uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 361 підписників, посідаючи 285 місце в категорії Маркетинг і PR та 915 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 361 підписників.

За останніми даними від 16 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -373, а за останні 24 години на -4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 6.97%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 2 534 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 17 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 361
Підписники
-424 години
-927 днів
-37330 день
Архів дописів
Soalan: Salam tuan, kenapa dekat Personal Account kalau saya guna gambar produk yang saya ambil di studio tak berapa ok jualannya. Orang nak react pun tak ramai. Beza betul kalau saya selfie atau saya pegang produk tersebut, senang je terjual. Jawapan: Personal account sifatnya ialah kepercayaan tinggi. Orang nak tengok 1. Saiz produk. Apabila kita pegang atau kita selfie letak sebelah muka, orang terus nampak saiz sebenar produk tersebut. 2. Kegunaannya. Nak tengok bagaimana kita guna, apa yang kita boleh buat dengan produk tersebut. Apabila kita bergambar dengan produk, ia menaikkan lagi rasa percaya tersebut. Ini antara kunci kenapa iklan makanan seperti McD, KFC, kosmetik (seperti lipstik) dan sebagainya, mereka berusaha keras memastikan iklan tersebut ada adegan makan atau meletakkan produk di bahagian muka. Cuma, tak boleh lupa #content di dalam posting. Gambar tanpa content tetap tak ada impak yang bagus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat biar jadi, jangan main langgar. Nak lagi tips terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Tuan Hafizul Hakim seorang jurutera yang fokus menulis tentang hal simpanan, emas dan juga kisah pengembaraan keluar negara. Selepas ikuti beberapa kelas juga bootcamp, beliau berlari dari 0 pengikut, dan hari ini melebihi 48,000 pengikut. Jualannya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Beliau hanya tulis #content yang tersusun. Beliau fokus kepada apa yang beliau tahu, mahir dan suka. Lalu dihamparkan menjadi bacaan yang orang nanti-nantikan. Iya, tak semua status beliau menjadi viral, namun ia tetap menjadi penyeri kepada mereka yang benar-benar mengikuti beliau. Content yang beliau muat naik adalah perkara yang kita semua biasa tahu. Cuma ianya ditulis dengan beri impak positif yang cukup kuat. Beliau beri step by step, Beliau sediakan cara dan bagaimana nak buat itu nak buat ini. Menjadikan apa yang beliau up itu: 1. Orang boleh faham terus 2. Orang boleh buat terus. 3. Orang boleh tiru terus (tiru maksudnya terus buat apa yang dia telah buat, buat copy-paste status / posting) 4. Boleh beli terus. 4 perkara inilah maksud sebenar MEMBERI IMPAK POSITIF kepada audien. Kalau kita menulis, kita sahaja yang faham. Maka itu belum sampai ke tahap memberi kesan positif kepada orang lain. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukurnya semakin ramai yang berjaya. Mahu lagi tips content percuma, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Setiap kali kalian ketawakan usaha orang lain, kalian juga akan diketawakan nanti. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪
Setiap kali kalian ketawakan usaha orang lain, kalian juga akan diketawakan nanti. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Letak dalam kepala untuk jadi “murid” sepanjang hidup. Ia akan memudahkan kita untuk terus belajar. Itu yang best. Kita perlu ada mind set begitu kerana: 1. Ilmu mudah masuk. 2. Lagi banyak belajar, lagi banyak rupanya benda kita tak tahu. 3. Menerima percakapan dan perbualan sebagai ilmu baru. 4. Belajar untuk lebih banyak mendengar. 5. Akan ubah hidup. Antara kata-kata Imam Syafie tentang menuntut ilmu ini ialah: “Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan" “Orang yang pandai akan bertanya tentang apa yang ia ketahui dan tidak ia ketahui. Dengan menanyakan apa yang ia ketahui, maka ia akan semakin mantap, dan dengan menanyakan apa yang belum ia ketahui, maka ia akan menjadi tahu. Sementara orang bodoh itu meluapkan kemarahannya karena sulitnya ia belajar, dan ia tidak menyukai pelajaran." “Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna." Kawan-kawan, Hidup kita ini tentang belajar. Apa sahaja kita terima hari ini, esok, atau kehidupan sebelum ini semuanya boleh kita masukkan dalam dunia pelajaran dan pengalaman. Itu semua guru kita. Keseronokan belajar ini akan merendahkan diri, rasa lebih lega duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Yang sikit kita kongsi, yang banyak kita agih-agih. Keluarga membesar, kawan saling memberi kasih. Semua bahagia, gembira dan terus menjadi orang yang menagih-nagih nak lagi ilmu itu nak lagi belajar ini. Seronok. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Banyak belajar dari semua orang. Terima kasih semua!

Jika kamu dah berjaya jual 1 balang kuih. Bermaksud hari ini cari jalan dan belajar bagaimana esok nak jual 10 balang kuih. Jika esoknya kamu dah berjaya jual 10 balang kuih, kamu perlu terus belajar bagaimana nak jual 100 balang kuih. Proses pembelajaran ini tak berhenti sekiranya kita mahu lebih banyak lagi rezeki. Jual 1 balang mungkin dapat bantu 1 orang. Jual 10 balang mungkin dapat bantu 10 orang. Jual 100 balang mungkin dapat bantu 100 orang. Apabila kita ada mindset belajar dan mindset bantu orang, dah tentu jalan itu adalah jalan baik, jalan pahala dan jalan yang Allah reda. Kawan-kawan, tak boleh berhenti belajar. Tak boleh berhenti selesa. Kita perlu tingkatkan ilmu, wajib tinggikan jumlah bantuan dan sentiasa mencari jalan untuk luaskan pertolongan dan jadi manusia bermanfaat di mana-mana kita berada. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan. 3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi. 4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais. 5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian. 7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja. 8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. * Habis itu bagaimana nak menjual? Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content. Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Menulis, Memasak, Mengembara. Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Update jualan ebook KENAPA SAYA GAGAL? Target jualan RM150,000 Sehingga 26hb Jun 2023. Pembeli: 1,011 orang Jualan: RM15,008.21 Setakat ini baru 10% dari target. Syukur alhamdulillah. Saya tak letak harga, saya biarkan kalian yang letak. Okey ja alhamdulillah syukur. Bayarlah berapa pun, saya terima dengan hati terbuka. Pasti ada manfaatnya untuk saya dan kalian. Kenapa saya perlu RM150,000 sebulan? Kerana: - nak settlekan bayaran bulanan hutang berbaki RM1.9juta (dari RM4.09juta). - nak settlekan komitmen bulanan syarikat Dua ini terpaling penting. Saya jual apa yang saya boleh buat. Saya suka menulis maka saya tulis dan jual. Ada lagi banyak ebook insya-Allah akan publish dari masa ke semasa. Saya pohon untuk dapatkanlah support dari hari Arafah ini, semoga jualan ebook ini membuka lebih banyak peluang kepada kami semua. Ada 8 bab yang boleh kalian pelajari satu demi satu. Penting sangat untuk kalian tahu blind side kalian. Ia terjadi kepada saya boleh juga jadi kepada kalian. Untuk dapatkan ebook ini, link di sini ya: Klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/249 . Bayarlah berapa kalian mampu, RM1, RM10, RM100, semua saya terima. Lebih dari itu saya beri semua akses ebook-ebook saya yang lain. Ada lagi 12 ebook yang kalian akan dapat. Terima kasih semua yang support! Saya amat hargainyaaaaaa. Khairul Hakimin Muhammad, Terus berjuang!

Kawan-kawan, mari amalkan ini: 1. Saat mulakan sesuatu, sebut Bismillah. 2. Saat kagum, sebut Masya-Allah. 3. Saat selepas solat, sebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar. 4. Saat diberi kebaikan, hadiah atau apa sahaja ganjaran, sebutlah Jazakumullah khairan. 5. Saat diberi kebaikan, ujian atau kemudahan, lekas-lekas sebut Alhamdulillah. 6. Saat terlupa sesuatu, sebutlah Allah humma solli ala saidina Muhammad. 7. Saat mahu menyelesaikan sesuatu, sebut insya-Allah. Mari sama-sama kita mula hari ini. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita sama-sama jom.

Tolonglah gais berhenti buat copywriting pelik atau ayat merepek. Contohnya: - seperti makan makanan atau minum minuman di dalam syurga. - kalau isteri pakai terus jadi seperti bidadari. - kalau kasi suami, dah tentu suami kita itu seperti sehensem orang barat. Kau pernah masuk syurga ke cakap makanan dari syurga itu weh? Laki sehensem orang barat ni masa kecil sarapan pagi tercekik cekodok ke apa boleh terputus urat mata ini hei sabar jelah aku dah nak raya haji ini heh. Yang jual baju kata boleh tukar jadi bidadari ini siapa cikgu dia? Meh sini rasa nak pi tunjal itu kapla

2013-2020 saya ulang alik ke London, Amsterdam, Jakarta, Singapore untuk belajar teknik, kaedah, cara menggunakan media sosial melalui pembangunan content yang betul. Sekarang masih duk ambil kelas secara online dari sana. Namun duk tengok orang buat content menipu, melucah jijik, berjoget sampai hilang malu, false, bad marketing, gimik murahan hanya sekadar nak dapat perhatian, Ya Rabbi sangatlah mengecewakan. Di sana tak ada langsung modul yang disuruh atau diberitahu untuk kami buat perkara merepek. Semua mesti pembangunan content yang beri impak positif sahaja. Wajib demi nak bina masyarakat dan komuniti positif. Lagi teruk apabila mereka cakap apa yang mereka buat dapat hasil dalam bentuk kekayaan. Gais, kekayaan ini juga ujian. Senang ke susah ke, semua ujian. Kalau cara baik, dapat baik, berkat namanya. Namun kalau cara tak baik, dapat baik (sales), belum tentu ada berkatnya. Hati-hati tau. Berkat ini nak bawa kita ke syurga. Kena faham dan beringat bab itu. Tolonglah. Haih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💔 Nak personal coaching pembangunan content media sosial, whatsapp ke 0122117994 ya

Syukur alhamdulillah dah mula dapat feedback tentang Ebook "Kenapa Saya Gagal?" Ramai orang nak tahu bagaimana nak sukses kan
Syukur alhamdulillah dah mula dapat feedback tentang Ebook "Kenapa Saya Gagal?" Ramai orang nak tahu bagaimana nak sukses kan? Yang ini kalian kena tahu untuk elak perkara yang boleh tarik kaki kalian ke bawah semula. Banyak benda adalah blind spot yang kita tak perasan. Nampak mudah, tapi boleh hancurkan kita punya bisnes. Sekarang saya masih buka pembelian untuk kalian letak harga, mungkin saya akan tutup bila-bila masa sahaja dan letak harga asal iaitu RM99. Dapatkannya di sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/249 Buh ja berapa RM pun, saya terima ja.

Fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Orang boleh cakap apa sahaja. Kita memang terpaksa dengar apa orang kata namun tak se
Fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Orang boleh cakap apa sahaja. Kita memang terpaksa dengar apa orang kata namun tak semestinya kita kena ikut. Pekakkan telinga, jangan beri ruang kata mereka masuk ke kepala dan hati. Kita yang kena bayar bil sendiri. Buang ego, buang sombong. Relaks, tenang hadapi berbagai ujian. Pegang ayat ini: Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6) Bismillah! Fokus apa kita boleh kawal okeh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Jalan terus!

"Khairul, sebelum nak kayakan akaun bank, kayakan otak dulu, kayakan jiwa dulu, kayakan minda dulu. Barulah yang lain akan kaya." Saya nak tanya apa maksud semua itu, belum tanya beliau dah jawab semuanya. "Kaya otak ini - banyak membaca apa yang perlu. Jika dapat satu-satu ilmu, cari guru atau cari buku. Baca dan selami semua ilmu tersebut. - banyak berbincang dari buat keputusan sendiri. Dengan bincang kita akan lebih terbuka. - banyak bertanya dari banyak bercakap. Ini akan buat kita lebih tenang. Kaya jiwa pula pengisian dalam diri kita: - solat fardu jangan tinggal. - solat sunat usahakan walau sibuk macam mana pun. Terutamanya solat tahajjud, solat taubat, solat dhuha, solat hajat. Semua itu jadikan praktis setiap hari. - ajar diri memberi, beri cash itu betul, namun sentiasa beri orang makan, itu jauh lebih baik. Kasi ke keluarga, team, orang paling dekat dulu. Kaya minda pula: - sering berkongsi idea. Jangan takut idea kita dicuri orang. Idea ini Allah kasi ilham, bukan kita punya pun. Kalau orang itu tahu idea kita, tapi Allah tak izin dia buat, tak terjadi. Allah tahu semua. - yakin dengan Allah. Dengan keyakinan ini kita akan tenang. - sentiasa letak Allah di hadapan, jadi kita akan berani jawab No, berani juga nak Yes untuk ujian. Jika semua ini kita ada, kita akan kerja dengan cemerlang, cari duit, cari rezeki sungguh-sungguh. Kita tahu kita dah berusaha dan Allah suka orang yang berusaha. Jadi kayakan 3 benda ini dulu okeh! Tengoklah macam mana kau punya pergerakan, jadi lebih laju, lebih tersusun dan lebih terampil. Sukses insya-Allah Khairul." Amin. Terima kasih Dato. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat kawan-kawan. ❤️

- Saya hadap seorang diri je sebelum ini. Mana ada orang tolong saya. - saya buat semua sendiri. Jangan haraplah depa nak pandang time kita susah. - masa kita tak ada apa pun nak makan, ada depa peduli? Sekarang kita ada duit sikit kemain nak dekat, nak jumpa, nak itu nak ini. Tak malu ke eh? * Hati-hati gais. Jangan terkeluar ayat-ayat di atas. Waktu hadap seorang diri, kita ini, Allah yang lihat hati kita waktu itu. Kita kemain lagi berdoa dan berharap Allah bantu kita. Hanya Allah tempat kita mengadu. Waktu kita buat semua sendiri. Cari jalan pusing sana pusing sini cari peluang, kita lupa ke setiap kali kita berusaha kita cakap dalam hati Ya Allah bantu aku Ya Allah. Waktu kita nak makan pun tak ada duit, kita dah lupa ke kita berdoa kita cakap Ya Allah aku lapar sangat hari ini, hantarkan sesiapa ya Allah. ** Apabila Allah dah tolong kita sebab hati kita bersih, hati kita tulus, hati kita ikhlas, jangan sesekali kotorkan dengan bisikan syaitan untuk memusuhi mereka yang tak pernah bantu kita, membenci mereka yang tak pernah tanya khabar dan memburuk mereka yang tak pernah peduli. Kita tak tahu entah-entah mereka juga kesusahan seperti kita. Walaupun mereka senang-lenang, ketahuilah tak semua yang mengerti kesusahan kita. Tak perlu membenci sesiapa, kita hamba sahaja. Susah kita tanda Allah sayang kita. Senang kita juga tanda Allah sayang. Allah uji susah, ia ujian. Allah uji senang, ia juga adalah ujian. Hanya kita sahaja perasan atau tidak itu adalah ujian atau tak. Jika ya, maka bersyukur bukan bermusuh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga hati sendiri okeh.

Manusia akan react kepada #content yang relevan. Ia termasuk kepada topik yang dipilih, emosi yang diletakkan di tempat yang sesuai serta maklumat yang tepat. Kebiasaannya, emosi akan mendahului diri kita untuk menekan mana-mana butang yang kita mahu. Dan itu juga yang akan mendorong seseorang menekan butang share kerana yakin ia perlu dihebahkan. Syarat untuk dapatkan “share” tersebut ialah: 1. Ianya posting yang mempunyai titik persamaan dengan orang lain. Sama minat, sama hobi, sama kesukaan, sama perkara yang dicari dan dinanti. 2. Ianya apabila dibaca, boleh dibuat terus. 3. Ianya apabila dibaca, difahami terus. 4. Ianya apabila dibaca, boleh dibeli terus. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Emosi kena kuat. Cewah. Mahu tips lagi sertai channel saya ya https://t.me/ContentKHM

Fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Orang boleh cakap apa sahaja. Kita memang terpaksa dengar apa orang kata namun tak se
Fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Orang boleh cakap apa sahaja. Kita memang terpaksa dengar apa orang kata namun tak semestinya kita kena ikut. Pekakkan telinga, jangan beri ruang kata mereka masuk ke kepala dan hati. Kita yang kena bayar bil sendiri. Buang ego, buang sombong. Relaks, tenang hadapi berbagai ujian. Pegang ayat ini: Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6) Bismillah! Fokus apa kita boleh kawal okeh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Jalan terus!

Tiru gaya Cikgu Fadli senyum pagi ini. Haha. Kawan-kawan, Swafoto (selfie) menjadi salah 1 #content yang penting di media sosial hari ini. Ia termasuk dalam niche “side” yang mana mengutamakan engagement dari butang react iaitu like, love, haha, angry, wow dan sad. Lebih dari itu kita boleh beri komen. Biasanya swafoto menjadikan kita lebih dekat dengan pemilik akaun tersebut. Rasa percaya dan lebih yakin untuk ikuti mereka. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Asal bermanfaat, kongsi. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Allah uji kita dengan 3 cara: 1. Beri apa kita hendak, mahu dan perlu, kemudian Dia lihat kita bersyukur atau tidak, cara kita bersyukur dan cara kita berkongsi. 2. Tangguh memberi apa kita nak, mahu dan perlu untuk lihat bagaimana kita bersabar, adakah kita masih mengharap dan masih berdoa kepadaNya. 3. Terus tak beri apa kita nak, mahu dan perlu untuk uji kepercayaan kita kepadaNya. **** Allah beri, ujian. Allah tangguh beri, ujian. Allah tak beri dan ganti dengan lebih baik, juga ujian. Kita hamba yang beriman, sentiasa syukur dengan segala apa yang Allah beri sama ada nikmat atau ujian. Kita belajar proses ini. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. 🥰

Public Gold ada 18 cawangan di seluruh negara. Sebab itu saya yakin mereka meniaga emas dengan betul. Nak beli emas, pergi ja ke sana. Sebelum itu mari kita dalami ilmu emas di sini https://t.me/KHMPublicGold

Selepas Ebook Kenapa Saya Gagal? Ini terbit, ada lagi ebook Bagaimana Selesaikan Hutang RM4.09juta pula. Kalian kena baca ikut flow sat lagi tak faham pula. Dapatkan di sini ya: https://bykhm.onpay.my/order/form/249