cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Iddin Ramli Quotes 🖋️

100% manage by Iddin Ramli

Більше
Рекламні дописи
70 653
Підписники
-2324 години
-2217 днів
-92330 днів
Архів дописів
Фото недоступнеДивитись в Telegram
PBAKL 2024 in progress ❤️ Jumpa bermula esok ya hingga 2 jun! Lokasi booth Naseehat :- 1) Bilik Mawar (Hotel Entrance) 2) Level 4 Dewan Tun Razak Datang ya! Cari booth iddin okay?
Показати все...
0.76 KB
Фото недоступнеДивитись в Telegram
YANG NI SEKALI TOLONG LIKE + KOMEN + FAVOURITE KAN UNTUK UNDI IDDIN PERGI TOP 5 🙏🏻 https://vt.tiktok.com/ZSF8NXoBf/
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
KORANG MAIN TIKTOK KAN? TOLONG IDDIN LIKE + KOMEN + FAVOURITE KAN GAMBAR NI. ADA LAGI 9 HARI JE UNTUK UNDI 🙏🏻 https://vt.tiktok.com/ZSF8NsHmM/
Показати все...
Yang lambat belum tentu buruk untukmu. Terkadang lambat juga adalah hal yang sepatutnya kamu syukuri. Mungkin itu caranya Tuhan melindungimu? Tetaplah bersangka baik agar kamu tidak dihancurkan oleh prasangka burukmu pada setiap takdir yang tertulis. Moga kamu baik-baik saja ya. - Iddin Ramli
Показати все...
See you very soon ❤️
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Alhamdulillah pendaftaran dah buka! Dapatkan tiket korang cepat tau sebab seat sangat limited 🥰 Jumpa nanti ya! Semoga 2024 dipandu dengan keimanan & penghijrahan menjadi versi terbaik diri kita ya ☝🏼 📍Sabtu, 17 february 2024. Dewan raja muda musa, shah alam. Register sini tau👇🏽 https://naseehatofficial.onpay.my/order/form/heejrahfestival2024
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Sejak 2022 iddin plan nak buat satu event besar-besaran & kita berhimpun semata-mata kerana Allah. Alhamdulillah 2023 Allah buka jalan & insyaAllah 17 february 2024 akan berlangsungnya satu festival buat julung kalinya yang dianjurkan iddin as founder Naseehat. Heejrah festival ni berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 17 februari. Korang nak daftar tak? Nanti iddin open link pendaftaran ya!
Показати все...
Sudah tiada lagi alasan untuk bertahan. Yang tinggal cuma rasa kasihan. Jika rasa kasihan yang menjadi tali pengikat kamu di situ, ketahuilah tali itu tidak akan selamanya mengikatmu. Ikatan itu akan terlerai & tali itu akan putus nanti. - Iddin Ramli
Показати все...
Tetaplah ada kerana ketika dia meminta kamu untuk terus ada, dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia mahu dukunganmu. Jangan biarkan dia lemas dalam masalahnya ya? - Iddin Ramli
Показати все...
Memiliki belum tentu memadam rasa lonely. Tak perlu tergesa-gesa. Ramai yang tetap terasa lonely meskipun sudah memiliki. Dahulu terasa pilihannya adalah yang paling tepat. Harini, dia terasa ingin mengundurkan waktu agar boleh mengubah segala yang telah berlaku.
Показати все...
INFO NASEEHAT DI PESTA BUKU 2023! ❗️Pesta buku Kelantan. 22 september - 30 september di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. ❗️Pesta buku Kedah 24 september - 30 september di Village Mall, Sg Petani, Kedah. ❗️Pesta buku Terengganu 28 september - 7 oktober di Level 2, KTCC Mall, Terengganu. Jumpa anda di sana!
Показати все...
Hal yang paling menakutkan, ketika kamu punyai masa menghitung dosa orang lain sedangkan dosa kamu sendiri masih belum diampunkan الله.
Показати все...
Slot jelajah Naseehat yang still available untuk bulan september. 14 september - johor (pagi) 15 september - selangor/kl (pagi) 17 september - perak (pagi) 18 september - perak (malam) Kalau berminat nak jemput, boleh whatsapp 014-5518810 (pn linda)
Показати все...
Iddin nak meluah sikit ni. Korang kalau nak jemput iddin datang sekolah/ipt korang janganlah main-main. Penat tau nak susun jadual. Kalau dah cakap confirm tu please confirm betul-betul. Kalau tak pasti, cakap tak pasti. Jangan cakap confirm kalau tak pasti! Kalau tak, iddin boleh bagi ruang sekolah/ipt lain amik slot tu. Hormati masa & effort orang lain. Nak susun jadual pun pening tau. Bukan awak sorang je yang berurusan dengan kami. Tapi ratusan sekolah/ipt yang nak booking slot. Kalau dah cakap confirm lepastu tiba-tiba tak jadi. Tolong bagitahu awal-awal. Jangan diam buat taktahu. HORMAT masa orang ok?
Показати все...
Selalu kamu dipesan agar jangan putus asa. Masih ada harapan selagi kita berusaha. Tapi jika jawapannya sudah kamu tahu, untuk apa lagi berusaha? Usahamu hanya akan mematahkan hatimu. Sedar diri. Ada perkara yang kamu usahakan itu bukan semakin mendekat, tapi semakin menjauh. Kadang kala menyerah kalah juga adalah pilihan terbaik. - Iddin Ramli
Показати все...
Lidah yang kita gunakan untuk membaca Al-Quran ini lidah yang sama kita gunakan untuk mengumpat. Lidah yang kita gunakan untuk berzikir, berselawat ini lidah yang sama kita gunakan untuk membukan aib orang lain, mencaci, memaki & berkata tentang perkara yang tak sepatutnya kita katakan. Tak akan terlepas setiap patah kata yang keluar dari mulut kita kerana semuanya akan ditanya & dihisab di akhirat. Tak rugi jika kamu memilih untuk diam dalam banyak perkara yang tiada kena mengena dengan kamu. - Iddin Ramli
Показати все...
Tak semua yang berlegar di sosial media itu benar. Jangan dahulukan emosi & nafsu untuk berikan komentar. Kamu tak rugi apa-apa pun jika mengambil keputusan untuk diam. Antara perkara yang boleh lindung kita dari apa neraka adalah menjaga lidah & lisan. - Iddin Ramli
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Korang tahu tak? Sekarang iddin tengah buat contest ipad 3x untuk 3 orang. Beli je dekat tiktok atau shopee ya. Nanti dapat borang, scan isi details untuk kita call pemenang dalam live 💪🏼
Показати все...
Ketika kamu berputus harapan, yang bersamamu itu adalah Tuhan. Dia tahu kamu hampir menyerah. Dia tahu kamu seakan tidak berdaya. Dia tahu kondisimu saat ini seakan lemas dalam masalahmu. Allah itu terlalu dekat denganmu. “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Qaaf : 16) “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku….” (Al-Baqarah : 186) Tidak akan dibiarkan kedua tanganmu yang diangkat untuk berdoa, merintih & merayu itu turun dengan tangan yang kosong. Pasti dia akan mendengar segala keluhanmu & menerima setiap permintaanmu. Merayulah. Kamu itu hamba yang dahagakan kasih-Nya. - Iddin Ramli
Показати все...
Bersyukurlah akan hal-hal yang sedikit pasti hal sedikit itu akan terasa cukup. Bersyukurlah, kerana yang bersyukur itu cuma sedikit. Beruntunglah jika kamu termasuk dalam mereka yang sedikit itu. Mereka yang sedikit itulah yang paling beruntung & tenang di dunia & akhirat. - Iddin Ramli
Показати все...
Tetap berjuang ya? Sikit saja lagi kamu akan sampai ke tujuanmu.
Показати все...
Selalu pesan pada diri, Selalu ingatkan diri, Tak semua yang kamu harapkan akan sejalan dengan kehendakmu. Sekurang-kurangnya kamu hanya terluka kerana perkara itu tidak mengikut kehendakmu. Jangan ditambah lagi dengan luka menaruh harapan. - Iddin Ramli
Показати все...
Kata Nabi, yang kuat itu bukan mereka yang mampu mengangkat berkilogram besi. Tapi mereka yang mampu menahan diri daripada marah. Sungguh, sabar itu adalah sifat orang beriman. Diam itu lebih baik kerana marahmu itu tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku. - Iddin Ramli
Показати все...
Diam tidak semestinya kalah. Kadangkala diam untuk tidak membesarkan masalah. Diam juga kerana ingin bertenang agar tiada yang terluka kerana kata-kata. Kerana sedar, tidak berbaloi untuk bergaduh kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi kehilangan kamu kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi berlawan mulut kerana hal yang tidak sepatutnya. - Iddin Ramli
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Shopee bagi harga sampai macam ini. Murah sangat ni dah kenapa 😔
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Otw ke Pesta buku Brunei 🇧🇳 ICC, Brunei 🇧🇳
Показати все...
Ada yang malam melakukan dosa, siangnya merintih menyesal pada yang Esa. Ada yang siang melakukan dosa, malamnya merintih seperti bayi dengan penuh penyesalan pada yang Maha Esa. Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Selagi ada peluang, merintihlah kerana Tuhan tidak teragak-agak untuk menerima kamu pulang. - Iddin Ramli
Показати все...
Tiada yang lebih memahami kamu lebih dari Allah. Allah tahu apa yang terpendam. Allah tahu setiap masalahmu. Sebelum kamu meluahkan pada-Nya, Dia sudah tahu setiap susunan permintaanmu. Kamu harus terus meminta & berharap dalam setiap doa-doamu. Kerana kamu itu hamba. Hamba sifatnya hina tiada apa-apa melainkan memerlukan sepenuh kebergantungan kepada-Nya. Mintahlah. Tuhan itu mendengar. - Iddin Ramli
Показати все...
 حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.
Показати все...
Korang nak tanyalah. Siapa lepasan SPM yang dapat tawaran ipta? Bila tarikh intake korang? Bulan oktober kan? Berapa hari bulan ya?
Показати все...
Kamu tidak mendewasa kerana teori-teori kehidupan yang kamu belajar di universiti. Kamu mendewasa kerana apa yang kamu lalui, luka yang kamu tempuhi, sakit yang kamu hadapi. - Iddin Ramli
Показати все...
Sudahlah tu berharap. Kamu hanya memiliki perkara yang tertulis takdirmu. Sudahlah tu memaksa perkara yang tidak mahu mendekat. Sudahlah tu mengejar perkara yang berpaling. Kamu tak sepatutnya selemah itu. Bila lagi nak sedar ni? - Iddin Ramli
Показати все...
Kita selalu sakit hati dengan perkara yang tiada urusan dengan kita. Selalu benci seseorang yang tiada salahnya pada kita. Selalu iri pada nikmat seseorang yang tidak menyinggah pada kita. Sebenarnya bukan orang itu yang menyakitikan kita. Bukan dia yang salah, tapi hati kita yang bermasalah. - Iddin Ramli
Показати все...
Jika takdir berkata sebaliknya, seharusnya kamu memilih untuk terus kuat kerana takdir tidak akan menyakitimu dengan sengaja tanpa hikmah dari-Nya. Menjadi lemah & tenggelam itu adalah pilihan. - Iddin Ramli
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
IDDIN DATANG BICARA SANTAI KE TEMPAT BELAJAR KORANG SECARA PERCUMA‼️ Slot available - 12/9 - pagi (n9/melaka) 13/9 - malam (pahang) 18/9 - pagi (perak) 20/9 - malam (kedah) 22/9 - pagi (kedah/perlis) Whatsapp untuk jemputan👇🏽 wasap.my/60145518810/jemputiddinramli
Показати все...
Benar, manusia itu tidak sempurna & melakukan salah. Tapi jika kesalahan yang sama berulang kali, adakah kamu masih memilih untuk bersangka baik lagi? Tak perlu berpura bersangka baik sedangkan hatimu dirobek. Kamu cuma takut hidup tanpa dirinya. Semenjak dia hadir, kamu lebih banyak luka berbanding bahagia. Sedangkan selama ini kamu mampu saja hidup sendiri dengan bahagia. Bila lagi nak sedar ketenangan hatimu sendiri adalah keutamaan untuk diperjuangkan? - Iddin Ramli
Показати все...
Apa sahaja yang berlaku kamu harus tetap melangkah kehadapan. Itulah kehidupan. Jangan berhenti & mengalah. Jangan merasakan seolah-olah ujian itu adalah noktah. Apa yang telah lalu adalah sumber pelajaran yang tidak akan kamu perolehi di mana-mana universiti. Kamu akan menumbuh dewasa kerana hal itu. - Iddin Ramli
Показати все...
Kadang bingung, kenapa doamu sudah terlalu lama tidak tertunai. Persoalanmu tiada tanda akan terjawab. Kecewa, hiba menyelubungi hati. Ingat, kunci bahagia itu ada pada bersangka baik dengan Allah. Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala perkara. Yang mengawal segala hal adalah Dia. Jadi sederhanakan risaumu. Tuhan tidak akan biarkan kamu berada dalam kecelakaan selama kamu terus bersandar pada-Nya. - Iddin Ramli
Показати все...
Korangg datang pesta buku kelantan tak? Kat aras 2 mydin tunjong kota bharu. 28 july hingga 5 ogos tau.
Показати все...