uk
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Закритий канал

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Показати більше
1 049
Підписники
-124 години
-27 днів
-930 день
Архів дописів
“Fadlin? Waktu zohor dah masuk. Tak elok lambat-lambatkan waktu solat.” “Huh?” “Ambil wuduk, sayang. Kita kan nak solat sama-sama ni.” “Aaa… okey….” Fadlin pun bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Tutup pintu. Fadlin memandang lama paip air. Berkira-kira sama ada dia harus buka atau tidak. Tok! Tok! “Fadlin okey tak dekat dalam tu?” Sepatutnya, kedengaran bunyi air yang sedang mengalir dari paip. Namun, hampir lima minit Zidan tidak dengar apa-apa bunyi. Sebab itulah dia mengetuk pintu bilik air. Hairan juga isterinya mengambil masa yang lama untuk berwuduk. “Fadlin, buka pintu ni dulu.” Arahan dituruti. Fadlin membuka pintu tandas. Matanya merah menangis tangis. Zidan yang melihat mula rasa gelisah. Lebih resah hatinya apabila Fadlin tiba-tiba menangis! “Eh, sayang! Kenapa ni? Kenapa menangis? Ada apa-apa yang menakutkan ke dalam tandas tu?” Huwaa!!! Makin kuat tangisan Fadlin. Sudahnya, Zidan menarik isterinya keluar dan dipeluk erat tubuh kecil itu. Fadlin pula masih lagi menangis dalam dakapan suaminya. “Sayang, kenapa ni? Hmm? Ada apa-apa ke?” “Fad…Fad tak reti ambil wuduk…” Dengar saja alasan isterinya menangis begini, Zidan menghela nafas lega. Ingatkan ada apa-apa yang menakutkan isterinya tadi. Kemudian, Zidan tersenyum nipis. Pelukan itu semakin dieratkan. “It’s okay. I’m here to guide you. Abang boleh ajar Fadlin cara nak ambil wuduk.” Pelukan mereka dileraikan. Air mata Fadlin yang masih mengalir, Zidan hapus lembut. Bibirnya tersungging senyum lucu. Kelakar pula melihat mata Fadlin yang basah dengan hidung yang memerah. Hatinya tercuit dengan kecomelan isterinya. “Comelnya rudolph abang ni. Merah hidung menangis. Nak ambil wuduk tak? Abang ajarkan.” “Nak….” “Jom, kita ambil wuduk sama-sama.” *** Esok last day pre-order! https://wa.me/601110728101?text=COMBO%20THE%20Z

photo content

Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨

Sedang dia pejamkan mata sambil mengelap peluh di dahi, kepalanya terasa seperti dipakaikan sesuatu. Terus matanya terbuka luas lalu mendongak untuk melihat wajah orang yang pakaikan topi di kepalanya. “You panas kan? Gunalah topi ni dulu. Kebetulan, I ada bawa lebih.” Senyum. Manis sekali senyuman yang Fadlin ukirkan kepada Zidan. Melihat lengkungan di bibir itu, rasa penatnya tadi bagai hilang ditiup angin. Hatinya terasa… hangat. “I tahu I cantik. Tapi, tak perlulah pandang I macam tu sekali. Seganlah I,” gurau si gadis. Lalu, dia mengambil tempat di sebelah si jejaka. Zidan pula hanya tertawa kejap. Yakin betul gadis ini. Kemudian, topi di kepalanya dibetulkan sedikit sebelum memandang Fadlin yang duduk di sebelahnya. “Cik buat apa dekat sini? Datang nak tuntut jawapan ke?” soalnya bersahaja. “You buat I nampak macam pengutip hutang. Memanglah I tunggu jawapan you tapi tak adalah nak tagih macam ceti haram. I bagi you masa seminggu kan? Jadi, I akan tunggu satu minggu. I datang sini sebab I saja nak jumpa you.” “Saja nak jumpa saya?” soal Zidan hairan. “Iya, saja. I nak kenal-kenal juga dengan bakal suami I ni. Kerjanya macam mana, temankan dia masa dia rehat. Tak salah kan?” Diam. Zidan tidak menjawab persoalan Fadlin sebaliknya hanya merenung wajah si gadis yang mengenakan topi di atas kepala. Zidan tahu matanya tak salah. Pipi gadis di sebelahnya ini sedikit merah. “Pipi cik kenapa?” tanya Zidan. Tangan Fadlin naik menyentuh pipinya. “Ni? I kena tampar dengan daddy I semalam. Dua kali. Pertama sebab I pilih you jadi suami I. Kedua sebab I jumpa you semalam.” “Habis tu, cik nak lagi kahwin dengan saya? Baik tak payah la kalau cik kena sakit-sakit macam ni sebab saya.” Tiba-tiba, Fadlin tertawa kecil. Zidan membulatkan mata. “Cik ketawa? Apa yang kelakar sangat?” “Kelakarlah sebab you fikir I kena tampar sebab you. You fikir, daddy I anggap you orang penting ke sampaikan dia nak angkat tangan dekat I?” soal Fadlin, sakarstik. *** Klik link di bawah untuk pembelian ebook combo The Z! https://wa.me/601110728101?text=COMBO%20THE%20Z

photo content

Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨

“I tak minta banyak, Zidan. I cuma harapkan satu hal daripada you. Kita kahwin. That’s it. At least, I boleh keluar dari rumah neraka tu.” “Cik nak jadikan saya cara untuk cik larikan diri. Perkahwinan bukan semudah ini, Cik Fadlin. Ini namanya muslihat untuk kepentingan diri sendiri iaitu untuk kepentingan cik seorang. Untuk saya? Apa manfaatnya pernikahan ini untuk saya?” “You dapat isteri yang cantik macam I. You tak rasa beruntung ke?” “Setakat cantik, nanti dah tua, kerepot juga,” balas Zidan sakarstik. “Cik sedar tak yang kita berdua ni tak pernah kenal langsung? Segala apa yang cik cakap tadi tak jadi tiket untuk saya terus terima cik. Cik tak pernah kenal saya lelaki yang macam mana dan saya pun tak pernah kenal cik perempuan yang macam apa. Jadi, apa yang buatkan cik yakin sangat yang saya boleh jadi suami cik?” Fadlin tersungging senyum sinis. Kasar betul persoalan yang diajukan. Biarpun hati perempuannya sedikit terasa, wajah tetap beriak tenang dan biasa seakan-akan soalan Zidan tadi tidak memberi apa-apa kesan terhadap dirinya. “Perkenalan itu boleh dicipta. Lagi pula, sepanjang I hidup ni, mana ada orang yang I kenal lama. Semuanya berlalu seperti angin. Jadi, semua ni bukannya satu hal yang baru untuk I. I pernah jumpa orang yang jauh lebih asing dan menakutkan daripada you.” Jawapan berani Fadlin membuatkan Zidan terkedu sendiri. Apa yang gadis ini pernah lalui sampaikan dia tidak takut dengan mana-mana manusia asing? “Cik ni betul-betul nak saya terima lamaran cik ke?” “Yes. I nak you jadi suami I." *** Klik link di bawah untuk pembelian 3 Ebook The Z! https://wa.me/601110728101?text=COMBO%20THE%20Z

photo content

Okay tahu ni mcm tiber. Doakan saya tak blank edit Eudaemonia mengikut guideline penerbit. Eh? 😭🤣

Hampir meninggal juga🥲

Maaf sebab tak sempat² nak up teaser Zidan Abbas 😭😭😭 Busy teruk🥲

Playing : Hanya Kau Yang Mampu by Aizat Amdan ;)
Playing : Hanya Kau Yang Mampu by Aizat Amdan ;)

"Allah pegang setiap doa yang dilangitkan dan akan kabulkan di waktu yang paling tepat tanpa lambat atau cepat sesaat." - Adika Maleeq Thank you Allah for everything 🤍💜

Bila pikir2 balik, tahun ni saya tak banyak keluarkan ebook kan? Januari - Hanya Dengan Kata Mac - Eudaemonia April - Tren Cinta Ogos - Zidan Abbas 4 baru tahun ni. Last year sebulan sekali ye ebook 😂🤣 Untuk ebook free birthday To You, saya akan edar bulan 10 ya. Maaf terlalu lambat sebab saya perlu siapkan ebook berbayar sbb dah lama janji dengan orang🥹 Semoga next year ada berita gembira✨ Nampaklah tahun ni seketul hana sedikit sibuk dengan dunia hakiki. Tahun lepas tak kerja, bolehlah tulis laju2 heheheh!

ngl.link/miszhann Kalau ada apa-apa soalan mengenai combor The Z, boleh tinggalkan di ngl ya!

Blurb Ziad Adyan
Blurb Ziad Adyan

Blurb Zahd Hafreez
+1
Blurb Zahd Hafreez

Blurb Zidan Abbas
+1
Blurb Zidan Abbas

Jualan Combo THE Z kini dibuka! Klik link di bawah untuk pembelian✨ https://wa.me/601110728101?text=COMBO%20THE%20Z
Jualan Combo THE Z kini dibuka! Klik link di bawah untuk pembelian✨ https://wa.me/601110728101?text=COMBO%20THE%20Z

So saya tak update au for this week sbb nak siapkan ZA. Next 2 week akan ada lebih 30 lah untuk au okay!