cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

The Garden of Al-Quran

Saluran asas info Al-Quran. Moga peroleh berkat untuk terus mempelajari Al-Quran.

Більше
Рекламні дописи
22 339
Підписники
+3524 години
+1517 днів
+66430 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Bukan semua perkara kita perlu keluarkan pandangan kita. Mengapa begitu? Kerana 2 sebab:
Показати все...
4 tema penting melalui surah Al-Kahfi : 1- Kisah pemuda Al-Kahfi (aqidah) 2- Kisah pemilik 2 kebun (harta) 3- Kisah Nabi Musa dan Nabi Khadhir as (ilmu) 4- Kisah Raja Zulqarnain dan Ya’juj Ma’juj (kekuasaan) Dajjal akan datang mengelilingi bumi dengan melontarkan 4 fitnah ini. Fitnah di sini bermaksud ujian. Dia datang mengatakan dialah tuhan, dan yang lemah imannya akan percaya. Dia datang memberikan harta, yang lemah iman akan mengikutinya. Dia datang dengan tentera yang bijak pandai, yang lemah akan ikut dia. Dia datang kekuasaan yang hebat, dalam keadaan menguasai dunia. Soalnya macam mana nak lawan? Dengan aqidah yang kukuh. Bacalah surah Al-Kahfi sepertimana saranan Nabi saw dan hayati maknanya. #FawaidTadabbur
Показати все...
65👍 29
Bahan yang akan digunakan dalam sesi jam 8 malam ini.
Показати все...
Taubat Ka’ab bin MalikRA.pdf4.68 KB
34👍 11😢 5
Makluman Live Fawaid Surah pada malam ini akan digantikan dengan Fawaid Hadith Taubat Ka'ab bin Malik RA, iaitu salah satu dari intipati surah al-Taubah. Jemput semua jam 8 malam ini di IG atau di saluran Telegram ini.
Показати все...
👍 32 15
Показати все...

26👍 9
Child free : dilema hidup dunia dan saranan agama Sebelum itu, beberapa penafian penting sebelum saya menulis: ⁃ tulisan saya ini tidak menafikan kredibiliti para ilmuwan yang telah menulis, saya hanya menulis dari sudut pandang sahabat netizen ⁃ saya menulis dari sudut pandang seorang Muslim terhadap kehidupan beragama. Jadi, rakan-rakan non-Muslim tidaklah terlibat secara langsung dengan tulisan ini kerana tulisan ini akan berpusat kepada dalil agama 1- Berkahwin dan mempunyai zuriat adalah perbuatan yang sangat baik, terdapat dalil yang banyak dari al-Quran & hadith tentang kebaikan berkahwin dan mempunyai zuriat. Doa dari al-Quran menjelaskan perkara ini: وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” [al-Furqan: 74] Imam Ibn Ashur ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa antara sifat Mukmin adalah dia ingin agamanya tersebar dan antara jalan-jalan penyebaran agama adalah melalui isteri dan anaknya. Isteri mentaati suami dalam perkara ketaatan kepada Allah, anaknya pula mentaati ibu & bapa dalam perkara ketaatan. [al-Tahrir wa al-Tanwir 19/81] 2- Jika pasangan tidak mahu mempunyai anak kerana mempunyai masalah ekonomi, emosi, kesihatan terjejas kepada isteri, maka mereka membuat perancangan kelahiran (menjarakkan anak) ini diharuskan. Tetapi jika tiada tujuan atau uzur, maka hukumnya makruh. Jadi, keputusan ini berada secara peribadi antara suami dan isteri. Bukanlah untuk diwar-warkan kepada umum kerana satu-satu perbincangan dalam pasangan tidak bersamaan dengan pasangan yang lain. Justeru, perbincangan tentang child free akan berpusat di sini. Jika pasangan telah bersetuju untuk tidak memiliki anak kerana uzur yang dibenarkan oleh syarak seperti kesihatan isteri terjejas, penyakit akan menjadi lebih parah dan seumpamanya, maka dibenarkan. Tetapi jika tidak ingin mempunyai anak atas sebab kebimbangan rezeki tidak akan cukup, anak-anak akan menyusahkan ibu bapa, maka ini tidak bertepatan dengan saranan agama. 3- Tanggapan bahawa mereka yang tidak ingin mempunyai anak adalah mereka yang tidak yakin kepada Allah secara mutlak adalah keterlaluan. Bukan semua yang tidak ingin mempunyai anak itu melalui kisah yang sama, ada yang mempunyai kesukaran yang dibenarkan oleh syarak dan tidak berdosa ke atas mereka. Usah tohmah kerana bimbang kita menyatakan apa yang tidak benar. Selagi mana perkara tersebut tidak diharamkan oleh syarak, maka tidak wajar kita memaki hamun seolah ianya wajib untuk mempunyai anak yang ramai. Kerana mempunyai anak itu dituntut dalam agama, tetapi menjarakkan kelahiran itu tidaklah dilarang. 4- Rezeki dan anak. Isu ini banyak kali berulang perbincangannya. Cuma, satu yang perlu kita pegang iaitu rezeki adalah kuasa mutlak Allah. Jangan berpegang rezeki datang daripada makhluk. Kita dituntut untuk berusaha dalam mencari rezeki, dalam masa yang sama juga bertawakkal kepada Allah. Jangan berusaha semata lalu tidak mempercayai bahawa Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Jangan juga bertawakkal, berserah semata kepada Allah tanpa usaha. Kedua-dua cara fikir ini adalah salah. Dalam konteks anak pula, Allah sendiri telah menjawab: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقࣲ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكُمۡ وَإِیَّاهُمۡۖ “Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” [al-An’am : 151] وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُمۡ خَشۡیَةَ إِمۡلَـٰقࣲۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِیَّاكُمۡۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ كَانَ خِطۡـࣰٔا كَبِیرࣰا
Показати все...
64👍 19
8- “Ramai ilmuwan Islam yang tak berkahwin ataupun mempunyai anak”. Ini juga penting. Kita memanggil ilmuwan begini sebagai al-Ulama’ al-Uzzab, ada satu kitab khusus dikarang oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah tentang tajuk ini. Namun, kita perlu faham bahawa mereka tidak berkahwin atau mempunyai anak bukan kerana sebab seperti kebanyakan pada hari ini, tetapi kerana terlalu sibuk dengan urusan ilmu. Sebagai contoh, Imam Nawawi yang tidak berkahwin, tetapi beliau menyiapkan lebih dari puluhan karya ilmu. Maka, tidak tepat kita ingin menggunakan justifikasi yang sama. Mereka tidak berkahwin, tetapi mereka tidak menyatakan “jangan berkahwin”, kerana adanya dalil yang banyak menganjurkan perkahwinan. Maka, perlu waspada jika ingin mengetengahkan perihal ini. 9- “Lantaklah nak ada anak atau taknak ada anak”, betul dari satu sudut kerana perkara ini melibatkan keputusan peribadi pasangan itu. Tetapi apabila diwar-warkan atau dikempen pula seperti di Tiktok, maka ini bukan lagi isu “lantak”, kerana hidup kita sebagai Muslim ada aturan syarak dari Allah dan Rasul ‎ﷺ, maka hidup tanpa kedua ‘sayap’ ini akan menyebabkan kita jatuh ke lembah yang gelap. Kebenaran itu datang dari Allah: ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ Kebenaran adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. [al-Baqarah: 147] 10- Tuntas (ulasan pendek): ⁃ mempunyai anak sememangnya tuntutan yang digalakkan dalam agama ⁃ tidak ingin mempunyai anak atas sebab yang dibenarkan syarak adalah tidak berdosa, tetapi bukan untuk diwar-warkan atau dikempen, masyarakat di Tiktok dan media sosial yang lain sangat tidak wajar menyatakan “lebih aman hidup kerana child free” dan seumpamanya dalam keadaan nas al-Quran dan hadith menyarankan sebaliknya ⁃ jangan keterlaluan dalam memberi komentar; seperti melabel orang yang tidak ingin mempunyai anak sebagai liberal, jahil dan seumpamanya walhal mungkin mereka mempunyai sebab yang dibenarkan syarak. Ataupun melabelkan orang yang menganjurkan supaya ada anak itu sebagai ‘bitter’, ‘taksub agama’ atau seumpamanya kerana memang ada tuntutan itu dalam agama ⁃ jangan terlalu bimbangkan rezeki tidak cukup, sebaliknya fikirkan bagaimana ingin merasa cukup dari rezeki yang Allah berikan ⁃ perbincangan sebenarnya boleh kita buat dengan ilmiah tanpa unsur kebencian dan naratif buruk, tetapi apabila dicampuri dengan urusan kebencian atau ingin meruntuhkan, maka akan bertukar menjadi perbalahan yang tidak bermanfaat
Показати все...
64👍 23
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar” [al-Isra’ : 31] Ayat pada surah al-An’am, Allah menyatakan “Kami lah yang memberi rezeki kepada KAMU dan kepada mereka (anak). Tetapi pada surah al-Isra’, Allah menyatakan “Kami lah yang memberi rezeki kepada MEREKA dan kepada kamu”. Ada perbezaan struktur ayat antara keduanya. Imam Ibn Ashur sebutkan bahawa ayat pertama didahulukan KAMU (ibu bapa) kerana konteks kesusahan ibu bapa. Kesusahan & kefakiran ibu bapa menyebabkan mereka ingin membunuh anak. Maka Allah larang dan beritahu bahawa jangan risau, Allah ada untuk beri rezeki kepada kamu, wahai ibu & bapa. Ayat kedua dari surah al-Isra’ pula, Allah mendahulukan MEREKA (anak) kerana konteksnya adalah kebimbangan ibu bapa tentang masa depan anak. Ibu bapa yang menganggap bahawa datangnya anak akan menyempitkan rezeki mereka, akan menyebabkan mereka kurang rezeki. Maka Allah berkata jangan bunuh anak kerana takutkan kepapaan. Maka dari tadabbur ini, kita fahami bahawa rezeki anak itu telah dijamin oleh Allah. Walaupun kita tidak menafikan soal perancangan, tetapi jangan sehingga menganggap anaklah punca kepada kesempitan rezeki sedangkan anaklah yang membawa kepada keberkatan rezeki. Begitulah juga dalam isu ini. Ada sahaja orang yang ada anak tetapi rezeki dari sudut wang makin bertambah, ada juga yang sebaliknya. Allah tak jadikan pasangan itu kaya dengan duit tetapi urusan hidupnya dipermudahkan. Ada juga yang tidak mempunyai anak, tetapi rezeki dari sudut wang tidak bertambah, ada juga yang sebaliknya. Allah tak jadikan pasangan itu kaya tetapi mereka boleh jalani hidup berdua dengan baik. Maka sangat subjektif isu rezeki ini, yang penting kita fahami bahawa bukan kita yang memegang kunci rezeki itu. Semuanya mutlak milik Allah. 5- “Kalau”, ini juga menjadi titik besar dalam isu ini. Kita katakan bahawa dalam isu rezeki, tugas kita adalah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Selebihnya adalah berserah kepada Dia. Jika kita sentiasa dibelenggu dengan kalimah “kalau”, maka tiada apa yang boleh kita lakukan lagi di dunia ini. Kerana kemungkinan itu & ini sentiasa akan ada. Maka hidup dalam ketakutan kepada ketidakpastian adalah sangat tidak digalakkan. Bergeraklah ke depan dengan usaha dan tawakkal. Kita ada Allah, Tuhan yang selalu melimpahkan rahmat kepada kita selama mana kita yakin kepadaNya. 6- Sebahagian daripada kita menyatakan kes ’28 anak dan 4 isteri yang mengharapkan zakat sedangkan nafkah dari suami tidak ada’ sebagai premis untuk membenarkan child free secara mutlak. Saya rasakan ini tidak tepat kerana satu kes terpencil tidak boleh diumumkan kepada semua pasangan berkahwin. Jika kita ingin menggunakan premis ‘generalisasi’ sebagai langkah waspada, maka tiada yang dibenarkan berkahwin kerana ada beberapa pasangan yang bercerai atau didera dengan keganasan oleh pasangan. Tetapi adakah betul begitu? Jelas tidak. Yang salah adalah si suami itu kerana tidak menyediakan nafkah yang cukup, bukanlah salah pasangan lain yang ingin mempunyai anak atau anak ramai. Yang salah adalah mereka yang mendera pasangan, bukan orang lain yang berkahwin dan bahagia. Sebab itu menjadikan satu kes lalu diumumkan menjadi satu kaedah melarang semua perkara adalah tidak tepat. 7- Ada juga yang menyatakan bahawa orang yang melarang child free adalah orang yang ‘bitter’ dengan kebahagiaan orang lain. Saya setuju bahawa ada sebahagian yang keterlaluan dalam memutuskan hukum bagi pasangan lain secara pukal sedangkan isu ini berlegar antara suami dan isteri. Namun, tidak tepat kita katakan bahawa semua yang menasihati itu ‘bitter’ kerana fahaman bahawa ‘tiada anak lebih bagus’ ini bukanlah suatu yang perlu digalakkan, tetapi dibenarkan kepada pasangan tertentu, yang mempunyai kesukaran dari sudut syarak.
Показати все...
32👍 21
Фото недоступнеДивитись в Telegram
👍 30 15
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.