uk
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Відкрити в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Показати більше
828
Підписники
-124 години
+37 днів
+430 день
Архів дописів
Kadang-kadang, kita tersenyum sendiri bila teringat memori lama. Tapi dalam diam, hati kita pernah kuat menahan tangis waktu itu. Sakit yang dulu pernah kita rasa, hari ini jadi kekuatan yang tak ternilai. Kerana setiap ujian yang kita hadapi bukan untuk melemahkan, Tapi untuk membina jiwa yang lebih kental dan matang. Kenanglah memori lampau bukan untuk kembali luka, tapi untuk sedar sejauh mana kita telah melangkah. Terima kasih diri, sebab tak pernah berhenti. Terima kasih Allah kerana sentiasa Memberi tanpa henti, untuk diingati... #kongsipositif #positivecircle21

Siri Positif: Cara Kita Respon, Menentukan Cara Orang Terus Berkomunikasi Dengan Kita Pernah tak rasa... kenapa makin lama makin kurang orang nasihatkan kita? Kenapa makin sunyi ruang WhatsApp kita? Kenapa orang makin “ya ya je” bila kita bercakap? Mungkin... cara kita respon dulu, menjadi sebab orang makin menjauh. Kalau kita jenis yang susah ditegur, orang akan berhenti menegur. Kalau kita selalu balas mesej lambat, atau acuh tak acuh maka orang akan mula ‘slow fade’ dari hidup kita. Kalau setiap kali orang buka topik, kita balas dengan ayat pendek dan datar sahaja, jangan pelik kalau satu hari nanti, mereka pun berhenti bercerita. Kita ajar orang bagaimana untuk bercakap dengan kita. Kalau kita sudi mendengar, orang pun sudi meluah. Kalau kita tenang menerima teguran, orang pun ringan memberi nasihat. Kalau kita aktif respon dengan jujur, orang pun makin mesra dan terbuka. Hargai orang yang sudi berkomunikasi dengan kita. Jangan matikan motivasi mereka dengan sikap kita yang dingin dan mematikan mood. "Seseorang yang terus sudi bercakap denganmu, walau pun sering kau abaikan, itu bukan biasa-biasa. Itu tanda sayang yang luar biasa..." Jadi... sebelum salahkan orang lain kerana menjauh, semak dulu bagaimana kita menyambut mereka. Mungkin yang perlu berubah adalah cara kita. Bukannya mereka. #kongsipositif #positivecircle21

Siri Positif: KERJA - Penuhi Keperluan Hidup Atau Tujuan Hidup Ada orang kerja lebih masa bukan sebab tamakkan duit. Tapi sebab tahu, ada yang lebih besar daripada itu. Ya, duit penting. Untuk bayar bil, beli susu anak, isi minyak motor, tampung kehidupan. Tapi ada jiwa yang bekerja bukan sekadar untuk hidup, tapi untuk memberi makna kepada hidup. Ada yang kerja lebih sebab mahu bantu orang lain. Ada yang teruskan tugasan berat sebab itu amanah ilmu yang dipikul. Ada yang bangun awal, pulang lewat - sebab yakin di sebalik semua ini ada pahala yang dikutip satu persatu. Kita bukan robot. Penat itu ada. Tapi bila kerja ini diniatkan kerana Allah, demi manfaat manusia lain. Penat itu berubah jadi semangat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang dari kamu melakukan suatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun (itqan).” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Rezeki datang bukan hanya dalam bentuk gaji/bayaran. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk ketenangan, keberkatan, anak-anak yang taat, hati yang lapang, dan nikmat dapat tidur lena tanpa rasa bersalah. Kalau diberi pilihan, semua orang mahu rehat. Tapi lebih baik penat di dunia, agar kita dapat rehat sebenar di akhirat. Teruskan dengan kerja baikmu.Kerana dalam setiap peluh yang jatuh, ada doa yang naik.Dan Tuhan sedang melihat semua usaha yang mungkin orang lain tak nampak. #kongsipositif #positivecircle21

TOT Kad COVITS69
TOT Kad COVITS69

Teruskan mencipta ruang yang selamat untuk semua belajar, berkongsi dan berkembang. Dunia ini milik mereka yang berani mencub
Teruskan mencipta ruang yang selamat untuk semua belajar, berkongsi dan berkembang. Dunia ini milik mereka yang berani mencuba, bukan yang hanya duduk memerhati. Bila ilmu disemai dalam suasana yang seronok, selesa dan selamat, maka jiwa akan terbuka untuk berkembang.” Ilmu bukan milik mereka yang tinggi pangkat atau banyak sijil, tapi milik sesiapa yang terus mahu belajar tanpa jemu. #kongsipositif #positivecircle21

Siri Positif: Kanak-kanak Dan Gajet Berpisah Tiada Kadang-kadang kita biarkan je anak-anak, terutama yang kecil, leka dengan gajet. Nampak senang sebab mereka duduk diam, tak kacau. Tapi, tahu tak? Terlalu lama dengan gajet boleh ganggu perkembangan kemahiran psikomotor halus dan kasar anak-anak. Psikomotor halus melibatkan pergerakan kecil seperti mencubit, menulis, melipat, menyusun. Psikomotor kasar pula melibatkan pergerakan besar seperti berlari, melompat, memanjat. Bila selalu sangat dengan skrin, anak kurang guna tangan dan badan. Lama-lama jadi lambat menulis, malas bergerak, tumpuan pun menurun. Kesan jangka panjang boleh ganggu prestasi belajar dan perkembangan keseluruhan mereka. Jadi apa yang kita boleh buat? Hadkan masa skrin ikut umur. - Galakkan aktiviti fizikal dan seni tangan. - Buat aktiviti yang rangsang motor halus dan kasar. Contohnya macam dalam gambar ni – aktiviti lipat kotak. Nampak simple, tapi sebenarnya sangat bagus untuk latih koordinasi mata dan tangan, sabar, fokus dan kekemasan. Anak-anak tak perlukan gajet pun lagi sebenarnya. Mereka cuma perlukan masa dan perhatian daripada kita. Meh bantu pakcik lipat 1200 kotak HiREG ni ya 😂 #kongsipositif #notaDP

photo content

Pilih lah yang mana kita suka. Jika tidak, kita dipaksa untuk menyukainya. #kongsipositif #positivecircle21
Pilih lah yang mana kita suka. Jika tidak, kita dipaksa untuk menyukainya. #kongsipositif #positivecircle21

"Jaga kesihatan hari ini, demi ibadah yang lebih baik esok hari." Kesihatan adalah nikmat yang sering kita abaikan… sehinggal
"Jaga kesihatan hari ini, demi ibadah yang lebih baik esok hari." Kesihatan adalah nikmat yang sering kita abaikan… sehinggalah ia hilang. Selagi tubuh masih kuat, langkah masih tegap. Gunakan ia untuk amal, bantu orang lain, dan dekatkan diri dengan Tuhan. Sabda Rasulullah SAW: "Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (lalai) daripadanya: kesihatan dan masa lapang." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6412) Semoga kita semua terus kekal sihat. InsyaAllah. #kongsipositif #positivecircle21

Pink untuk perempuan, biru untuk lelaki? Jom kita selidik balik dan baca di sini: https://www.facebook.com/share/p/15daxtZXs4
Pink untuk perempuan, biru untuk lelaki?  Jom kita selidik balik dan baca di sini: https://www.facebook.com/share/p/15daxtZXs4/ Moga bermanfaat. Jangan takut untuk menikmati warna anda. #kongsipositif #positivecircle21

Siri Positif: Terbang Lebih Tinggi Kapal terbang tu takkan terbang kalau enjin tak hidup. Sama juga hidup kita takkan naik ka
Siri Positif: Terbang Lebih Tinggi Kapal terbang tu takkan terbang kalau enjin tak hidup. Sama juga hidup kita takkan naik kalau usaha kita masih tidur. Masih lena. Selagi ada tenaga, selagi ada peluang… terbanglah lebih tinggi dari apa yang ada sekarang. Tak kisahlah orang sekeliling nampak biasa, yang penting dalam hati kita masih luar biasa semangatnya. Biar kita je yang tahu. Hidup ni tak lama. Jangan biar mimpi kita tersimpan dalam "hangar" terlalu lama. Nak berjaya tak perlu tunggu "sempurna", cuma perlu mula. InsyaAllah berjaya. Dengan versi kita. Teruskan melangkah! Langit itu luas… dan rezeki Tuhan tak pernah habis. #kongsipositif

Apa itu Grey Divorce ? Jom baca di sini. https://www.facebook.com/share/p/1Yzfy35BiA/

"Women get sicker, but men die quicker." – Miers, 2000 Itu bukan andaian semata, tapi satu frasa terkenal dalam dunia kesihatan yang disebut oleh Miers pada tahun 2000. Kenyataan ini mungkin kedengaran pelik, namun ada benarnya apabila kita meneliti pola kesihatan dan gaya hidup antara lelaki dan wanita. Wanita memang lebih kerap berhadapan dengan sakit. Kerap ke klinik, lebih sensitif dengan perubahan badan, lebih terbuka bercerita tentang emosi. Namun, dalam masa yang sama, wanita juga menanggung pelbagai beban sosial dan emosi, menjalankan pelbagai peranan dalam satu masa. Dan tekanan ini, walaupun tak nampak, tetap melemahkan sedikit demi sedikit. Statistik juga menunjukkan wanita mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding lelaki. Iaitu sekitar 5 tahun lebih. Namun begitu, mereka lebih kerap menghidap penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, atau kemurungan. Tidak lupa juga isu kesihatan reproduktif yang kompleks serta diskriminasi sosial yang boleh mempengaruhi akses dan kualiti rawatan. Lelaki pula jarang sakit, tapi bila sakit, selalunya dah terlambat. Ramai lelaki masih rasa perlu 'tahan', kerana kononnya itu lambang kekuatan. Mereka enggan ke klinik, tak mahu dilihat lemah, dan akhirnya bila keadaan menjadi serius… baru bertindak. Mereka juga lebih cenderung kepada penyakit yang membawa maut seperti penyakit jantung atau strok. Tambahan pula, ramai lelaki bekerja dalam persekitaran yang berisiko tinggi seperti terdedah kepada bahan toksik, kerja berat, atau stres kronik. Tapi, malangnya, kadar mendapatkan rawatan secara konsisten dalam kalangan lelaki masih rendah. Isunya bukan siapa lebih kuat atau siapa lebih rapuh. Tapi bagaimana masyarakat membentuk tanggapan tentang jantina dan kesihatan. Bila lelaki diajar jangan menangis, dan wanita diajar untuk terus memberi walau diri sendiri kosong. Maka kesihatan menjadi korban diam-diam. Mungkin dah sampai masanya kita ubah cara fikir. Lelaki perlu belajar peduli dan ambil berat tentang tubuh sendiri. Wanita pula perlu berani berehat dan berkata tidak apabila beban terasa tak tertanggung. Kesedaran kesihatan bukan soal jantina. Ia soal sayang diri. Soal mahu hidup lebih lama, lebih bahagia, dan lebih bermakna. Mulakan dari hari ini. Dengar tubuh kita bercakap. Dan jangan biar kesihatan menjadi cerita yang kita sesali kemudian hari. Kadang-kadang, ia bermula dengan satu keputusan kecil, untuk mula peduli. #kongsipositif #notaDP

"Women get sicker, but men die quicker." – Miers, 2000
"Women get sicker, but men die quicker." – Miers, 2000

Self-Efficacy: Yakin Boleh, Tapi Jangan Lupa Asal Usul Dalam psikologi, ada satu konsep dipanggil "self-efficacy" iaitu keyakinan kita terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Bila seseorang ada self-efficacy yang tinggi, dia lebih berani mencuba, tak cepat putus asa, dan sentiasa cari jalan walau susah. TAPI… Sebagai orang beriman, kita belajar satu perkara penting bahawa keyakinan itu bukan semata-mata datang dari kehebatan kita. Ia adalah asbab Allah SWT yang izinkan hingga kita mampu. Kita boleh sebab Allah SWT mahu. Dalam surah Al-Kahfi, Allah ajar kita untuk sentiasa sebut “insya-Allah” bila nak buat sesuatu. Bukan untuk sedapkan ayat, tapi sebagai tanda kita sedar siapa yang pegang segala kemampuan. Yakin diri itu bukan segala. Berusaha sungguh-sungguh itu wajib. Tapi jangan lupa, istighfar dan tawakkal adalah pelengkap sebenar kekuatan. Kerana kita tak hebat. Tapi bila Allah SWT izinkan, tiada siapa boleh halang kita berjaya. Jom kita usaha dengan yakin, tapi sentiasa tunduk pada Tuhan yang Maha Memberi segala keyakinan. #kongsipositif #positivecircle21