Hann's Lavenders 💜
Закритий канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Показати більше1 035
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-830 день
Архів дописів
1 035
Jap, nak buang random draf dalam kepala otak ni kejap. Maaflah korang kalau asyik nampak saya share random scene dari cerita berbeza². Otal gue taknak berhenti berfikir 😭😭😭
1 035
Sebabnya, alang-alang BC dah jadi novel kan, apa salahnya 2 bawah tu jadi novel🥰 Watak pun berkait cam biaso hshshshs
1 035
Senarai tajuk Cinta Series :
Season 1 (ebook) :
• Posmen Cinta
• Kopi Cinta
• Earphone
Season 2 (ebook) :
• Podcast Cinta
• Pemendam Cinta
• Ribbon
Season 3 (ebook) :
• Tren Cinta
• Dobi Cinta
• Suria!
Season 4 :
• Biasiswa Cinta (novel)
• Durasi Cinta
• Restart
1 035
"Pak su, pak su janji dengan adik boleh?"
"Janji apa?"
"Janji yang pak su akan selalu sayang adik."
"Mestilah. Pak su akan selalu sayang Qurratu Jannah. Tak ada siapa pun boleh gantikan Qurratu."
1 035
Random #cokiber (eid-adha version)
Addy yang berdiri di muka dapur, hanya mampu garu kepala. Aduh, Qurratu! Suka sangat berdrama!
"Addy buat apa dekat Qurratu sampaikan dia menangis ni?" soal Nur sambil mengusap lembut belakang tubuh Qurratu.
"Sumpah, kak! Addy tak buat apa pun. Qurratu tiba-tiba lari lepas tu menangis."
"Kalau Addy tak buat apa-apa, kenapa Qurratu menangis? Tengok ni, sampai merah muka dia."
Geram pula Nur apabila Addy seakan-akan tidak mahu mengaku apa salahnya. Bukan apa, kulit Qurratu yang putih ini memang senang merah kalau dia menangis kencang seperti ini. Mahu Nur tidak risau?
"Addy... saya balik dululah ya?"
Ketika suara asing itu menyapa gegendang telinga, Nur dan Qafeel serentak memandang ke arah gadis itu.
"Hilyaa, jangan balik lagi. Kan saya kata saya nak kenalkan awak dengan keluarga saya."
Nur dan Qafeel saling berpandangan. Nampaknya, mereka sendiri boleh teka apa yang menyebabkan puteri kecil mereka menangis.
Qurratu... cemburu.
***
Peminat Addy dah boleh mundur ya. Ataupun boleh gaduh dengan Hilyaa 🥰🤣🤪
Esok sambung🫣🤗
1 035
Random #cokiber (eid adha version)
"Sayang..."
Terkejut Nur apabila dengar suara gedik sakit suaminya. Habis merah mukanya. Sudahlah ada kak long sekali. Malu!
Kak long tarik senyum. Nampaknya, ini tanda-tanda dia kena berundur.
"Ha Qafeel, alang-alang ada dekat sini, bolehlah tolong Nur letak lauk dalam mangkuk nanti. Kak long pergi depan kejap."
"Boleh, kak long."
Tinggallah mereka berdua dia dapur. Nur pun mula keluarkan jurus cubitan ketamnya.
"Abang! Malulah Nur dekat kak long tu!"
"Aduh, sakitlah Nur!"
"Padan muka! Buat lagi perangai depan kak long."
"Apanya? Bukannya abang buat apa pun. Abang panggil sayang je. Salah ke?"
Qafeel masih lagi rasa dirinya tidak salah. Nur ni, garang betul!
Nur tayang muka malas mahu melayan suaminya. Lebih baik dia siapkan lauk yang perlu dihidang. Nanti kalau keluarga mentua Affan dah sampai, kelam-kabut pula.
"Tadi Addy cakap, abang tak berapa sihat. Kenapa masuk dapur?"
"Saja, rindu isteri."
Erk! Dah kenapa suaminya jadi gatal macam ulat beluncas pula ni? Orang lain kalau sakit, jadi manja. Qafeel ini, jadi gatal miang!
"Simpan dulu ayat-ayat manis abang tu. Sekarang ni, ada baiknya abang tolong Nur hidang lauk."
"Boleh, sayang."
Nur sembunyi senyum. Senang betul kena arah. Tapi memang Nur perasan bibir Qafeel sedikut pucat. Haih, kenapalah sakit tiba-tiba ni?
Sedang pasangan suami isteri itu hidangkan lauk, suara anak gadis mereka yang menempik mula kedengaran. Dari dapur, Nur dan Qafeel dapat lihat si kecil itu berlari ke arah mereka.
"Mama!!! Papa!!! Pak su dah tak sayang adik!!!"
***
Addy buat hal 🥰
1 035
Random #cokiber (eid adha version)
Rasa hangat gara-gara tangan kecil yang menyentuh pipinya, menyedarkan Qafeel daripada tidur. Aih, dia terlelap lagi. Entah kenapa, hari ini dia mengantuk sangat.
"Papa... mama suruh bangun. Pak long dengan pak su dah balik dari masjid dah."
Qafeel tarik senyum, seronoknya bila dia dengar suara si kecil kesayangannya ini di pagi hari. Persis maksud namanya, anak kecil ini sememangnya penyejuk hati.
Perlahan-lahan, Qafeel buka mata. "Sayang papa dah siap?"
"Dah, pak su tolong siapkan! Mama dekat dapur, masak."
Petah sekali si kecil yang sudah berusia 5 tahun ini menjawab soalan sang ayah. Disebabkan itu, Qafeel bangun dari katil.
Entah kenapa, pulang sahaja dari solat hari raya, tubuhnya terasa sangat letih. Sebab itulah Qafeel pilih untuk tidur kejap.
Qurratu didukung lalu Qafeel keluar dari kamar. Dapat dia lihat Addy yang baru sahaja meletakkan 2 plastik berisikan daging korban di atas meja.
"Eh, bang! Dah sihat ke?"
"Okey sikitlah daripada tadi. Kakak mana?"
"Kakak ada tu dekat dapur dengan kak long. Tengah panaskan lauk. Petang ni, family mentua angah nak singgah rumah."
Selepas bernikah, Affan tinggal di Terengganu memandangkan dia ditukarkan ke sana. Untung sahaja isterinya bersetuju.
Qafeel hanya angguk kepala. "Addy boleh tengokkan Qurratu kejap? Abang nak masuk dapur tengok kakak."
Tak bercakap banyak, Addy terus mengambil Qurratu yang ada di dalam dukungan Qafeel.
1 035
"Mungkin, yang salah tu saya, bukannya mama atau papa. Salah saya, sebab pilih untuk jadi anak mereka."
#RYDU
1 035
"Terima kasih."
"Terima kasih? Untuk apa?"
"Sebab awak berjaya utuhkan hidup awak."
#RYDU
1 035
Selamat hari raya, maaf zahir batin semua🤍✨
p/s : jangan lupa kumpul duit 10 sen sehari juga. Ada lagi 4 ebook, 1 novel untuk tahun ni🥰🫶
1 035
Ini macam randomlah kans. Tapi, saya kan sekarang dalam mood 'comel'. Jadi, buat yang dah baca Cokiber, apa kata kalian kalau saya revamp full dan jadikan Cokiber ni cite comel tanpa pain yang mcm anda baca dalam ebook tu?
Tapi dalam masa yang sama, saya sayang old plot. Plot tu yang menyebabkan Addy, Affan dengan Azad shine hshshsh!
Argh, serabuk serabuk. HAHAHAHA
1 035
Walau perlukan seribu tahun perjuangan,
Akan tetap ku teruskan,
Agar dunia ikut tahu,
Hatimu juga layak berdendang sayu.
#RYDU
1 035
+7
https://wa.me/601110728101?text=JUALAN%20EBOOK%20MISZHANN
Assalamualaikum! Saya buka semula jualan ebook saya selama 5 hari. Hasil jualan akan saya berikan dekat adik mikhael. Doakan kesembuhan dia ya🤍
