INFO RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
Відкрити в Telegram
Hebahan Maklumat Rasmi dan Informasi Pendidikan Terengganu Yang Pantas Serta Terkini MEMACU PRAKARSA PENDIDIKAN
Показати більше1 798
Підписники
Немає даних24 години
+17 днів
+130 день
Архів дописів
Sent from WhatsApp
wa.me/+60104641578?source=exsh
Mengapa 6M Perlu Dilihat Dalam Pengoperasian Sekolah.pdf20.71 MB
Tuduhan seperti ini bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah merendahkan integriti institusi peperiksaan negara serta menafikan usaha murid dan guru yang bekerja keras sepanjang tahun.
Kita boleh berbeza pandangan.
Kita boleh membincangkan kelemahan sistem.
Kita juga boleh mengkritik secara membina.
Namun, kita tidak sepatutnya membuat kesimpulan besar berdasarkan perbandingan yang salah asasnya.
Dalam masa yang sama, mengakui bahawa SPM tidak boleh dibandingkan secara langsung dengan PISA atau TIMSS bukan bermaksud pentaksiran antarabangsa itu tidak penting.
Sebaliknya, PISA, TIMSS dan SEA-PLM tetap penting kerana ia membantu kita melihat gambaran yang lebih luas tentang sistem pendidikan negara, terutama dari sudut:
(a) keupayaan berfikir,
(b) penaakulan,
(c) aplikasi ilmu,
(d) penyelesaian masalah san
(e) kekuatan asas literasi murid.
SPM sebenarnya memberi gambaran tentang pencapaian individu murid dalam sistem kita, manakala PISA, TIMSS dan SEA-PLM memberi gambaran tentang kekuatan sistem pendidikan kita dari sudut penandaarasan serantau dan antarabangsa.
Jadi, pendirian yang lebih matang bukanlah memilih satu lalu menolak yang lain.
Yang lebih tepat ialah begini:
SPM perlu terus diperkasa kerana ia mengukur pencapaian akademik murid dan menjadi penentu masa depan mereka.
Pada masa yang sama, PISA, TIMSS dan SEA-PLM juga perlu diberi perhatian kerana ia menunjukkan sejauh mana sistem kita berjaya membina murid yang mampu berfikir, menaakul dan mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar. Berdasarkan pencapaian TIMMS dan PISA serta SEA-PLM akan jadi pedoman kepada semua pihak termasuk KPM untuk melaksanakan intervensi yang sesuai dalam mempertingkatkan kualiti yang natijah akhirnya akan memberi impak besar kepada pencapaian SPM dalam tahun akhir peesekolahan murid.
Tuntasnya , apabila SPM meningkat tetapi PISA atau TIMSS belum menunjukkan peningkatan yang sama, itu tidak boleh terus dijadikan bukti bahawa ada masalah pada keputusan SPM. Apa yang lebih wajar ialah kita memahami bahawa semua pentaksiran ini membawa fungsi yang berbeza.
Dalam isu ini, yang sering silap bukan semata-mata data, tetapi cara kita membuat perbandingan.
Apabila asas perbandingan salah, maka kesimpulan yang dibuat selepas itu juga akan mudah tersasar.
Please Jangan Dihitamkan Pendidikan ini dan jangan mudah terpengaruh dengan pesepsi yang tidak betul tentang pendidikan kita. Aparat media sosial cukup cukuplah memberi pesepsi yang tidak baik kerana akhirnya seolah olah menderhaka kepada cikgu. Orang tua kita berpesan jangan derhaka kepada cikgu akhirnya tiada keberkatan Maknanya sakning....
Pengarah JPN T' Ganu
"Please Trust The Process"
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
