cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Izzati Elya 🇲🇾

Bangunlah pemuda! Kita ada dunia untuk didamaikan. Kita ada akhirat sebagai nikmat pembalasan. Semoga kita tergolong dalam golongan "Generasi Yang Dinanti-nantikan" ❤️

Більше
Рекламні дописи
7 246
Підписники
-324 години
-197 днів
-6930 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

LiVE RAFAH BUMI BERDARAH sudah bermula! Jom sertai sesi sharing ini untuk mengetahui secara langsung keadaan di Gaza. Tekan link: https://www.instagram.com/izzatielya.official/live/18003602192601754
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Bukan mudah nak LIVE direct dengan volunteer medic yang memang tengah ada dekat sana🇵🇸 Jom dengarkan sharing untuk mengetahui keadaan semasa di Rafah bersama Dr. Salman dan Dr. Haniif Ahmad di IG saya malam ini, InsyaAllah. 🇵🇸
Показати все...
7
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Ilmu yang paling sukar untuk dipelajari dan difahami adalah ilmu Fiqh Darah Wanita sehinggakan terdapat ramai ulama’ yang tersalah hukum bab darah.” Sejauh mana seseorang wanita, empunya darah itu memahami dan beramal dengan ilmu Fiqh Darah yang benar? Sertai program "Lestari Wanita - Pemantapan Ilmu Haidh, Istihadah & Nifas" untuk mendapatkan penjelasan penuh terkait permasalahan ini. Terhad 1,500 peserta sahaja. Daftar Program Lestari Wanita : Khusus Muslimat https://www.baitussafiyyah.com/lestariwanita3006?tracking=sistahood
Показати все...
00:23
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Bagi kaum perempuan, self-growth adalah bahagian yang penting dalam perjalanan hidup. Cuba bayangkan kehidupan yang langsung tiada kemajuan atau pengembangan. Buku ini ditujukan untuk perempuan-perempuan yang ingin bertindak, bergerak dan berubah menjadi versi terbaik dari diri mereka sendiri melalui proses self-acceptance dan self-growth dengan dipandu oleh petunjuk wahyu. Nak tahu lebih lanjut kena dapatkan buku "Perempuan Bertumbuh" di PBAKL nanti 😉❤️ Booth: Versa Zahiras
Показати все...
9
🔴SNEAK PEEK! : BUKU TERBARU @izzatielya.official BERTAJUK "PEREMPUAN BERTUMBUH" Seperti yang korang lihat, ini adalah di antara wajah dalaman buku terbaru karya dari penulis baru di bawah naungan kami iaitu Izzati Elya. Sedikit latar belakang mengenai Izzati Elya, beliau merupakan seorang influencer dan motivator. Nantikan pelancaran buku ini hanya di Booth VERSA X ZAHIRAS CREATIVE yang bertempat di: 🎪: Booth No. 4167B - 4172 (Dewan Tun Razak 4) 🎪: Booth No. M21 & M24 (Bilik Mawar) 📍: World Trade Centre, Kuala Lumpur 📆: 24 Mei - 2 Jun 2024 ⏰: 10 pagi - 10 malam Save the date guys!💜✨ Amacam guys? Apa pendapat korang dengan buku ni, komen kat bawah okies?🙈
Показати все...
8👍 2
• • • ﷽ Mari kita usahakan menjadi perempuan yang berbahgia dengan menjadi dirinya sendiri, yang tidak mengubah dirinya hanya untuk memuaskan dan menyenangkan hati orang lain. Untuk disukai, bukan bererti kamu mesti berubah menjadi orang lain, tetaplah menjadi versi dirimu yang terbaik. Kamu hanya perlu menerima diri sendiri, kerana di situlah letaknya kedamaian dan kebahagiaan sejati. Be true to yourself 🌷🎀🩷 Untuk memuaskan semua hati manusia adalah satu hal yang mustahil. Maka dari itu, fokus dalam melakukan perkara yang Allah mahu saja. 🥰 -Izzati Elya #perempuanbertumbuh
Показати все...
34👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
• • • ﷽ Akhirnya, reveal sudah cover buku terbaru saya, "Perempuan Bertumbuh". Apa pendapat korang? Cantik tak? 🤭 Saya ambil konsep minimalis kali ini. Warna hijau pula melambangkan identi alam yang membawa maksud kesegaran, kedamaian, pengembangan dan relaksasi. "Buku ini saya persembahkan untuk para perempuan, yang mahu belajar menerima kekurangan diri, yang mahu mengembangkan potensi diri, yang mahu menjadi diri sendiri versi yang Allah redai, Semoga kalian bertumbuh menjadi perempuan yang mampu menebar inspirasi". 🤍 InsyaAllah, "Perempuan Bertumbuh" akan dilancarkan di PBAKL 2024 bersama dengan buku-buku baru penulis yang lain dibawah rumah penerbitan @versa.zahiras 😇 p/s: Letakkan buku "Perempuan Bertumbuh" dalam wish list korang waktu PBAKL nanti tau! Terus ikuti perkembangan di @versa.zahiras 🥰 #perempuanbertumbuh
Показати все...
26
Фото недоступнеДивитись в Telegram
• • • ﷽ Ingatlah bahawa, “Kehidupan ini sejatinya tentang menikmati dan menjalani setiap proses yang terjadi. Maka dari itu, tetaplah berusaha untuk memberikan apa kiranya yang terbaik untuk hari ini, agar kamu tiada penyesalan di hari esok.” -Izzati Elya #perempuanbertumbuh
Показати все...
19👍 1
• • • ﷽ Sudah tiba masanya untuk kita melepaskan apa yang bukan milik kita, mengikhlaskan apa yang Allah takdirkan untuk kita, menerima dengan reda yang tidak semua manusia kekal setia bersama kita, berjiwa besarlah dengan memaafkan siapa pun yang melukakan hati kita, dan jika urusan takdir-Nya tidak sehaluan dengan keinginan kita, jangan sesekali bersangka buruk kepada-Nya. Maa Qodarullah Khair; “Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka.” -Izzati Elya #perempuanbertumbuh
Показати все...
41👍 6😢 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sesekali peluklah dirimu sendiri, lantas katakan… "Dear me… Terima kasih sudah menjadi yang terbaik. Terima kasih sudah bertahan sejauh ini. Kamu hebat. Kamu kuat. Maaf jika aku selalu mengabaikan makanmu, kesihatanmu juga kebahagiaanmu. Tapi kamu selalu tetap tegak berdiri meski terkadang sesekali lelah terbaring tak berdaya, sekuat tenaga kamu berjuang untuk bangkit. Maaf juga atas segala luka yang orang lain lakukan atas dirimu. Hari ini aku janji akan lebih menjagamu dengan lebih baik lagi". 🤍 -Izzati Elya #perempuanbertumbuh
Показати все...
53👍 6🥰 4😢 1