cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Більше
Рекламні дописи
45 617
Підписники
-924 години
-607 днів
-23530 днів
Час активного постингу

Триває завантаження даних...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Аналітика публікацій
ДописиПерегляди
Поширення
Динаміка переглядів
01
KELAS PENGAJIAN DAURAH KITAB PUSKOM YM =============================== ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) akan mengadakan Kelas Pengajian Daurah Kitab Puskom YM secara terbuka kepada semua! Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan Mei ini: TARIKH: 11 MEI 2024 (SABTU) TAJUK: HADITH KITAB: HADITH 40 DAKWAH DAN TARBIAH MASA : 9.30 AM - 12.00 PM TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR ANTARA YANG MENARIK TENTANG KELAS PENGAJIAN PUSKOM INI 😍😍 ✅ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ✅ SESI Q&A BERSAMA TENAGA PENGAJAR ✅ BERTALAQI DAN BELAJAR SECARA "HYBRID" IAITU BERSEMUKA DAN "ONLINE" ✅ MENDERMA MELALUI TABUNG SUMBANGAN PUSKOM YM JOM SEMUA MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM YM‼️‼️ Klik Link dibawah untuk mendaftar dan mengisi makluman kehadiran kelas 👇👇 https://forms.gle/3GHJRpNkUsTC9tSa9 Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi: 019-7347633 (En. Badrul) I 014-5407665 (En. Irsyad) "Wadah Dakwah Anda" #daurahkitab #hadith #PuskomYM #PusatKomuniti #YayasanMaghfirah
1 8081Loading...
02
Media files
1 3550Loading...
03
Tidak Salah Menyokong Produk Muslim ===== 1. Antara tindakan terawal yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dalam membangunkan Negara Islam Madinah adalah dengan membentuk rangkaian perniagaan bagi orang-orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dimonopoli oleh golongan Yahudi. 2. Pasar Yahudi Bani Qainuqa’ telah menjadi tumpuan aktiviti perdagangan ketika itu. Namun, amalan perniagaan Yahudi tidak selari dengan prinsip Islam. Mereka terkenal dengan konsep riba yang dianjurkan dalam transaksi jual beli mereka sehingga hari ini. Malah di pasar inilah seorang wanita Muslimah telah diganggu kehormatannya. 3. Bagi memecahkan monopoli penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah, Rasulullah ﷺ membangunkan pasar buat muslim sebagai pusat perdagangan kaum Muslimin di Madinah. Tindakan Bagindaﷺ ini menimbulkan kemarahan Yahudi lalu mereka menghantar Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang lalu merobohkan khemah perniagaan yang dibangunkan oleh Baginda Nabi. 4. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ﷺmenegaskan: لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا “Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257) 5. Menurut riwayat Ibn Usayd, seorang sahabat mencadangkan tapak yang lebih luas untuk pasar Muslim. Bahkan menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺsendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau: أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم “Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257) 6. Tindakan Rasulullah ﷺini dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim. Baginda bahkan menjalankan dasar-dasar baharu bagi menggalakkan kaum Muslimin supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian. 6. Saidina Uthman juga dikatakan melaburkan sejumlah wang yang banyak bagi membeli “Telaga Rumah,” iaitu salah satu telaga yang menjadi punca air di Madinah. Ini semua adalah bagi menjaga kepentingan sumber dan ekonomi orang Islam. 7. Kesannya, ekonomi Madinah yang sebelum itu dimonopoli oleh Yahudi berjaya dipecahkan. Kaum Muslim bersatu dalam membangun dan menyokong ekonomi orang Islam. 8. Begitulah juga keadaan pada hari ini. Kaum Muslim disarankan agar membantu dalam usahah membangunkan dan menyokong produk Muslim. Dalam masa yang sama, peniaga Muslim juga wajib menjaga kualiti produk mereka disamping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
2 07011Loading...
04
Media files
1 8296Loading...
05
Pemuda Kahfi Memerdekakan Aqidah ============= 1. Rasulullah berpesan kepada kita supaya membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat. Sabda Rasulullah: من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق “Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasa’i.) (Sebahagian hadith tentang perkara ini dinilai sebagai daif, namun terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari jumaat). 2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan aqidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka. 3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah: إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً “Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.” 4. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural. 5. Malah Allah menegaskan dalam ayat yang ke 13 bahawa dengan sebab keimanan merekalah, Allah menambah bimbingan buat mereka. Justeru, memelihara akidah dari pemahaman yang songsang seperti pemikiran liberal dan plural adalah satu kemestian. 6. Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan akidah mereka. Rahmah akan diperolehi buat mereka yang mempertahankan akidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan akidah umat. Semoga Allah membimbing kita semua. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
3 94714Loading...
06
Media files
3 1267Loading...
07
𝗥𝗜𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa adalah e-book terjemahan Bahasa Melayu dokumen yang dikeluarkan Hamas bertajuk "Naratif Kami, Taufan Al-Aqsa" yang diterbitkan oleh Pejabat Media Hamas. Dokumen naratif ini telah diterbitkan Hamas bagi menjelaskan hakikat perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan tanah air mereka yang telah dijajah lebih 100 tahun serta sebab berlakunya Taufan Al-Aqsa. Dapatkan e-book ini dengan RM1: bit.ly/naratifhamas
3 5503Loading...
08
Kesungguhan Salaf Menuntut Ilmu ======= 1. Ceritakan kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu. 2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais. 3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan: سقطت أصابعُ عُمَر الرَّوَّاسيّ في الرحلة مِن البرد الشّديد “ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.” (Tarikh al-Islami) 4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham: باع أبي بيتًا له بعشرين دينارًا وجهزني لطلب العلم والحج "Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji." Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
3 94117Loading...
09
Media files
3 48315Loading...
10
Zikrullah Itu Pencuci Hati ======= 1. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan dosa . Setiap dosa yang kita lakukan, akan terbit titik hitam di hati kita. Sehingga terlalu banyak diselaputi dosa, hati manusia menjadi keras dan gelap. Rasulullah menjelaskan perkara ini di dalam sabdanya: إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ ، فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ “Sesungguh seorang mukmin, apabila dia melakukan dosa, akan terbit bintik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar, maka akan hilanglah titik hitam tersebut. Namun sekiranya dia menambah dosa tersebut, akan bertambahlah titik hitam itu lalu hatinya (gelap) diselaputi dosa.” (HR Ibn Majah) 2. Lalu bagi membersihkan jiwa yang dicemari ini, kita digalakkan untuk melakukan amal soleh kerana amalan kebaikan akan menyucikan hati. Salah satu amalan yang berupaya membersihkan hati adalah dengan memperbanyakkan zikrullah. 3. Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Saidina Abu Darda yang menyebutkan: إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ جِلَاءً، وَإِنَّ جِلَاءَ الْقُلُوبِ ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai pembersihnya. Dan yang membersihkan (mensucikan) hati itu adalah zikrullah. (Syu'ab al-Iman) 4. Oleh yang demikian, lazimi zikir yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi. Basahi lidah dengan zikrullah dan hayati setiap bilah perkataannya. Perbanyakkan juga beristighfar. Amalan-amalan ringan ini membantu menyucikan jiwa manusia. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
4 62028Loading...
11
Media files
4 09523Loading...
12
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 Lebih 200 hari berlalunya Taufan Al-Aqsa. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis? Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa di Palestin. - Rakaman penuh webinar beserta sesi soal jawab selama 2 jam - E-sijil dan slide diberikan - 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (Bahasa Melayu). 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Klik di sini: bit.ly/duniapalestin006 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
5 0233Loading...
13
Media files
5 49138Loading...
14
Suka Bercakap Tentang Orang Lain ===== 1. Dalam sebuah dialog yang panjang, Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Abu Zar beberapa perkara yang penting yang boleh kita praktikkan pada hari ini. Antaranya Rasulullah berpesan kepada Abu Zar: عَلَيْكَ بِالصَّمْتِ إِلَّا مِنْ خَيْرٍ، فَإِنَّهُ مَطْرَدَةٌ لِلشَّيْطَانِ عَنْكَ، وَعَوْنٌ لَكَ عَلَى أَمْرِ دِينِكَ “Hendaklah kamu banyak berdiam melainkan pada perkara kebaikan. Sesungguhnya ia menjauhkan syaitan darimu dan pembantu buat agamamu.” (Sahih Ibn Hibban) 2. Kemudian, Abu Zar bertanya lagi kepada Rasulullah. “Tambahkan lagi nasihatmu kepadaku wahai Rasulullah.” Lalu Baginda antara lain berpesan kepada Abu Zar: لِيَرُدَّكَ عَنِ النَّاسِ مَا تَعْرِفُ مِنْ نَفْسِكَ “Hendaklah kamu menjauhi dari manusia apa yang engkau ketahui (tentang keaiban) berkenaan dirimu.” (Sahih Ibn Hibban) 3. Menurut Sheikh Taha al-Afifi, perkataan Rasulullah ini bermaksud agar kita tidak banyak membicarakan tentang keaiban orang lain malah fokus kepada keperluan diri sendiri sahaja. Kata beliau: ثم كن مشغولا بعيوبك لا بعيوب الناس “Kemudian hendaklah kamu sibuk dengan keaiban yang ada pada dirimu dan tidak disibukkan dengan keaiban orang lain.” (Wasaya al-Rasul) 4. Rasulullah juga menegur sikap sebahagian manusia yang suka melihat aib orang lain. Mereka suka mengutuk, mendedahkan aib orang lain sehingga terlupa tentang dirinya sendiri. Sabda Rasulullah: يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القذَى فِي عَيْنِ أَخِيْهِ وَيَنْسَى الْجِذْعَ فِيْ عَيْنِهِ "Salah seorang dari kamu mampu untuk melihat kotoran kecil yang menempel di kelopak mata temannya, tapi lupa dengan batang kayu besar yang menutupi matanya sendiri" (HR Ibn Hibban) 5. Melalui hadis ini Rasulullah memberikan kita bimbingan agar sentiasa memperbaiki diri dan tidak terlalu sibuk bercakap tentang keaiban orang lain. Mereka seronok bersembang mengenai keaiban manusia sehingga terlupa akan kekurangan dirinya sendiri. 6. Al-A'masyh, seorang Tabi'i yang popular pernah berpesan, bahawa dia mendengar Ibrahim berkata: إني لأرى الشيء أكرهه، فما يمنعني أن أتكلّم فيه إلا مخافة أن أُبتلى بمثله "Aku melihat banyak perkara yang aku tidak suka (yang ada pada manusia), namun tidak ada yang menghalangku untuk bercakap mengenai perkara tersebut melainkan kerana takut aku akan diuji seperti orang yang ditimpanya." Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
6 10537Loading...
15
Salam Jumaat yang penuh berkat. " Kami memerlukan bantuan dana kewangan dari Tuan Puan untuk menampung kos perjalanan kelas mengaji kami untuk anak-anak B40 dapat menikmati pendidikan agama ini dengan kos yang tidak membebankan keluarga mereka. Kos setiap bulan kami yang hampir mencecah lapan ribu ringgit ( RM8,000 ) dengan pelajar di dalam senarai kami sudah melebihi seratus orang, kami memerlukan bantuan dari kos pembayaran sewa bangunan, elektrik, air, kos operasi dan lain lain semata-mata untuk memberi khidmat pendidikan Al Quran secara sangat murah kepada golongan yang kurang kemampuan ini. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang besar dan berganda diatas infaq dan sedekah di hari Jumaat ini 😌 Pertubuhan Pusat Komuniti Anjung Hikmah 5551 0833 8452 Maybank Tel: +6 010 343 2515 - Pegawai Dakwah Anjung Hikmah Lokasi kami : https://waze.com/ul/hw22ruws3h
7 8613Loading...
16
Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri ===== 1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah: وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ “Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.” 2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hari mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya: إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ “sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). 3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan di dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup. 4. Rasulullah mendidik muslim melihat dosa dengan pandangan dosa. Sabda Baginda: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
9 77228Loading...
17
Media files
7 98622Loading...
18
𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 !!! Kini nak berkorban dah mudah, boleh buat online. Yayasan Maghfirah memberi peluang untuk tuan/puan menunaikan ibadah korban dengan jumlah: 🇲🇾RM 850 bahagian lembu 🐄 🇲🇾RM 1200 untuk 1 ekor kambing 🐐 🇲🇼 RM 430 : Afrika (Malawi)/ 1 bahagian lembu🐄 🇰🇭 RM 420 : Kemboja/ 1 bahagian lembu🐄 🕋 RM 570 : Mekah/ 1 bahagian kambing 🐐 Setiap peserta yang menyertai korban layak mendapat : ✨ Sijil Penghargaan ✨ Cenderahati ✨ Gambar & Video sembelihan 😢MASIH TIDAK BERKEMAMPUAN LAGI?😢 Jangan risau, YM menawarkan bayaran secara ansuran! ✅ 0% faedah ✅ 100% Patuh Syariah Jom daftar korban sekarang dengan klik pautan di bawah: https://daftarkorbanummah.com https://daftarkorbanummah.com https://daftarkorbanummah.com #KorbanUmmah2024 #JomBuatKorban #KorbanBersamaYM #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda #YM
9 5308Loading...
19
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
7 9375Loading...
20
Media files
6 0542Loading...
21
Adab Bertamu ke Rumah Orang ===== 1. Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah: a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah: إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang. (HR al-Bukhari) b. Memilih Waktu Yang Sesuai. Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi: وينبغي أن تكون زيارته لهم على وجه لا يكرهونه، وفي وقت يرتضونه dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya.. (al-Nawawi, Kitab al-Azkar) c. Tidak Mengintai dan Menjaga Pandangan. Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا أَتَى بَابَ قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ، وَلَكِنْ مِنْ رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ، أَوِ الْأَيْسَرِ، Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu. d. Tidak Merosakkan Barang Tuan Rumah. Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau: ولا تترك أولادها يعبثون في بيت صاحبتها، ويخربون في الزيارة. Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu. Semoga Allah membimbing kita Dr Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
8 58320Loading...
22
Media files
8 62817Loading...
23
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
7 3755Loading...
24
Media files
6 5802Loading...
25
Lagi buat Maksiat, Lagi Kaya ======= 1. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana sebahagian manusia diuji dengan kemewahan. Apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan kepada mereka, Allah memberikan kepada mereka kemewahan yang lebih sehingga mereka lalai. Lalu dikenakan azab kepada mereka, firman Allah: فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” 2. al-Imam Ibn Kathir menjelaskan fenomena ini sebagai istidraj iaitu kemewahan yang dilimpahkan kepada mereka sekalipun mereka berpaling dari perintah Allah. Kata Ibn Kathir: فتحنا عليهم أبواب الرزق من كل ما يختارون ، وهذا استدراج منه تعالى “Iaitu kami limpahkan kemewahan kepada mereka dengan pelbagai pintu rezeki yang mereka pilih, dan ini ialah istidraj dari Allah.” 3. Dengan sebab itu Rasulullah pernah mengingatkan: إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب ، فإنما هو استدراج “Sekiranya engkau melihat sekiranya Allah memberikan seorang hambanya itu segala nikmat dari dunia dengan maksiat yang dia lakukan, maka sesungguhnya itu adalah istidraj. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
10 10736Loading...
26
Media files
7 25030Loading...
27
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 Lebih enam bulan berlangsungnya Perang Taufan Al-Aqsa sejak 7 Oktober. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis? Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa Palestin. Tarikh: 30 April 2024 | Selasa Masa: 9.15 malam - 10.30 malam Medium: Google Meet Pembentang: 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗻𝗮𝘀 𝗕𝗮𝗱 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗳 - Penyelidik Dunia Palestin Network - Sarjana Al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Albayt Jordan 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔! - E-sijil diberikan. - Sesi soal jawab di penghujung. - 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (terjemahan Bahasa Melayu). Daftar segera. Tempat terhad 100 orang sahaja. 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin006 Anjuran: Unit Kajian Strategik Dunia Palestin Network 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
7 6455Loading...
28
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE 1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024! 2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin. 3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. 4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832 ULUM HADITH RESEARCH CENTER. 5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia! Pendaftaran boleh isi form di bawah : https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
7 7767Loading...
29
Media files
7 0714Loading...
30
Menyesal Tidak Melakukan Kebaikan ======== 1. Dalam al-Quran, Allah memberikan bayangan kepada kita tentang golongan kafir yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka merayu kepada Allah agar diberikan peluang kedua untuk melakukan kebaikan. 2. Ayat ini memberikan kepada kita satu peringatan agar tidak bertanggguh dalam melakukan kebaikan. Kita bimbang andai sekiranya kita terlepas satu amal soleh yang sepatutnya boleh kita lakukan, namun disebabkan sifat bertangguh, kita terlepas dari melakukannya. 3. Ayat ini juga mengingatkan kita agar memanfaatkan usia yang dikurniakan kepada kita. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ" “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih) Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
12 45741Loading...
31
Media files
9 04729Loading...
32
PENGUMUMAN PEMENANG CABARAN RAIKAN RAMADAN ======================================== Saat yang ditunggu-tunggu akan tiba 🤩 Nak tau siapakah PEMENANG bertuah untuk kontes "Cabaran Raikan Ramadan" ❓❓ Jom ramai - ramai untuk tonton [LIVE] kita pada 🗓 Tarikh: 19 April 2024 (Jumaat) 🕙 Jam: 10 Pagi 📱Live di Tiktok @yayasanmaghfirahofficial https://www.tiktok.com/@yayasanmaghfirahofficial... Bukan itu sahaja, sempena bulan Syawal ini, YM juga nak berkongsi rezeki DUIT RAYA 💵 💵 dengan penonton yang bertuah pada sesi live nanti 🥳 🥳 Jadi tunggu apa lagi! simpan posting ni dan share pada kawan - kawan semua Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah "Wadah Dakwah Anda" #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda #YM
9 1611Loading...
33
Kelesuan & Hilang Semangat Dalam Ibadah ========= 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita: إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ “Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut) 2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia. Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa. 3. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat. 4. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan: إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات “Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib). 5. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini. 6. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran: رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ “"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
10 36863Loading...
34
Media files
9 36944Loading...
35
Puasa Enam Menampung Kekurangan =========== 1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda: إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم “Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan slat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud) 2. Selain itu, puasa enam turut dikatakan memiliki pahala amalan setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim) 3. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan: جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة “Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan sepuluh akan bersamaan) puasa 10 bulan, dan puasa enam akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i) 4. Lalu andai kita mempunyai kesempatan, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
11 29538Loading...
36
Media files
8 91639Loading...
37
Tanda Amalan Diterima Allah ========== 1. Benar, tiada siapa yang mengetahui samada amalan mereka diterima Allah atau tidak. Namun sebahagian sarjana Muslim memberikan pandangan bahawa terdapat tanda-tanda amalan seseorang itu diterima. Antaranya ialah: 2. Pertama: Dia tidak kembali kepada maksiat. Ini adalah tanda yang paling utama. Seharusnya amalan seseorang menjauhkan diri mereka dari maksiat. Amalan tersebut menjadi sebati dalam dirinya, membentuk darah dagingnya sehingga menjadikan dirinya membenci maksiat. al-Imam Ibn al-Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij al-Salikin: أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة “Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun.” (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin) Dengan sebab itu al-Imam al-Hasan al-Basri menegaskan: فإذا قبل اللهُ العبدَ فإنه يُوفِّقه إلى الطاعة، ويَصْرفه عن المعصية “Sekiranya Allah menerima amalan seseorang, maka dia akan membimbingnya untuk melakukan ketaatan yang seterusnya dan memalingkan hambaNya dari maksiat.” 3. Kedua: Amal kebaikannya seharusnya menghasilkan kebaikan yang lain. Dalam perihal ini al-Imam al-Hasan al-Basri berkata: إنَّ مِن جزاءِ الحسَنةِ الحسَنة بَعْدَها، ومِن عقوبةِ السيئةِ السيئةُ بعدها “Salah satu pulangan amal soleh adalah, ia menghasilkan amal soleh yang lain. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, kejahatan tersebut akan menghasilkan kejahatan yang seterusnya. Malah al-Hasan mengingatkan kita bahawa: “Sekiranya kebaikanmu tidak memberikan pertambahan (amal), maka di situ pasti ada kekurangan (kesempurnaan amalan tersebut). 4. Ketiga, Istiqamah dengan Amal Soleh. al-Imam Ibn Kathir menyebut: Sesungguhnya telah menjadi fitrah manusia di mana Allah akan mencabut nyawa seseorang itu dengan amal yang dilakukan secara konsisten. Sekiranya seseorang konsisten melakukan kebaikan, maka dia akan mati dalam kebaikan. Sekiranya seseorang konsisten dengan kemungkaran, maka dibimbangi dia akan mati dengan perbuatan yang telah biasa dia lakukan. Dengan sebab itu al-Bukhari merekodkan satu insiden yang menarik. Seorang sahabat telah meninggal ketika menunaikan haji. Ketika meninggal, dia masih berpakaian ihram. Lalu Rasulullah meminta para sahabat mengkafankan beliau dengan pakaian ibadah tersebut. Sabda Rasulullah: كفِّنوه بثوبيه؛ فإنه يُبعَث يوم القيامة ملبِّيًا Kafankan beliau dengan pakaiannya, sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyyah (lafaz talbiah Haji yang memuji Allah). Moga Allah menganugerahkan kita pengakhiran yang baik. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
12 82062Loading...
KELAS PENGAJIAN DAURAH KITAB PUSKOM YM =============================== ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) akan mengadakan Kelas Pengajian Daurah Kitab Puskom YM secara terbuka kepada semua! Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan Mei ini: TARIKH: 11 MEI 2024 (SABTU) TAJUK: HADITH KITAB: HADITH 40 DAKWAH DAN TARBIAH MASA : 9.30 AM - 12.00 PM TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR ANTARA YANG MENARIK TENTANG KELAS PENGAJIAN PUSKOM INI 😍😍 ✅ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ✅ SESI Q&A BERSAMA TENAGA PENGAJAR ✅ BERTALAQI DAN BELAJAR SECARA "HYBRID" IAITU BERSEMUKA DAN "ONLINE" ✅ MENDERMA MELALUI TABUNG SUMBANGAN PUSKOM YM JOM SEMUA MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM YM‼️‼️ Klik Link dibawah untuk mendaftar dan mengisi makluman kehadiran kelas 👇👇 https://forms.gle/3GHJRpNkUsTC9tSa9 Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi: 019-7347633 (En. Badrul) I 014-5407665 (En. Irsyad) "Wadah Dakwah Anda" #daurahkitab #hadith #PuskomYM #PusatKomuniti #YayasanMaghfirah
Показати все...
BORANG PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN PESERTA KELAS PENGAJIAN DAURAH PUSKOM YM 2024 (BULAN MEI)

Ini adalah borang kehadiran Kelas Pengajian Daurah Kitab Pusat Komuniti YM 2024. Segala data dan maklumat yang diperolehi daripada anda adalah rahsia dan hanya akan digunakan untuk tujuan rujukan dan laporan sahaja. Terima Kasih di atas kerjasama semua. Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan ini: MAKLUMAN KELAS PENGAJIAN KITAB DAURAH FIQAH TARIKH: 11/5/2024 (SABTU) MASA: 9.30 AM HINGGA 12.00 PM TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR GURU: PROF MADYA DR AHMAD SANUSI BIN AZMI TAJUK: HADITH KITAB: HADITH 40 DAKWAH DAN TARBIAH LOCK HARI PROGRAM ANDA DAN AYUH BERAMAI-RAMAI MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM NANTI ‼️‼️

Фото недоступнеДивитись в Telegram