uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 35 303 підписників, посідаючи 275 місце в категорії Маркетинг і PR та 890 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 35 303 підписників.

За останніми даними від 21 вересня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -251, а за останні 24 години на -13, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 8.63%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 22 вересня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

35 303
Підписники
-1324 години
-617 днів
-25130 днів
Архів дописів
Gantikan habit toksik dengan: TV >> buku. Fast food >> masakan dari rumah. Kawan toksik >> guru. Tidur siang >> bersenam. Banyak merungut >> Banyak bersyukur. Menyalahkan orang lain >> tanggungjawab sendiri. Overthinking >> bangun dan bertindak. Gosip >> bekerja. Banyak bersembang >> Memberi idea. Spontan >> merancang kerja. Tak peduli masa >> punctual. Tidur lambat bangun lambat >> tidur awal bangun awal. Sengaja melewatkan solat >> menjaga waktu solat. Tak suka mandi >> sentiasa suka hal bersihkan diri. Bersepah >> suka mengemas. Rasa diri pandai >> pergi belajar dah hormat ilmu. Sentiasa rasa diri bagus >> sentiasa rasa nak belajar. Kedekut >> sedekah, hadiah dan zakat. Kawan-kawan, Ini baru sedikit. Ada banyak lagi habit toksik yang ada dalam diri kita yang kita tak perasan. Perhati dalam-dalam ya. Kemudian kita baiki diri kita ya. Buang perangai ini untuk pergi lebih jauh, nak naik lagi banyak tangga kena sentiasa ada rasa nak berubah ke arah lebih baik. Mula hari ini jom. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit!

photo content

Selfie tak penting? Wefie tak penting? Buat lawak tak penting? Wakaka. Dalam bermain dengan content di media sosial terutamanya FB ini, posting sampingan yang disebut sebagai posting side sangat penting. Ia ada matlamat besar iaitu nak maintain orang enggage dengan kita. Apa maksud enggage? - orang klik like - orang klik reaction seperti love, angry, sad, wow, happy. - orang klik share! (Posting side jarang orang share namun ada juga) - orang komen ramai ramai - orang tag orang lain di ruangan komen. Apabila orang enggage dengan kita, maka enggagement kita naik tingggiiii. Kemudiannya apabila enggagement kita bagus maka posting kita dalam tempoh 24 jam itu akan sentiasa naik dan tinggi reach. Jadi penting ke tak penting gais? Penting kannnn? Nota tulis content ada di Channel Telegram saya. Pi sana okeh. https://t.me/ContentKHM Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak kelas, tengok di ruangan komen ada linknya.

Geng suka berkebun, saya ada buat contoh bagaimana dari 1 topik boleh berkembang jadi 100 posting di media sosial. Klik sini, baru ja saya up posting ni: https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid025QYg4JJLXMH6RchtJPRjDV4SwQpKDKSeEArqMQvps1mtVg8fSts7SVUdZPou44Tnl/?d=n

Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam paling mudah untuk dibuat setiap masa ialah memberi senyum. Waktu kita senyum, 17 otot wajah akan bekerja berbanding 43 otot sekiranya kita memasamkan muka atau dalam keadaan marah. Dengan kata lain, senyum jauh lebih mudah dari memberi perasaan marah. Senyum ialah simbol positif, merendah diri, sentiasa mengakui ia adalah sedekah paling mudah. Mula setiap hari, mula setiap pagi. Pandang cermin, senyum kepada diri sendiri. Senyum kepada semua ahli keluarga dan senyum kepada sesiapa yang kita jumpa. Kita gembira, orang lain juga bahagia. Kawan-kawan, orang yang bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Bismillah.

photo content

Bagaimana nak detoks minda kita dari media sosial dan kekalkan energi positif sentiasa? Okeh mari buat ini sama-sama: 1. Berani untuk Unfollow atau Unfriend atau block sesiapa sahaja yang mengganggu fikiran, minda dan emosi kalian. 2. Jadi selektif dalam membaca berita viral. Pilih untuk cari dan baca atau nak skroll. Biasanya kekal positif apabila jalan terus tanpa baca dan tanpa ambil tahu. Sekiranya nak ambil tahu, pastikan emosi masih kekal relaks tanpa ada gangguan. Pilihlah sendiri. 3. Pilih topik yang disukai sahaja. Sebagai contoh suka memasak, maka follow orang suka masak sahaja. Suka ceramah, pilihlah orang itu untuk diikuti. 4. Berhenti beri pandangan atau pendapat. Di media sosial, pendapat atau pandangan kita tak penting, yang penting ialah benda betul, benda benar dan berfakta. 5. Fokus bangunkan content bertopik dari bangunkan kisah peribadi. Biasanya hal peribadi akan buat orang jelek dan menyampah berbanding topik yang buat orang senang dan selesa. Ha gituh. Mari detoks sama-sama okeh! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Begitulah.

5 tahun lepas, beliau juga ada ambil personal coaching dengan saya untuk membangunkan content. Hari ini Tuan Azri Walter: Per
5 tahun lepas, beliau juga ada ambil personal coaching dengan saya untuk membangunkan content. Hari ini Tuan Azri Walter: Personal Account FB: 69,000 follower Page Facebook: 93,000 follower Instagram: 34,000 follower TikTok: 300,000 follower. Syukur alhamdulillah! Semoga pemilik 5 syarikat WALTER ini terus gah dan terus sukses ya! Sekiranya kalian nak belajar content, boleh terus kita jumpa di kelas 24hb Ogos nanti. RM65 sahaja pelaburan nak jadi pandai bermain media sosial dengan teknik content yang betul. Klik di sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Jika nak personal coaching, RM2,999 harganya. Terus whatsapp saya di talian 0122117994 ya!

Bagaimana melihat satu-satu perkara itu boleh dijadikan sebagai #content? Jujurnya ini benda mudah namun kita sahaja yang tak perasan. Ingat, content terhasil dari 4 perkara iaitu Fakta, Emosi, Bahasa dan Impak Positif. Saya beri contoh: Sebiji pisang. Content yang boleh dibangunkan ialah: 1. Teknik tanam pisang. 2. Jenis pisang. 3. Resipi pisang. 4. Kelebihan pisang. 5. Benih Pisang. Dan mungkin banyak lagi. Kita ambil satu suasana seperti hari ini kalian membeli pisang goreng yang sedap di sebuah gerai. Kalian ambil gambar gerainya, masuk dalam kereta, ambik gambar pisang tersebut. Kemudian kalian pun buat posting. “Hari ini berjaya dapat beli pisang goreng ini. Aku dah lama sangat perhati orang ramai duk beratur setiap hari. (hari ini = fakta kejadian hari tersebut) Ambil seketul, mak aih sedapnya! Ini aku boleh makan semua wehhh! (Emosi) Kalau kau orang nak beli, kedai makcik itu ada di belakang Petronas Seksyen 3, pandang belah kiri dia ada jual cempedak semua. Berbaloi beli.”(Impak positif, ingat, memberi impak positif mesti sampai ke tahap apabila orang baca, orang boleh beli terus atau oleh faham terus atau boleh ikuti terus). Untuk bahasa, hanya jaga ejaan sahaja. Lengkap tak? Senang kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bina content walau ianya perkara biasa. Nak tips lagi, klik sini https://t.me/ContentKHM

Jika orang tanya macam mana saya susun jadual, saya cakap saya susun jelah hahaha. Saya pun tak tahu. Saya manfaatkan sahaja
Jika orang tanya macam mana saya susun jadual, saya cakap saya susun jelah hahaha. Saya pun tak tahu. Saya manfaatkan sahaja 24 jam yang saya ada. Contoh mudah hari ini. Ada 6 orang belajar content secara Personal Coaching. Setiap seorang bidang lain-lain. Saya kena setkan dalam kepala kena bantu mereka ini. Ini tak termasuk meeting, ada juga kena rnd product. Kena juga meeting kelas dan ada panggilan dari goverment kena mengadap sekian-sekian. Semua saya susun sahaja. Setiap hari saya pohon kepada Allah mudahkanlah urusan saya pada hari tersebut. Alhamdulillah, ujian ada, halangan ada, syukur masih boleh hadap dan masih boleh tempuhi baik-baik. Masa kita, Allah tentukan. Usaha kita pula akan tentukan masa itu berbaloi atau tak. Begitulah. KHM Hargai masa okey. Nak personal coaching whatsapp ke 0122117994. Harga RM2,999. Ha gitu letak harga terus haha. Belajar sampai pandai.

Kalian perasan ke ada kelas ini pada 6hb September nanti? CONTENT SALES MASTERY Bina content untuk produk / jualan kalian. Harga promo RM129 sahaja! Harga asal RM299 gaissss. Lekas dapatkan seat okeh. https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

Awal bermain media sosial dulu, saya tak peduli pun nak jadi apa. Lantak jelah janji saya aktif. Orang cakap kalau kita aktif, kita sentiasa ada maka senang nak jual makanan kita buat. Rupanya salah hahaha. Setakat aktif, belasah buat posting memang takkan menjadi. Kena ada ilmu. Saya pun pergi kelas demi kelas. Balik, saya buat. Try and error banyak benda. Satu demi satu cuba sampai kita dapat rentak. 2015-2016 saya buat setiap hari 1 resipi. Walau masih kerja kilang, usaha sampai tidur pun sekadar 4-5 jam sahaja sehari. Sebab nak ubah kehidupan. Harap gaji kerja kilang, memang takkan dapat nak bantu keluarga. Apabila dah dapat rentak. Tahu apa maksud niche, tahu bagaimana nak susun posting, nak bangunkan bank content, tahu bagaimana nak tarik hati followers, maka ia menjadi dengan baik. Posting resipi saya dikongsi lebih 1,000 share biasanya. Ada yang mencecah 100,000 share. Hasilnya januari 2017, follower saya 100,000 orang. Apabila dah seramai itu, menjual jadi sedikit mudah berbanding waktu tak ada follower. Alhamdulillah syukur. Kawan-kawan, saya juga mula dari 0. Semua hal teknikal menulis ini saya akan kongsikan pada 24hb Ogos ini. Saya harap benar kalian semua join. Saya bongkar semua yang saya buat. Supaya kalian belajar dan pandai bagaimana nak bermain media sosial. Berniaga ke tak berniaga ke semua boleh join. Walau tak ada basic, semua boleh. Saya bantu semua. Mari, hanya RM65, kalian dapat ilmu yang boleh jana sehingga jutaan ringgit. Jom gais daftar sekarang! Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo Jumpa nanti semua!

photo content

Orang yang banyak membaca: 1. Lebih tenang dari orang yang tidak. 2. Tidak judgement dan sentiasa positif melihat kekurangan orang lain. 3. Merasakan lebih banyak membaca lebih banyak dia tidak tahu. 4. Banyaknya bersangka baik dari sikit-sikit bersangka buruk itu ini kepada orang lain. 5. Suka melihat keindahan, mendengar yang baik-baik dan bercakap yang bagus-bagus. 6. Berbahas apabila perlu. 7. Banyak diam dan menghormati orang lain yang sedang bercakap. 8. Suka dengar perkongsian orang lain berbanding mengangkat diri lebih tahu itu lebih pandai ini. 9. Merasakan dunia membaca untuk semua orang dan tidak memandang rendah orang tidak membaca. 10. Kurang berkawan namun kelompok kecil itu amat disayanginya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Teguran untuk diri sendiri juga.

Hadir kelas gais bagaimana nak menulis betul di media sosial. Klik sini okeh: https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-ogo

Soalan: Saya pemilik Gym, macam mana saya nak kasi orang ramai follow saya dan juga nak beritahu Gym saya itu sangat bagus untuk semua orang? Jawapan: Untuk bangunkan crowd (follower), susun niche. Ia perlu di bahagikan kepada 3. RM, Pengikut dan Sisi Lain. 3-3 perkara ini perlu ditulis di Facebook dengan konsisten di wall profil, bukan page. Contoh: Bisnes Gym (RM), jadi nak dapatkan pengikut, perlu buat: 1. Tutorial menggunakan alatan gym. 2. Tips kurus tanpa ubat. 3. Tips sihat. (Sekadar beri 3 contoh, boleh jadi lebih). Ia perlu ditulis tanpa ada sedikit pun nilai iklan. Ia mesti berupa sebuah kejujuran dalam berkongsi. Pengikut akan mula hadir sedikit demi sedikit. Dan tentunya owner gym akan mula disegani dan menjadi ikon dalam dunia bisnesnya. Di Page, iklan sampai pengsan. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM #TipsMenulisKHM

Siapa ada anak masih bersekolah? Cuba ke posting ini, mungkin bermanfaat untuk kalian bab nak tambah ilmu dalam hal bakat. Klik sini nahhhh: https://www.facebook.com/1409650354/posts/10229464437981249/?d=n

Anda akan sukses jika sentiasa fikir lebih dari 1 perkara nak dibuat dengan apa yang anda suka. Sebagai contoh: Anda suka mem
Anda akan sukses jika sentiasa fikir lebih dari 1 perkara nak dibuat dengan apa yang anda suka. Sebagai contoh: Anda suka membuat kuih melayu. Jadi: 1. Boleh niaga kuih tersebut. 2. Boleh ajar orang lain buat kuih tersebut. 3. Boleh bantu orang lain menjual kuih tersebut (sistem ejen). Kita tengok benda ini nampak simple, namun ada hal besar yang Allah akan beri jika kita duk buat. 1. Berniaga - perkara baik. Kita buat benda kita mahir dan kemudian kita jual. Kita tahu ada orang tak pandai buat kuih tersebut, maka kita sedang mencukupi keperluan orang. 2. Kita mengajar ilmu tersebut. Maka kita dapat keberkatan berkongsi ilmu. Kita tak takut nanti ramai-ramai jual kerana kita tahu rezeki kita takkan diambil orang. 3. Kita bantu orang lain juga berniaga. Kita sediakan kuih tersebut, orang lain edarkan. Kita beri upah beri komisen. Kehidupan orang lain berubah. Nampak simple sahaja kan? Namun beri kesan besar. Lagi banyak kita kongsi, lagi besar Allah akan beri. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Biskut RM8 masih ada tau! Kami boleh kurier kepada kalian ke mana mana sahaja! Hah lekas klik di sini esok kami kurierkan ya,
Biskut RM8 masih ada tau! Kami boleh kurier kepada kalian ke mana mana sahaja! Hah lekas klik di sini esok kami kurierkan ya, klik sini lekas: https://onecookies.onpay.my/order/form/rm8cookies

Soalan: Saya nak menulis. Tapi tak tahu bagaimana nak mula. Tuan boleh bantu? Jawapan: Mudah sahaja, tak perlu rumit-rumitkan. 1. Membaca. Bacalah buku apa sahaja pun. Janji membaca. Kena baca apa yang kita suka, tak perlu tengok orang lain apa yang dia baca. 2. Pilih topik. 3. Kaji topik tersebut, baca lagi tentangnya. Cari buku, cari bahan rujukan. Telaah sebanyak-banyaknya. Apabila hadam satu-satu hal, akan mudah untuk luahkan ke kertas / wall media sosial. 4. #Content terhasil dari penyatuan fakta, emosi dan impak positif. Jadi gunakan ke tiga-tiga hal ini. Fakta - kejadian benar, hal betul. Emosi - perasaan. Impak positif - yang apabila orang baca, orang boleh faham atau boleh ikut atau boleh beli terus. 5. Pendahuluan, terus kepada topik. Tak perlu meleret. 6. Isi, gabungkan fakta dan emosi pada setiap satu ayat. Ia akan memberi sedap kepada satu-satu cerita. 7. Tutup dengan impak positif. Ia akan jadi penutup yang bagus. Begitulah. Mudah sahaja kan? Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini: https://t.me/ContentKHM