cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

HifdzulLisān

Coretan mengenai: • Bahasa dan sastera Arab. • Nasihat & perkongsian ilmiah. Maklumat lanjut: linktr.ee/aminmustafa602 @aminmustafa602 (admin)

Більше
Рекламні дописи
1 631
Підписники
Немає даних24 години
-17 днів
-730 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Ada apa pada al-Harf (الحرف) dari sudut keimanan? 📝 Seperti yang diketahui dalam ilmu Nahu, bahawa al-Kalimah terbahagi kepada 3: Isim, Fi'l dan Harf. ▪️Sebuah ayat yang lengkap pasti sama ada merangkumi daripada dua Isim atau Isim dan Fi'l yang digelar sebagai 'Umdat al-Kalām (عُمْدَةُ الكَلَام). Manakala al-Harf pula tidak boleh dijadikan sebagai tiang asas dalam sebuah ayat sekiranya bersendirian. ▪️ Hal ini sekiranya dilihat dari sudut bahasa, al-Harf memberi makna sudut (طَرَفٌ) atau hujung (نَاحِيَةٌ). Perletakannya dari sudut bahasa sahaja sudah memberi gambaran bahawa ia bukanlah sebuah komponen terpenting untuk membina subjek dan predikat. [akan tetapi manfaatnya besar jika dilihat dari aspek yang lain.] 📌 Al-Harf di dalam al-Quran secara bahasa, dilontarkan dengan makna yang seumpamanya melalui firman Allah SWT: وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن یَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفࣲۖ Maksud: "Dan dari kalangan manusia mereka menyembah Allah SWT dengan sudut keimanannya.." [Surah al-Hajj: 11] 🔸 Ia juga boleh diertikan dengan sebuah keimanan yang lemah dan goyah; yang hanya berorientasikan aspek materialistik. 🔸 Buktinya pada ayat pelengkapnya: فَإِنۡ أَصَابَهُۥ خَیۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦۖ Maksud: "Sekiranya dikurniakan kenikmatan, mereka akan merasa tenang dan bahagia.." وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ Maksud: "Dan sekiranya ditimpa musibah, mereka akan kembali kepada kepercayaan yang lama.." 📌 Beginilah keadaan iman mereka, seolah-olah sedang bertenggek di hujung/puncak gunung dalam keadaan yang tidak stabil. Menunggu masa untuk jatuh ke gaung. خَسِرَ ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةَۚ ذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِینُ Maksud: "Mereka rugi di dunia dan di akhirat. Itulah sebuah kerugian yang nyata." 🔸 Imam al-Baghawi RH menyatakan bahawa kerugian mereka di dunia adalah dengan kehilangan nikmat yang diimpikan. Manakala kerugian di akhirat pula, mereka dicampak ke dalam api nereka. Inilah sebuah kecelakaan yang berpanjangan (الشَّقَاوَة الأَبَدِيَّة). Wal'iyāzubillāh. ✨ Semoga kita dikurniakan iman yang kukuh (الثَّبَات / التَّمَكُّن) berlandaskan ilmu bukan sekadar sudut keimanan sahaja (الطَّرْف / النَّاحِيَة) supaya tidak mudah goyah sekiranya ditimpa ujian. Wallahua'lam. ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
🔥 3👍 2🤩 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mad! Syah! Mer! Singkatan Nama dalam Bahasa Arab Begitulah kebiasaan panggilan nama Melayu yang disingkatkan daripada Muhammad, Aisyah, Amer dan banyak lagi terbitan baharu. 📝 Sekiranya diperhatikan, singkatan tersebut hanya diambil dari hujung perkataan sahaja seperti Muham(Mad), Ai(Syah) dan A(Mer). 📌 Tetapi tidak dalam bahasa Arab. Mereka akan memetik nama hadapan dan sebutan belakang akan dibuang seperti Ja'far (جَعْفَر) akan disebut sebagai Ja'f (جَعْف) dan Su'ad (سُعَاد) dipanggil Su'ā (سُعَا). Perbincangan ini boleh dipelajari melalui bab al-Nidā' (النِّدَاء) dan dikenali sebagai masalah al-Tarkhīm (التَّرْخِيم). 📌 Imam al-Hariri RH menukilkan di dalam Mulhat al-I'rab: وإن تشا الترخيم في حال الندا # فاخصص به المعرفة المنفردا واحذف إذا رخّمت آخر اسمه # ولا تغير ما بقي من رسمه Maksud: Sekiranya kau inginkan ringkasan dalam bab al-Nidā', tekunilah hanya pada isim al-Ma'rifah. Hazafkan akhir perkataan ketika disingkatkan, jangan diubah baki perkataan yang lain. Kita soroti perbincangan ini secara ringkas. 📌 Asal penggunaan al-Tarkhīm adalah pada Isim 'Alam selepas kata seruan (حَرْف النِّدَاء) dan tujuannya adalah semata meringankan sebutan (التَّخْفِيف / التَّسْهِيل). Kaedahnya adalah dengan menghazafkan huruf terakhir dan mengekalkan huruf yang berbaki seperti: يا جَعْف! = يَا جَعْفَر! Wahai Ja'f! > Wahai Ja'far! يا فَاطِم! = يَا فَاطِمَة! Wahai Fātim! > Wahai Fātimah! يا طَلْح! = يَا طَلْحَة! Wahai Talh! > Wahai Talhah! ▪️Baris akhir dibolehkan sama ada berbaris atas sekiranya masih berbaki ayat selepasnya seperti: يَا مَرْوَ (مَرْوَان)، اجْلِسْ! Maksud: Wahai Marw (Marwan), duduk! ▪️atau berbaris hadapan sekiranya tiada lagi sambungan ayat selepas seruan nama tersebut seperti: يَا طَلْحُ! (طَلْحَة) يَا مَنْصُ! (مَنْصُور) 📌 Sebahagian ilmuan Nahu membolehkan singkatan bagi selain Isim 'Alam seperti Nakirah Maqsūdah contohnya perkataan (صَاحِب) menjadi (صَاحِ) dengan makna sahabat. ▪️Imam al-Haddad RH di dalam syairnya menyebutkan: أَلَا يَا صَاحِ يَا صَاحْ لَا تَجْزَعْ وَتَضْجَرْ Maksud: Ketahuilah wahai sahabat, janganlah kau takut dan risau! ▪️Perkataan ini diperbolehkan berdasarkan penggunaannya yang telah berlegar dalam kalangan Arab (كَثْرَةُ الاسْتِعْمَال) dan tiada masalah kekeliruan ketika diringkaskan (اللُّبْس). ▪️Imam al-Asymuni RH juga mengisyaratkan kebolehan ini dengan mendatangkan contoh: يَا شَا، ادْجُنِي! Maksud: Wahai kambing ternakan, kekallah pada tempat kalian! yang pada asalnya adalah (يَا شَاةُ) dengan dihazafkan Tā' al-Marbūtah dan dalam konteks ini ia adalah Nakirah Maqsūdah. ▪️Walau bagaimanapun, Imam al-Hariri RH menyatakan isu ini sebagai Syāz (tidak berkonsepkan qiyas). 📌 Perbahasan al-Tarkhīm tidak terhenti pada perbincangan ini sahaja. Tujuan penulisan ini hanyalah semata memberi pendedahan bahawa bahasa Arab juga mempunyai singkatan seperti bahasa ibunda kita tetapi lain kaedahnya. Sudilah berkongsi nama singkatan kalian, saya Min singkatan dari Admin. 😊 Wallahua'lam. 💡Rujukan: - Syarah Mulhat al-I'rab, Imam al-Hariri RH. - Cuplikan dari Syarah al-Asymuni dan Hasyiah al-Sobban. ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
👍 2🔥 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Perbezaan kata kerja ُيَفْعَل dan ُيَخْلُق: Kisah Nabi Zakaria AS & Saidah Maryam AS. 📝 Kehebatan al-Quran dari sudut bahasa tidak dapat dinafikan. Walaupun perbezaan hanya berlaku pada sebuah perkataan sahaja melalui konteks ayat yang hampir sama, ia tetap mempunyai hikmah yang sangat agung. 📌 Kita telusuri rintihan Nabi Zakaria AS melalui firman Allah SWT: (قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ یَكُونُ لِی غُلَـٰمࣱ وَقَدۡ بَلَغَنِیَ ٱلۡكِبَرُ وَٱمۡرَأَتِی عَاقِرࣱۖ قَالَ كَذَ ٰ⁠لِكَ ٱللَّهُ یَفۡعَلُ مَا یَشَاۤءُ) Maksud: "Nabi Zakaria berkata: "Wahai Tuhanku, bagaimana aku akan peroleh seorang anak, walhal aku telah tua dan isteriku pula mandul?". Allah SWT berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah SWT Maha melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya." [Surah Al Imran: 40] 🔹Konteks ayat ini berkisahkan rintihan Nabi Zakaria AS bersama isterinya yang tidak mampu lagi untuk melahirkan zuriat. Tetapi dengan kekuasaan Allah SWT, mereka tetap dikurniakan anak ketika berumur 90-an. 🔹Secara adatnya, seorang anak dilahirkan melalui hubungan pasangan suami dan isteri. Hal ini menjadikan kisah tersebut agak ringan dan tidak mengandungi sorotan ujian buat Nabi Zakaria AS melainkan masalah zuriat sahaja. 🔹Maka penggunaan kata kerja ُيَفْعَل (melakukan) disesuaikan dalam penceritaan yang agak ringan ini. 📌 Hal ini tidak seperti kisah Saidah Maryam AS yang melalui pelbagai ujian meskipun konteks penceritaan yang mirip. Ia disoroti melalui firman Allah SWT: (قَالَتۡ رَبِّ أَنَّىٰ یَكُونُ لِی وَلَدࣱ وَلَمۡ یَمۡسَسۡنِی بَشَرࣱۖ قَالَ كَذَ ٰ⁠لِكِ ٱللَّهُ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ إِذَا قَضَىٰۤ أَمۡرࣰا فَإِنَّمَا یَقُولُ لَهُۥ كُن فَیَكُونُ) Maksud: "Saidah Maryam berkata: "Wahai Tuhanku, bagaimana aku akan peroleh seorang anak, walhal aku tidak pernah disentuh oleh seorang pun lelaki?" Allah SWT berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah SWT menciptakan apa sahaja yang dikehendaki-Nya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman: "Jadilah engkau"; lalu jadilah ia." [Surah Al Imran: 47] 🔸Besarnya ujian buat Saidah Maryam AS, yang tidak pernah berkahwin mahupun disentuh oleh lelaki; tetap dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Isa AS. Hal ini merupakan perkara yang mustahil untuk mempunyai anak tanpa sebarang hubungan bersama pasangan kecuali dengan izin Allah SWT. 🔸Konteks penceritaan yang berat ini disesuaikan dengan penggunaan kata kerja ُيَخْلُق (menciptakan), menunjukkan kepada hebatnya peristiwa tersebut. Disulami juga dengan tanda kekuasaan Allah SWT yang tiada siapa boleh menghalangi-Nya. 📌 Sekiranya direnungi dengan teliti, perbezaan hanya berlaku pada sebuah perkataan sahaja. Akan tetapi, hikmahnya amatlah luas untuk dikaji. Mungkin ini hanyalah sebahagian sahaja. Inilah Kalam Allah SWT yang tiada bandingannya. Keagungan bahasa yang tiada titik noktah jika diselami. Wallahua'lam. 💡Rujukan: Ringkasan dan mafhum dari Tafsir al-Tabari secara olahan. ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
👍 4 4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
🗣 Kelas Bahasa Arab Komunikasi 🗣 Alhamdulillah, lebih kurang 4 bulan kelas telah berjalan dengan jayanya, berkat semangat para penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab. Silibus kelas adalah berpandukan kitab al-'Arabiyyah Baina Yadaik (Jilid 1), yang banyak membantu dalam aspek asas komunikasi dan penggandaan kosa kata harian. Semoga Allah SWT menjaga lisan Arab mereka seperti mana bahasa al-Quran dijanjikan penjagaannya oleh Allah SWT. 📍Al-Huda Dakwah Center, Senawang, Negeri Sembilan. 🗓 Setiap hari Ahad | 9 malam. Maklumat kelas: t.me/HifdzulLisan/431 ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
👍 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Alhamdulillah, kelas pertama yang telah berlangsung seputar pengenalan dan definisi ilmu Mantiq oleh Ust. Nabil Akram. Penulisan kitab Risalah Mantiq karangan Syeikh Yasin al-Fadani RH yang bermetodekan soal dan jawab, memudahkan buat mereka yang ingin berkenalan dengan ilmu Mantiq. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semangat dan istiqamah atas jalan ilmu yang sahih. 🗓 Hari: Isnin & Rabu ⏰ Masa: 9.00 malam - 10.00 malam (Anggaran kelas: 2 bulan) Bagi yang berminat, sila hubungi no. yang berikut untuk menyertai group: 📲 http://wa.me/60183134483 (Amin Mustafa) ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
👍 1 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mari kita bersama mulakan tahun 2024 dengan mempelajari asas ilmu Mantiq ✨ 📝 Kitab Risalah Mantiq amat sesuai buat pemula yang baru ingin mengenal apakah itu ilmu Mantiq dan apakah fungsinya. 📝 Minggu ini merupakan minggu pertama kelas. Pendaftaran sentiasa terbuka dan tiada paksaan dalam bayaran kerana ia berbentuk sumbangan sahaja. Masih belum ramai, jom hadir bersama! 😊 ▫️ Bagi yang berminat, sila hubungi: 📲 http://wa.me/60183134483 (Amin Mustafa) ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
👍 2
Sifat Wara' al-Imam Abu Ishaq al-Syirazi RH 🌱 📌 Imam Abu Ishaq al-Syirazi RH (pengarang kitab fiqh al-Tanbīh) adalah seorang yang susah sewaktu kehidupannya. Pada suatu hari, beliau tersedar bahawa duitnya untuk membeli makanan tercicir dalam sebuah masjid. 📌 Apabila beliau patah kembali ke masjid dan menemukan semula duit tersebut, beliau tidak mengambil duit itu dengan mengatakan: "رُبَّمَا وَقَعَ مِنْ غَيْرِي، وَلَا يَكُونُ دِينَارِي" Maksud: "Ini mungkin orang lain punya, bukan duit aku." Walhal itulah duit untuk mengalas perutnya pada waktu itu. 📌 Bahkan pada suatu hari, beliau mewakilkan seseorang untuk membelikan makanan dengan mengirimkan wang untuk dibeli. Akan tetapi ketika sedang membeli makanan, pewakil itu keliru sama ada dia membeli dengan duit kiriman ataupun yang lain (yang mungkin sudah bercampur). 📌 Setelah mengetahuinya, Imam al-Syirazi enggan untuk menjamah makanan tersebut dengan mengatakan: "لَا أَدْرِي آشْتَرى بِالَّتِي وَكَّلْتُهُ أَمْ بِالأُخْرَى؟!" Maksud: "Aku tak tahu sama ada dia membeli makanan ini dengan wang yang aku kirimkan ataupun tidak?!" Begitulah sifat wara' beliau dalam memilih makanan yang menjadi darah daging di dalam tubuh. رحمه الله تعالى ونفعنا به، آمين. Wallahua'lam. 💡Rujukan: al-Ulama' al-'Uzzab, Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah RH. ____ t.me/HifdzulLisan
Показати все...
4
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.