cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

TT - Jualan Kitab / Buku

Kami menjual buku agama dan ilmiah daripada pelbagai penerbit 📞 @Shahrulanwar wa.me/60139709437

Більше
Рекламні дописи
1 348
Підписники
-124 години
-17 днів
+130 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

*Matn Umm al-Barahin* Buku ini mengandung 3 bahasa - Matan Arab, Terjemahan Jawi dan Perumian Karya • Imam al-Sanusi (Matan Arab) • Shaykh 'Abd al-Qadir ibn 'Abd al-Rahman al-Fatani (Jawi) Perumian dan Suntingan Syukri Rosli | Norziati Rosman | Sarah Syazwani Kata Pengantar Mohd Asham Ahmad Penyemak Matan Arab & Terjemahan Jawi Us Ahmad Faiz al-Azhari *RM25* AJM | 2022 | 60 m/s https://s.shopee.com.my/VlBtoMxQ8
Показати все...
[AJM] Matn Umm al-Barāhīn Dengan Terjemahan Bahasa Jāwī | Shopee Malaysia

Judul: Matn Umm al-Barāhīn Dengan Terjemahan Bahasa Jāwī Pengarang: Shaykh ‘Abd al-Qadīr Ibn ‘Abd al-Raḥmān al-Faṭānī Terbit: 2017 Keterangan kitab: Matn Umm al-Barāhīn ditulis oleh Imam al-Sanusi (833/1429-895/1490), seorang ‘ulamā’ Ahl al-Sunnah wa’l-Jamā‘ah beraliran ‘aqīdah ‘Ashā‘irah. Kitāb Matn Umm al-Barāhīn ialah sebuah kitāb kecil yang membincangkan permasalahan ‘aqīdah yang berkaitan dengan ketuhanan dan kenabian, khuṣūṣnya dalam menjelaskan ṣifat wājib, mustaḥīl dan jā’iz bagi Allāh dan Rasūl, berserta dalīl-dalīl ‘aqliyyah. Terjemahan terhadap Matn Umm al-Barāhīn ke dalam bahasa Jāwī ini dihasilkan oleh Shaykh ‘Abd al-Qadīr Ibn ‘Abd al-Raḥmān al-Faṭānī (1813-1898M). Keistimewaan penerbitan ini: • Matn ‘Aqīdah Sanusiyyah yang menjelaskan Ṣifat Wājib, Mustaḥīl dan Jā'iz bagi Allah dan Rasūl, berserta dalīl-dalīl ‘aqliyyah. • Matn asasi bagi penuntut ‘ilmu uṣūl al-Dīn. • Dilengkapi dengan terjemahan antara baris bahasa Jāwī yang diusahakan oleh Shaykh ‘Abd al-Qādir al-Faṭānī. • Merangkumkan periṣṭilāḥan…

👆🏻
Показати все...
Peta Ilmu & Peta Amal - Kulit lembut Penyusun: Zainul Abidin Abdul Halim ISBN: 9789671622230 Penerbit: Akademi Pengajian Turath Al-Mustanir Bahasa: Melayu Tahun: 2021 Bil. Muka surat: 68 Berat: 110 g Penulisan yang berada di tangan para pembaca ini cuba untuk menjelaskan keperluan memahami gambaran umum ilmu, atau yang penulis istilahkan sebagai "peta ilmu". Ianya agar penuntut ilmu tidak berada dalam kehairanan dan kebingungan kerana dihantui persoalan-persoalan ini; apakah tujuan utama dan kepentingan menuntut ilmu? Apakah pula tujuan yang dikehendaki daripada setiap ilmu yang dipelajarinya? Apakah ilmu yang harus dipelajari terlebih dahulu? Bagaimanakah hubungkait antara ilmu-ilmu tersebut? Setelah selesai persoalan ilmu, kita akan memerhati pula pemetaan amal yang merupakan tujuan utama penulisan ini. Hal ini kerana amal dan mujahadah adalah jalan mendapatkan ilmu mukashafah seperti mana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali di dalam mukadimah kitab Ihya'.
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Terjemahan dan Huraian Nur al-'Uyun - Kulit lembut Pengarang: Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ahmad Ibn al-Sayyidi al-Nas Penterjemah: Ahmad Faiz Mohd Khalil al-Azhari ISBN: 9789671521106 Penerbit: Akademi Pengajian Turath Al-Mustanir Bahasa: Melayu Tahun: 2021 Bil. Muka surat: 144 Berat: 222 g Kitab Ibraz al-Sirr al-Maknun adalah sebuah terjemahan dan huraian ringkas bagi kitab Nur al-'Uyun karya al-Imam Ibn Sayyidi al-Nas rahimahullah. Karya ini adalah ringkasan komprehensif bagi ilmu Sirah Nabawiyah. Karya ini juga adalah teks yang terbaik untuk dipelajari oleh para penuntut ilmu di peringkat awal sebagai asa bagi mendalami ilmu yang mulia ini. Istimewanya, kitab ini adalah gabungan antara beberapa elemen sirah seperti syamail (sifat dan akhlak Nabi), mukjizat Nabi dan keistimewaan-keistimewaan Baginda, yang sebelum ini ditulis secara berasingan, kini menjadi suatu karya lengkap.
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Terjemahan dan Huraian al-Nur al-Mubin - Kulit lembut Pengarang: Ibnu Juzay al-Gharnati al-Maliki Penterjemah: Ahmad Faiz Mohd Khalil Al-Azhari ISBN: 9789671622209 Penerbit: Akademi Pengajian Turath Al-Mustanir Bahasa: Melayu Tahun: 2018 Bil. Muka surat: 248 Berat: 346 g Karya agung al-Imam Ibn Juzay al-Gharnati al-Maliki yang bernama al-Nur al-Mubin Fi Qawa'id 'Aqa'id al-Din adalah karya yang menghimpunkan sejumlah perbahasan akidah yang disertakan bersamanya dalil-dalil tuntas yang meyakinkan kaum mukminin, dalam masa yang sama menolak kesesatan puak mushrik. nasrani, yahudi dan lain-lain. Dalil yang dimuatkan disepadukan antara aqli dan naqli. Penulis kitab ini seakan-akan merumuskan kaedah-kaedah al-Quran dalam membentangkan persoalan akidah. Penterjemah juga telah memuatkan di awal kitab muqaddimah ilmu yang digelar al-Mabadi al-'Asharah sebagai pedoman buat penuntut ilmu yang ingin mendalami ilmu akidah.
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Hukum Mempelajari Ilmu Mantiq: س : مَا حُكْمُ تَعَلُّمِهِ ؟ ج : فِيهِ تَفْصِيلٌ وَهُوَ أَنَّ مَا لَيْسَ مَخْلُوطًا بِكُفْرِيَّاتِ الحُكَمَاءِ كَهَذِهِ الرِّسَالَةِ لَيْسَ فِي جَوَازِ الاشْتِغَالِ بِهِ خِلِافٌ , بَلْ فَرْضُ كِفَايَةٍ عَلَى أَهْلِ كُلِّ إِقْلِيمٍ لِأَنَّهُ يَتَوَقَّفُ عَلَيْهِ رَدُّ الشُّكُوكِ وَشُبَهِ الْمُبْتَدِعَةِ وَهَذَا فَرْضُ كِفَايَةٍ , وَأَمَّا مَا كَانَ مَخْلُوطًا بِكُفْرِيَّاتِهِمْ فَفِيهِ أَقْوَالٌ ثَلَاثَةٌ : أَحَدُهَا لِابْنِ الصَلَاحِ وَ النَّوَوِي أَنَّهُ يَحْرُمُ, وَثَانِيهَا لِلْغَزَالي أَنَّهُ يَجُوزُ. قَاَل مَنْ لَا يَعْرِفُهُ لَا يُوْثَقُ بِعِلْمِهِ , وَثَالِثُهَا وَهُو القَوْلُ الْمُخْتَارُ أَنَّهُ يَجُوز لِمَنْ وَثِقَ مِنْ نَفْسِهِ بِصِحَّةِ ذِهْنِهِ وَ مَارَسَ الكِتَابَ وَ السُّنَّةَ. S: Apakah hukum mempelajarinya: J: Padanya itu perincian iaitu: 1- Apa yang tidak bercampur dengan kekufuran ahli falsafah seperti risalah ini,tiada khilaf pada keharusan mempelajarinya. Bahkan ia adalah fardhu kifayah atas ahli setiap wilayah, kerana hajat padanya itu untuk menolak syak wasangka dan syubhat ahli bid’ah, dan tugasan ini adalah farḍu al-kifāyah. 2- Adapun apa yang bercampur aduk dengan kekufuran mereka maka padanya itu terdapat 3 pendapat: Pertama: Di sisi Ibn al-Ṣalāh dan al-Nawāwī hukumnya haram. Kedua: Di sisi al-Ghazāli hukumnya harus. Kata beliau: Sesiapa yang tidak mengetahuinya maka ilmunya tidak boleh dipercayai. Ketiga: adalah pendapat yang terpilih, bahawasanya hukumnya harus bagi mereka yang yakin dengan dirinya akan sejahtera akalnya lagi mahir akan (kandungan) al-Quran dan al-Sunnah (1) -Lihat nota kaki Shaykh Yasin di Bawah) Nota kaki: (1) Pendapat ini diambil dari kata-kata Sheikh Taqiuddin al-Subki tatkala beliau ditanya tentangnya (Hukum mempelajari ilmu mantiq). Maka seseorang itu perlu mendahulukan pengajiannya bagi ilmu al-Quran, al-Sunnah dan al-Fiqh atas pengajian ilmu ini. Maka apabila kukuh pada akalnya sikap mentakzim akan Syariat dan telah bertemu dengan seorang guru yang elok akidahnya, maka ilmu mantiq ini adalah sebaik-baik ilmu dan amat bermanfaat bagi setiap kajian. Dan ini adalah pendapat yang terpilih kerana ia telah menghimpunkan antara pendapat-pendapat yang telah terdahulu. (al-Fadani) Ingin Kenal Mantiq lebih mendalam? Tekan link di bawah!! Miliki Naskhah anda segera!! https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/3 Daftar Pengajian Asas ilmu Mantiq dan Nahu!
Показати все...
Terjemahan dan Huraian kitab "Risalah Mantiq" karya Allamah Al Musnid al Shaikh Muhammad Yasin al Fadani al Makki. Kitab Risalah Mantiq ini adalah kitab yang amat sesuai dipelajari oleh segenap tingkatan penuntut ilmu. Ia disusun berdasarkan kaedah soal jawab dan mudah difahami. Penterjemah telah menambah beberapa perbahasan yang tidak dikemukakan oleh pengarang bagi menyemprunakan faedah dan memberi pendedahan kepada penuntut tentang permasalahan yang bakal mereka temui dalam kitab-kitab berikutnya. Penterjemah juga meletakkan jadual dan rajah bagi setiap bab untuk memudahkan kefahaman pelajar pada ilmu ini. Semoga kitab ini menjadi asbab pembuka bagi mereka yang ingin menguasai ilmu mantiq. Terjemahan oleh Ustaz Ahmad Faiz Mohd Khalil Al Azhari. Terjemahan dan Huraian kitab "Risalah Mantiq" karya Allamah Al Musnid al Shaikh Muhammad Yasin al Fadani al Makki. Kitab Risalah Mantiq ini adalah kitab yang amat sesuai dipelajari oleh segenap tingkatan penuntut ilmu. Ia disusun berdasarkan kaedah soal jawab dan mudah difahami. Penterjemah telah menambah beberapa perbahasan yang tidak dikemukakan oleh pengarang bagi menyemprunakan faedah dan memberi pendedahan kepada penuntut tentang permasalahan yang bakal mereka temui dalam kitab-kitab berikutnya. Penterjemah juga meletakkan jadual dan rajah bagi setiap bab untuk memudahkan kefahaman pelajar pada ilmu ini. Semoga kitab ini menjadi asbab pembuka bagi mereka yang ingin menguasai ilmu mantiq. Terjemahan oleh Ustaz Ahmad Faiz Mohd Khalil Al Azhari.
Показати все...