cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

Більше
Індонезія111 954Мова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
189
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Makan Dari Sumber Haram عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ Daripada Kaab bin Ujrah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah daging manusia tumbuh dari barang yang haram kecuali neraka lebih berhak atasnya (HR. Tirmizi no. 558) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Setiap makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam mulut, pastikan ianya dari sumber yang halal dan baik. 2. Makanan dan minuman daripada sumber yang haram seperti hasil mencuri atau rasuah akan menumbuhkan daging tubuh badan kita. 3. Daging yang tumbuh hasil daripada makanan dan minuman yang haram tidak layak masuk ke syurga melainkan mendapat pengampunan daripada Allah SWT. 4. Ketahuilah, hasil yang diperolehi secara salah antaranya melalui rasuah adalah haram dan tidak berkat. Sanggupkah kita memberi makan dan minum kepada anak isteri serta keluarga kita dari sumber yang haram? Ingatlah, memakan makanan dari sumber yang haram maka nerakalah lebih utama baginya. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ. “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka Neraka lebih layak baginya.”(HR at-Thabrani dalam Al-Kabir, 19/136; Sahihul Jami’, 3594.) Ibnu Mas’ud berkata: “Perbuatan Shuht adalah seseorang menyelesaikan hajat saudaranya maka orang tersebut memberikan hadiah kepadanya lalu dia menerimanya.” Lalu dengan harta haram itu ia makan, berpakaian, berkendaraan, membeli rumah, atau menyewanya, melengkapkan perabot didalamnya serta mengenyangkan perutnya dengan yang haram tersebut. Nerakalah tempat yang layak baginya. Ayuh bersama kita pastikan… JANGAN ada daripada rezeki yang kita perolehi adalah dari sumber yang HARAM. 05hb Mac 2021 20hb Rejab 1442H
Показати все...
Boleh join ye pukul 11 nnti..Terima kasih🌻
Показати все...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS AMALAN KE SYURGA عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوْا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ). Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi no: 2485) #sempurnaseadanya #jadianaksolehsolehah #teruskanberamal #1hari1hadis 24hb Januari 2021 11hb Jamadilakhir 1442H Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami, boleh sertai kami di telegram: https://t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

Keutamaan Penuntut Berilmu عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ Daripada Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar." (Sunan Ibnu Majah No: 219) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga. 2. Mencari ilmu dalam suasana PKP ini, walaupun tidak dapat dilakukan secara F2F, namun dengan adanya kemudahan media sosial dan teknologi, kita boleh menuntut ilmu dimana-mana dan bila-bila masa. Namun perlu menjaga adab dan disiplin. 3. Orang yang berada di majlis ilmu termasuk secara online untuk menuntut ilmu, akan sentiasa didoakan Malaikat agar dicucuri rahmat serta didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air. 4. Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang). 5. Para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu bukan harta (harta boleh habis sedangkan ilmu sentiasa berkembang). 6. Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi. Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut. Gunakanlah segala kemudahan teknologi dan media sosial bagi mendapatkan ilmu bermanfaat. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga. Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami boleh ikuti melalui t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS RAHMAH DALAM BERDOA عَنْ فَضَالَةَ بْنَ عُبَيْدٍ يَقُولُ سَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلا يَدْعُو فِي صَلاتِهِ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلَ هَذَا ثُمَّ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA berkata; Nabi SAW mendengar seseorang berdoa dalam solatnya dan tidak mengucapkan selawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang ini telah tergesa-gesa." Kemudian Baginda SAW memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada orang lain: "Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki." (HR Tirmizi No: 3477) "ILMU MEMACU AKHLAK UMMAH" #sempurnaseadanya #jadianaksolehsolehah #staysavestayhome #1hari1hadis 23hb Januari 2021 10hb Jamadilakhir 1442H Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami, boleh sertai kami di t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

*Tazkirah Hari Ini (10 Jamadil akhir 1442H)* . Islam melihat contoh teladan sebagai antara kaedah pendidikan yang paling banyak memberikan kesan kepada anak-anak. . Ini kerana, apabila anak-anak melihat contoh ikutan yang baik pada ibu bapa mereka, mereka mengikuti prinsip-prinsip yang baik dan akhlak Islam. . Jikalau ibu bapa mahu anak mereka bersifat jujur, amanah, suci, penyayang, dan menjauhi perkara batil, maka ibu bapa juga perlu memberikan contoh yang baik, iaitu dengan melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan, berakhlak mulia, menjauhi sifat-sifat keji, mengikuti kebenaran, dan menjauhi kebatilan. . (Dr. Abdullah Nasih Ulwan - Tarbiyatul Aulad Fil Islam) Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami boleh ikuti melalui t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

5 MASALAH Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim mengenai lima masalah. Semua mereka memberi jawapan yang sama. 1. Siapakah orang yang sempurna akal? Mereka menjawab: Orang yang tidak menyintai dunia (mengambil dunia sekadar yang diperlukan). 2. Siapakah orang yang cerdik? Mereka menjawab: Orang yang tidak tertipu oleh dunia. 3. Siapakah orang yang kaya? Mereka menjawab: Orang yang redha menerima bahagiannya daripada Allah SWT. 4. Siapakah orang yang mengerti agama? Mereka menjawab: Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan. 5. Siapakah orang yang bakhil? Mereka menjawab: Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah SWT dalam hartanya.” #sempurnaseadanya #sahabatsyurga Untuk dapatkan lebih info, klik link di bawah: https://t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS UCAPAN KETIKA MELIHAT SUATU YANG DISUKAI DAN DIBENCI عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) "ILMU MEMACU AKHLAK UMMAH" #1hari1hadis 20hb Januari 2021 07hb Jamadilakhir 1442H Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami, boleh sertai kami di telegram: https://t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS MUKMIN YANG KUAT LEBIH DICINTAI ALLAH عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah engkau merasa malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu musibah, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan." (HR Muslim No: 4816) #1hari1hadis 19hb Januari 2021 06hb Jamadilakhir 1442H Tidak mahu terlepas dengan sebarang info dan pengisian ilmu daripada kami, boleh sertai kami di telegram: https://t.me/infodakwahsemesra
Показати все...
Info Dakwah Semesra

Info Badar Semesra

Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.