uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 281 підписників, посідаючи 283 місце в категорії Маркетинг і PR та 907 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 281 підписників.

За останніми даними від 22 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -387, а за останні 24 години на -16, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 9.02%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.02% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 0 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 734 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 23 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 281
Підписники
-1624 години
-947 днів
-38730 день
Архів дописів
Kita adalah CEO kepada diri kita sendiri. Setiap pagi, ambil mereka ini supaya diri kita jadi hebat: 1. Solat tahajjud. Ia akan beri kita kelapangan membuat keputusan, menambah keselesaan dan memberi banyaknya rahmat. 2. Solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya". 3. Solat subuh - antara solat yang sukar dilakukan kerana ia masih dalam waktu tidur. Jika berjaya yang ini, banyak halangan di hadapan senang ditempuh. 4. Solat dhuha - ia solat khusus tentang rezeki, kesihatan dan keampunan dari Allah. Kata cikgu saya: “Sama seperti kita pergi kerja, kita masuk pejabat atau kilang atau syarikat. Pada setiap pagi kita hantar report, kita bincang, kita sembang tentang masalah semalam dan hari ini kita perbaiki. Untuk diri kita sendiri, kita konsisten lakukannya setiap hari. Kita adalah CEO kepada otak kita, jiwa kita, badan kita dan segala apa yang kita lakukan. Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak, kita takkan menang dengan diri kita sendiri, akan kalah dengan nafsu dan akan tumbang dengan hasutan syaitan.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

Hari terakhir nak dapatkan harga RM39 gaaiiiissss! Mula 12 malam ini harga naik ke RM49. Kelas content ini pada 18hb Ogos ya!
Hari terakhir nak dapatkan harga RM39 gaaiiiissss! Mula 12 malam ini harga naik ke RM49. Kelas content ini pada 18hb Ogos ya! Beli sekarang hanya RM39. Lekasss! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sent
Atap cakap fokus benda tinggi. Kipas cakap kena sejuk selalu. Jam cakap setiap saat itu bermakna. Cermin cakap kita kena sentiasa tengok diri. Pintu cakap kita sentiasa ada peluang. Kalendar cakap kita kena susun semua. Tingkap cakap kena tengok luar. Bantal cakap kena cukup tidur. Buku cakap masuklah ke dunia aku. Dinding cakap kalau susah, bersandarlah. Kawan cakap biar gila-gila janji berjasa. Kesayangan cakap kita hingga hujung nyawa. Emak abah cakap jadilah orang berguna. Cikgu cakap berusaha jangan putus asa. Duit cakap rajinlah bersyukur. Makanan cakap berhenti sebelum penuh. Nabi cakap terus buat baik. Sejadah cakap sujudlah selalu. Quran cakap, bacalah aku. Dan Allah cakap “Siapa yang mendekati Aku sejengkal maka Aku dekatinya sehasta.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 20 perkara wajib kita dengar dari lihat, pandang dan hidup. Kredit Gambar: Chikimm.

Soalan: Saya sudah mula menulis dengan baik, dan banyak posting yang semakin disukai. Saya syukur sangat, yang saya rimas ialah friend request yang datang dari mana entah. Pelik-pelik. Menyampah pun ada. Gambar profile pun tak ada, nama pun macam bukan orang, siap mesej nak sangat jadi friends, seriau juga. Macam mana nak atasi ya? Jawapan: Relaks. Apabila kita buat perkara yang orang lain suka, pastinya mereka itu ingin berkawan dengan lebih rapat. Tak perlu sampai menyampah. 1. Buka butang follow. Buka Facebook, pergi ke setting, kemudian klik account setting, kemudian klik public post dan publickan profile untuk aktifkan butang follow. 2. Apabila butang follow sudah aktif, semua friend request akan akan terus jadi follower secara otomatik. Tak perlu accept pun. Biarkan sahaja. 3. Friend request punya had maksima sebanyak 1,000 permintaan. Apabila penuh, orang dah tak boleh nak request dah. Akan terus jadi follower sahaja. Accept = jadi friends, jadi jumlah follower akan menurun. 4. Relaks. Tak perlu sampai menyampah orang asik nak add friends. Tak baik berburuk sangka, mereka masih belum tahu menggunakan Facebook dengan betul. Mereka tak usik kita pun jika hanya sekadar hantar friend request dan mesej-mesej. Kita yang kawal kita punya akaun. Kena tegas dalam menerima friend request kerana kalian akan lihat posting mereka pada setiap hari. 5. Setkan prinsip. Seperti saya, 95% dari rakan dalam Facebook saya (2,200+ orang) ini adalah yang pernah saya jumpa, kenalan sebenar dan saudara mara dan rakan baik saya. Begitulah. Akaun kita, kita kawal. Relaks dan bermedia sosial dengan baik-baik. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

3 soalan ini biasa kita tanya dekat diri kita sendiri kan? Ini jawapannya gais. Setiap kesusahan akan senang akhirnya. Allah
3 soalan ini biasa kita tanya dekat diri kita sendiri kan? Ini jawapannya gais. Setiap kesusahan akan senang akhirnya. Allah beri ujian kepada hambaNya mengikut tahap hambaNya. Allah takkan uji saja-saja, pasti ada sebab dan pasti untuk beri kita lebih kuat di masa akan datang.

Jika setiap hari anda membuat purata 3 posting, maka anda telah berjaya memuat naik status di Facebook sebanyak 90 kali dalam sebulan. Dan dalam setahun, ia jadi 1,080 buah posting. Cuba kira semula berapa banyak posting kalian yang ditulis dengan baik, memberi impak positif kepada pembaca dan berapa banyak pula yang bertukar kepada jualan? Jika 10% (108 posting) dari posting tahunan (dari 1,080 buah posting) tersebut, menjana sekurang-kurangnya RM1,000 jualan, maka jualan setahun ialah RM108,000. Kita ambillah jadi dropshipper dapat komisen 25% maka bersih yang kita dapat ialah sebanyak RM27,000 setahun. Bahagi 12 bulan, dapatlah bersih RM2,250 sebulan. Dah sama macam gaji seorang eksekutif okeh. Itu kalau jualan RM1,000. Jika RM1,500? RM2,000? Semua boleh sahaja. Kawan-kawan yang baik, Gunakan media sosial sebaiknya. Jika kalian tulis perkara yang beri kebaikan dan impak positif kepada audien, maka audien akan klik butang share. Dan dari share itulah follower kalian akan meningkat. Kemudian, tebarlah jala dan buat jualan dengan berstrategi. Kalian akan dapat hasilnya. Hari ini, ramainya suri rumah sudah handal membuat jualan dan menulis banyaknya perkara kebaikan di media sosial. Dan bergaya duduk di rumah menjadi dropshipper yang menjana puluhan ribu ringgit sebulan namun langsung tak mengeluarkan sesen pun modal. Dan saya sebagai orang yang berkongsi hal penyusunan content, membina bagaimana cerita terbentuk serta bagaimana menulis dengan betul di media sosial, amat-amatlah bersyukur. Alhamdulillah. Dan kawan-kawan, Tak terlambat untuk mulakan hari ini. Gunakanlah media sosial ini dengan sebaiknya. Anda yang tentukan hasilnya bagaimana. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sekadar berkongsi ilmu #TipsContentKHM kepada kalian. Alhamdulillah.

Saya nak tanya, kalian antara yang WFH atau tak?
Anonymous voting

Gaiss! Kelas content seterusnya pada 18hb Ogos ya! Beli sekarang hanya RM39. Hari isnin harga naik ke RM49. Lekasss! Klik sin
Gaiss! Kelas content seterusnya pada 18hb Ogos ya! Beli sekarang hanya RM39. Hari isnin harga naik ke RM49. Lekasss! Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Tips tulis nombor dalam media sosial yang akan memudahkan bacaan: 1. Jika dalam ribu, pastikan ada koma. Contoh, 1,000 unit, 6,000 botol atau RM230,456. 2. Jika mahu tulis nombor telefon, pastikan ada 2 kali jarak, contohnya: 012 345 6789. Atau jika mahu ia menjadi warna biru (boleh klik terus, tulis dengan link whatsapp dan tidak lupa nombor kod antarabangsa seperti +6012345689 3. Tak perlu tulis dalam ejaan seperti dua puluh lima. Terus tulis 25. 4. Gunakan simbol kepada istilah seperti: Peratus = %, namun untuk tambah, tolak, bahagi dan darab, elok guna perkataan. 5. Untuk tulis masa atau waktu, terus tulis 5 petang, 7 pagi. Atau 7.00am, 9.00pm, 24 jam, 12 bulan, 1 tahun. Ok sahaja. Tak perlu tulis lapan malam, Sepuluh pagi. Ia akan memudahkan pembacaan. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad #TipsContent

Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah. Jawapan: 1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri. 2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga. 3. Jadi manusia, bukan jadi kedai. 4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati. 5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower. #RahsiaPenulisanBerpengaruh

Please note: "Avoid crowded places," "Keep a social distance", "Wear a mask" and "Always wash your hands with hand sanitizer or soap." *Keadaan ini menerangkan kenapa semakin banyak kes-kes kritikal dan kematian direkodkan. Jauhi tempat sesak, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka, dan kerap basuh tangan dengan air+sabun.* This epidemic will be several times more deadly than the last one, and we must be more cautious and "never neglect it." *Wabak ini berkali-kali lebih dahsyat daripada yang lain. Oleh itu, lebih berhati-hati dan jangan sesekali mengambil mudah.* Remember! Please forward to relatives and friends, be sure to double good epidemic prevention. *Pesanlah kepada ahli keluarga dan rakan anda - gandakan pencegahan!*

The delta variant is mainly PCR negative. *Virus Covid-19 Varian Delta kelazimannya diuji negatif melalui kaedah rt-PCR.* The individual is mainly asymptomatic or mildly symptomatic. *Individu yang dijangkiti varian ini kebiasaannya tidak bergejala, atau dengan gejala ringan* The changes in the lungs occur gradually. *Kesan kepada Paru-paru adalah secara beransur-ansur.* When most of the lungs are affected, the patient becomes breathless & dies within few hours. *Bila jangkitan telah merebak meluas di paru-paru, pesakit akan sukar bernafas dan boleh meninggal dalam beberapa jam sahaja.* Chinese workers in India, returned home from India via Nepal. On arrival in Chongqing, initial tests were all negative. But the doctor still had doubts, so he had them CT scanned. *Para pekerja China yang pulang dari pekerjaan di India melalui Nepal didapati negatif virus Covid-19 dalam ujian saringan. Namun para doktor masih ragu dan seterusnya melakukan ujian CT-scan.* The workers were found to have lesions in their lungs and confirmed to be India's triple variant, proving that the Indian super variant can evade current tests. Most of the checkpoints are based only on ordinary tests. *Ujian CT-scan terhadap mereka mendapati terdapat luka di paru-paru dan disahkan kesan varian baharu Covid-19. Ini membuktikan bahawa varian berkenaan sukar dikesan oleh ujian saringan yang merupakan amalan di pintu-pintu masuk kebanyakan negara.* Hong Kong and most countries do not force immigrants to undergo CT scans, nor do they have sufficient time and resources to do so. *Hong Kong dan kebanyakan negara lain tidak mewajibkan pemeriksaan CT-scan, juga kerana ketidakupayaan sumber dan masa.* If the estimate is correct, it is believed that the fifth wave of super virus outbreak will soon appear in Hong Kong and the world. *Andainya jangkaan tepat, gelombang kelima virus Covid-19 di Hong Kong dan serata dunia bakal berlaku.* The message from Singapore: "The virus is back." This time the virus is more lethal and tactical and camouflage. Infected people do not cough or have fever. "This time the symptoms are joint pain, weakness, loss of appetite"; *Amaran pihak Singapura bahawa virus kini lebih membunuh, licik dan menyamar. Individu yang dijangkiti tidak akan mengalami batuk mahupun demam. Kali ini, ia akan menyebabkan lenguh-lenguh sendi, lemah badan dan hilang selera makan.* As a result, the mortality rate is higher, the time to reach critical is shorter, and sometimes there are no symptoms, so be careful. *Akibatnya, kadar kematian akan meningkat, jangkasama pesakit ke tahap kritikal semakin singkat dan virus hadir tanpa sebarang gejala. Maka, jangan ambil mudah tentang Covid-19.* The strain does not harbor in our nasopharynx region, so there are no longer prodromal symptoms such as loss of smell or taste. It attacks the lungs directly, shortening the time of onset. *Varian virus ini tidak hinggap di bahagian atas kerongkong (belakang hidung), oleh itu tiada gejala awal kepada pesakit seperti kehilangan deria bau dan rasa. Ia menyerang terus paru-paru - menyebabkan gejala hanya bermula ketika keadaan pesakit telahpun kritikal.* In many patients who do not have fever, X-rays show: moderate chest pneumonia. Nasal mucosal sieve tests often show COVID 19 negative, and more and more false throat nasal examination results, (COVID19) means that the virus spreads directly to the lungs, causing acute respiratory distress (hypoxia) from viral pneumonia. *Pada kebanyakan pesakit yang tidak mempunyai gejala demam, X-ray mendapati: Jangkitan paru-paru (pneumonia) adalah sederhana. Ujian-ujian swab seperti rtk-Ag dan rt-PCR yang dijalankan memberi keputusan yang salah, menunjukkan bahawa varian virus Covid-19 telah menyerang terus paru-paru, mengakibatkan Kesesakan Pernafasan Teruk (ARDS) yang berpunca daripada jangkitan virus di paru-paru.* This explains why it has become so much more acute and deadly, and fever may have turned severe.

Soalan: Bagaimana nak pastikan pengikut kita adalah pengikut yang betul? Jawapan: Ia boleh dilihat dengan apa yang kita telah tulis dan paparkan di wall kita sendiri. Jika kita rajin (konsisten) menulis resipi senang, maka kita dapat audien ibu-ibu bekerja yang selalu susah nak ke dapur. Jika menulis hal enjin kereta, dapat audien lelaki yang sukakan dunia pemotoran. Jika rajin kecam-kecam artis, akan dapat juga audien yang suka maki hamun dan berkata nista. Jika rajin tulis gaduh politik, akan dapat audien kaki sembang, kaki perang dan carut-carut sana sini. *** Kebanyakan perkara baik (#content yang bagus) adalah datang dari apa yang kita lakukan dalam hal seharian. Ia adalah titik persamaan yang besar sesama kita. Cuma kita kena tulis untuk: To educate, atau To inform, atau To inspire orang lain. Audien yang bagus dan positif punya kuasa beli yang tinggi. Mereka boleh membeli produk kita tanpa banyak soal dan tanpa alasan. Mereka support dan sering bercakap serta rekomen kepada yang lain. Yang negatif, biasanya kencang di media sosial bab-bab bermusuh, namun tidak banyak berani membeli produk (keluarkan duit). Jadi, bina pengikut ikut apa yang bagus ditulis. Kemudian, baru berniaga. Dan lihatlah bagaimana bisnes berkembang apabila rajin menulis perkara kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, ke sini https://t.me/ContentKHM

Cakap kepada diri sendiri 5 baris ayat ini setiap pagi selepas solat subuh: 1. Allah sentiasa bersama aku. 2. Aku selesaikan semua tugas aku hari ini tanpa tangguh sikit pun. 3. Aku wajib belajar 3 benda hari ini. 4. Aku sedekah hari ini. 5. Aku hadap ujian tanpa marah, tanpa gelisah dan resah. Semua itu akan aku hadap dengan baik, hemah dan tenang. * Kawan-kawan, Kita yang putuskan apa yang kita nak fikir, nak buat, nak lakukan, nak cakap, nak pandang, nak apa sahaja. Kita akan jumpa beribu benda negatif setiap hari. Ambil benda itu, sentaplah seminit dua, kemudian lalui dan ubah kepada peluang dan beri ruang untuk diri hadap proses tersebut. Jadikan ia positif semula, jadikan ia sebagai “benda” atau “alasan” nak jadi lebih baik lagi dari hari ini. Kita tentukan semuanya. Hati kita, jiwa kita, otak kita, tubuh kita semua kita yang kawal, bukan orang lain. Jadi wira kepada diri sendiri dahulu. Barulah kita jadi hero untuk keluarga dan masyarakat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pagi gais!

Orang Bangi dah order ke belum nihhhh. Haha sebab tu tanya siapa duk Bangiii. Isnin dah boleh pick up atau kami hantarkan gun
+2
Orang Bangi dah order ke belum nihhhh. Haha sebab tu tanya siapa duk Bangiii. Isnin dah boleh pick up atau kami hantarkan guna Lalamove okeh. Brownies Walnut & Peanut Butter. Saya buat sendiri. Guna butter serta coklat compound okeehhh. Gituh. Hanya RM39 (tak termasuk kos Lalamove). Whatsapp kat sini ya: https://www.wasap.my/+60134938653/NAKBROWNIESKHM https://www.wasap.my/+60134938653/NAKBROWNIESKHM https://www.wasap.my/+60134938653/NAKBROWNIESKHM

Gais nak tanya ramai ke duk Bangi kat sini?
Anonymous voting

Gais nak tanya, ramai ke orang Bangi kat sini?
Anonymous voting

Perkara menjengkelkan yang kita perlu buang dalam kepala: 1. Jika ada yang benci kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri: “hal dia nak benci aku, aku tak benci aku. Aku sayang aku.” 2. Jika ada yang tak suka kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri: “hal dia nak tak suka aku, aku ok dengan diri aku sendiri, tak buat apa, tak berdosa dan tak ganggu dia.” 3. Jika ada yang tak pedulikan kita tanpa kita tahu sebabnya, lantakkan kita, cakap ini: “Syukurnya. Pasti Allah yang campakkan dalam hati masing-masing untuk menjauh. Pasti ada hikmah.” Tak perlu terhegeh-hegeh ke sana ke mari nak cari jawapan. Banyak lagi benda penting nak fikir dan fokus. Kita yang bayar bil kita sendiri. Baik tumpu kepada pembangunan diri dari buang masa fikir perkara yang kita sendiri tak boleh kawal. Boleh jadi kalau kita layan, kita tak boleh buat apa. Termenung dan terpuruk tepi katil. Namun jika kita ubah cara berfikir, kita jauh lebih kuat dari itu. Ingat ini, orang nak buat jahat ke kita, kita sabar. Jangan lawan. Kita terus buat baik. Kadang-kadang dengan jalan terus, fokus dan tumpu kepada hal-hal positif dan membangunkan diri akan buat diri jauh lebih selesa, tenang dan lelap tidur. Itu jauh lebih mustahak. Terus buat baik okeh. Bangkit gais! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Makanan sampai, saya buat muka, dahi saya agaknya nampak sangat saya berkerut. Mulut saya muncungkan. Saya terus cakap “alamak banyaknya. Macam mana ni?” Kawan saya terus sampuk, “makan mana mampu, tak habis, bawa balik dan makan nanti-nanti. Jangan duk merungut”. Saya terus tak balas. Ikut sahaja. Peristiwa ini sangat besar dalam hidup saya. Dan saya takkan buat lagi selepas ia terjadi beberapa tahun lepas. Halnya mudah sahaja, Allah kasi sepinggan pun kita merungut, dan kita boleh cakap hal-hal melawan rezeki di hadapan rezeki tersebut. Ya, kita tahu kemampuan, kita tahu tak boleh habis, yang penting terima, dan jangan merungut. Itu sahaja. Kalau boleh pergi ambil makanan sendiri, kita tahu berapa banyak kita boleh makan. Namun jika benda yang kita tak boleh kawal, ambil sahaja, mana tak habis, bawa balik walau sejemput. Kawan saya duk peringat banyak-banyak kali. Kalau yang kecil kita merungut, bagaimanalah Allah nak kasi yang besar-besar. Sebab itu jugalah kita tak dapat yang besar-besar kerana yang kecil itu pun kita dah merungut. Saya memang termenung teruk lepas kejadian ini. Lebih lagi kawan saya hurai tentang hadith Nabi (selawat) ini: “Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.” [HR Ahmad 4/278] Asasnya ialah bersyukur. Pinggan datang ke depan mata, sebut alhamdulillah. Makanan sampai sebut alhamdulillah dulu. Apa sahaja sampai, syukur dulu. Bukan merungut dahulu. Kita yang tentukan rezeki kita esok hari. Kalau hari ini kita merungut 10 kali, 20 kali, bayanglah berapa lama Allah tangguhkan kita untuk dapat rezeki yang lebih banyak lagi pada hari-hari seterusnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Thanks kawan, aku tahu kau baca. Terima kasih sangat. Syukur jadi kawan kau.

Brian Acton tak berjaya mendapatkan kerja di Facebook pada 2009. Beliau twit perkara tersebut di wallnya. Beliau yakin yang beliau akan dapat kerja tersebut kerana beliau seorang jurutera sains komputer yang super duper berjaya. Dari segi profile, beliau pernah membawa Apple, Yahoo dan Adobe menjana billion USD ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Namun temuduga ke Facebook tetap menemui kegagalan. Kemudiannya beliau tak sentap lama-lama, tak sedih beriya namun terus membangunkan Whatsapp. Whatsapp mendapat sambutan hangat hingga mencecah 800 juta pengguna dalam tempoh beberapa tahun sahaja dan akhirnya dibeli Facebook dengan harga USD19 billion (sekitar RM80 billion). Brian Acton terus kaya raya sehingga hari ini. Kawan-kawan, kegagalan adalah peluang. Kadang-kadang sebab kita gagal itulah punca kita tahu kemampuan diri kita. Tak perlu sedih, tak perlu kecewa lama-lama. Boleh sekejap sehari dua, namun bangkitlah selepas itu jadi orang baru dan kejar cita-cita. Kasi terbang terus dan kaya berjaya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pun berhenti kerja beberapa tahun dulu. Tiber nak juga.