uk
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Відкрити в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 36 251 підписників, посідаючи 281 місце в категорії Маркетинг і PR та 903 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 36 251 підписників.

За останніми даними від 26 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -376, а за останні 24 години на -9, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.24%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 538 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 27 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Маркетинг і PR.

36 251
Підписники
-924 години
-727 днів
-37630 день
Архів дописів
🙄 kemain yang flip hairrr. Kahkah. Ok jumpa malam kang. Boleh jadi saya lambat sikit ya, ahad malam isnin saya ada kelas dengan MenThor sayaaa! Hihi.

Kita live sama-sama setiap 10 malam nak?
Anonymous voting

Malam ini dalam 10 lebih kita cuba bincang hal ini di FB Live saya okeh! Stay tuneee. Tiber macam tv

Sosial media adalah tentang percaya. Muat naik banyak iklan berbanding posting biasa, kehidupan, ulasan serta hal isu semasa akan jadikan kita ini kurang dipercayai. Jadi susun #content dan #profile supaya kita lebih dipercayai. Content kena ada 3 arah yang besar iaitu posting yang orang klik butang share, lebih kepada posting educate atau inspirasi. Kemudian, buat posting sampingan seperti selfie, isu semasa, lawak-lawak dan sebagainya. Ia akan beri engagement yang bagus. Orang engage dengan kita adalah tanda orang percaya kepada kita. Barulah boleh buat posting iklan. Kalau semua posting adalah posting iklan, pakat lari belaka semua orang. Tentang hal profiling pula, ringkas sahaja. Tanya diri sendiri nak tak add orang yang letak gambar cover dia gambar produk, nama dia, dia gabung dengan nama produk, gambar profile dia pun gambar produk, bio semua dia letak hal produk. Nak add? Nak follow? Tak mahu kan? Ha itu semua tanda anda tidak dipercayai. Jadi ubah profile seperti manusia lain. Nak berniaga, buat posting iklan, bukan pergi setting semua benda jadi bisnes. Kita sendiri tak mahu add tak mahu follow orang yang buat setting profile dia penuh hal produk dan posting dia segala pasal iklan. Dan kita pergi set begitu, pelik benar. Ubah sekarang ya! Nak kaya dan berjaya di menggunakan media sosial, kalian perlu dapat kepercayaan dahulu! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

Tak jadi masalah pun jika kalian tidak guna nama sendiri di media sosial. Syaratnya mesti nama manusia. Nama pena, nama komersil, nama pendek, nama manja semua boleh. Yang tak bolehnya nama yang: 1. Bergabung dengan produk, contohnya Khairul Takaful, Wan Penapis Air, Siti Kosmetik. 2. Bergabung dengan bisnes, contohnya: Hakimin Bakeri, Muhammad Kedai Jam, Soleh Service Aircond. 3. Nama yang diterjemah, ini aku geram sahaja. Contohnya: Cahaya Terpuji, Hamba Tuhanku Paling Agung, Tulang Rusuk Suamiku, Pecinta Gadis Melayu. Media sosial adalah laman bersosial, jika nama pun tidak diletakkan dengan betul, tak perlu berharap kalian akan dapat kepercayaan dari audien. Apatah lagi nak berbisnes. Khairul Hakimin Muhammad, Seriuslah!

Tahniah kepada yang berjaya mendapatkan ebook Content Sales Mastery hari ini. Saya ada beritahu kita ada kupon diskaun semasa live pagi tadi. Kami akan tutup kupon diskaun 25% dari harga promo RM79 itu pada hari ahad nanti. Kuponnya ialah DiskaunECSM_25% Pastikan ejaan betul, huruf besar kecil juga betul ya!

photo content

1 jam lagi gaisss! Siap siap klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/pe_ecsm
1 jam lagi gaisss! Siap siap klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/pe_ecsm

Salam semua. Checklist pagi jumaat: 1. Solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. 2. Solat subuh. 3. Sedekah subuh. 4. Mendoakan kebaikan buat ibu bapa. 5. Selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam 100x 6. Solat Sunat Dhuha 4 rakaat (2 salam). 7. Memberi orang makan. Belilah apa sahaja sama ada kuih, nasi atau apapun, berilah orang lain makan hari ini. 8. Membaca surah Al Kahfi. 9. Pergi awal solat jumaat (mana negeri yang boleh). 10. Perbanyak berdoa. 11. Perbanyak solat sunat. 12. Perbanyak kongsi kebaikan di media sosial. Paling senang kongsi untuk orang lain Infaq / sedekah. Semoga kita semua beroleh pahala ya! Khairul Hakimin Muhammad, Saling mengingati, untuk saya juga.

Sekiranya kalian masih mengeja sy, ak, aq, bl, nk, tlg, nk, hdk, yg, cth, kk, abg, mk, bpk dan lain-lain lagi di media sosial, ketahuilah yang kredibiliti kalian dalam apa juga bidang masih lagi belum diangkat (dan diiktiraf) oleh sesiapa. Ingat, perkataan apabila ditulis, wajib dieja dengan betul. Walau ia dalam bahasa pasar, eja sebaiknya. Asingkan pertuturan dengan ejaan. Tutur, benar boleh bercakap singkat-singkat. Namun apabila ia ditulis, ejaan kena betul. Ia membantu Facebook dalam “see translation” dan memberikan daya kuat perkongsian dalam bentuk global. Khairul Hakimin Muhammad, Kita mengeja betul sama-sama jom!

12 jam sahaja lagi. Kami buka 5,000 akses percuma Kelas Content Sales Mastery. Harga asalnya ialah RM299. Namun kami beri PER
12 jam sahaja lagi. Kami buka 5,000 akses percuma Kelas Content Sales Mastery. Harga asalnya ialah RM299. Namun kami beri PERCUMA kepada semua yang membeli ebook ini bermula esok. Harganya hanya RM79 sahaja. Harga asal ebook ini RM159. 10.00 pagi esok kami buka linknya ya! Boleh mula baca di sini https://bykhm.onpay.my/order/form/pe_ecsm

Saya hanya kongsikan pengalaman saya sahaja dalam ebook Content Sales Mastery. Saya buat, dan saya dapat. Kalian boleh tengok
Saya hanya kongsikan pengalaman saya sahaja dalam ebook Content Sales Mastery. Saya buat, dan saya dapat. Kalian boleh tengok jualan saya hampir setiap minit. Syukur alhamdulillah. Saya akan beri kelas percuma kepada 5,000 pembeli terawal esok jam 10.00 pagi. Hanya RM79 sahaja. Harga asal ebook ini RM159. Manakala kelas itu berharga RM299. Free sahaja gais kelas tersebut! Beli ebook ini, dan kalian akan dapat semuanya. Bismillah. Esok yaaa!

Usahawan yang ada perasaan takut untuk lakukan sesuatu dalam hal menjual dan promosi, biasanya mereka tak cukup lagi ilmu tentang itu. Takut orang kata, Takut orang cakap, Takut orang fikir, Takut apa lagi keluarga nak hentam, Takut kawan perli, Takut nanti ini begitu begini. Di media sosial, ruang ini tiada had. Nak tulis kebaikan, dapat kebaikan. Nak tulis keburukan, dapat keburukan. Kita orang bisnes yang menulis #content. Pagi-pagi kita up tips, Tengah hari kita letak iklan, Petang kita up selfie. Malam kita letak semula story-telling. Hasilnya: Pagi dapat follower, Tengah hari dapat duit, Petang dapat maintain engagement, Dan malam masih dapat follower baru. Itulah yang disebut sebagai kerja-kerja pemasaran (marketing). Ia bukan kerja yang enteng. Semua benda kena rancang dan menjadi hasil yang power ya amat. Ingat ini kawan-kawan, “Hanya ilmu yang buang ketakutan.” Pergi kelas, masuk seminar, belajar, berkawan, bina network dan tak boleh berhenti menggali banyaknya skill di luar sana, itu semua menambah keberanian. Semua itu akan bantu cekalkan diri, kental, kuat dan dapat tahu kemahiran menutup telinga dan menekap mulut. Ia jadikan kita fokus dan konsisten berbuat kerja. Kita tak boleh kawal orang lain nak kata apa, kita hanya boleh urus diri kita sahaja. Jadi fokus kepada diri. Berhenti rasa pandai, campak terus rasa bagus. Semua itu penyebab diri banyaknya menghalang nak menjual atau market produk dan diri. Tanya diri sendiri, kalau masih penuh alasan, tak boleh itu tak boleh ini, itu tandanya anda masih ada nilai pengecut dalam diri. Orang lain yang berani dapat jual ratus ribu, dan kalian setakat lihat lihat sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya: https://t.me/ContentKHM

10.00 pagi esok kami akan lancarkan ebook CONTENT SALES MASTERY. Ebook yang amat berharga bagi saya. Duk belajar sampai ke Lo
10.00 pagi esok kami akan lancarkan ebook CONTENT SALES MASTERY. Ebook yang amat berharga bagi saya. Duk belajar sampai ke London menadah ilmu tentang buat jualan tanpa pakai kos. Biasanya orang akan tanya kenapa tak buat untuk teknik menjual macam yang saya duk buat di affiliate dan ejen. Macam mana mereka buat sales? Macam mana sampai ada boleh cecah jualan 4 juta setahun tanpa pakai ads? Huhu semua ada di dalam ebook ini. Kami jual harga promo RM79 sahaja untuk 5,000 pembelian siap dapat percuma Akses ke kelasnya pada 28hb November nanti. Harga asal ebook ini ialah RM159 (harga asal kelas itu ialah RM299) dan kami kasi percuma sahaja! Esok tunggu ya jam 10.00 pagi! 5,000 unit sahaja harga promo!

Maaf benar jika ada yang tak selesa kalau saya iklan produk, buku, ebook saya di sini. Seperti biasa, saya juga berniaga, saya juga usahawan. Mana yang tak gemar beriklan, skroll sahaja ya. Ambil yang baik, yang tak berkenan, maaf benar. 🙏🙏🙏🙏

1. Diam dan dengar disaat orang bercakap. 2. Bekerja keras disaat orang lain berangan. 3. Tabahkan hati disaat orang lain berhenti dan cabut. 4. Senyum disaat kena hina, kritik dan kutuk. 5. Bangun dan berbuat sahaja disaat orang lain bising. 6. Buat keputusan disaat orang lain masih bergaduh. 7. Menyimpan disaati orang sibuk berbelanja. 8. Belajar disaat orang lain berkumpul minum dan berpesta. 9. Sentiasa bersedia disaat orang lain kecoh tak sempat itu tak cukup ini. 10. Terus fokus bekerja dan belajar disaat orang lain sibuk menonton drama, berbual kosong dan buang masa. Jika 10 perkara ini anda dapat lakukan dengan konsisten selama 1 tahun, percayalah anda akan bergelar jutawan. Mereka ini adalah orang yang tak ikut orang. Mereka tahu apa itu misi apa itu visi. Tahu maksud kerja keras dan tahu apa hasilnya yang akan dapat. Dan disaat orang lain sibuk cakap itu sana sini adalah usaha keras dia, kita pula kekalkan dalam diri cakap ini adalah hadiah dari Allah selepas berbagai usaha dan kebaikan yang kita buat. Semua yang datang adalah dari Dia. Titik. Begitulah Khairul Hakimin Muhammad. Fokus gais!

Doakan produk terbaharu kami ini ya kawan-kawan. Baru sahaja melepasi R&D. Insya-Allah sekitar Disember ada di pasaran. Doakannn

Posting Kehidupan yang tak perlu ada elemen peribadi: 1. Jika nak cerita hal masak apa, tulis resipi. Orang bukan tahu kita sedang masak kepada yang tersayang. Ambil gambar makanan, step by step. Itu akan beri impak positif kepada audien. Ada banyak cara, bento kepada anak, bekal kepada suami, boleh jadi ada resipi setiap hari. Walau bisnes kosmetik, tulis resipi adalah termasuk dalam posting kehidupan, ia ok. 2. Jika keluar dari rumah mahu makan di kedai bersama keluarga. Tak perlu selfie sekeluarga. Cukup buat ulasan kedai tersebut, makan apa, tulis apa yang dihidang, apa yang bersih, parking bagaimana dan lokasinya. Itu impak positif kepada audien. Pergi travel, kongsi itinerari, story budaya, letak gambar menarik dan sebagainya, semua itu impak positif. 3. Di rumah, anak selalu ada masalah belajar. Namun kita tahu tips dan teknik nak beri dia fokus. Tulislah posting itu tanpa perlu sebut pun nama anak, tanpa perlu letak pun gambar anak. Itu adalah impak positif kepada audien. 4. Tips sidai baju, lipat baju, susun baju, organize baju. 5. Organize dapur, guna elemen tupperware dan sebagainya. 6. Kalau pandai deko, cerita bagaimana konsep dan sebagainya. Semua boleh. 7. Tips mengaji, belajar, senangnya didik anak begitu begini semua boleh sahaja kongsi. 8. Suka bersukan, beri tips sukan, pemakanan dan sebagainya, semua itu beri impak positif. Suka memancing, suka shopping, suka kereta, suka travel, suka berkebun, semua itu beri impak positif kepada audien sekiranya semua kesukaan itu ditukar tulisannya kepada CONTENT. Janji ada impak positif kepada audien. Ingat, elemen peribadi bermaksud perkara-perkara yang sangat rapat dengan kehidupan kalian seperti kisah dalam bilik tidur, gambar anak-anak, gambar isteri / suami. Ada banyak elemen dalam rumah yang boleh ditulis tanpa perlu ada elemen peribadi, ia mesti beri sesuatu kepada yang membaca. Apabila dia sudah baca, dia rasa terisi dengan ilmu, rasa boleh buat terus dan ada perasaan untuk cuba. Itulah impak positif kepada audien. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tenang-tenang tulis.

Kami juga ada buat planner. Dalam tu kami ada explain kot kalian senang nak susun content. Ringkasan-ringkasan sahaja. Kami akan mula buat delivery pada hujung Disember RM49 tak termasuk kos pos. Klik sini ya. https://bykhm.onpay.my/order/form/pembelian_cp2021