POSITIVE CIRCLE
Відкрити в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Показати більше828
Підписники
+124 години
+17 днів
+530 день
Архів дописів
Boleh cuba.
Tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Tak percaya tak mengapa, buat sahaja. Rasakan sendiri perubahannya...
Cukup hanya bermula dengan 1 hari 1 rukun dahulu pun sudah memadai.
#positivecircle21
#kongsipositif
Masa depan adalah rahsia Allah SWT kepada hambaNYA. Ia mempunyai hikmah besar kenapa dirahsiakan. Salah satu rahsianya adalah tentang peri pentingnya usaha.
Yang berusaha belum tentu berjaya. Tapi yang tidak berbuat apa-apa sudah tentu tiada hasilnya. Usaha itu pilihan kita sebagai hambaNYA. Segalanya terserah kepada Allah untuk menentukannya.
Usaha tanpa berdoa, itu sombong namanya. Manakala berdoa tanpa usaha, nampak jelas pembohongannya.
Risau pada masa depan mendorong untuk lebih gigih berusaha. Bukan buatkan kita membungkam kesedihan, ketakutan dan berputus asa.
Rasa takut itu buahnya seluruh pengharapan kepadaNYA. DIAlah sebenar-benar tempat pengharapan.
Kita punya Allah Yang Maha Hebat. Sentiasa bersama kita dikala suka mahupun duka. Sentiasa menunggu munajat doa hambaNYA. Mintaklah daripada Yang Maha Kaya.
Merayu, bermanjalah denganNYA.
#kongsipositif
#positivecircle21
Doa di awal pagi:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa.
Selamat beramal.
#kongsipositif
#positivecircle21
Emosi tidak stabil. Keadaan tidak terkawal. Stres dah nak bertukar menjadi burnout.
Jom amalkan TEKNIK 4A urus stres dengan bijak. Hidup lebih seronok.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di sini :
t.me/positivecircle21
Setiap hari adalah harapan. Jangan terus berputus asa.
Jika masih belum berimpian, maka bermulalah hari ini. Masih belum terlambat.
Jika masih belum bertindak, maka bergeraklah sekarang. Sementara masih berpeluang.
Namun jika masih juga belum berimpian dan bertindak, maka carilah ruang bermuhasabah sejenak.
Tanyalah pada diri. Apa tujuan hidup ini. Kenapa kita datang dan ke mana kita akan pergi akhirnya.
Moga ada jalan keluar.
#kongsipositif
#positivecircle21
Jangan cepat lupa saat sudah berada di pucuk kejayaan. Dahan-dahan yang rela dipijak telah banyak berbakti kepada kita. Tanpanya, apalah makna satu kejayaan.
Menahan jerit perih. Berkorban tenaga, masa serta wang ringgit demi kejayaan orang lain. Ianya dihulur tanpa mengharapkan balasan. Tiada yang lebih puas disaat melihat orang yang disayangi mampu menggenggam apa yang dihajati.
Dia mungkin insan biasa-biasa. Tetapi pengorbanannya cukup luar biasa. Korbankan kehendak diri sendiri demi memenuhi keperluan orang lain. Mulia sungguh hatinya.
Terima kasih buat insan-insan yang telah menjadi mata rantai kepada kejayaan kita hari ini. Tanpa mereka, kita tidak di sini.
Allah SWT sahajalah yang mampu membalasnya. Moga mudahlah urusan dunia dan akhiratnya....
Terima kasih.
*sekadar gambar hiasan
#positivecircle21
#kongsipositif
Salah satu aspek penting dalam bekerja ialah tahu Keutamaan vs Kewajipan.
Keluarga sentiasa menjadi keutamaan kepada kita. Dalam masa sama kita sedar akan Kewajipan kita kepada tugas.
Keluarga dan kerjaya merupakan dua faktor yang saling berkait. Terutama dalam aspek yang perlu diberi perhatian dari kita dalam satu-satu masa.
Ada orang bekerja hingga mengabaikan keluarga. Ada pula yang tidak pandai mengurus kan keluarga hingga mengganggu pekerjaannya.
Cubalah atur dua faktor ini. Tahu keutamaan dan kewajipan kita. InsyaAllah semua urusan dapat diuruskan dan hidup akan lebih berkualiti.
~Poster Tip Motivasi Kerja dengan K.E.R.J.A
#kongsipositif
#positivecircle21
"Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat. Beruntunglah bagi mereka yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat. Menyemai benih-benih kebaikan..."
#positivecircle21
#kongsipositif
Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kebaikan diusahakan. Jangan pernah dipersia setiap nafas yang diberikan. Semua itu akan diperhitungkan.
#kongsipositif
#positivecircle21
Berterusan berfikir atau mula mengambil tindakan? Itu antara pilihan yang kita ada.
Ya berfikir itu perlu, tapi berterusan berfikir tanpa bertindak tidak memberikan apa-apa makna. Tinggal menjadi angan-angan akhirnya.
Ya, bertindak itu pun belum tentu berhasil tetapi sebahagian hasil itu sudah pasti ada apabila tindakan sudahpun bermula. Maka, pilihlah untuk ambil tindakan.
Berfikir dan bertindak itu perlu selari. InsyaAllah hasilnya akan ada seperti yang kita hajati.
Jom bermula....
قَالَ كَلَّاۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔايَٰتِنَآۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ
Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
-Surah Ash-Shu'ara, Ayat 15
2020
#positivecircle21
#kongsipositif
Allah SWT telah banyak memberikan peringatan demi peringatan kepada kita, namun kita selalu alpa. Anggap itu perkara biasa.
Kadang-kadang peringatan yang datang itu pun disangkakan sebagai nikmat yang akhirnya menjauhkan lagi kita daripada-NYA.
Kita ini sering lupa. Perlu sentiasa diingatkan. Diingatkan dengan pelbagai cara dan oleh sesiapa sahaja. Belajar menerima dengan hati yang terbuka.
Bersyukurlah jika ada yang masih sudi menegur dan memberi peringatan. Jika orang dah benci, dibiarkan sahaja kita. Takut-takut kita terus leka. Merana.
#positivecircle21
#kongsipositif
Bila hanya mendengar daripada hujung telinga, kita akan banyak dan mudah membuat andaian. Tetapi, apabila berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri, maka kita akan lebih memahami.
Banyak perkara di luar pengetahuan kita. Apa yang kita rasa tahu itu sebenarnya sedikit sahaja. Terbatas sangat.
Orang bijak pandai ada berpesan.
"Orang bijak belajar daripada pengalaman sendiri, orang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain..."
Kita nak jadi orang bijak dan bijaksana kan.
...
Misi Bantuan Pasca Banjir @ Kampung Padang Kerbau, Temerloh
#positivecircle21
#kongsipositif
"Orang lain hanya mampu menghentikan kita buat sementara.Namun, kita satu-satunya orang yang mampu menghentikan diri sendiri buat selama-lamanya..."
Ambil masa berfikir sejenak, kemudian teruslah berjalan kembali...
#positivecircle21
#kongsipositif
Kerja di dunia memang tidak pernah kan habis. Di sini memang tempat untuk berpenat-penat. "Di Sana" lah tempat sebenar-benarnya kerehatan. Kita semua tidak mahu lagi penat "Di sana".
Apa yang ditanam di sini, itu yang akan kita tuai. Harapannya moga memberkah hasil yang lumayan. Mendapat ganjaran ke tingkatan tertinggi. Syurga Firdaus impiannya.
Selagi perkara itu membuahkan pahala, usahalah seikhlasnya. Alang-alang buat biar berpahala. Jangan beroleh penat semata.
Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Hidup kekal di sana yang kita dambakan. Bersenang lenang dengan penuh kenikmatan.
Ayuh kawan...
Jalan ke Syurga sudah tersedia. Pilihlah mana laluan yang kita mahu. Allah telah berfirman. RasulNYA telah berpesan.
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
-Surah Al-Waqi'ah, Ayat 89
#kongsipositif
#positivecircle21
Setiap orang ada laluan mendaki tersendiri. Tinggi atau rendah bergantung tahap keupayaan masing-masing. Semua sudah ditentukan.
Sering kali kita merasakan kita tidak mampu menempuhinya. Namun, ia sebaliknya. Pertolongan Allah SWT sentiasa bersama kita. Mana tidaknya, bukan baru hari ini kita diuji bukan?
Kita harus percaya, "Disebalik kesusahan, pasti akan ada kemudahan...." Inilah yang sampai kepada kita. Disampaikan melalui RasulNYA yang mulia.
Bersabarlah. Disebalik pendakian ini pasti akan ada laluan menuruni bukit juga. Di situ kita akan lihat bagaimana momentum kita akan pergi lebih jauh. Lebih bertenaga. Syaratnya, sabarlah dan terus berharap kepada-NYA.
#projekpostermotivasi
#kongsipositif
