(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen
Показати більше📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang
Канал (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 10 890 підписників, посідаючи 17 651 місце в категорії Новини і ЗМІ та 3 400 місце у регіоні Малайзія.
📊 Показники аудиторії та динаміка
З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 10 890 підписників.
За останніми даними від 25 липня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на 198, а за останні 24 години на 8, загальне охоплення залишається високим.
- Статус верифікації: Не верифікований
- Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 12.53%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 8.02% реакцій від загальної кількості підписників.
- Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 365 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 873 переглядів.
- Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.
📝 Опис та контентна політика
Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
“PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...”
Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 26 липня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Новини і ЗМІ.
Триває завантаження даних...
| Дата | Залучення підписників | Згадування | Канали | |
| 25 липня | +8 | |||
| 24 липня | 0 | |||
| 23 липня | +49 | |||
| 22 липня | +14 | |||
| 21 липня | +3 | |||
| 20 липня | 0 | |||
| 19 липня | +5 | |||
| 18 липня | 0 | |||
| 17 липня | +16 | |||
| 16 липня | +1 | |||
| 15 липня | +11 | |||
| 14 липня | +8 | |||
| 13 липня | +1 | |||
| 12 липня | +4 | |||
| 11 липня | +81 | |||
| 10 липня | +1 | |||
| 09 липня | 0 | |||
| 08 липня | +30 | |||
| 07 липня | 0 | |||
| 06 липня | +18 | |||
| 05 липня | +2 | |||
| 04 липня | +1 | |||
| 03 липня | +2 | |||
| 02 липня | +2 | |||
| 01 липня | +1 |
| 2 | Geng 'Double trouble' berjaya ditahan
Petaling Jaya: Dua penjenayah tegar masing-masing memiliki 27 dan 24 rekod kesalahan lampau ditahan selepas dikejar sejauh 20 kilometer (km) apabila kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dikesan di Persiaran Dagang, Sri Damansara, di sini lewat malam semalam.
Menurutnya, anggota kereta peronda MPV daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Petaling Jaya mengesan kenderaan suspek dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan suspek berhenti untuk pemeriksaan namun dua lelaki terbabit cuba melarikan diri ke arah Gombak
"Kenderaan suspek dipandu secara berbahaya melalui beberapa laluan sebelum berjaya dikesan di kawasan Jalan Sungai Pusu, Gombak.
"Semasa cubaan tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan mengundur kenderaan dan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri semula serta melanggar dua kenderaan awam yang diparkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar memaparkan sejumlah MPV polis di Jalan Sungai Pusu, di Gombak dikatakan menahan penjenayah yang melarikan diri awal pagi hari ini.
Mengulas lanjut Shamsudin berkata, cubaan suspek meloloskan diri dengan memandu secara berbahaya bagaimanapun gagal apabila kedua-dua lelaki tempatan itu akhirnya berjaya ditahan awal pagi hari ini.
Katanya, semakan rekod mendapati suspek pertama yang juga pemandu kenderaan memiliki 23 rekod berkaitan dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod dikehendaki berkaitan kes dadah.
Menurutnya, suspek kedua memiliki keseluruhan 24 rekod lampau membabitkan kesalahan dadah, jenayah dan lain-lain kesalahan tetapi tiada rekos dikehendaki.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu. Ujian urin sedang dijalankan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkenaan insiden ini.
"Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya.
Disiarkan pada: Julai 25, 2026 @ 1:44pm
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#harianmetro | 625 |
| 3 | Немає тексту... | 581 |
| 4 | Kanak-kanak autistik maut terjatuh dari tingkap pangsapuri
KUALA TERENGGANU: Ibu kepada kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari inap desa di tingkat 13, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini tidak menyangka perasaan tidak sedap hati dialami menjadi petanda pemergian anaknya itu.
Nor Azera Ismail, 36, dari Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan berkata sejak malam tadi dia berasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan anaknya, Nur Muazzah Aisyah memandangkan tingkap bilik tidur inap desa tersebut tidak mempunyai jeriji.
Susulan itu, Nor Azera berkata dia dan suami Mubi Mat Husin, 38, bercadang untuk mendaftar keluar dan mencari penginapan lain yang lebih selamat pada pagi ini.
"Saya bertolak dari Pasir Puteh, Kelantan selepas solat Jumaat dan tiba di inap desa kira-kira 9.30 malam. Sekitar 12 tengah malam tadi semasa nak tidur, dia dah cuba buka tingkap. Masa itu saya dah rasa tak sedap hati.
"Saya cari sesuatu untuk pastikan keselamatan dia, tetapi tak jumpa tali. Akhirnya saya jumpa reben pada bunga telur dan ikat tangan kami berdua supaya sedar kalau dia bangun atau merayau ke mana-mana," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Nor Azera berkata kejadian tersebut berlaku dengan pantas kerana ketika bangun kira-kira 6 pagi tadi, anak ketiga daripada empat beradik itu masih tidur lena.
Bagaimanapun, ketika sedang bersiap-siap di ruang tamu sekitar 7 pagi tadi dia dikejutkan dengan bunyi ketukan bertalu-talu dari arah pintu utama.
"Ada penghuni lain yang datang tanya sama ada anak perempuan saya yang jatuh. Saya terus bergegas masuk bilik untuk periksa dan bila jenguk ke luar tingkap, saya dapati dia sudah terbaring di kawasan parkir kereta di bawah.
"Saya terus panggil suami dan kami bergegas turun, hanya tuhan yang tahu betapa sedih dan hancurnya perasaan ini. Saya memang dah siap-siap kemas barang untuk keluar dari inap desa ini dan cari tempat lain, tinggal nak kejut anak bangun untuk keluar. Tak sangka jadi begini," katanya.
Nor Azera berkata dia sepatutnya menghadiri seminar keusahawanan pada hari ini dan bercadang untuk pulang ke Kelantan pagi esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
25/07/2026 | 15:40
Artikel ➡️ BERNAMA | 589 |
| 5 | TERKINI | 24 Julai 2026 Seorang lelaki, Parthiban Al Ragu, mendakwa identiti serta gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan akaun Facebook palsu yang memuat naik kandungan menghina agama Islam. Beliau menegaskan akaun dan semua hantaran tersebut bukan miliknya. | 551 |
| 6 | Немає тексту... | 536 |
| 7 | Lelaki Direman Empat Hari, Disyaki Muat Naik Hantaran Menghina Islam di Facebook
JOHOR BAHRU, 25 Julai – Polis Johor menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun selepas disyaki terlibat memuat naik hantaran di Facebook yang mengandungi unsur hasutan serta menghina agama Islam.
Ketua Polis Johor, CP Dato' Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima satu laporan pada jam 12.38 pagi, 24 Julai 2026, daripada seorang lelaki tempatan berhubung satu hantaran tular di Facebook.
Menurut beliau, semakan mendapati pemilik akaun Facebook "Fadzil Zahari" telah berkongsi beberapa gambar tangkap layar yang didakwa dimuat naik oleh pemilik akaun "Parthiban Ragu", mengandungi kata-kata bersifat menghina agama Islam serta ungkapan yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri berjaya menahan seorang lelaki tempatan sekitar Iskandar Puteri pada jam 1 pagi, 25 Julai 2026.
Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan dibenarkan direman selama empat hari bermula 25 Julai hingga 28 Julai 2026 bagi membantu siasatan lanjut.
Polis Johor turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah diminta menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan IPK Johor di 07-2212999. | 554 |
| 8 | Немає тексту... | 693 |
| 9 | Немає тексту... | 693 |
| 10 | Enam maut dalam nahas ngeri di Jalan Karak Lama
Oleh Khirrul Nirwan Bahaudin
Bentong: Enam lelaki berusia antara 15 hingga 25 tahun maut selepas Toyota Vios dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, dekat sini, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian 4.25 pagi itu, semua mangsa yang menaiki Toyota Vios disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki mengalami rempuhan kuat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 4.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada 4.32 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios serta sebuah lori satu tan.
"Enam mangsa lelaki yang menaiki Toyota Vios didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai V Mugilan, 25; K Dinesvaran, 21; K Alaganathan, 20; A Kanabati Raja , 18; S K Kiisyen, 16 dan M Paranthaman, 15.
Menurutnya, pemandu lori satu tan, Muhamad Hanafi Ahmad Raju, 31, mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, bomba bertindak memberikan rawatan awal serta mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas penyelamatan.
"Mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera diserahkan kepada KKM," katanya.
Operasi membabitkan tujuh anggota BBP Karak dengan bantuan sembilan anggota BBP Mentakab ditamatkan sepenuhnya pada 6.40 pagi.
Disiarkan pada: July 25, 2026 @ 9:34am
#harianmetro | 743 |
| 11 | Немає тексту... | 1 059 |
| 12 | Dua pelajar perempuan maut jatuh dari bangunan kosong di Buntong
NORMAWATI ADNAN
25 Jul 2026 12:00 am
IPOH - Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan perumahan kosong dekat Buntong di sini pada Jumaat.
Kejadian di Flat Sungai Pari itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik itu dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dengan mengikuti pembelajaran sesi petang.
Ibu salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Seela, 36, berkata, dia menghantar anaknya serta rakannya itu ke sekolah dari kediaman mereka di Menglembu kira-kira jam 1 petang.
Bagaimanapun katanya, sekitar jam 4.50 petang, satu panggilan diterima, memaklumkan anaknya berada di kawasan perumahan kosong tersebut.
"Saya sempat tengok keadaan dia, masih memakai baju PJ (pendidikan jasmani), pakaian sama sepertimana saya hantar ke sekolah tadi.
“Saya tidak tahu kenapa anak saya boleh berada di sini. Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah pun datang ke tempat begini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seela mengakui masih terkejut dan sukar menerima kejadian yang berlaku apatah lagi mangsa tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap.
Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah mengadu apa-apa masalah berkaitan sekolah.
"Anak saya memang pendiam sedikit tetapi sepanjang pengetahuan saya, semua hal sekolah dan pelajaran dia dalam keadaan baik.
"Selama ini, pergi dan balik sekolah, saya yang hantar dan jemput, setiap hari. Tak sangka perkara begini boleh berlaku terhadap anak saya," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat sebaik pasukan forensik selesai menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Flat Sungai Pari yang dikenali dengan panggilan 'Sungai Pari Tower' atau 'Tingkat 15' itu pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaya Utara dan simbol ikonik bandar Ipoh kerana mempunyai reka bentuk bumbung berbentuk mangkuk.
Projek perumahan awam yang dibina pada 1963 itu bagaimanapun telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012 berikutan kebimbangan terhadap struktur bangunan.
#sinarharian | 1 084 |
| 13 | Немає тексту... | 1 121 |
| 14 | Немає тексту... | 1 138 |
| 15 | Remaja maut dipercayai terjatuh tingkat 68 Komtar
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
24 Julai 2026 08:12pm
GEORGE TOWN – [DIKEMAS KINI] Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Bangunan Kompleks Tun Abdul Rasak (Komtar), pada petang Jumaat.
Mangsa yang difahamkan berasal dari negeri ini ditemukan di atas bumbung aras enam bangunan berkenaan.
Ketua Zon 1 Pulau Pinang, Penguasa Kanan Bomba I Jamil Abdullah @ Othman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.17 petang. Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera LFRT tiba di lokasi pada jam 4.25 petang.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa menggunakan sistem tali serta pengusung kerana kedudukan mangsa yang berada di lokasi tinggi dan sukar diakses,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.
Beliau berkata, operasi turut berdepan cabaran apabila permukaan bumbung yang licin akibat hujan menyukarkan pergerakan anggota.
“Seramai lima anggota dikerahkan naik ke bumbung bagi menjalankan kerja-kerja menurunkan mangsa dengan selamat.
“Mangsa berjaya dibawa turun sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM di lokasi,” katanya.
Menurut beliau, pemeriksaan turut menemui tiket masuk serta gelang pas masuk ke sebuah pusat tumpuan pengunjung di tingkat 68 namun punca kejadian masih dalam siasat polis.
"Operasi yang turut dibantu polis dan KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.09 malam," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala serta hampir keseluruhan anggota badannya dipercayai akibat terjatuh dari aras tinggi.
"Polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 4.05 petang.
"Siasatan di lokasi mendapati mangsa, seorang warga tempatan dari kawasan Macallum ditemukan di atas bumbung aras enam bangunan Komtar dalam keadaan berpakaian lengkap.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari aras tinggi bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, siasatan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah dan polis telah membuka Laporan Mati Mengejut bagi menyiasat kejadian itu.
Artikel Sinar Harian
#sinarharian | 1 033 |
| 16 | Немає тексту... | 993 |
| 17 | Kes bekas kekasih mati ditikam: Mondy Tatto kini suspek
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 Jul 2026 4:07 pm
JAKARTA – Seorang wanita dikenali sebagai Mondy Tatto atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda, 24, ditetapkan sebagai suspek dalam kes serangan berkumpulan terhadap bekas kekasihnya, FA di Desa Kalijaya, Kecamatan Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat.
Mondy didakwa menyerang mangsa bersama kekasih baharunya, Doni Dermawan, 31, yang dikenali sebagai Donal, hanya beberapa jam sebelum FA maut ditikam oleh individu lain dalam kejadian berasingan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Cikarang Barat, AKP Engkus Kusnadi berkata, insiden serangan itu berlaku ketika Mondy berada di sebuah salon kecantikan di Kampung Pasar Beras pada malam Jumaat, 26 Jun 2026.
Menurutnya, mangsa datang ke lokasi dan berlaku pertikaian dengan Donal dipercayai berpunca daripada isu peminjaman motosikal milik Mondy.
“Dia menarik dan menolak mangsa sehingga mangsa terjatuh. Kejadian itu juga dirakam dan videonya tersebar di media sosial,” katanya.
Rakaman serangan tersebut kemudian tular sehingga menyebabkan ramai menyangka Mondy dan Donal terbabit dalam kematian FA.
Bagaimanapun, polis menjelaskan kes serangan itu berbeza dengan kes pembunuhan yang menyebabkan mangsa maut.
“Kes yang berlaku ketika itu adalah serangan berkumpulan. Mereka sudah berdamai dan kejadian tersebut dilerai sebelum berlaku insiden lain.
“Orang ramai membuat kesimpulan mereka ialah pelaku pembunuhan, sedangkan perkara itu tidak benar,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Engkus berkata, FA sebenarnya maut akibat ditikam seorang lagi bekas kekasih Mondy, dikenali sebagai Darmin, 26.
Menurutnya, selepas insiden di salon berakhir, kumpulan terbabit sempat minum minuman beralkohol bersama sehingga awal pagi Sabtu sebelum berlaku pertikaian baharu di rumah sewa Mondy di Kampung Jati Baru.
Ketika pertengkaran tercetus, Darmin memasuki rumah tersebut dan bertemu dengan FA.
“Darmin berkata, ‘kalau berani jangan dengan wanita’. Selepas berlaku pertengkaran, dia memukul kepala mangsa menggunakan botol sebelum mengambil pisau yang disimpan dan menikam bahagian belakang mangsa,” katanya.
Mangsa cuba melarikan diri, namun Darmin mengejarnya dan menikamnya sekali lagi sehingga mangsa rebah.
Berdasarkan laporan bedah siasat, FA meninggal dunia akibat tujuh kecederaan tusukan yang menembusi paru-paru kanan.
“Hanya Darmin yang melakukan tikaman. Di lokasi kedua, Mondy dan Donal tidak mampu berbuat apa-apa kerana pisau dibawa oleh Darmin,” jelasnya.
Polis memaklumkan motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu hubungan asmara melibatkan Mondy.
Engkus berkata, Darmin dipercayai menyimpan rasa cemburu dan dendam terhadap FA kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat dengan Mondy.
“Sebelum ini juga sudah berlaku konflik antara mangsa dengan Mondy serta Donal,” katanya.
Mondy dan Donal kini disiasat berhubung kes serangan berkumpulan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan, manakala Darmin berdepan pertuduhan lebih berat kerana tikaman yang menyebabkan kematian mangsa.-Agensi
#sinarharian | 972 |
| 18 | Nak kemana sebenarnya ni!! | 930 |
| 19 | Немає тексту... | 948 |
| 20 | Lima renjer maut, 6 orang awam cedera serangan pikap di Narathiwat
Oleh KOSMO!
23 Julai 2026, 10:54 am
NARATHIWAT, THAILAND – Lima anggota Pasukan Petugas Renjer Ke-45 terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan di Bukit Sami, Mukim Tanyong Mas, Daerah Rangae di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, anggota renjer yang terbunuh ialah Sarjan Mejar Theerayut Somakerd, 43, renjer Sakiriya Chehna, 23, renjer Wimol Dabthong, 43, renjer Natthasit Kaewsena, 34, dan renjer Salahudin Pi, 34.
Serangan itu turut mencederakan enam orang awam iaitu kanak-kanak berusia tiga tahun, Awatif Buehraheng, Habib Hina, 10, Muhammad Hafit Hina, 15; Masayfou Daoh, 21, Farha Abru, 67, dan Muhammad Ali Abru, 67.
Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, siasatan awal mendapati, tujuh penyerang menaiki sebuah trak pikap, manakala dua lagi menunggang motosikal sebelum menyerbu pusat pemeriksaan tersebut.
Katanya, penyerang turut membaling bom paip sehingga menyebabkan jumlah korban yang ramai.
“Enam orang awam yang yang berada di kawasan itu turut cedera. Kumpulan penyerang yang disyaki anggota kumpulan pemisah peringkat operasi melarikan diri menggunakan kedua-dua kenderaan berkenaan melalui Laluan 4055 dari Mukim Tanyong Mas ke Mukim Dusongnyo.
“Pihak berkuasa telah mengepung lokasi kejadian untuk mengumpul bukti dan sedang giat memburu semua suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu memberitahu, dalam gerakan susulan, pihak berkuasa menemukan sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam serangan itu dalam keadaan terbakar di Mukim Sako, Daerah Sri Sakon, Narathiwat kira-kira pukul 8 malam tadi.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian dan kenderaan tersebut masih diteruskan.
“Pihak berkuasa kini meletakkan keselamatan di Selatan Thai, khususnya di Wilayah Narathiwat, pada tahap tertinggi susulan serangan itu serta pengeboman di Balai Polis Tanyong,” katanya. – KOSMO! ONLINE
#kosmo | 935 |
