan dan peperangan yang berterusan."
Sumber: AlJazeera
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.