4 860
Підписники
+524 години
Немає даних7 днів
-1830 день
Архів дописів
+1
[𝐇𝐈𝐊𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐀𝐓: 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀]
Assalamualaikum WBT,
Jom hayati keindahan seni budaya melalui lensa yang penuh makna 🎥✨
Perkongsian santai bersama panel jemputan yang berpengalaman dalam bidang seni & kebudayaan!
🗓 : Sabtu, 6 Jun 2026
⏰ : 3.00 – 5.00 petang
📍 : AEON Mall Nilai
Jangan lepaskan peluang untuk mendekati warisan budaya kita!
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN DAN KEBUDAYAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
05 JUN 2026 | 19 ZULHIJJAH 1447H
[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈: 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐔𝐒𝐈𝐌 (𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑)]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka ruang kepada seluruh mahasiswa untuk menyalurkan sebarang aduan, maklum balas, cadangan atau isu berkaitan pelaksanaan Strategi Penjimatan Tenaga USIM 2026, khususnya yang melibatkan urusan dan aktiviti pelajar.
Maklum balas yang diberikan amat penting bagi membantu memudahkan dan melancarkan pelaksanaan dasar yang telah diumumkan serta demi memperkukuh kebajikan mahasiswa, aspirasi anda harus kita manifestasi bersama.
📌 Imbas Kod QR atau akses pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKSBo5BUxhYjdG5ZgB3pZ7BNeZ8auiFlrP43mYzECqRC8hNA/viewform?usp=publish-editor
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada :
📞 MPP Danish – 010-8817970
📞 MPP Maisarah – 012-9899025
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
04 JUN 2026 | 19 ZULHIJJAH 1447H
+1
[𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐏𝐏 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) mengambil maklum pelaksanaan Strategi Penjimatan Tenaga USIM 2026 yang diumumkan oleh pihak universiti sebagai langkah ke arah pengurusan sumber yang lebih cekap dan mampan.
Sehubungan itu, MPP USIM telah menyalurkan pandangan serta beberapa cadangan kepada pihak pengurusan universiti bagi memastikan pelaksanaan dasar ini turut mengambil kira kebajikan mahasiswa, kelancaran aktiviti pelajar dan keperluan akademik.
MPP USIM komited untuk terus menjadi penghubung antara mahasiswa dan pihak universiti dalam menyampaikan suara, pandangan serta cadangan yang membina demi kesejahteraan warga kampus.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
04 JUN 2026 | 19 ZULHIJJAH 1447H
[𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐋 𝐐𝐀𝐋𝐁𝐈 2.0 “𝐒𝐔𝐌𝐔𝐃: 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐆𝐀𝐙𝐀”]
Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Program Bicara Bil Qalbi 2.0 “Sumud: Nafas Harapan Buat Gaza” seperti ketetapan berikut:
📆Tarikh: 07/06/2026 (Ahad)
⏱️Masa: 08:00 - 10:00 pm
🏢Tempat: Aeon Mall Nilai
🔗Link: https://forms.gle/QqtmwnoUYq1QwvM96
📌 Tullabiyah direkodkan
📌 Pengangkutan disediakan
📌 Makanan disediakan bagi 50 terawal sahaja
Sebarang Pertanyaan:
Saudari Masrurah (013-3552406)
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
02 JUN 2026 | 15 ZULHIJJAH 1447H
[𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀: 𝐑𝐄𝐒𝐔𝐌𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐍𝐊𝐄𝐃𝐈𝐍]
Jom sertai Akademi Kebolehpasaran Siswa: Resume dan LinkedIn bagi mempelajari teknik membina resume yang berimpak serta profil LinkedIn yang mampu menarik perhatian majikan! 🚀
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 06 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Bilik Seminar Perpustakaan
⏰ Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang
🎤 Penceramah Jemputan:
Mr. Gerald Lee Chih Ping
Founder, 2Nrich Asia
✅ Markah GIINA direkodkan
📌 Tempat adalah terhad kepada 60 peserta sahaja.
🔗 Pautan pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdxIkdc9h1TGSx4_EI4HMD2E4thcUX4Iuifu8xOl-yxY_p8JA/viewform?usp=publish-editor]
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📱 Saudari Shazwani: 011-5683 5154
📱 Saudari Najwa: 011-5917 1710
"𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖"
EKSEKUTIF AKADEMIK DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
02 JUN 2026 | 15 ZULHIJJAH 1447H
[𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔]
Assalamualaikum WBT,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dengan penuh keberkatan, kebijaksanaan dan kesejahteraan demi kemakmuran negara serta kesejahteraan seluruh rakyat.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
31 MEI 2026 | 14 ZULHIJJAH 1447H
[𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin memaklumkan bahawa semua penerbitan poster ucapan rasmi universiti hendaklah menggunakan poster rasmi USIM yang disediakan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) sahaja.
Penyelarasan ini penting bagi memastikan keseragaman identiti visual, pematuhan protokol rasmi dan penyampaian maklumat yang tepat.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi StraComm di talian 06-798 6004 / 86286.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
31 MEI 2026 | 14 ZULHIJJAH 1447H
[𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka Tabung Inisiatif Siswa sebagai medium kebersamaan dalam menyokong pelbagai inisiatif kebajikan mahasiswa. Pelaksanaannya akan disalurkan melalui inisiatif MPP4U.
Sehubungan dengan itu, MPP USIM menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyumbang melalui kod QR yang disediakan. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi impak besar serta manfaat kepada mahasiswa.
Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa manfaat dan kesejahteraan kepada setiap mahasiswa yang menerima bantuan.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
30 MEI 2026 | 13 ZULHIJJAH 1447H
[𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐌𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026/2027]
[https://vt.tiktok.com/ZSxgVSWmv/]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar lepasan SPM yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi akademik 2026/2027.
Diingatkan bahawa para pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk membuat pengesahan SETUJU TERIMA dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:
📅 Tarikh: 23 Mei hingga 4 Jun 2026
🔗 Pautan: https://etasjilv2.usim.edu.my
Para pelajar juga disarankan untuk mengikuti media sosial rasmi MPP USIM bagi mendapatkan hebahan, maklumat terkini serta informasi penting berkaitan kemasukan dan kehidupan kampus agar tidak terlepas sebarang perkembangan semasa.
Telegram:
• https://t.me/TAMHIDIUSIMxMPPUSIM
• https://t.me/chitchatTAMHIDIUSIMxMPPUSIM
Instagram: https://tr.ee/Cy5-g_bZUt
TikTok: https://tr.ee/HuniByOKTm
Facebook: https://tr.ee/fBCHsROjh1
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
29 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H
+1
[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐈𝐄 𝐌𝐀𝐐𝐀𝐒 8.0 𝐗 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐎𝐔𝐋 𝐅𝐄𝐒𝐓]
Assalamualaikum WBT,
*Pentas Daie MAQAS 8.0 x Siswa Soul Fest* kini dibuka kepada *semua mahasiswa/i* yang berminat dalam bidang dakwah dan pengucapan awam.
Ayuh tampil dengan kreativiti, penghayatan dan keberanian anda! ✨
*PENTAS SARINGAN DAIE*
📝Tarikh pendaftaran dan penyediaan video saringan : 26 Mei - 1 Jun 2026
*PENTAS AKHIR DAIE*
📅 Tarikh: 10 Jun 2026
🕗 Masa: 7.30 PM – 10.30 PM
📍 Tempat: DKF 1.2 FEM
🔗 Pautan pendaftaran peserta : https://forms.gle/pHqjYH1VNgcDLDMv9
📞 Sebarang pertanyaan , sila hubungi :
Saudari Alya : +60 11-3594 0275
Saudari Halima : +60 10-712 8499
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pentas dakwah yang penuh inspirasi ini !
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
28 MEI 2026 | 10 ZULHIJJAH 1447H
[𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka kutipan derma bagi waris keluarga Almarhum Muhammad Dinie Hakim bin Azwani, pelajar tahun 2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2026 .
Sehubungan dengan itu, MPP USIM membuka kutipan derma dan sumbangan bagi membantu urusan waris keluarga Almarhum. Tempoh kutipan adalah seperti berikut:
Kutipan dibuka: 28 Mei 2026
Kutipan ditutup: 11 Jun 2026
Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa manfaat dan kesejahteraan buat mangsa dan waris keluarga.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H
[𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐔𝐊𝐀𝐂𝐈𝐓𝐀]
Assalamualaikum WBT,
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dengan penuh dukacita ingin memaklumkan bahawa:
Almarhum Muhammad Dinie Hakim bin Azwani, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam (DIMAC) telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 28 Mei 2026.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah kita bacakan dan sedekahkan buat arwah.
Semoga ahli keluarga Almarhum diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini, serta dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐒𝐈𝐌)]
Assalamualaikum WBT,
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin menjemput seluruh mahasiswi, untuk mengisi satu tinjauan khas berkaitan keselesaan dan reka bentuk baju korporat wanita sedia ada.
Tinjauan ini dilaksanakan susulan beberapa maklum balas yang diterima mengenai aspek keselesaan dan spesifikasi labuh baju yang dilaporkan sedikit pendek. Data daripada tinjauan ini amat penting bagi mendapatkan gambaran menyeluruh untuk dijadikan asas cadangan penambahbaikan rekaan korporat yang lebih sopan dan menepati keperluan mahasiswi.
❗️ MAKLUMAT PENTING❗️
• Sasaran Diperlukan: Sekurang-kurangnya 1000 responden Mahasiswi🧕🏻
• Tarikh Tutup Tinjauan: 7 Jun 2026 (Ahad)
Sertai tinjauan melalui pautan berikut: https://forms.gle/Lo7iMncdmyYNf4ZE6
Kerjasama anda sebagai mahasiswi yang prihatin amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
https://vt.tiktok.com/ZSxXKFoF2/
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
TIMBALAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
27 MEI 2026 | 10 ZULHIJJAH 1447H
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌]
Assalamualaikum WBT,
Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia. Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan dalam menghayati erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan.
Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah menjadi simbol ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT melalui penghayatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Semoga semangat ini terus menyuburkan nilai empati, kebersamaan dan semangat membantu dalam setiap diri mahasiswa.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
26 MEI 2026 | 09 ZULHIJJAH 1447H
[𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍]
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan Sukarelawan Program Qurban mengikut ketetapan berikut:
📆Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
⏰Masa: 8.00 pagi
📍Lokasi: Surau Al Mahabbah, Desa Indah Nilai.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
26 MEI 2026 | 09 ZULHIJJAH 1447H
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester bagi Semester 2 Sesi Akademik 2025/2026 yang berlangsung bermula 25 Mei hingga 2 Jun 2026 kepada seluruh mahasiswa/i USIM.
Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta memperbaharui semangat dan motivasi sebelum kembali meneruskan perjuangan akademik di kampus.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
25 MEI 2026 | 08 ZULHIJJAH 1447H
[𝐐&𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026/2027: 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀, 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁!]
Assalamualaikum WBT,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi akademik 2025/2026 membuka ruang kepada seluruh pelajar Tamhidi USIM 2026/2027 untuk mengemukakan sebarang persoalan serta kekeliruan berkaitan kemasukan dan kehidupan kampus menerusi sesi “Q&A TAMHIDI: Anda Tanya, Kami Jawab!”.
Sehubungan itu, seluruh mahasiswa dijemput untuk turut serta dan mengikuti hebahan terkini melalui saluran Telegram rasmi di Channel Telegram MPPUSIM agar tidak terlepas sebarang maklumat penting berkaitan sesi bersama MPPUSIM.
🔗 Pautan Channel:
https://t.me/+KF_Ywhh8GydiYjNl
Semoga inisiatif ini dapat memudahkan urusan mahasiswa serta menjadi wadah komunikasi yang lebih dekat antara mahasiswa dan pihak kepimpinan pelajar USIM.
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
25 MEI 2026 | 08 ZULHIJJAH 1447H
[𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐊 𝐆𝐎𝐃𝐀𝐍𝐆 2026]
Assalamualaikum WBT,
Selaras dengan Teras Ketiga MPP USIM yang memfokuskan kepada Pemerkasaan Badan Pelajar, pencarian Pengarah Program untuk slot aktiviti Olek Godang ini menjadi platform terbaik untuk menterjemahkan agenda tersebut.
Permohonan dibuka
📆 21 Mei 2026 - 14 Jun 2026
Langkah-langkah permohonan:
1. Isi borang permohonan di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgtfFKq-kQOUFakbsQo9ok_m9JuMTXuxyUwidxIaj3sy6bIQ/viewform?usp=sharing&ouid=100019962756326066601
2. Tunggu pengesahan daripada pihak urus setia.
3. Anda akan dihubungi dalam masa terdekat.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami:
📞 Saudara Kaisan: 013 647 2273
📞 Saudari Syawal: 013 617 4171
Mari sertai kami dalam menjayakan Olek Godang@USIM 2026, dan jadilah sebahagian daripada perjalanan ini❗🫵🔥
Sekian, terima kasih.
“𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2025/2026
21 MEI 2026 | 04 ZULHIJJAH 1447H
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
