POSITIVE CIRCLE
Відкрити в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Показати більше827
Підписники
-124 години
Немає даних7 днів
+330 день
Архів дописів
Ada masanya diri ini perlu dicabar untuk melakukan sesuatu yang belum pernah kita lakukannya. Cabar diri sendiri dengan kata lain adalah untuk mengeluarkan potensi baru dalam diri. Kita lebih tahu apa yang ada dalam diri kita sendiri.
Berani untuk jadi berbeza. Jika perkara yang dilakukan itu betul. Masa yang sama carilah panduan dan tunjuk ajar. Jangan pernah letih untuk terus belajar.
Cari ilmu. Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Azam untuk beramal denganya. Pasti Allah akan tambahkan lagi dan lagi.
Buatlah sesuatu dengan berilmu. Bukan sekadar atas dasar ikut-ikutan. Tanpa tahu salah benarnya. Majoriti orang yang melakukan sesuatu, belum pasti ada benarnya. Fitnah akhir zaman tiada batasnya. Mampu terpalit kepada semua.
Jom cabar diri. Belajar terus belajar. Buatlah sesuatu untuk apa yang kita bakal tinggalkan. Moga ianya menjadi "lampu" yang menerangi kita dibawah sana kelak.
#positivecircle21
#kongsipositif
REZEKI
Jika Allah telah tuliskan itu milik kita, insyaAllah tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya.
Rezeki itu datang dalam perlbagai cara bukan. Yakin dan percayalah!
Rezeki itu tidak pernah tersalah alamat.
Manusia hanya "posmen". Medium perantara rezeki itu sampai kepada kita. Berterima kasih kepada manusia sehinggakan jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah.
Sesungguhnya berterima kasih kepada manusia itu tanda syukur kepada Allah.
Dalam rezeki kita terkadang ada bahagian individu lain juga. Beri, infaq dan sedekah lah sebagai "simpanan kekal" untuk kita kelak.
Apa yang kita simpan mungkin belum tentu menjadi milik kita. Tapi apa yang diberi, diinfaq dan disedekahkan itu insyaAllah pasti ada ganjarannya di sisi Allah.
Kecil bagi kita, mungkin besar pada yang lain.
Mulakan azam, insyaAllah moga ianya menjadi amalan yang berterusan.
Biar gelisah tidak memberi bukan resah kena memberi.
Sesungguhnya menjemput rezeki itu lebih mudah daripada mencarinya.
Ibarat semut mendatangi gula.
Jom! Ringankan tangan.
What you give, you get back!
#kongsipositif
#positivecircle21
Jika tidak boleh berkata baik, baik diam...
Itu pilihan terbaik buat kita.
#kongsipositif
#positivecircle21
Masa lalu adalah semalam yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir, tetapi hari ini adalah satu kelahiran bagi sebuah kehidupan...
#positivecircle21
#kongsipositif
Amanah dan tanggungjawab itu akan terasa berat jika dipikul sendirian.
Setiap orang punyai sumber tertentu untuk dioptimumkan bagi melahirkan kualiti kerja yang efisyen.
Orang di sekeliling adalah salah satu sumber yang baik. Kenalpasti dengan teliti mereka ini dan galakan mereka bersama kita. Lahirkan sifat saling membantu demi kebaikan.
Perjalanan ke Syurga itu tidak seharusnya bersendirian.
#kongsipositif
#positivecircle21
Jangan mudah menghukum sesuatu yang bukan dalam pengetahuan kita. Sesungguhnya banyaknya perkara yang berlaku itu diluar kemampuan akal kita untuk menafsirkannya.
Apabila sikap mudah menghukum ini sudah terbiasa dalam diri, semua perkara cenderung untuk dilihat negatif. Terasa semuanya salah di mata kita, apabila ianya tidak selari dengan apa yang kita ingini.
Belajarlah untuk berlapang dada dan didik diri lebih optimis. Kerana kita ini lemah, banyak perkara yang kita tidak tahu, tapi Allah Maha Tahu. Semua yang berlaku ini dibawah pengetahuanNYA.
Bukan tugas kita untuk menghukum sesiapa. Pengakhiran hidup kita sendiripun masih belum kita mampu pastikan bagaiamana kesudahannya. Inikan pula untuk menghukum pengakhiran hidup orang lain. Walaubagaimanapun, cara hidup itu sedikit sebanyak menentukan cara mati. Berhati-hati.
Rahmat Allah itu Maha Luas. DIA boleh mengampunkan sesiapa sahaja yang DIA kehendaki tanpa pengetahuan kita pun. Jadi janganlah sibuk untuk mengambil tugas yang kita sendiri pun belum tentu mampu untuk pikulnya.
Fikirkan hal kesudahan diri. Perbaiki diri. Dalam masa yang sama terus mengajak kepada kebaikan. Cegahlah kemungkaran. Pasti hidup Allah kan sayang. Mahkluk kan senang. Hati lebih tenang.
#positivecircle21
#kongsipositif
Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40% tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil suatu keputusan sebenar, sebaliknya itu adalah hasil daripada TABIAT mereka.
The Power of Habit.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di sini :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Kadar stres yang betul mampu menjadi pendorong yang baik untuk kita menyelesaikan sesuatu tugasan.
Manakala kadar stres yang berlebihan mampu menjadi penghalang dan akhirnya bertukar menjadi burnout.
Berapa kadar stres yang betul adalah berbeza bagi setiap individu. Setiap orang mempunyai persepsi yang tidak sama terhadap stres.
Oleh itu, ilmu pengurusan stres adalah ilmu perlu dipelajari secara berterusan seiring dengan pertambahan usia kita. Tiada satu cara yang tepat untuk semua punca stres. Ia suatu yang dinamik.
Syok ke stres?
Pastinya ya, jika dengan ilmu.
#kongsipositif
#positivecircle21
*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI*
Sila isi maklumat anda di sini :
https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6
Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan.
*HASBULLAH MUSTAFA*
013 996 3639
Makin banyak masa kita bekerjasama dengan seseorang, makin banyak yang kita akan fahami tentang hati budi seseorang. Itu semua refleksi juga buat diri yang serba kurang.
Raikan perbezaan, lihatlah sisi kebaikan. Cari ruang untuk saling melengkapi, bukan jadi batu api. Insafi diri.
Bersangka baiklah dalam banyak hal, agar respon seterusnya lebih positif. Tiada guna bertindak terlalu pasif mahupun agresif. Jaga hati, buang sangka-sangka negatif.
#kongsipositif
#positivecircle21
Berhati-hati dan menjadi bijak dalam perkara ini sangat perlu.
Sikap terburu-buru dan tidak menyemak dahulu info yang diterima akan menyebabkan diri sendiri yang rugi.
Moga Allah lindungi kita semua daripada anasir-anasir jahat ini.
#kongsipositif
#positivecircle
Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan:
“Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Antara salah satu golongan tersebut adalah:
Seseorang yang berzikir mengingati Allah ketika bersendirian sehingga mengalirkan air matanya.
“Sesungguhnya dengan berzikir mengingati Allah hatinya akan tenang”.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan 7 golongan yang disebut oleh Rasulullah SAW ini.
Siapakah 6 golongan lagi?
#kongsipositif
#positivecircle21
*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI*
Sila isi maklumat anda di sini :
https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6
Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan.
*HASBULLAH MUSTAFA*
013 996 3639
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jom sertai dan saksikan secara langsung: Program Kolaboratif Antarabangsa Persidangan Virtual Pembimbing Rakan Siswa Institusi Pengajian Tinggi (PRS IPT 21)
Dengan kerjasama :
Program Studi Psikologi,
Fakultas Ilmu Sosial & Ilmu Politik
Universitas Mulawarman Indonesia
Anjuran:
Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
Kelolaan:
Kolej Komuniti Sabak Bernam
📆 Tarikh : 14 Oktober 2021 ( Khamis )
⏰ Jam : 8.30 am - 1.30 pm
Platform:
🟢Youtube: https://youtu.be/6U4pJPxGHE4
🟢Facebook: https://www.facebook.com/kksbs
Pengisian pautan peserta akan diberikan pada hari program berlangsung untuk:
1. Pendaftaran peserta program
2. Kit Persidangan Program
3. Penilaian Program
Jangan ketinggalan, ayuh sertai kami! ☺️
#PRSIPT21
