uk
Feedback
INSKEN Official Channel

INSKEN Official Channel

Відкрити в Telegram

Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN

Показати більше
2 655
Підписники
Немає даних24 години
-17 днів
-1330 днів
Архів дописів
Sesi MEDAC2U diteruskan lagi hari ini dengan topik 7 Tips Mencari Ketenangan Dalam Ujian. Sesi FB Live ini akan membawakan Ustazah Anna, BisKaunselor INSKEN untuk membantu usahawan kekal bertenang ketika menghadapi situasi sukar seperti hari ini. Jom luangkan sedikit masa untuk majlis ilmu secara atas talian yang akan diadakan pada: Tarikh: 8 Julai 2021 (Khamis) Masa: 9:00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

MEDAC2U LIVE DI FB INSKEN Topik - TikTok: Bolehkah Guna Untuk Berniaga? Jom bersama Coach Kamarul Bahareen bin Kamarudin yang akan mengupas topik berkaitan TikTok dan jangan lupa share sesi ini di FB anda agar lebih ramai dapat manfaatnya. Link: https://fb.watch/v/VEhl-wMB/ #MEDACPrihatin #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin #medac2u #LindungDiriLindungSemua #MenangBersama

photo content

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengadakan FB Live untuk usahawan melalui sesi MEDAC2U. Inisiatif membantu usahawan ketika PKP ini merupakan kerjasama antara MEDAC dan agensi di bawahnya dan INSKEN merupakan yang pertama bakal bersiaran secara online dengan topik TikTok: Bolehkah Guna Untuk Berniaga? Jika anda ingin menerokai teknik pemasaran melalui platform TikTok, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi MEDAC2U pada: Tarikh: 7 Julai 2021 (Rabu) Masa: 9:00 malam Facebook: Institut Keusahawanan Negara #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Perniagaan baru nak bernafas semula, tup-tup dah masuk PKP 3.0. Runsing, buntu, risau,macam mana dengan masa hadapan bisnes? Perasaan bercampur baur, bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran sekarang. Semuanya yang negatif, tak tahu masih ada harapan lagi ke untuk meneruskan bisnes atau terpaksa gulung tikar? Jangan berputus asa, buang semua fikiran negatif kerana INSKEN sedia membantu anda melalui bimbingan percuma dari yang pakar. Dapatkan konsultasi dari BisKaunselor INSKEN secara atas talian untuk berkongsi pendapat,cadangan dan tindakan yang harus diambil bagi memastikan bisnes anda kekal bertahan ketika PKP. Caranya mudah sahaja, layari www.e-bizclinic.com Daftar segera kerana program ini adalah PERCUMA. Selain konsultasi dan bimbingan, anda juga akan menerima faedah lain seperti: 1. Informasi mengenai bantuan atau insentif terkini kerajaan sempena menghadapi PKP 3.0 2. Maklumat program-program yang ditawarkan INSKEN dan agensi agensi kerajaan di sepanjang tempoh PKP 3.0 3. Input mengenai hala tuju yang perlu dilakukan bagi meneruskan operasi perniagaan serta terus kekal bertahan #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content
+4

BERITA BAIK UNTUK SEMUA USAHAWAN! Anda boleh mula merekod jualan bulanan dengan menggunakan aplikasi INSKEN IPRO yang boleh dimuat turun melalui Apple Apps Store atau Google Play Store. Jika anda komited menggunakan aplikasi ini, ia akan memudahkan anda untuk memantau pencapaian perniagaan serta dapat membuat analisis terhadap prestasi perniagaan berdasarkan data yang telah direkodkan. Dah tak perlu susah-susah nak guna kertas dan tulis satu-satu data jualan anda. INSKEN bantu untuk memudahkan anda melalui aplikasi IPRO dan sekaligus dapat melatih semua usahawan beralih ke arah digital. Dalam masa yang sama, kita sokong kempen "Go Green" dengan mengurangkan penggunaan kertas. Ikut sahaja langkah yang tertera di dalam infografik ini dan anda boleh terus mula menggunakan INSKEN IPRO. Dah download nanti, kenalah rajin-rajin update data jualan tau! #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Baru seminggu kami buka pendaftaran bagi 14 program latihan keusahawanan untuk bulan Julai 2021. Tapi, dah tinggal 5 program sahaja yang masih ada kekosongan. Jom daftar segera sebelum sold out! 1. Customer Relationship Management (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_Online2103 2. Tingkatkan Sales Anda Melalui Business Branding (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Branding_Online2103 3. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 24-25 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2115 4. Tembusi Market Orang Muda Melalui Aplikasi TikTok (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/TikTok_Online2104 5. Pemasaran Media Sosial : Telegram Untuk Bisnes (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Telegram_Online2103 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Jangan risau jika anda tidak boleh berniaga ketika PKP. Jangan berputus asa umpama tiada lagi jalan penyelesaian. INSKEN sedia membantu anda melalui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board). Jom kita transformasikan perniagaan anda ke arah digital. Anda tidak perlu bergantung kepada kedai secara fizikal semata-mata untuk kekal bertahan kerana perniagaan anda masih boleh diteruskan melalui platform online. Belum mahir menggunakan platform secara atas talian? Jom INSKEN bantu mendigitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan. Jadikan pandemik Covid-19 ini sebagai cabaran untuk anda memajukan perniagaan melalui platform seperti Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada. Bukan itu sahaja, platform TikTok pun ada! Melalui program ini, anda akan diajar mengenai kesemua 8 platform ini dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai. Kalau anda pilih platform TikTok, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan TikTok. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut! Jangan mengalah, kita mesti kekal bertahan ketika pandemik melanda dan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk membantu usahawan dapat meningkatkan jualan. Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2021 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content
+1

Pendaftaran 14 program latihan keusahawanan bagi bulan Julai 2021 telah dibuka. Jom mendaftar sekarang sementara masih ada kekosongan. 1. Unique Selling Proposition (USP) : Apakah Keunikan Produk Anda? (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/USP_Online2102 2. Sales Closing Techniques: How to Close Your Next Sale (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/SC_Online2103 3. Digital Poster Menggunakan Smartphone (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/DP_Online2103 4. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 10-11 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2113 5. Pemasaran Media Sosial: Facebook Ads (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/FB-B_Online2103 6. Tingkatkan Sales Anda Melalui Business Branding (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Branding_Online2103 7. Menghasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Video_Online2103 8. Customer Relationship Management (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_Online2103 9. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 14-15 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2114 10. Masterclass 2021 - Shopee Tarikh: 15 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/MC2021_Shopee03 11. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 24-25 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2115 12. Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se) Tarikh: 24-25 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAKSe_Online2108 13. Pemasaran Media Sosial : Telegram Untuk Bisnes (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Telegram_Online2103 14. Tembusi Market Orang Muda Melalui Aplikasi TikTok (Level 101: Permulaan) Tarikh: 27-28 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/TikTok_Online04

photo content

Pendaftaran 11 program latihan keusahawanan bagi bulan Julai 2021 telah dibuka. Jom mendaftar sekarang. 1. Unique Selling Proposition (USP) : Apakah Keunikan Produk Anda? (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/USP_Online2102 2. Sales Closing Techniques: How to Close Your Next Sale (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/SC_Online2103 3. Digital Poster Menggunakan Smartphone (Level 101: Permulaan) Tarikh: 6-7 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/DP_Online2103 4. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 10-11 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2113 5. Pemasaran Media Sosial: Facebook Ads (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/FB-B_Online2103 6. Tingkatkan Sales Anda Melalui Business Branding (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Branding_Online2103 7. Menghasilkan Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone (Level 101: Permulaan) Tarikh: 13-14 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/Video_Online2103 8. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 14-15 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2114 9. Masterclass 2021 - Shopee Tarikh: 15 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/MC2021_Shopee03 10. Kursus Asas Keusahawanan (KAK) Tarikh: 24-25 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_Online2115 11. Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se) Tarikh: 24-25 Julai 2021 Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAKSe_Online2108 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

Jangan risau jika anda tidak boleh berniaga ketika PKP. Jangan berputus asa umpama tiada lagi jalan penyelesaian. INSKEN sedia membantu anda melalui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board). Jom kita transformasikan perniagaan anda ke arah digital. Anda tidak perlu bergantung kepada kedai secara fizikal semata-mata untuk kekal bertahan kerana perniagaan anda masih boleh diteruskan melalui platform online. Belum mahir menggunakan platform secara atas talian? Jom INSKEN bantu mendigitalkan perniagaan anda melalui bimbingan selama 4 bulan. Jadikan pandemik Covid-19 ini sebagai cabaran untuk anda memajukan perniagaan melalui platform seperti Telegram, WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram, Shopee, Lazada. Bukan itu sahaja, platform TikTok pun ada! Melalui program ini, anda akan diajar mengenai kesemua 8 platform ini dan yang paling best, anda boleh pilih 1 platform untuk anda kuasai. Kalau anda pilih platform TikTok, coach akan membimbing anda cara untuk membuat pemasaran menggunakan TikTok. Ingat, lain platform, lain caranya. Jadi, pelanggan anda berada di platform yang mana? Kuasai platform tersebut! Jangan mengalah, kita mesti kekal bertahan ketika pandemik melanda dan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk membantu usahawan dapat meningkatkan jualan. Daftar segera di www.rebrand.ly/E-Board_2021 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin

photo content

*TINGGAL 10 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI!* *Jom daftar untuk belajar bagaimana menggunakan WOWSHOP sebagai platform jualan produk anda!* INSKEN MASTERCLASS WOWSHOP Meriahnya nampak orang membeli dekat Wow Shop! Teringin pula rasanya nak jual produk sendiri guna platform Wow Shop. Mana tak nya, jiran-jiran sendiri pun bukan main sekarang, sikit-sikit beli dekat Wow Shop. Ini la lagi membuak-buak nak test market Wow Shop. Agaknya laku ke tak produk-produk yang memang dah ada ni. Hmmmmm tapi nak terjah siapa nak tanya macam mana nak jual produk kat platform ni? Mai terjah INSKEN! Sebab kami ada program untuk memperkenalkan platform ini kepada usahawan. Sebelum main redah nak menjual dekat Wow Shop, kita kenal-kenal la dulu. Macam nak masuk rumah orang, kena la bagi salam. Betul tak? Join program INSKEN Masterclass Wowshop, kita bagi penerangan mengenai platform ini, demografik pelanggan, struktur operasi dan pelbagai lagi. Usahawan kena tahu, jenis produk dan perkhidmatan yang boleh dipasarkan di Wow Shop. Haa time ni lah nak tanya produk kita tu layak ke tak. Kalau layak, apa pula syarat-syaratnya? Semuanya bakal terjawab jika anda join program ini pada 24 Jun 2021. Daftar sekarang di rebrand.ly/Masterclass2021_Wowshop01 #inskenofficial #staysafe #inskenprihatin