Tarbiah Daily
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah
Більше- Підписники
- Перегляди допису
- ER - коефіцієнт залучення
Триває завантаження даних...
Триває завантаження даних...
{ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ } [Surah Al-Baqarah: 216] Abdullah Muhammad Basmeih: Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah
"Pada hari seseorang manusia lari meninggalkan saudaranya, ibu dan ayahnya, juga isteri dan anak-anaknya. Setiap seseorang pada hari itu mempunyai urusan yang membuat diri sendiri sibuk - dari urusan orang lain." (Abasa: 34-37)Adik-beradik lahir dari raheem ibu yang sama, dari kecik hidup senang susah bersama, bila besar berkongsi rezeki susah senang tetap bersama. Ibu & ayah yang kita sayangi, syurga berada di tapak kakinya, sayangnya seorang ibu pada kita! kita saja yang tahu! Isteri yang kita bayar mahar dan hantaran ribu riban, anak yang kita tarbiah dari kecil sampai remaja dan dewasa, mengharapkan mereka jadi soleh wa musleh di dunia dan setelah kita mati mereka akan mendoakan untuk kita. Namun Allah memberitahu kita bahawa di padang Mahsyar nanti, kita akan lari dari mereka semua ini lantaran bukan kesalahan kita dengan Allah semata-mata tapi juga kesalahan kita dengan mereka juga akan dituntut. Waw! macam tu ke?? Sedihkan! Tapi itulah benda yang kita semua akan lalui sama ada suka atau paksa! Dalam liqo itu membuat kami sedih dengan amal-amal fardhy kami, amal dakwi kami dan amal harokah kami yang seberat kulit bawang. Yang lagi memilukan lagi hati kami, ada soalan ditanya sesama kami, tahu apa soalan tu?? “Bila last kami semua menangis kerana takut pada Allah?” ada yang jawap last year, ada yang jawab tidak pasti dan ada yang jawab jarang-jarang. Allahu Akbar! Liqo akan-akan datang nanti insyAllah akan discuss tentang hadits di bawah ini: Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu - kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:
"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang dapat saya mengetahuinya, niscayalah engkau semua akan tertawa sedikit saja dan akan menangis banyak-banyak." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)Wahai Robbul ‘alam, kami banyak gelak dari menangis….ampunkan kami yang Allah!😔 Abu Muhammad Jurutera Bina’ 16 Zulkaedah 1444H
لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.." (Ibrahim: 7)Kemudian, dalam surah Nuh ayat ke 10-11, Allah menjamin rezeki (hujan) yang akan datang mencurah-curah bagi orang yang memohon keampunan. MashaAllah.
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا _"Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu" (Nuh: 10-11)Next, ayat yang sangat digemari oleh orang bujang yang nak kahwin, di mana Allah akan membuka pintu rezeki bagi pasangan yang berkahwin.
وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" (An-Nur: 32)Seterusnya dalam ayat ke 2 dan ke 3 surah At Talaq, ayat di mana Allah menceritakan nasib para wanita yang ditalak. Dihujung-hujung ayat, Allah mendatangkan penegasan bahawa Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka hanya dengan kita bertawakal! Subhanallah. Selain itu, dalam surah an Najm, ayat ke 39, Allah swt menyatakan bahawa manusia hanya akan mendapat sesuai dengan apa yang diusahakannya. Rata-rata dalam kalangan kita yang memahami rezeki dari sudut ini. Kena berusaha.
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (An Najm: 39)Perhatikan. Situasi, proses, dan wasilahnya mungkin berbeza. Ada disebabkan syukur, ada yang melalui istighfar, ada yang diberi sebab tawakal. Ada yang melalui usaha. Namun disebalik kepelbagaian wasilah dan perantara ini, sumbernya tetap sama. Yakni Allah yang menjadi pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Kesemua pemberian dan nikmat itu berasal daripada Allah, Tuhan yang maha memiliki segalanya. Refleksi buat kita. Kadang-kadang kita ni terlajak 'self-confident'. Bila diberi rezeki dapat result exam 'flying color', itu disebabkan usaha kita semata. Bila diberi rezeki dapat kahwin awal, kita rasa itu berlaku disebabkan kita hensem. Bila business menjadi atau dapat naik gaji disebabkan KPI on target, mulalah nak rasa yang kepala otak kita yang brilliant dan function. Dalam tanpa kita sedar, kita 'hilangkan' peranan Allah dalam paparan sketsa kehidupan tadi. Kesannya, hubungan dengan Allah mula menjauh, dan kita seakan-akan 'disconnect' dari langit. Maka, penuhi hak Tuhanmu. Jangan khuatir tentang rezekimu. Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah Inginkan perkongsian tazkirah harian? Follow channel whatsapp Tarbiah Daily
Tarbiah Daily WhatsApp Channel. Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! 546 followers
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah