cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Iman Moment Official

Hebahan semua program dan aktiviti anjuran Iman Moment 🤩

Більше
Рекламні дописи
1 414
Підписники
+324 години
+117 днів
+2030 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Dilemma Pendidikan: Kenapa Perlu Belajar Sesuatu Yang Tidak Mendekatkan Diri Kepada Allah? Sejak di sekolah menengah, hati mula berbolak-balik bak ombak yang memberontak! Kenapa perlu belajar tentang sesuatu yang tak mendekatkan diri kepada Allah? Keluhan demi keluhan memberatkan langkah ke sekolah. Merasa ada yang tak kena dalam pendidikan. Untuk apa manusia dididik jika akhirnya berfikir hanya sebatas dunia yang sementara? Untuk apa manusia belajar jika akhirnya menyempitkan jiwa? Sebesar apa nilai ilmu jika masalah semakin bertambah? Sehebat mana penggubal sistem jika yang dibincangkan hanyalah perdebatan tanpa solusi? Tak kurang juga pendidikan agama yang ala kadar, lemah dan lesu. Walau bersalut agama sekalipun arus perdana pendidikan ini semuanya bergerak ke arah yang sama. Matlamat yang ingin dicapai manusia hanyalah keuntungan diri dari segi materi dan harta menyebabkan standard pendidikan agama juga tak mampu mencapai ketenangan jiwa. Agama yang sepatutnya meninggalkan kesan dimana saja ia berada akhirnya bisu tanpa prinsip dan kata-kata. Tahun demi tahun aku terus bertahan antara pemberontakan jiwa dengan pendidikan yang jauh dari fitrah manusia. Aku berharap pendidikan semakin baik dan melahirkan tamadun berkaliber. Tapi akhirnya pendidikan kini semakin tenat dan parah. Bakat-bakat jahiliyyah menjadi sanjungan di sekolah. Silibus bergerak pantas tanpa mengenal erti fitrah. Eksperimen yang dijalankan telah menggadai berbillion nasib umat yang musnah. Bumi Eropah lebih menyedihkan. Mereka yang dianggap maju dan “wow” sebenarnya merosakkan anak bangsa seluruh dunia. Virus seks luar tabi'i diajarkan disekolah? Adakah ini yang dikatakan pusat pendidikan ilmiyah? Dan kita? Menerima segala bentuk hiburan yang mereka terjemahkan demi memenuhi kekosongan jiwa tanpa arah! Layakkah jiwa manusia yang ditiupkan Allah penguasa alam semesta yang tinggi dan bercahaya ini diisi dengan lumpur lumpur dan karat jahiliyyah yang gelap dan kotor? Tiada apa yang ingin dibanggakan dengan sistem pendidikan kita selagi semuanya tidak dikembalikan kepada sumber ilmu dan pencetus pendidikan iaitu Allah. IQRA! Bacalah! Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan agar dengan kefahaman yang diperoleh, kita dapat melakukan perkara yang betul sesuai fitrah. Aqil Imad Tim Penulis Iman Moment #PelajarMuslim #Pendidikan #Refleksi Jemput follow & subscribe Iman Moment di semua platform bagi mendapatkan konten Islami yang membina fikrah anda! https://linktr.ee/ImanMoment
Показати все...
3
Assalamualaikum kepada semua SPM Leavers 2024!!! 🤗 Haa..mesti banyak masa lepas habis SPM kan? 🤭 Dah boring dengan cycle tidur, bangun, tengok tv, scroll phone, marathon Netflix, main game, kerja part time etc? 😌 ✅Nak lebih kenal Allah, faham Islam dan Al Quran? ✅Mencari hala tuju pasca SPM? ✅Tercari cari support group dan kawan kawan untuk berhijrah? ✅Nak berkenalan dengan seniors osem yang islamik + professional? Jom sertai Quranic Circle SPM Leavers 2024?! For Sis🧕🏻 https://tinyurl.com/QuranicCircleSPMLeavers For Bro👦🏻 https://tinyurl.com/QuranicCircleSPMLeaversBro t.me/imanmoment
Показати все...
Quranic Circle for Career Women: Khaulah Circle Assalamualaikum! Berita baik kepada wanita muslimah diluar sana sama ada yang telah melepasi zaman belajar, dah mula bekerja, ada yang dah berkahwin dan mempunyai anak, tapi masih eager untuk mencari peluang untuk mentarbiyah diri dengan Al Quran, Iman Moment ingin mengajak anda untuk menyertai Quranic Circle khas untuk anda di Khaulah Circle. Masih belum terlambat untuk kita membina diri menjadi muslimah Qurani. Jom daftar hari ini! https://tinyurl.com/KhaulahCircle https://tinyurl.com/KhaulahCircle https://tinyurl.com/KhaulahCircle #QuranicCircle #CareerWoman #FulltimeHouseWifeIncluded #SingleWomanIncluded Jemput follow & subscribe Iman Moment di semua platform bagi mendapatkan konten Islami yang membina fikrah anda! https://linktr.ee/ImanMoment
Показати все...
Показати все...
Borak Borak Iman - Reading Time: Du’a & Disappointment

Let’s join Sis Nabilah reading from a book by Nouman Ali Khan, Revive Your Heart and reflect upon the lessons.

Podcast: Du’a & Dissapointment Assalamualaikum semua! Haa, wiken wiken ni anda buat apa? Kalau harini anda takde aktiviti di luar, rasa macam takde mood nak buat apa apa, apa kata anda dengarkan podcast ni. Dalam siri podcast kali ini kita akan sama sama membaca sebuah chapter dari satu buku yang menarik bertajuk Revive Your Heart. Dalam chapter Du’a & Dissapointment ini, penulis ingin membetulkan salah faham yang sering berlaku terhadap konsep doa hingga akhirnya ramai yang kecewa apabila doanya dilihat seolah olah tidak diistijabahkan. Kita selalu rasa doa ni macam order beli barang. Kita place order, Kita pay the price And we expect the order to come. Tapi doa tak begitu. Jom dengarkan full explanation dalam podcast ini? Spotify https://open.spotify.com/episode/7h4hcnIjKnEJLfu76zDZMm?si=SXExbPz_T72E30SRX_Q4yQ Disclaimer: maaflah podcaster tidak beraccent British atau Irish 🤣 #ReadingTime #AudioBook #Book #Duaa t.me/imanmoment
Показати все...
Pagi ini menangis tengok gambar ni. Ini adalah gambar Quran yang lusuh yang membuktikan bahawa Al Quran ini amat sering digunakan, dibuka dan dibaca dan dibawa kemana mana. Al Quran ni mungkin takde diamond atau accessories yang menghiasinya Lusuh dan buruk. Tapi Al Quran ini sungguh tiada tara bandingannya. Al Quran ini adalah milik seorang mujahidin di Palestine yang syahid ketika berjuang. Mungkin terkeluar dari poketnya etc. Ya Rabb 😭 Sungguh kami telah jauh meninggalkan Al Quran. Itulah punca kami jadi lemah. Dan Palestine, mereka amat dekat dengan Al Quran, kerana itu mereka sangat kuat. There are unbeatable walau seluruh kuasa besar dunia cuba untuk menghancurkan mereka. Ya allah bantu kami untuk mendapat full function fo Al Quran and full impact of Al Quran yang sepatutnya kami dapatkan. Rezekikan kami utk menjadi rijal Al Quran 😭
Показати все...
1🥰 1
Persembahan Doa Qunut Nazilah oleh anak anak kami di Iman Kids, Southville pada sambutan Hari Raya Iman Kids bersama ibu bapa, solehboys & solehahgirls 🇵🇸♥️ Jangan pernah lupa tentang Palestin 😭 Untuk pengetahuan anda, Iman Kids adalah sayap dakwah tarbiyatul aulad yang digerakkan oleh Iman Moment crews sejak 2022. Insyallah Iman Kids terbuka untuk anak anak bermula dari 1 hingga 6 tahun. Untuk mendaftar, boleh hubungi link di bawah 🥰
Показати все...