uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 236 підписників, посідаючи 281 місце в категорії Маркетинг і PR та 906 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 236 підписників.

За останніми даними від 27 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -380, а за останні 24 години на -14, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.34%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 574 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 28 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 236
Підписники
-1424 години
-787 днів
-38030 день
Архів дописів
Hari terakhir nak dapatkan harga promo RM119. Mula 12.00 malam ini harganya akan naik ke RM159. Save RM40 gaisss! Kelas Conte
Hari terakhir nak dapatkan harga promo RM119. Mula 12.00 malam ini harganya akan naik ke RM159. Save RM40 gaisss! Kelas Content Digital ini sangat bermanfaat bagi mereka yang nak buat jualan dan nak dapat beratus ribu follower. Teknik dan tips semua disediakan dalam banyaknya video! Lekas dapatkan! Klik sini gais! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm

Soalan: Bagaimana tuan sentiasa ada #content dan saya nampak ia sangat tersusun? Jawapan: 1. Saya buat content mapping dan sediakan perancangan content tahunan (blueprint). Dan ia tak buat saya gelisah, tak pening dan benda itu sentiasa ada. 2. Saya juga bermain dengan perkara yang ad-hoc. Oleh kerana ianya datang dalam bentuk musim atau tarikh tertentu, maka saya sediakannya juga lebih awal. Contoh mudah, Hari ini Hari Kemerdekaan Negara. Ada banyak content yang boleh kita muat naik. Antaranya ialah tentang sejarah Kemerdekaan, Bapa Kemerdekaan, Jalur Gemilang, Kesan Jajahan Inggeris dan Jepun, Wira-Wira Negara, dan sebagainya. *** Baik, kita cuba 1 perkara sahaja, Jalur Gemilang. Terus buat post To Educate dalam bentuk numbering, biasanya ia akan jadi impak positif kepada audien, postingnya begini: Ini fakta Jalur Gemilang yang kita semua kena tahu: 1. Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan negara. 2. Bintang pecah 14 - Menunjukkan perpaduan 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. 3. Warna kuning anak bulan dan bintang - Melambangkan warna diRaja Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan setiap negeri. 4. Warna Biru Tua - Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum (simboliknya ia mengelilingi warna kuning). 5. Warna Merah - Menunjukkan sifat keberanian. 6. Warna Putih - Menunjukkan sifat kesucian dan keluhuran. *** Untuk posting begini, impak positifnya ialah apabila orang baca, orang akan faham. Jadi setiap fakta itu adalah impak positif. Content terbentuk dengan apa yang kita tahu, kita mahir dan kita suka. Susun sahaja mengikut topik yang kalian sangat arif tentang itu. Jika terkena pada waktu atau ada isu yang sesuai untuk dibuat posting, bina pula posting tersebut. Kawan-kawan, Ini media sosial, kita guna untuk sebar ilmu, hebah kebaikan dan kongsi kebahagiaan. Kita bina komuniti positif di kalangan friends dan followers yang kita ada. Dan lihatlah aura kebaikan itu kembali kepada kita. Rancang, susun, buat dan konsisten okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jika copy paste pastikan kredit ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Puan Huda antara yang pernah sertai Apprentice Content saya. Syukur alhamdulillah. Beliau konsisten menulis di wallnya dan ki
Puan Huda antara yang pernah sertai Apprentice Content saya. Syukur alhamdulillah. Beliau konsisten menulis di wallnya dan kini sudah dapat perhatian laman-laman web besar. Ilmu beliau ini ada dalam Kelas Content Digital. Kalian boleh dapatkannya dengan harga RM119 sahaja. Esok hari terakhir dengan harga promo ini. Klik sini gais! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm

Content terdiri dari 4 elemen iaitu: 1. Fakta. 2. Emosi. 3. Bahasa (menulis atau menyampaikan dengan ejaan / sebutan yang betul). 4. Impak positif. #TipsContentKHM #SesiapaPunBolehGuna #JanjiBermanfaat

Setiap kali menulis #content, saya gunakan formula 50/20/30. 50% #Fakta. 20% #Emosi. 30% #ImpakPositif. Pendapat atau pandangan sendiri, saya ketepikan terus. Ingat, di media sosial, hal ini tak penting. Orang suka baca benda benar, betul dan bermaklumat walau ia sekadar menulis resipi, hal berkebun atau perkara yang boleh buat kita kurus, sihat dan cergas. Yang penting ianya adalah fakta. Dan fakta itu tidaklah sampai ianya seperti rencana. Ia hanya perkara yang benar dan betul sahaja. * Contoh ayat fakta di media sosial: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Sebut 16 jam, 8 jam, air masak, tanpa susu, tanpa gula, semua itu adalah fakta untuk mereka yang mengamalkan diet intermitten fasting. * Untuk emosi, beritahu dengan jelas dan visualkan semuanya dengan perkataan dan ayat yang betul. Contoh ayat yang ditambah emosi: Sekiranya kalian nak buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. Tenang, kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu drama. Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja! Semasa makan, kalian perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Ha ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! Nampak tak penambahan tatabahasa seperti tanda seru, tanda soal, semua itu memberi emosi kepada pembaca. Ada juga penambahan ayat seperti sedang berinteraksi, ada juga divisualkan seperti perkataan lompat bintang. Itu semua emosi yang bagus. * Impak postif pula, ia mesti: - apabila orang baca, orang faham. Atau, - apabila orang baca, orang boleh buat terus. Atau - apabila orang baca, orang boleh beli terus. Jadi dalam kes intermittent fasting ini, kalian boleh tambah di hujung posting dengan menulis: Jika kalian nak bermula, Download aps Body Fast. Ia akan bantu kalian rujuk berapa berat, berapa ukur lilit, dan waktu puasa dan makan kalian. Kemudian, kalau ada bajet ambil coach, tak ada, tak apa. Siap sedia untuk puasa pada hari isnin sampai ahad. Jika nak buat cheat day, susun hari yang sesuai. Minggu pertama akan turun sekitar 2-3kg bergantung kepada jenis orang. Mula makan nasi, jangan terus tak makan nasi. Tenang-tenang. (Sampai habis step). * Itu antara mudahnya menulis menggunakan content. Masing-masing kena set formula dan bagaimana nak tulis supaya sentiasa beri impak kepada audien. Jika tulis suka-suka dan sekadar seronok, ok sahaja. Namun jika nak ianya diklik butang share, atau orang beli apa yang kita nak jual, kena usaha betul-betul jadikan posting kita posting yang terbaik. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kreditkan ke sini ya jika mahu copy dan kasi ke team masing-masing https://t.me/ContentKHM.

Antara soalan yang saya sukar nak jawab semasa seminar baru-baru ini ialah “boleh tak tuan beritahu beberapa struktur ayat dalam membuat #iklan?” Ia kerana, beza produk, beza juga cara iklan, promosi dan membuat jualan. Saya balik saya tengok semula apa yang perlu dimasukkan dalam ayat-ayat tersebut melalui #content. Namun ia masih perlu dilihat dalam konteks produk masing-masing. Antara perkataan yang kuat untuk membuat iklan ialah: 1. Untuk menarik perhatian, guna perkataan ini: - percuma. - bonus. - eksklusif. - hari ini. - sekarang. - terkini. - rahsia. - jimat. - diskaun. - potongan. - nikmati. 2. Untuk beri orang faham tentang produk / perkhidmatan anda, guna perkataan ini: - senang. - mudah. - lekas. - langkah demi langkah. - semudah ABC. - segera. - boleh guna terus. - beli, buka dan guna. 3. Untuk beri orang rasa hebat apabila guna produk / perkhidmatan kalian, guna perkataan ini: - fabulous. - hebat. - terkini dan sensasi. - power. - sedap gila. - mengagumkan. - elegen. - anggun, kacak, terbaik. Kalian lihat iklan-iklan besar yang biasa keluar di television, atau di bahagian Ads yang kita sering nampak ia lalu di wall kita, perkataan-perkataan di atas sering digunakan. Cuba kalian fokus buka Youtube dan lihat iklan-iklan. Dan kalian akan dapat faham bagaimana ayat itu terbina dan bagaimana nak susun struktur ayat menggunakan perkataan di atas. Cuba okey. Kalau nak saya kongsi lagi tips begini, klik share okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini jom https://t.me/ContentKHM

Setiap hari kita ada: 24 jam, 1,440 minit, 86,400 saat. Kita pilih sama ada untuk: 1. Networking atau balik rumah dan tengok tv. 2. Main media sosial dan game 24-7 atau membaca buku. 3. Duduk tengok orang berjaya atau sendiri mulakan bisnes part time. 4. Menghabiskan seharian dengan shopping, berjalan tanpa tujuan atau membuat pelaburan ke kelas-kelas untuk tambah kemahiran dan pengetahuan. *** Selepas 5 tahun, kita tanya diri kita dah beli rumah atau belum? Sudah ada banyak hutang atau sudah ada berapa banyak simpanan? Selepas 10 tahun, kita boleh senyum untuk lihat apa usaha yang pernah kita buat atau menyesal tengok orang lain boleh buat kita tidak. Selepas 20 tahun, boleh jadi yang dulunya berbisnes part time, sudah bina empayar. Kita masih di tempat sama. Semua itu, kita yang kawal. Ada orang boleh buat dua tiga kerja dalam 24 jam. Ada orang 1 sahaja belum tentu siap. Ini beza orang yang mahu perubahan dan tidak. Kita ada 24 jam yang sama, mengapa ada orang boleh membaca, boleh mengurus bisnes, boleh bermain media sosial, boleh mengatur jualan, boleh bekerja dan boleh hidup bahagia dengan bebas hutang, sedangkan ada yang tidak. Itu semua kita yang kena urus sendiri. Pilihan ada di tangan masing-masing. Kalau kita selesa begitu, okey. Tak ada masalah. Namun jika tak, merungut tak akan buat kita berubah dari tempat A ke B. Yang masih boleh bantu kita ialah apa yang kita buat setiap hari. Umur bertambah dengan pengalaman, pengetahuan dan usaha. Jika kita hanya duduk di tempat sama, boleh jadi, kita mengulang pengalaman sama dan pengetahuan sama. Dan itu bukanlah nama sebuah perubahan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berhenti merungut dan bangun gais! https://t.me/ContentKHM

Bagaimana berhadapan dengan mereka yang tidak sukakan kita di media sosial? 1. Tak perlu lihat apa yang dia tulis tentang kit
Bagaimana berhadapan dengan mereka yang tidak sukakan kita di media sosial? 1. Tak perlu lihat apa yang dia tulis tentang kita. Jika ada yang sampaikan, beritahu orang itu untuk berhenti berbuat begitu. 2. Jika dia komen menyakitkan hati. Diamkan sahaja. Jika perlu balas, balaslah dengan sebaiknya. Jika tak, kalian sama sahaja dengan dia. 3. Sekiranya dia masih mengganggu, block sahaja. Ingat, Facebook ini medan membina komuniti positif. Kita tak akan dapat notifikasi jika ada orang unfriend, unfollow atau block kita kerana itu adalah punca kepada banyaknya masam muka dan bersedih gelisah yang membawa kepada permusuhan. Yang kita dapat ialah apabila ada orang komen, orang tag dan sebagainya. Itu semua perkara kebaikan. Nak bermain media sosial menggunakan #content, hati kena kental. Apabila kita beri umpan, bukan ikan, sotong dan udang sahaja yang datang, obor-obor yang menyengat juga hadir bertandang, kasi tendang sebelum dia letak racun. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, https://t.me/ContentKHM

Sekejap lagi saya akan live bersama Dato Abdul Malik (Pengasas Restoran D Tandoor) di Page Sukses Sifu 2020. Kalian masih bol
Sekejap lagi saya akan live bersama Dato Abdul Malik (Pengasas Restoran D Tandoor) di Page Sukses Sifu 2020. Kalian masih boleh mendaftar Konvensyen Sukses Sifu Founder Legend ini secara percuma di sini ya www.SuksesSifu.com/khm

Ini penerangannya bagaimana nak jadi AffiliateKHM https://bykhm.onpay.my/order/form/bnjaffiliatekhm

Ciri-ciri pemilihan topik yang bagus di media sosial untuk tarik crowd (kumpul follower). 1. Mempunyai titik persamaan yang besar dengan audien. 2. Penerangannya memudahkan orang faham. 3. Ayat dan tulisan jadi senang kerana ramainya orang sudah tahu tentang hal tersebut. Contoh: topik makanan, parenting, pendidikan, pertanian, berkebun, deko, permotoran, fesyen, imej, solekan, pakaian, aksesori tubuh badan, fitness, kesihatan, ibu bapa, hal anak, sekolah, asas pekerjaan, asas perniagaan, DIY, travel, barang kemas, organizer, gadget, teknologi dan banyak lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak sebar, nak hebahkan tips ini, boleh sahaja. Cuma jangan lupa kreditkan ke Channel ini ya! Bukan kredit ke akaun FB atau Instagram saya. Mesti ke sini https://t.me/ContentKHM

Tolonglah jadi kejam untuk pilih “kawan” di media sosial. Saban hari, saya akan dapat PM untuk mereka ini masuk ke dalam ruangan #Friends saya. Dan saya berusaha jawab atau diamkan diri kerana bimbangnya mereka akan berkecil hati. Menerima seseorang (accept) friend request bererti kalian juga perlu menerima apa yang mereka ini up, apa sahaja pendapat, posting serta segala yang dimuat naik itu kena hadap. Dan kita saling tidak mengenali antara satu sama lain. Facebook buat ruangan Friends, memang untuk kawan sebenar. Yang kita dah kenal luar dalam. Yang apabila dia up begitu, kita tahu dia ini memang begitu. Saya ada sekitar 2,800 orang setakat ini. Itupun ada yang saya terlepas pandang dan tak kenal. Huhu. Bayangkan yang kita tak kenal, main up entah benda-benda, kita rasa terganggu, rasa tak seronok dan rasa tak gembira bermain media sosial. Dan kemudian kita rasa semak, rengsa, menyampah tanpa mengenali dia bagaimana. Semalam, saya add beberapa orang kerana mereka merayu-rayu nak juga. Hari ini, saya dah menyesal. Belum 24 jam, saya dah mula rasa tak selesa. Huhuhu. Kawan-kawan, Ada butang follow, kita guna. Dan saya amat berharap kalian juga memahami yang kita mengenali di media sosial ini bukannya dalam istilah berkawan. Kita saling menyokong posting masing-masing, menghargai tulisan yang baik serta saling belajar antara satu sama lain. Jika tidak berada dalam friend list pun, dapat berada di dalam list-list doa sesama kita adalah yang paling baik sekali. Begitulah. Terima kasih semua! Khairul Hakimin Muhammad, Sorry semua. Huhu. https://t.me/ContentKHM

Kalian perasan tak, saya akan mulakan posting setiap pagi tanpa ucapan, tanpa beri salam, saya akan tembak ja dengan #content bermanfaat. Ha itulah yang terbaik. Kita terus sahaja tulis tanpa campur adukkan subjek. Ingat pesanan ini, SUBJEK mesti stand alone. Maksudnya hanya 1 subjek sahaja. Ia tak boleh banyak. 1 posting 1 subjek. Kemudian elaborate subjek tersebut. Ia akan jadi menarik dan terfokus dan pastinya orang suka! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Dari Channel Content Media Sosial KHM https://t.me/ContentKHM

Tinggal dalam 100 akses sahaja kawan-kawan! Lepas ini harganya dah naikkk! Ruginya tak dapat harga RM99 seumur hidup ini. Har
Tinggal dalam 100 akses sahaja kawan-kawan! Lepas ini harganya dah naikkk! Ruginya tak dapat harga RM99 seumur hidup ini. Harga asal ialah RM299. Ada 8 bab, ada case study ada QNA semua lengkap. Kelas Content Digital ini disiapkan untuk kalian hebat  di media sosial. Boleh jana jualan, boleh naikkan follower. Hanya RM99 sahaja gais. Akses seumur hidup! Klik sini sekarang: https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm

#content waktu malam. Kahkah. Ramai duk kata kalau malam jangan buat sales, kena santai-santai. Heh geram je aku. Ikut DMWF2019 di London, Masyarakat Asia Tenggara aktif bermain media sosial sekitar jam 7 pagi hingga 10.00 malam. Hah. Ada 3 jam dekat situ nak letak apa sahaja. Nak buat crowd boleh (posting dapat share), nak buat moneytize pun boleh (posting dapat duit). Dont worry gais, rezeki mana ada waktu yang tetap. Siapa berusaha, dia dapat. Malam ke siang ke, kalau buat, dia dapat. Kheeen? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak copy-paste, pastikan kredit ke channel ini https://t.me/ContentKHM

500 akses sudah dibeli! Tinggal lagi 500 akses sahaja untuk dapat harga RM99. Habis sahaja ini, kami terus naikkan harga ya! Lekas dapatkannya gais! Belajar bagaimana nak tulis dengan baik di media sosial. Sama ada nak buat jualan atau nak naikkan follower semua boleh. Akses ini seumur hidup! Klik sini! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm

#Profiling ni mudah ja kawan-kawan. 1. Profile itu mesti buat orang selesa. 2. Mesti guna gambar manusia, guna nama manusia. Bukan gambar lain, bukan nama selain nama manusia. 3. Profilenya public dan ada butang follow. 4. Profile yang orang nak follow ialah yang memuat naik posting secara consistent tentang 1-1 topik tersebut. 5. Topik boleh lebih dari 1. 5 pun hokey anak-anak heh. Janji consistent. Ha gituuu. Khairul Hakimin Muhammad, Kalau nak copy-paste, pastikan kredit ke channel ini https://t.me/ContentKHM

Lagi 800!

Sudah lancar! Hanya RM99 untuk 1,000 orang pertama sahaja. Lepas itu harga akan naik terus. Kelas Digital Content Khairul Hak
Sudah lancar! Hanya RM99 untuk 1,000 orang pertama sahaja. Lepas itu harga akan naik terus. Kelas Digital Content Khairul Hakimin Muhammad. Ada 8 bab semuanya. Dan paling best yuran ini ialah yuran seumur hidup! Tuan KHM akan sentiasa memuat naik video case study serta cara terbaik untuk menaikkan follower dan jana pendapatan melalui media sosial. Jadi dapatkan akses anda sekarang juga! Klik sini! https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm https://bykhm.onpay.my/order/form/kcd_khm

photo content