uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 285 підписників, посідаючи 283 місце в категорії Маркетинг і PR та 907 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 285 підписників.

За останніми даними від 22 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -387, а за останні 24 години на -16, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 9.02%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.02% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 734 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 23 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 285
Підписники
-1624 години
-947 днів
-38730 день
Архів дописів
Alhamdulillah. Premium selection OneCookies dah pun masuk! Syukur alhamdulillah. Seleksi biskut yang ini pakai butter okeh! D
+2
Alhamdulillah. Premium selection OneCookies dah pun masuk! Syukur alhamdulillah. Seleksi biskut yang ini pakai butter okeh! Dapatkannya sekarang, ready stok! Hanya RM45 sahaja free kurier! Klik sini sekarang: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Kawan-kawan, Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sif
Kawan-kawan, Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sifatnya menambah bahagia. Orang yang bahagia, akan doakan kebaikan untuk kita. Berbanyak memberi, akan banyak juga Allah mencurah-curahkan rezeki untuk kita. Jika kita hadkan kepada sekian-sekian, tak bertambah dan tak berubah, agak-agak mahu ke tidak Allah menambah dan mengubah rezeki kita? Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/memberi-menambah-bahagia/

#Content yang bagus, tidak: 1. Menyebarkan kebencian. 2. Membawa kepada mana-mana pergaduhan, dan cetusan pergeseran. 3. Menambah api kemarahan. * Bagaimana nak tulis perkara yang sensitif namun tidak terkena 3 perkara di atas? 1. Fokus kepada subjek, bukan menarik minat orang dengan menambah emosi yang tidak baik seperti menyuruh orang berfikir sendiri apa kesan dan impak. 2. Beri solusi dengan jelas, bukannya sekadar menebar persoalan. Ingat, bertanya dan mempersoalkan sesuatu adalah 2 perkara berbeza. * Kawan-kawan, ini media sosial, Kita tidak kenal pun sesama kita. Kita hanya rasa kita tahu dia itu bagaimana, dia ini bagaimana, jujurnya kita saling tidak mengenali. Dan itulah yang menambah banyaknya persepsi sesama kita. Apa yang kita lontar, kita kena pegang tanggungjawab itu. Orang yang berjaya kawal emosi semasa menulis, semasa memuat naik posting, adalah orang yang bijak. Dia tahu susahnya apabila tersalah langkah memaki, mengkritik serta menghina sesiapa jika dia terbuat perkara tersebut. Kita jadi bijak sama-sama ya. Ohya, ini bukan posting tentang seminar atau sesiapa, saya memang dah siap tulis dan susun dalam bank #content saya sendiri apabila ada yang bertanya bagaimana nak hadapi tulisan sendiri yang disalah anggap kemudian jadi pergaduhan besar-besaran. Mana yang kenal saya, pernah hadir kelas, akan tahu bagaimana saya susun 80% posting saya dan kemudian dimuat naik dengan tersusun. Kawan-kawan, kita pilih nak viral kebaikan atau keburukan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, tips ini hanya ada di sini ya: https://t.me/ContentKHM

Semasa kami menyertai perkemahan bisnes dalam 6 tahun lalu di sebuah resort, saya perhatikan taikun-taikun yang sudah berjaya
Semasa kami menyertai perkemahan bisnes dalam 6 tahun lalu di sebuah resort, saya perhatikan taikun-taikun yang sudah berjaya ini melakukan beberapa perkara ini pada waktu pagi. 1. Berjalan kaki / senaman ringkas. 2. Membaca / mengaji Al-Quran. 3. Menulis nota. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/rutin-pagi-taikun-bisnes/

Ada 5 perbuatan akan hancurkan semangat dan motivasi kalian seharian. Hal ini adalah benda yang kita sering sebut, sering fik
Ada 5 perbuatan akan hancurkan semangat dan motivasi kalian seharian. Hal ini adalah benda yang kita sering sebut, sering fikir dan sering buat kepada diri sendiri. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/5-perbuatan-menghancurkan-semangat/

Posisi diri di media sosial ini terletak kepada apa yang kita bangunkan sama ada dalam bentuk teks atau gambar atau video. Kena ingat, ini media sosial, jadi kalian boleh tulis content yang: 1. Berkaitan dengan bisnes anda, 1 atau 2 kali sekali. 2. Perkara yang kalian minat, suka atau mahir, 1 atau 2 kali sehari. Untuk bisnes, boleh jadi posting iklan (to convert), boleh juga jadi posting penerangan produk (to inform). Untuk perkara yang kalian minat atau suka atau mahir boleh jadi posting to educate, to inform atau to inspire. Ke dua jenis posting ini akan beri hasil lumayan. Orang akan nampak kalian yang suka memancing (posting minat) dengan posting penerangan tentang jenis sungai, jenis ikan, teknik memancing, jenis umpan dan sebagainya, dalam masa sama orang tahu kalian punya bisnes apabila kalian muat naik posting iklan dan sebagainya. Di media sosial, orang mahu lihat kita punya kehidupan. Dan kita muat naik semua itu bukan untuk menunjuk, namun beri impak positif kepada audien dengan menggunakan #content secara tersusun dan konsisten. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Orang tahu saya suka memasak dengan posting resipi saya, orang tahu saya suka travel dengan posting tips saya dan orang juga tahu saya berkongsi ilmu content dengan buat kelas, jual ebook dan sebagainya. ❤️ Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Saya pula yang menitis-nitis air mata. Kisahnya itu menjadi sebuah peringatan buat saya sendiri. Saya tanya beliau, kenapa ru
Saya pula yang menitis-nitis air mata. Kisahnya itu menjadi sebuah peringatan buat saya sendiri. Saya tanya beliau, kenapa rumah orang tua? Jawabnya mudah sahaja. Beliau hanya beri kemudahan. Setiap sesiapa yang mahu hantar emak ayah ke sini, wajibnya hantar dan ambil sendiri. Ianya sebuah pusat jagaan untuk dijaga sahaja. bukan pusat meninggalkan ibu ayah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/itu-sahaja-jasa-terakhir-kita-2/

Jumpa esok gais! Get ready ya! Saya sesi pembukaan esok jam 8.30 pagi! Jumpa esok ya! Klik sini richworks.com/titansummit
Jumpa esok gais! Get ready ya! Saya sesi pembukaan esok jam 8.30 pagi! Jumpa esok ya! Klik sini richworks.com/titansummit

Maksud menyebarkan positiviti di media sosial ialah: 1. Cerita kebaikan, bukan keburukan. 2. Sebut fakta yang benar, betul, bukan direka-reka. 3. Sekiranya perkara itu hal buruk contohnya seperti mahu mengelak membeli barangan salah, timbang kilo, produk tak sah dan sebagainya, buat posting tips, buat #content langkah demi langkah mengelak, kaedah dan sebagainya, bukan memburuk tanpa fakta yang betul. 4. Sekiranya perkara itu jahat, jenayah dan sebagainya, tulis perkara yang boleh elak atau cegah atau kawal perkara itu berlaku. Teruskan menulis hal yang boleh memberi manfaat kepada audien bukannya menambah keburukan orang dengan membawa orang beramai-ramai komen membusuk di wall. Ingat, hal jenayah adalah tugas penguasa untuk selesaikan. Kita hanya boleh tulis perkara yang beri pengajaran. Sekiranya kita membawa orang memburuk sama-sama di ruangan komen, kita akan rasa agung, rasa berkuasa namun kita lupa perbuatan itu adalah berdosa. 5. Melawan perkara salah adalah positiviti di media sosial, namun tulisannya mesti membawa audien ke arah positif bukannya bergaduh dan memburuk orang lain. 6. Ramai yang beranggapan menulis hal melawan di media sosial adalah hal negatif. Namun jika ia ditulis dengan kritis sosial, membawa orang berfikir serta bijak dalam menggunakan perkataan dan ayat yang baik, akan membuat audien bertenang dan mahu melakukan kebaikan, ia bukannya menambah buruk. 7. Orang yang sedang marah, biasanya akan menulis keburukan orang, bukannya membawa orang lain cegah, rawat dan elak perkara buruk itu berlaku. 8. Contoh mudah, pergi ke restoran. Baru perasan restoran itu kotor selepas habis makan. Orang yang kurang bijak akan ambil gambar dan viralkan di media sosial untuk menegur pemilik restoran. Orang yang bijak akan tegur terus secara berdepan, kemudian akan memuat naik di media sosial cara nak pilih restoran bersih atau tak atau bagaimana nak kekalkan kebersihan di restoran atau bagaimana pelanggan boleh bantu kekalkan kebersihan di restoran tersebut. Memuat naik #posting dalam keadaan rasional atau tidak akan menyebabkan kesan buruk atau kesan baik. Itu perkara biasa. Kesan buruk; hancur bisnes orang. Kesan baik; dapat baiki kesilapan semua orang. Kita yang pilih yang mana bawa lebih banyak kebaikan, baru jadi luar biasa. 9. Ada banyak hal buruk berlaku sekitar hidup kita, kita yang pilih sama ada mahu bantu selesai atau mahu tambah buruk. Untuk bantu selesaikan, buat posting “to educate.” 10. Kita tak baik mana, saya juga tak baik mana. Sekiranya kita mahu duduk dalam komuniti positif, tulislah perkara yang boleh membawa ke arah masyarakat yang positif. Ianya adalah posting yang boleh mendidik, bukan mencela, memberi informasi bukannya menghina, juga menyebar inspirasi bukan menambah gaduh dan cerca. Begitulah. Saya bukan orang pandai, juga jauh dari banyaknya berbuat kebaikan, Allah simpan aib saya. Saya hanya berusaha menyampaikan ilmu untuk kita sama-sama lawan kejahatan, keburukan serta kerosakan dengan menulis teknik yang boleh dipraktikkan oleh semua orang. Maafkan saya jika kalian tak suka cara ini. Tak perlu bimbang, ini tahun terakhir saya di pentas dan kelas secara umum, dan saya gembira sekali dengan semua ini. Alhamdulillah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak marah dan bersyukur melihat semua ini. ❤️

Duk teringat kata kawan saya ni, “Dunia hari ini seperti sudah berpenghujung... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.co
Duk teringat kata kawan saya ni, “Dunia hari ini seperti sudah berpenghujung... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/dunia-sudah-berpenghujung/

Tortilla Nachos Balado dah kembali gais! Lekas dapatkan stok kalian. Hanya RM25 sahaja, kurier percumaaaaa! Order malam ini,
Tortilla Nachos Balado dah kembali gais! Lekas dapatkan stok kalian. Hanya RM25 sahaja, kurier percumaaaaa! Order malam ini, esok kami kurierkan terus. Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Semasa Digital World Social Media Conference di Amsterdam 2 tahun lalu, dikatakan waktu aktif rakyat Malaysia bermain media sosial ialah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Tiada waktu puncak, tiada juga waktu premium seperti yang digembar gemburkan. Jadi hanya susun sahaja #content yang kita mahu muat naik. Sebagai contoh dan rujukan kalian: Jika mahu buat 1 kali iklan sehari, maka ini cadangannya: 10.00 pagi - Posting crowd. 12.00 tengah hari - posting RM. 2.00 petang - posting side. Jika mahu buat 2 kali iklan sehari, maka ini cadangannya: 10.00 pagi - posting crowd. 12.00 tengah hari - posting RM. 2.00 petang - posting side. 4.00 petang - posting RM 8.00 malam - posting side. Ingat ini, Posting Crowd akan dapat double engagement. Posting RM pula, engagement akan jatuh. Manakala posting Side, akan membantu menaikkan kembali engegement kerana akan dapat Single engagement. Susunan ini akan membantu beberapa perkara. Crowd = akan menaikkan follower. RM = akan menaikkan sales. Side = akan maintain engagement yang bagus. Tinggal nak bermain dengan content dan posting sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Kawan-kawan, Kena jaga diri. Kita sahaja yang boleh kawal diri kita. Akan ada rezeki lain jika di tempat sekarang penuh benci
Kawan-kawan, Kena jaga diri. Kita sahaja yang boleh kawal diri kita. Akan ada rezeki lain jika di tempat sekarang penuh benci. Akan ada punca lain, akan ada belaka. Kita hanya berusaha nak jadi baik, selebihnya jika ada ujian, hadaplah dan responlah dengan hemah dan sahsiah. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/pembentuk-mindset-utama/

Kita nak mula bisnes, kita mulakan sahaja. Kita nak buat baik, kita mulakan sahaja. Kita nak buat kebajikan, kita mulakan sah
Kita nak mula bisnes, kita mulakan sahaja. Kita nak buat baik, kita mulakan sahaja. Kita nak buat kebajikan, kita mulakan sahaja. Tak perlu susah-susah nak fikir apa dia nak cakap, dia nak kata, apa pandangan dia dan sebagainya. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/kentalkan-jiwa/

Belajar untuk cakap benda baik terhadap diri sendiri, hal ini sangat penting dalam bab rezeki, bab keyakinan kepada Allah dan
Belajar untuk cakap benda baik terhadap diri sendiri, hal ini sangat penting dalam bab rezeki, bab keyakinan kepada Allah dan bab menghargai serta mensyukuri segala apa yang Allah dah beri. Mudah sahaja untuk tukar cara berfikir, ubah semua begini... Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/cakap-benda-baik-terhadap-diri-sendiri/

Copy paste walau dengan kredit, tetap salah. Fungsi copy di FB hanya untuk paste di luar platform FB seperti Whatsapp, Blog, Web dan sebagainya. Kalau ada report kalian copy paste status, akaun kalian boleh digantung / didelete oleh FB. Hati-hati okey!

Mana nak dapat acar buah penuh buah begini gais? Haa Makcik Ani sahaja yang sanggup buat sampai 11 jenis buah. Dimasak sempur
Mana nak dapat acar buah penuh buah begini gais? Haa Makcik Ani sahaja yang sanggup buat sampai 11 jenis buah. Dimasak sempurna ada pedas, masam manis semua lengkap! Hanya RM25 sahaja gais! Kurier PERCUMA! Berat 250gm. Lekas stok dah masuk! Penghantaran bermula khamis ini. Lekas grab ya! https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

PERKONGSIAN TAHUN LALU 20/09/2020 Sekadar nak share apa yang saya buat setiap kali bermula minggu baru, ini tahun ke-14 saya buat hal ini. Biasanya sebelum tidur hari ahad malam isnin saya akan pastikan checklist secara “surface” ini saya dah tulis. Sama ada tentang urusan keluarga, bisnes, office atau sebarang temujanji kebaikan, semua saya tulis siap-siap. Kemudian baru saya susun dan tengok semula apa yang akan berlaku sepanjang minggu itu dibahagian kalendar. Di situ saya kena sync kan semua aktiviti. Dah tahu dekat mana akan tidur lambat, dah tahu dekat mana akan dapat bersama keluarga, dah tahu dekat mana akan penat beriya-iya. Hehehe. Saya susun semuanya. Ini gambar helai 1 sahaja. Jujurnya biasa seminggu ada 2-3 helai. Malas nak ambil gambar semua. Haha. Pada setiap helaian, saya akan letak 1 doa spesifik. Supaya kita sentiasa ada rasa yang Allah itu sentiasa bantu, sentiasa ada, sentiasa pelihara setiap usaha dan kebaikan kita. Saya harap sangat kalian boleh ikut. Saya tak pandai mana nak share doa atau apa-apa yang islamik bagai. Hal begini sahaja saya boleh kongsi. Jujur saya cakap, buat benda ini bukan esoknya jadi terus berjaya. Bukan Allah kasi semuanya cepat-cepat. Ia adalah proses dan mengharap kepada Allah supaya apa yang kita usahakan ini berjaya dengan rapi dan tersusun. Dah selesai buat yang ini, saya akan sediakan daily checklist pula. Itu saya akan buat setiap pagi dan kejar semua team hal itu hal ini. Kasi follow up rapat-rapat. Wakaka. Kawan-kawan, Checklist akan jadi “king” dalam urusan kita. Allah suka orang merancang, kita pula usahakan sebaiknya. Saya selalu kena perli “alah takyah merancang, buat ja. Nanti jadilah tu.” Itu juga betul. Mana yang kalian selesa, buatlah. Namun ini saya. Mana tahu perkongsian kecil yang ini akan buat ramai berjaya dan saya ada juga sahamnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kasi jadi. Bismillah.

photo content

Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini t
Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja. Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang. Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya. Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/datang-dari-reda-dan-ikhlas/