cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie

Ruang untuk berkongsi kepada anda: • Tip produktiviti • Tip penulisan untuk pemula • Tip hafal Quran untuk orang sibuk • Nota dan ulasan buku Dan apa sahaja yang baik, insya-Allah. Selamat meneroka dan moga bermanfaat!

Більше
Рекламні дописи
1 584
Підписники
-124 години
-67 днів
-830 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Atas permintaan ramai, saya berbincang dengan team untuk anjurkan lagi kelas dan cabaran menulis batch ketiga. Kali ni kita improved beberapa proses dan jamin support yang lagi baik. Hadiah tetap sama, kami janji akan pulangkan yuran kepada peserta yang komited. Setiap batch baru, kita akan naikkan yuran seiring dengan nilai yang kita tawarkan. Tapi walaupun yuran dinaikkan, kita masih offer pemulangan yuran 100%. Maknanya anda sertai kelas, dapat tip penulisan, dapat komuniti penulis, dapat hasilkan konten, dan semuanya PERCUMA! Jadi, kalau anda berminat nak mula menulis di media sosial bersama dengan penulis-penulis lain, nantikan pelancaran: Kelas Penulisan untuk Pemula: Cabaran Tulis Konten 30 Hari 3.0 Insya-Allah akan dilancarkan tak lama lagi. Kita akan bagi harga istimewa sempena pelancaran. Harga early bird terhad untuk 50 orang sahaja. Tak nak terlepas info pelancaran? Jemput sertai waiting list. Kami akan maklumkan paling awal kepada waiting list supaya dapat harga istimewa. Group - Cabaran Menulis 3.0 https://chat.whatsapp.com/JzaFXEvzAIx9iVqozRaqR6
Показати все...
Cabaran Menulis 3.0 | Waiting List

WhatsApp Group Invite

Фото недоступнеДивитись в Telegram
“Pengalaman yang berharga dan tidak dijangka.” Ini antara feedback yang membuatkan saya ambil keputusan untuk buat lagi Cabaran Tulis Konten batch seterusnya. Pada awalnya, niat nak 'paksa' diri sendiri menulis setiap hari. Then saya terfikir, why not ajak orang lain kan? Maka bermulalah saya dan team setup kelas dan cabaran menulis. Fokus utama adalah mewujudkan environment menulis bersama-sama dengan ahli group yang ada tujuan sama - belajar dan berlatih menulis. Saya terkejut sebenarnya bila tengok peserta yang lepas, sangat aktif. Ada yang tiap-tiap post dan share penulisan di group. Ada yang tak lokek ilmu berkongsi pandangan dan tip penulisan daripada pengalaman sendiri. Bahkan ramai ahli group yang support dan bagi semangat kepada peserta yang lain. Allhamdulillah atas nikmat persekitaran yang baik.
Показати все...
Salah satu tugas ghostwriter adalah menulis SOP untuk bisnes. Terutamanya bisnes kecil yang sedang berkembang. Kenapa pentingnya SOP (Standard Operating Procedure)? Supaya kita dapat hasil yang sama melalui proses terbaik yang kita tahu. Tanpa SOP, hasil boleh berubah-ubah. Banyak owner bisnes buat silap bila suruh pekerja bawahan yang buat/tulis SOP untuk setiap proses kerjanya. Sedangkan SOP sepatutnya ditulis (atau diberikan input) oleh orang yang paling tahu tentang proses kerja tersebut. Kalau bos paling tahu, bos patut bagi input. Lainlah kalau pekerja tersebut memang diminta untuk tulis SOP tentang kerja yang dia sahaja buat. Bukan bos dia buat. Itu baru make sense. Setuju? Syarikat anda ada SOP tak?
Показати все...
Tak semua buku perlu dibaca dari kulit ke kulit. Ada buku yang dibaca hanya sekali, sudah mencapai maksud. Ada buku yang dirujuk berkali-kali, tanpa pernah dihabiskan bacaan. Ada buku yang dimiliki sementara untuk dihadiahkan kepada orang lain. Jadi, tak perlu hentam orang yang membaca tidak habis. Tidak perlu anggap orang yang membaca sedikit itu tidak bijak. Yang penting, kita membaca dan terus membaca. Membaca dengan nama Tuhanmu.
Показати все...
5
“Ada buat lagi tak cabaran menulis macam sebelum ni?” “Alah, yang ramai-ramai menulis selama 30 hari tu. Ada buat tak?” Ramai dah yang tanya, bila next batch Cabaran Menulis. Katanya nak belajar menulis dengan cara betul-betul menulis. Sejujurnya, walaupun sambutan kelas yang lepas sangat memberangsangkan, tapi saya perlu fikir berbaloi atau tak luangkan masa untuk fikir, rancang, atur dan urus keseluruhan proses kelas. Perlu consider cost juga untuk hire team atau at least Admin yang mantap. Okeylah, kita buka dulu group untuk kalian yang berminat nak sertai. Saya target, cukup 30 orang, kita on. Insya-Allah batch 3 ni mula bulan 8. Berminat nak belajar menulis di media sosial? Jemput masuk dan ajak kawan-kawan ya. 👇👇 . Waiting List – Cabaran Menulis 3.0 https://chat.whatsapp.com/JzaFXEvzAIx9iVqozRaqR6
Показати все...
Cabaran Menulis 3.0 | Waiting List

WhatsApp Group Invite

Writer’s block. Kalau anda sukar untuk menulis, cuba rendahkan expectation. Tulis dahulu, baiki kemudian. Keluarkan perkataan. Tak perlu tapis. Tulis seperti anda bercakap. Anda pernah hadapi ‘talker’s block’? Tak pernah kan. Jadi, cuba menulis untuk sampaikan satu mesej.
Показати все...
Cara paling cepat nak belajar menulis adalah dengan bermula menulis. Tulis sikit-sikit setiap hari. Sampai bila? Sampai kemanisan menulis capai tahap kita mahu. Atau sampai kita dah tak mahu menulis, putus asa, dan berhenti.
Показати все...
👍 2 1
Nak dapatkan ketenangan daripada dunia digital yang tak berkesudahan? Cuba asingkan diri daripada media sosial. Kalau tak mampu lama, cuba dulu untuk seketika.
Показати все...
Ada tak kawan-kawan yang nak hafal surah al-Kahfi? 🙋🏻🙋🏻‍♀️ • 1 ayat je seminggu. • Ayat 1 hingga 110. Saya ada buat support group untuk sama-sama kita hafal sikit-sikit, setiap minggu, sampai khatam insya-Allah. Kalau nak join, reply 'Nak'.
Показати все...
"Boleh ke aku tulis lebih 10 konten dalam masa sehari?" Selama ni saya bantu peserta dalam kelas Cabaran Menulis. Kami perlu tulis 1 penulisan ringkas setiap hari, selama 30 hari. Maka, ramailah peserta yang kata rupa-rupanya susah nak tulis walaupun 1 koten sehari. Tak ada masa. Kering idea. Tak yakin. Dan banyak lagi cabaran yang mereka luahkan. Minggu lepas, saya sendiri cuba cabaran baru, iaitu ambil tugas daripada seorang klien untuk menulis berbelas konten dengan deadline yang sangat urgent. Mesti siap dalam weekend itu juga! Saya mula sangsi dan ragu, "Boleh ke aku buat ni? Nak tulis 1 konten sehari pun dah struggle. Macam mana pula nak tulis untuk klien sampai lebih 10 konten sehari?" Tapi, alhamdulillah. Ternyata boleh je buat sebenarnya. Walaupun tak sampai target personal untuk cuba buat lebih 30 konten dalam masa sehari, at least saya dapat buat lebih 15. Sabtu dan Ahad, dalam keadaan handle tugas klien lain, urus rumah dan anak, tetap boleh buat. Alhamdulillah. Saya sedar satu perkara, kadang tu kita bukan tak boleh buat. Tapi kita tak berani untuk cuba. Bila dah cuba, baru kita tahu sebenarnya boleh atau tidak. Kalau jadi, bagus. Kalau tak jadi, heads up. Cuba lagi sampai jadi. Kalau kalian perlukan khidmat untuk menulis; buku, e-book, konten media sosial, skrip video, jangan segan silu untuk contact saya. Insya-Allah saya bantu kalian. Let me help you, let me write for you. ✍🏻 Gituh. 😁
Показати все...
1
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.