Mengejar Cinta Allah
Відкрити в Telegram
Sahaja aku berniat dakwah untuk sebarkan manfaat ilmu agamaMu, maka Engkau permudahkanlah urusan ku.. Aamiin Ya Allah🤲🏻 @TipsMengejarRezeki
Показати більше2 257
Підписники
+224 години
-77 днів
-2430 день
Архів дописів
2 257
Membaca Surah YASIIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM“ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, mudah-mudahan semua hajat tersebut akan dikabulkan.
Caranya begini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN 🤲
👉 t.me/TipsMengejarRezeki
2 257
Ya Allah, hilangkan segala kesombongan dan sifat mementingkan diri dari hatiku, dan ajarlah aku untuk merendah diri, untuk sentiasa mengingatiMu dalam setiap apa yang aku lakukan.
2 257
+2
🌷 AL QURAN NAWRA A6/A5/A4 🌷
Comel, eksklusif & sangat sesuai dijadikan hadiah 🎁
✨ Ada ukiran nama eksklusif
✨ Sesuai untuk hantaran, doorgift & hadiah insan tersayang
📖 PILIHAN SET
💗 BASIC
✔️ Al Quran sahaja
💗 FULLSET
✔️ Al Quran
✔️ Sejadah muka
✔️ Penunjuk Al Quran
✔️ Kotak premium
Bila hadiah bukan sekadar cantik…
tetapi jadi asbab pahala berpanjangan 🤍
Ramai customer pilih FULLSET sebab nampak lebih premium & lengkap untuk dijadikan hadiah 🥰
Stock warna cantik macam ni memang laju habis 🔥
Siapa nak, boleh terus PM
👉 http://www.wasap.my/60174175869/NakOrderQuranNawra
#AlQuranNawra #AlQuranA6 #QuranCantik #HadiahIslamik #HantaranTunag #Doorgift #QuranCustomName #QuranExclusive #ENUUR #GiftIdea #QuranMurah #QuranPremium
2 257
Pernah tak kita tertanya-tanya…
Kenapa orang lain nampak cepat berjaya, sedangkan kita masih menunggu?
Kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat rezeki orang lain sehingga lupa bahawa Allah sudah menetapkan bahagian rezeki untuk setiap hamba-Nya.
Apa yang menjadi milik kita tidak akan tertukar kepada orang lain. Dan apa yang bukan milik kita tidak akan datang walaupun kita mengejarnya siang dan malam.
Sebab itu, jangan terlalu risau bila kejayaan belum tiba. Jangan terlalu sedih bila doa masih belum menjadi nyata.
Tugas kita hanyalah terus berusaha, berdoa dan bertawakal.
Kerana apabila tiba waktu yang Allah tentukan, rezeki itu boleh datang dari arah yang langsung tidak pernah kita sangka.
Mungkin melalui seseorang yang pernah kita bantu.
Mungkin melalui peluang yang tidak pernah kita rancang.
Mungkin melalui doa yang sudah lama kita sangka tidak didengari.
Percayalah, tugas kita adalah berusaha. Tugas Allah adalah menentukan bila dan bagaimana rezeki itu sampai kepada kita.
#nasihatharini #nasihatkehidupan #rezeki
2 257
+2
DOA AKHIR TAHUN 1447H DAN AWAL TAHUN 1448 HIJRAH
Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1448H bersamaan 1 Muharram 1448H, marilah sama-sama kita mengakhiri tahun yang telah berlalu dan memulakan tahun baharu dengan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun Hijrah.
Doa Akhir Tahun Hijrah (1447H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1447H bersamaan 16 Jun 2026M (Selasa).
Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026M (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1448H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh Hijri bermula selepas waktu Maghrib.
Salam Maal Hijrah 1448H
2 257
Esok 16.06.26 adalah akhir tahun bagi Tahun Islam 1447H sebelum kita memasuki tahun baru Islam 1448H. Jadi, esok lepas solat Asar boleh mula baca doa akhir tahun dan baca doa awal tahun selepas waktu Maghrib ya. 😊🙌🏻
2 257
+3
Ada hadiah yang cantik bila dibuka…
tapi ada hadiah yang buat hati tersentuh bila nampak nama sendiri terukir di atasnya 🤍
Al-Quran A6 Nawra ni bukan sekadar comel dan mudah dibawa, tapi boleh custom nama silver — nampak simple, kemas dan sangat eksklusif.
Sesuai untuk hadiahkan pada diri sendiri, ibu, sahabat, bakal pasangan atau insan tersayang.
Bayangkan dia buka kotak…
nampak Al-Quran kecil yang cantik, siap ada nama sendiri.
Tak perlu ayat panjang.
Hadiah macam ni dah cukup buat orang rasa dihargai 🥹
Al-Quran A6 Nawra Custom Nama Silver
Cantik untuk diberi, tenang untuk dimiliki.
👉 http://www.wasap.my/60174175869/QNawraSilver
#alquranpremium #alqurancustomnama #hadiahbermakna #alqurana6 #enuur
2 257
Cantik sekali ayat ni:
Dan pada akhirnya, kita akan sampai pada titik berserah dan tawakal kerana sekuat apapun kita memaksa, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Kita merancang, Allah merancang. Ketahuilah Allah sebaik-baik perancang"
2 257
Kadang-kadang yang paling menyakitkan bukan apa yang orang lakukan kepada kita, tetapi kesan yang kita benarkan mereka tinggalkan dalam hati.
Belajar untuk tidak meletakkan nilai diri pada pujian manusia, dan tidak menjadikan kata-kata manusia sebagai ukuran kebahagiaan.
Manusia boleh mengecewakan.
Manusia boleh berubah.
Manusia boleh melupakan.
Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya.
Jangan biar makhluk menguasai hati yang sepatutnya hanya bergantung kepada Allah.
Buatlah kebaikan walaupun tidak dihargai.
Teruskan melangkah walaupun tidak difahami.
Tetaplah ikhlas walaupun pernah terluka.
Kerana ketenangan itu hadir apabila hati berhenti berharap kepada manusia, dan mula berharap sepenuhnya kepada Allah.
✍️🏻 Amy Akim
2 257
Pernah tak ada doa yang dah lama kita minta , tapi sampai hari ni masih belum nampak jawapannya?
Kita berdoa. Kita berharap. Kita menangis dalam diam. Kadang-kadang sampai terdetik dalam hati, “Allah dengar ke doa aku ni?”
Hakikatnya, bukan Allah tak dengar.
Cuma kadang-kadang jawapannya bukan sekarang. Dan kadang-kadang bukan dalam bentuk yang kita sangka.
Kerana Allah bukan sahaja tahu apa yang kita minta. Allah juga tahu apa yang paling selamat untuk hati, iman dan kehidupan kita.
Doa tu macam payung.
Payung tak menghentikan hujan. Tapi ia melindungi kita daripada basah yang memudaratkan.
Begitulah doa. Ujian mungkin masih ada. Masalah mungkin belum hilang. Air mata mungkin masih mengalir.
Tetapi dengan doa, hati masih ada tempat untuk berpaut. Dengan doa, kita masih ada kekuatan untuk terus melangkah walaupun perlahan.
Jadi jangan berhenti berdoa.
Kalau apa yang kamu minta belum menjadi kenyataan, mungkin Allah sedang memberi sesuatu yang lebih kamu perlukan daripada apa yang kamu mahukan.
Tugas kita cuma meminta. Terus berdoa. Terus berharap.
Hasilnya, biar Allah yang tentukan.
#nasihatharini #nasihatkehidupan #doa ##ujianhidup
2 257
Kita selalu penat sebab bawa dua beban sekali. Satu, perkara yang dah lepas. Dua, perkara yang belum tentu berlaku.
Padahal dua-dua bukan dalam kawalan kita sepenuhnya.
Serah pada Allah, hati akan lebih ringan.
#nasihatharini #nasihatkehidupan #takdir #redha #tawakkal
2 257
Rezeki ni Allah yang beri. Bukan manusia. Maka, janganlah kita bergantung harap dengan siapa pun selain-Nya.
Ya Allah, mewahkan rezeki kami. Bukakan pintu-pintu rezeki di langit dan di bumi untuk kami. Lancarkan rezeki kami, berikan kami rezeki yang tak putus-putus rezeki yang tak disangka-sangka. Aamiin. ✨🤲🏻
2 257
𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭♥
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙
Maaf zahir dan batin.Aidiladha mengajar kita… bahawa kasih sayang juga perlukan pengorbanan.
Bukan semua yang berjuang itu bersuara.
Ada yang penat diam-diam, ada yang kuat walau hati sedang rapuh
Semoga setiap pengorbanan kita tahun ini
dipandang indah di sisi Allah 🤍
Semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. memberi kita kekuatan untuk terus menjadi hamba-Nya yang bertakwa.🩷
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
