cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Angel Pakai Gucci

…is back! 😄

Більше
Рекламні дописи
931
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
-930 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Repost from Muassis
Repost from Muassis
APABILA TAJIKISTAN MENGHARAMKAN HIJAB Tajikistan, sepupu-sepapat kepada Kazakhstan dan Turkmenistan baru-baru ini telah meluluskan undang-undang pengharaman pemakaian hijab. Gila mat! Tajikistan merupakan sebuah negara majoriti Muslim dengan 98% daripada populasinya adalah beragama Islam kot?? Jadi apa hujah atau alasan yang digunakan kerajaan Tajikistan untuk mengharamkan hijab? Mereka mendakwa, ia adalah sebagai satu langkah menjaga adat dan kebudayaan Tajikistan, kononnya hijab adalah sesuatu yang asing bagi budaya mereka. Ia juga sebagai langkah untuk mencegah ekstremism dan kepercayaan khurafat. Khurafat celah mana Bedah oi! 🤦🏻‍♂️ Rupa-rupanya undang-undang kontroversi oleh pemerintah Tajikistan ini bukanlah satu-satunya polisi mereka yang pelik dan tak masuk akal. Sebelum ini Kementerian Pendidikan Tajikistan sudah pun mengharamkan para pelajar di sana memakai pakaian Islamik. Cuma yang bagusnya, mereka juga mengharamkan pemakaian skirt mini ala Barat. Selain itu, mereka juga mengeluarkan panduan kod dan etika berpakaian setebal 376 mukasurat; satu panduan khas buat wanita Tajik untuk berpakaian mengikut acara dan keramaian yang berbeza! Jika anda rasa itu sudah cukup gila, kerajaan Tajikistan juga telah mengharamkan para lelakinya daripada berjanggut tebal! 🤯 Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon sememangnya adalah seorang yang sekular dan merupakan seorang pemimpin pro-Soviet sewaktu ketika dahulu. Presiden Rahmon memang terkenal dengan polisi-polisinya yang banyak menyerang Islam. Polisi pengharaman hijab tidak eksklusif kepada Tajikistan sahaja. Negara Islam lain seperti Kosovo, Azerbaijan dan Kyrgyzstan juga pernah mengeluarkan arahan yang serupa. Kazakhstan juga baru-baru ini ada mempertimbangkan untuk mengharamkan hijab. Yang lucunya, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB sendiri mengatakan pengharaman burqa dan purdah adalah tidak serasi dengan undang-undang antarabangsa dan piawaian hak asasi manusia. Apatah lagi hijab! Persoalannya, bagaimana sebuah negara dengan majoriti penduduk Islam seperti Tajikistan tergamak mengeluarkan arahan sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan, apabila Islam tidak dijadikan paksi utama, sudah pasti nafsu dan jahiliyyah yang bermaharajalela. Dan jangan lupa, negara majoriti umat Islam dengan negara Islam adalah dua perkara yang berbeza! Islam adalah sebuah panduan lengkap kepada cara hidup, yang menentukan bagaimana umat Islam menjalani kehidupan sehari-hari. Ia bukan sebuah ‘agama’ yang terhad kepada ritual di tempat-tempat ibadah dan upacara tertentu sahaja! Tajikistan oo Tajikistan! Inche Gabbana Tim Penulis Mussis *** Berminat untuk menyertai Quranic Circle dan aktiviti anjuran kami pada masa depan? Tekan link ini untuk pendaftaran http://tinyurl.com/QuranicCircleForBro Follow & subscribe media sosial kami https://linktr.ee/muassismedia
Показати все...
Muassis | Instagram, Facebook, TikTok | Linktree

Platform Tarbiah Pilihan Masyarakat

SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Pengharaman Hijab Di Tajikistan Serius ahh? Negara dengan majoriti umat Islam haramkan pemakaian hijab?? 😱 Apa hujah dan alasan kerajaan Tajikistan? Mengapa mereka membuat keputusan seekstrem itu? Jom sembang! https://vt.tiktok.com/ZSY9eg8TM/ #sembanglimaminit #hijab #tajikistan
Показати все...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Pengharaman Hijab Di Tajikistan Serius ahh? Negara dengan majoriti umat Islam haramkan pemakaian hijab?? 😱 Apa hujah dan alasan kerajaan Tajikistan? Mengapa mereka membuat keputusan seekstrem itu? Jom sembang! https://vt.tiktok.com/ZSY9e2XwP/ #sembanglimaminit #hijab #tajikistan
Показати все...
SEMBANG 5 MINIT BERSAMA APG: Childfree Marriage Siri terbaru dari saya, mengulas isu-isu semasa yang panas dan tular. Dalam episod pertama ni, saya memilih isu Childfree Marriage yang kecoh baru-baru ni. Apa benda Childfree Marriage ni? Boleh ke benda ni dalam Islam? Apa dalil yang membolehkan/mengharamkan? Jom sembang! 😎 https://vt.tiktok.com/ZSYH9vQpE/ #sembanglimaminit #childfree #zuriat #trending
Показати все...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

Repost from Muassis
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Repost from Muassis
SHAH JAHAN DAN AURANGZEB: DUA SOSOK KONTROVERSI EMPAYAR MUGHAL (BHG 3) Setelah kemangkatannya, Maharaja Jahangir digantikan oleh anaknya, Shah Jahan; saya kira Maharaja Mughal yang paling terkenal dalam kalangan yang lainnya. Pemerintahan Shah Jahan menyaksikan kemuncak kepada pencapaian Mughal dalam seni budaya dan seni bina. Taj Mahal yang menjadi pujaan dan igauan setiap pasangan yang mahu berbulan madu dibina atas perintah Shah Jahan, kononnya sebagai tempat bersemadi isterinya yang tercinta, Mumtaz Mahal. Walau bagaimanapun, ada juga pakar sejarah yang mendakwa, Taj Mahal sebenarnya adalah sebuah masjid yang dibina oleh Shah Jahan yang sememangnya terkenal sebagai seorang pemimpin yang wara’. Antara hujah mereka, memang sudah menjadi satu kebiasaan sebuah makam pemimpin atau tokoh tertentu diletakkan di ruang khas di dalam masjid. Era Shah Jahan menjadi saksi kepada kegemilangan Empayar Mughal sebagai pusat global kepada seni budaya, seni bina dan kestabilan ekonomi, walaupun beliau tidak terlepas daripada kritikan termasuklah dakwaan sikapnya yang tidak bertoleransi terhadap agama lain terutamanya penganut Hindu. Mungkin Shah Jahan lah yang menjadi titik tolak kepada dakwaan atau tuduhan yang mengatakan Empayar Mughal kejam terhadap penganut Hindu? Apabila Shah Jahan jatuh sakit, ia telah mencetuskan perebutan kuasa antara anak-anaknya. Aurangzeb, salah seorang anaknya, muncul sebagai pemenang dalam perebutan itu. Beliau malah memenjarakan ayahnya - Shah Jahan - di Kubu Agra kerana memihak kepada abangnya, Dara Sikhoh dalam perebutan kuasa tersebut. Era Aurangzeb merupakan era keemasan buat Empayar Mughal. Selama kurang lebih 50 tahun memerintah, Aurangzeb berjaya menjadikan Empayar Mughal sebagai empayar yang paling luas kuasa jajahannya. Ekonomi Empayar Mughal juga mencapai zaman kegemilangannya, sehingga berjaya mengatasi Empayar Qing di China sebagai ekonomi terbesar di dunia. Aurangzeb juga terkenal sebagai seorang pemimpin yang wara’ dan soleh. Aurangzeb bertanggungjawab mengembalikan Empayar Mughal kepada kefahaman Islam yang lebih ‘tradisional’ (walaupun usaha-usaha ini telah dimulakan oleh bapanya) dengan mengimplementasikan Fatwa ‘Alamgiri dalam pemerintahannya. Fatwa ini merupakan satu kod undang-undang yang melaksanakan hukum syariah dalam segenap aspek pemerintahan termasuklah pentadbiran, ketenteraan, kehakiman, ekonomi dan lain-lain. Namun begitu, sama seperti bapanya, pemerintahan Aurangzeb juga tidak dapat lari daripada kontroversi. Aurangzeb telah mengembalikan jizyah yang dikenakan terhadap kafir zimmi dalam Empayar Mughal. Cukai ini telah dimansuhkan oleh moyangnya, Akbar suatu ketika dahulu. Sudah tentu tindakan Aurangzeb ini tidak disenangi oleh orang bukan Islam. Di samping itu, Aurangzeb juga dilihat tegas dalam melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahannya dan dikatakan bertanggungjawab meruntuhkan beberapa kuil Hindu. Semua ini telah menjadikan Aurangzeb seorang antagonis dalam sejarah empayar Mughal yang panjang. Para penyokong Aurangzeb mempertahankannya dengan mengatakan, di zaman Aurangzeb-lah, orang-orang Hindu paling banyak diambil bekerja di bawah pentadbirannya. Aurangzeb juga meraikan budaya Hindu dalam pelbagai cara selagi mana ia tidak melanggar hukum syara’. Kemangkatan Aurangzeb menandakan kejatuhan Empayar Mughal. Malah semasa zaman pemerintahannya pun, banyak siri peperangan dan pemberontakan telah melemahkan kekuasaan Aurangzeb, terutamanya pemberontakan Maratha dan penentangan kaum Sikh. InshaAllah bahagian empat untuk siri penulisan ini akan menjawab dan seterusnya menyimpulkan dakwaan-dakwaan dan tuduhan ‘liar’ terhadap Empayar Mughal. Inche Gabbana Tim Penulis Muassis *** Berminat untuk menyertai Quranic Circle dan aktiviti anjuran kami pada masa depan? Tekan link ini untuk pendaftaran http://tinyurl.com/QuranicCircleForBro Follow & subscribe media sosial kami https://linktr.ee/muassismedia
Показати все...
Muassis | Instagram, Facebook, TikTok | Linktree

Platform Tarbiah Pilihan Masyarakat

Repost from Muassis
Episod 9 Iman Sekejap Semua orang pernah deal dengan bank kan? Nak buat pinjaman, nak deposit duit dan macam-macam lagi… Tapi pernah tertanya tak sejauh mana industri perbankan ni memberi kesan kepada masyarakat, terutamanya apabila industri ini diasaskan berdasarkan riba’? Semuanya dikupas dalam episod khas bersama tetamu undangan, Saudara Ikmal Nordin. Selamat menonton dan jangan lupa untuk share, like dan subscribe! https://youtu.be/-9OMuuFVNow?si=wek0BGv_eawcfFm7
Показати все...
Perbankan Dan Ekonomi Islam: Real Atau Sekadar Drama?

Audio Siar Iman Sekejap kali ini membawa tetamu khas, Saudara Ikmal Nordin untuk membincangkan perihal sistem kewangan islam di Malaysia, dunia perbankan dan ekonomi serta bahananya yang berputar sekitar tunjang riba'. Anda pasti tak nak terlepas episod kali ini! Selamat menonton dan jangan lupa untuk like dan subscribe Muassis TV. ===== Butiran Lepak-Lepak Tarbawi (L2T) adalah seperti berikut: Masa : Setiap Jumaat, 9.00-11.00pm Tempat : Southville City Amacam? Onz ke onzzz?? Kalau dah onz tu, pm admin di sini:

https://tinyurl.com/L2TBrothers

Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT di Mahsyar kelak; 3 tiga daripadanya ada kaitan dengan cinta. ☺️ Agak-agak mampu tak kita jadi salah satu daripadanya..? https://vt.tiktok.com/ZSYuf5FND/ #Chenta #1hari1chenta
Показати все...
TikTok · Inche gabbana

Check out Inche gabbana’s video.

Best tak perasaan apabila kita bersahabat dengan seseorang tu, dia buat kita rasa special sangat, macam kita nilah manusia yang paling penting dan paling rapat dengan dia? Begitulah katakter Rasulullah SAW dalam melayani para sahabatnya; semua pun rasa istimewa! Sollu ‘alannabiy! 🥹 https://vt.tiktok.com/ZSYmtd54v/ #chenta #1hari1chenta
Показати все...
TikTok · Inche gabbana

124 likes, 2 comments. “Beruntung sungguh bagi mereka yang pernah bergelar sahabat kepada Rasulullah SAW; kerana mereka ini dilayan dengan sangat istimewa oleh baginda. Ahhh jelesnyaaa! 🥹”

Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.