cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Adam Iman

Abu Faruq: Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ

Більше
Рекламні дописи
2 006
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Показати все...
2
HADIAH UNTUK SEMUA! 🎁💝 Amalan Sunat Hari Jumaat [berdasarkan Sunnah Rasulullah ﷺ dan Athar Salaf] 1. {Memperbanyakkan membaca al-Quran}, terutamanya Surah al-Kahf berdasarkan hadis-hadis dan amalan para Sahabat. Hendaklah dibaca pada pagi Jumaat dalam satu majlis, tidak terpisah. Juga lain-lain surah yang ma'thur dan diriwayatkan: Surah Ali Imran, Surah Hud, Surah al-Dukhan, Surah al-Muzzammil, Surah al-Buruj dan Surah al-Tariq. 2. {Memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah ﷺ} dianjurkan untuk memperbanyak Selawat Ibrahimiyyah kerana ia merupakan selawat yang diajar dalam sunnah. Dianjurkan juga untuk berselawat dengan bentuk ini sebanyak-banyaknya, jika mampu laksanakanlah sebanyak 1,000 kali: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا. 3. {Berusaha melaksanakan Solat Subuh secara berjemaah pada pagi Jumaat}, kerana ia merupakan solat yang paling dicintai Allah. 4. {Menziarahi kubur}, terutamanya kubur ibu-bapa dan ahli keluarga. Waktu afdalnya bermula terbitnya Maghrib pada malam Jumaat sehingga pagi Sabtu. 5. {Mandi Sunat Jumaat dan pergi awal ke masjid}, 6. {Berwangi-wangian, berhias} dengan memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Dianjurkan memakai baju berwarna putih dan berserban. 7. {Menyibukkan diri dengan berzikir dan membaca al-Quran sepanjang dalam perjalanan} menuju ke masjid. Hendaklah berjalan dengan tenang dan wibawa jua dianjurkan membaca doa menuju ke masjid: بسمِ اللهِ توكلْتُ على اللهِ لا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ اللَّهُمَّ إنِّي أعوذُ بكَ أنْ أضِلَّ، أو أُضَلَّ، أو أَزِلَّ، أو أُزَلَّ، أو أَظلِمَ، أو أُظلَمَ، أو أَجهَلَ، أو يُجهَلَ عليَّ اللَّهُمَّ اجْعَلْ في قَلْبِي نُورًا، وفي بَصَرِي نُورًا، وفي سَمْعِي نُورًا، وعَنْ يَمِينِي نُورًا، وعَنْ يَسارِي نُورًا، وفَوْقِي نُورًا، وتَحْتي نُورًا، وأَمامِي نُورًا، وخَلْفِي نُورًا، واجْعَلْ لي نُورًا 8. Apabila sampai di pintu masjid, dianjurkan untuk membaca doa: ‌‏اللَّهُمَّ اجْعَلْني أوْجَهَ مَنْ تَوَجَّهَ إلَيْكَ، وأقْرَبَ مَنْ تَقَرَّبَ إِلَيْكَ، وأفْضَلَ مَنْ سألَكَ وَرَغِبَ إِلَيْكَ‌‌‏، وَأَنْجَحَ مَنْ دَعَاكَ وَطَلَبَ إِلَيْكَ 9. {Dianjurkan untuk melaksanakan Solat Sunat Tahiyat al-Masjid}, Caranya ialah melaksanakan Solat Sunat sebanyak 4 rakaat dengan 1 salam sahaja, membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali pada setiap rakaat. Namun, {jika imam sudah menaiki mimbar untuk berkhutbah, hendaklah meringkaskan solat} dengan 2 rakaat yang pantas untuk fokus mendengar khutbah. 10. Selepas menunaikan Solat Jumaat, hendaklah kekal di posisi duduk tahiyat akhir seraya membaca: • Surah al-Fatihah [7 kali] • Surah al-Ikhlas [7 kali] • Surah al-Falaq [7 kali] • Surah al-Nas [7 kali] kemudian membaca doa: اللَّهُمَّ يَا غَنِيُّ يَا حَمِيدُ يَا مُبْدِئُ يَا مُعِيدُ يَا رَحِيمُ يَا وَدُودُ أَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ [4 kali] 11. {Memperbanyakkan berdoa dan mencari Waktu Mustajab Doa} pada seluruh waktu hari Jumaat, terutamanya selepas Subuh, selepas Khutbah Pertama, selepas Solat Jumaat, selepas Asar hingga ke Maghrib. Inilah waktu-waktu yang paling diharapkan. 12. Selepas keluar daripada masjid, dianjurkan membaca doa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَجَبْت دَعْوَتك، وَصَلَّيْت فَرِيضَتك، وَانْتَشَرْت كَمَا أَمَرْتنِي، فَارْزُقْنِي مِنْ فَضْلك وَأَنْتَ خَيْر الرَّازِقِينَ 13. {Memberi makan dan bergembira} bersama ahli keluarga, dianjurkan untuk membuat makanan lauk-pauk yang menyelerakan serta manisan yang enak, {selepas Solat Jumaat} kerana para Sahabat Nabi hanya makan setelah solat. Salam Sayyidul Ayyam! جمعة مباركة 💐 وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم تسليما كثيرا والحمدلله رب العالمين ✍️📃 Abu Faruq: Muhammad Adam Iman al-Athari al-Shafi'i عُفِي عَنْهُ
Показати все...
👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
ZIARAH WADA' MASJID NABAWI DAN MAQAM RASULULLAH ﷺ S: Assalamualaykum Ustaz Adam, apakah hukum ziarah wada' kali terakhir ke Makam Rasulullah ﷺ sebelum meninggalkan Madinah? J: Waalaykumsalam warahmatullah, بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد؛ 1. Ziarah Wada' atau ziarah terakhir Masjid Nabawi dan maqam Rasulullah ﷺ hukumnya sunat dan dianjurkan seperti yang difatwakan oleh fuqaha mazhab al-Shafi'iyyah, – al-Hafiz Muhy al-Din al-Nawawi berkata di dalam kitab مجموع شرح المهذّب [j. 8/h. 272], إذا أراد السفر من المدينة والرجوع إلى وطنه أو غيره، استحب له أن يودع المسجد بركعتين ويدعو بما أحب ، ويأتي القبر ويعيد السلام والدعاء "Apabila seseorang hendak keluar bermusafir dari Madinah, atau balik ke negeri asal atau lain-lain tujuan, dianjurkan untuk melakukan ziarah Wada' [terakhir] ke Masjid Nabawi, kemudian bersolat sunat dua rakaat dan berdoa apa sahaja yang dia hendaki, kemudian menziarahi Kubur [Rasulullah ﷺ, yang mulia] dan mengulangi Salam dan doa-doa [yang telah fuqaha anjurkan],..." – al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami berkata di dalam kitab الجوهر المنظم في زيارة القبر المكرّم [h. 141], عند أخذه في أسباب رجوعه أو خروجه من المدينة إن كان ساكنًا بها يسنّ له حينئذ أن يودع المسجد الشريف بركعتين، "Ketika bersiap-siaga untuk pulang ke negeri asal atau hendak keluar dari kota Madinah bagi yang menetap di dalamnya; disunatkan untuk melakukan [ziarah] selamat tinggal ke Masjid [Nabawi] yang mulia dengan menunaikan solat sunat dua rakaat di dalamnya,.." يأتي القبر المكرّم ويعيد جميع ما مرّ عنده في ابتداء زيارته، "[kemudian, hendaklah dia] pergi menziarahi kubur Rasulullah ﷺ yang mulia dan mengulang semua langkah-langkah ziarah yang telah diamalkan ketika kali pertama menziarahinya,..." Kemudian dianjurkan untuk membaca doa: اللهم لا تجعل هذا آخر العهد بنبيّك ﷺ ومسجده وحرمه، ويسّر لي العود إلى زيارته والعكوف في حضرته سبيلًا سهلًا، وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة، وردّنا إلى أهلينا سالمين غانمين "Ya Allah, janganlah jadikan ini kali terakhir aku dapat menziarahi Nabi-Mu ﷺ, masjid baginda jua tanah suci baginda. Permudahkanlah segala jalan buatku untuk kembali menziarahi baginda dan duduk berteleku di hadrat baginda. Kurniakanlah kepada daku; keampunan-Mu dan keafiatan hidup di dunia dan di akhirat. Kembalikan kami ke pangkuan keluarga kami tersayang dalam keadaan selamat lagi beruntung." 2. Dianjurkan untuk merasai kehadiran baginda, menghayati keagungan dan kemuliaan baginda seakan-akan baginda berada di hadapan kita, dianjurkan memperbanyakkan menangis kerana merindui baginda. 3. Hendaklah melazimi amalan-amalan sunnah dan menghindari amalan bidaah buruk. Haram bertawaf mengelilingi Kubur baginda yang mulia, dilarang mengusap-usap atau menekup wajah ke maqam baginda atau dinding di sekitar maqam. Hendaklah memelihara kehormatan dan keagungan Kubur baginda, dan menziarahi sambil merenung dari jauh seraya memupuk rasa segan dan malu dengan wibawa Rasulullah ﷺ adalah lebih afdal di sisi muktamad al-Allamah Ibn Hajar dalam kitab-kitab muktamad seperti Tuhfah dan Jawhar. والله أعلم، وصلى الله وسلامه على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلّم، وآخر دعوانا أن الحمدلله رب العالمين. ✍️📃 Abu Faruq: Muhammad Adam Iman al-Shafi'i al-Athari al-Jawi عُفِي عَنْهُ
Показати все...
1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Показати все...
Показати все...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Prinsip penting dalam ilmu Hadis dan ilmu Fiqh yang pernah diungkapkan oleh Imam Ibn Shihab al-Zuhri [m. 124H], ilmuwan Hadis lagenda era Salaf. Imam al-Zuhri berkata: وَلَيْسَ فِي كُلِّ شَيْءٍ نَجِدُ الْإِسْنَادَ "Bukan semua benda kita jumpa sanad tentangnya." — Musannaf Abd al-Razzaq: bil. 1280 [j. 1/h. 332] 1. Bukan semua pernyataan yang benar dan tepat itu kita mampu jumpa sanadnya. Cukuplah apabila ia suatu persepakatan dalam kalangan umat Islam, atau diperoleh daripada nukilan seorang Alim yang dipercayai. Adapun jika dinyatakan oleh seorang yang tidak berilmu dan tidak berautoriti, maka demikian menjadi asbab utama untuk kita menolaknya secara total. 2. Para ulama Salafi semisal Shaykh Dr. Salih b. Abdullah al-Usaymi juga pernah menyinggung isu ini apabila menyebut beberapa athar yang tidak/belum ditemui sanadnya, yang bahkan wujud dalam kitab-kitab pemuka Salafi, seperti kitab-kitab Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, dan sekalian para Imam al-Dakwah [al-Najdiyyah]. 3. Keadaan seperti ini biasanya diungkapkan oleh para Muhaddithin dengan istilah: لا أصل له [tiada asal, iaitu tiada/belum dijumpai sanad baginya]. Juga dengan sighah: لم أقف على إسناده [Tidak/belum ditemui sanadnya]. Sebahagian mutaakhkhirin semisal Imam al-Zayla'i dalam Nasb al-Rayah, al-'Allamah Qutlubugha dan al-'Allamah al-Albani menggelarnya غريب | gharib, ganjil dengan erti kata: kerana tidak ditemui sanadnya. 4. Ketiadaan sanad belum semestinya melazimkan kebatilan makna dan isinya. Banyak faktor lain yang mesti diambil kira dari sudut Qarinah pelbagai instrumen dalil. Begitu juga untuk sesuatu perkara diamalkan, bukan semudah sekadar ada sanad yang sahih semata. 5. Dalil bukan sekadar nukilan Quran atau hadis. Manakala sumber bagi rekod Hadis juga terlalu luas. Gapaian para muhaqqiqin lebih luas berbanding kita, meski kita sudah miliki al-Maktabah al-Shamela. Itupun hanya di hujung jari, bukan seperti para Muhaqqiqun yang kesemuanya tersemat di hati. 6. Sesiapa yang membaca kitab-kitab Ibn Rajab al-Hanbali dalam kalangan al-Hanabilah, jua kitab-kitab ashab al-hawashi dalam kalangan al-Shafi'iyyah; pasti akan menyedari betapa luasnya akses gapaian mereka terhadap sumber premier, yang sudah pupus kini. Sumber sekunder dahulu sudah menjadi premier kini. 7. Gesaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ilmu Hadis menerusi kitab-kitab muktabar para Ulama dan Muhaddithin era salaf dan khalaf, serta tidak berpada dengan semangat sahih–daif yang dangkal semata-mata. Ilmu Mustalah al-Hadith tidak sekadar di batas permukaan itu. ✍️ Abu Faruq: Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ
Показати все...
1
وَمَا ادَّعَاهُ بَعْضُهُمْ مِنْ مَنْعِ إهْدَاءِ الْقِرَاءَةِ لِلنَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مَمْنُوعٌ مُخَالِفٌ لِمَا عَلَيْهِ الْمُحَقِّقُونَ "Adapun dakwaan sebahagian orang yang melarang untuk menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi ﷺ, adalah suatu keralatan dan bertentangan dengan apa yang dipegang oleh para [ulama] muhaqqiqun." begitu juga dengan nas yang sama, al-'Allamah al-Qalyubi mengujarkan sedemikian rupa dalam Hashiyah beliau ke atas Kanz al-Raghibin [j. 3/h. 176]. – al-'Allamah 'Abd al-Hamid al-Shirwani menyatakan bahawa demikian juga adalah fatwa al-'Allamah Shams al-Din al-Ramli dalam al-Nihayah, dan al-Khatib al-Shirbini dalam al-Mughni. al-'Allamah al-Shirwani berkata dalam Hashiyah beliau ke atas Tuhfat al-Muhtaj [j. 7/h. 75], وَيَأْتِي آنِفًا فِي الشَّارِحِ كَالنِّهَايَةِ وَالْمُغْنِي جَوَازُ إهْدَاءِ ثَوَابِ الْقُرَبِ لِنَبِيِّنَا - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - "Dan telah [kami] lampirkan sebentar tadi bersumberkan daripada pensyarah [al-Minhaj] seperti [di dalam kitab] al-Nihayah dan al-Mughni: tentang kebolehan untuk menghadiahkan pahala apa sahaja amal ibadat kepada Nabi kita, Muhammad ﷺ." 4. Saya juga mencadangkan agar menukar terma "sedekah" kepada "hadiah", kerana Rasulullah ﷺ tidak menerima sedelah sebaliknya baginda menerima hadiah. ✍️ Abu Faruq: Muhammad Adam Iman عُفِي عَنْهُ
Показати все...
👍 2
Sedekah al-Fatihah kepada Rasulullah ﷺ menurut lensa fuqaha al-Shafi'iyyah, Kesimpulan: Fuqaha al-Shafi'iyyah menfatwakan amalan ini dibolehkan bersumberkan athar Salaf al-Salih dan bersumberkan sandaran hadis Nabawi. Perincian tentang dalil sandarannya adalah seperti berikut, 1. Imam Kamal al-Din al-Damiri berkata di dalam al-Najm al-Wahhaj [j. 6/h. 314], وأما إهداء ثواب القرآن للنبي - صلى الله عليه وسلم - .. فمنعه ابن تيمية محتجا بأنه لا يتجرأ على الجناب الرفيع إلا بما أذن فيه ولم يأذن إلا في الصلاة عليه وسؤال الوسيلة، وخالفه الشيخ محتجا بأن ابن عمر رضي الله عنهما كان يعتمر عن النبي - صلى الله عليه وسلم - عمرا بعد موته من غير وصية. "Adapun menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi Muhammad ﷺ, amalan ini dilarang oleh [Shaykh al-Islam] Ibn Taymiyyah berhujahkan bahawa amalan ini tidak layak dengan ketinggian pangkat [baginda]. Pemberian yang dibolehkan hanyalah pemberian yang diizinkan, yang diizinkan pula hanyalah selawat ke atas baginda dan doa permohonan al-wasilah [ketinggian darjat] buat baginda. Fatwa ini ditentang oleh al-Shaykh [Imam al-Subki] berhujahkan dengan [athar] Saidina Abdullah b. Umar yang pernah melaksanakan ibadat Umrah [kemudian menghadiahkan pahalanya] untuk Nabi Muhammad ﷺ, selepas kewafatan baginda tanpa wasiat [arahan] baginda [untuk melakukan seperti itu]." وحكى في (الإحياء) عن علي بن الموفق- وكان في طبقة الجنيد-:أنه حج عن النبي - صلى الله عليه وسلم - حججا، وعدها القضاعي ستين حجة، وعن محمد بن إسحاق السراج النيسابوري: أنه ختم عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أكثر من عشرة آلاف ختمة، وضحى عنه مثل ذلك. "Dihikayatkan juga di dalam al-Ihya', daripada Ali b. al-Muwaffaq – beliau merupakan seorang ulama yang sezaman dengan Imam al-Junayd –, bahawa [Ali b. al-Muwaffaq] pernah beberapa kali melaksanakan ibadat Haji untuk Nabi Muhammad ﷺ, Imam al-Quda'i mengiranya sebanyak 60 kali Haji. Diriwayatkan daripada Muhammad b. Ishaq al-Sarraj al-Nisaburi, bahawa beliau pernah mengkhatamkan Quran kemudian [menghadiahkan pahala bacaannya] untuk Nabi Muhammad ﷺ, sebanyak lebih dari 10,000 kali khatam, dan beliau juga pernah melakukan sembelihan [kemudian menghadiahkan pahalanya] untuk baginda." انتهى 2. al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami di dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah [h. 12] ketika mensyarahkan hadis riwayat al-Tirmidhi dalam al-Jami', al-Hakim dalam al-Mustadrak menerusi sanad mereka berdua bahawa Saidina Ubayy b. Ka'b berkata, أجعَل دعائي كُله لَك "Saya jadikan seluruh bahagian doa saya untukmu, [wahai Rasulullah]." Lantas, Rasulullah bersabda membalas, إِذا يَكْفِيك الله همّ الدُّنْيَا وهم الْآخِرَة "Jika begitu, Allah pasti akan mempercukupkan keperluan dunia dan akhiratmu." al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami menukilkan kalam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi, [al-Hafiz Ibn Hajar berkata:] وَهَذَا الحَدِيث أصل عَظِيم لمن يَدْعُو عقب قِرَاءَته فَيَقُول: اجْعَل ثَوَاب ذَلِك لسيدنا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم. "Hadis ini merupakan dalil tunjang yang agung buat sesiapa yang berdoa selepas membaca Quran: "Ya Allah, jadikanlah pahala [bacaan Quran ini sampai] kepada junjungan besar kami, Rasulullah ﷺ." 3. Berdasarkan dalil hadis Nabawi dan athar Salaf di atas, seyogianya kita melihat para fuqaha al-Shafi'iyyah menfatwakan keharusan amalan menyedekahkan pahala bacaan Quran kepada Rasulullah ﷺ, antaranya seperti berikut: – al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami di dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah [h. 12] juga turut menukilkan fatwa Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansari berkata, فَأَما مَا ادَّعَاهُ من أَنه لَا يجوز إهداء الْقُرْآن للنَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فَالْحق خِلَافه بل يجوز ذَلِك "Adapun dakwaan tidak boleh menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada Nabi ﷺ; yang benarnya adalah yang sebaliknya, ia merupakan amalan yang dibolehkan." – al-'Allamah Sulayman al-Jamal berkata dalam Hashiyah beliau ke atas Sharh Minhaj al-Tullab [j. 4/h. 67],
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.