uk
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Закритий канал

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Показати більше
1 022
Підписники
Немає даних24 години
-17 днів
-630 днів
Архів дописів
Saya baru sedar saya tak letak sini lagi 3 part terakhir #trencinta . Heheheh! Sabtu saya open google form!
+2
Saya baru sedar saya tak letak sini lagi 3 part terakhir #trencinta . Heheheh! Sabtu saya open google form!

Dapat first diss broo AHAHAHAHAH!
Dapat first diss broo AHAHAHAHAH!

Then bayangkan ini Eric tgh otw nak pulangkan kostum tu lepas dah buat Eryna happy😭💜

Saya jadi rindu eric eryna lebih sikit tonight sebab someone send me this video! COMEL KAN BAYANGKAN TU ERIC TGH OTW KE PUSAT TUISYEN ERYNA ASDFGHJKL KIYOWO NAK MAMPOSSS😭😭😭💜💜💜💜

https://wa.me/601110728101?text=MISZHANN%20RAMADAN%20SALE Lai laii! Malam ni untuk cinta series season 1 sahaja! Beli 1 percu
https://wa.me/601110728101?text=MISZHANN%20RAMADAN%20SALE Lai laii! Malam ni untuk cinta series season 1 sahaja! Beli 1 percuma 2

Outer wear miliknya disarung pada tubuh Syai. Disebabkan bahagian atas pakaian si gadis basah, bajunya melekat di tubuh badan sehingga menampakkan sedikit susuk tubuh. “Sama-sama. Dan betul. Saya Ad, abang sepupu Tasha. Nama awak?” "Syairah Qistina. Ad boleh panggil saya, Syai.” Ad mula tersenyum apabila si gadis memperkenalkan diri. Wajah lembut itu kembali ceria selepas adegan yang tidak menyeronokkan tadi. “Syai okey? Ada…” Kata-kata Ad tidak disambung. Lupa pula suaranya kurang enak didengar. Nak bermesra pula dengan kawan baik adik sepupunya ini. “Ada apa? Ad tak nak habiskan ayat?” Diam. Si jejaka tidak menjawab sebaliknya mula tundukkan kepala lalu mengusap belakang tengkuk. Disebabkan itu, Syai mula faham kenapa. Teringat kisah Ad yang pernah Tasha ceritakan. “Saya suka dengar suara Ad. Suara Ad macam radio yang ada effect heavy bass. Saya suka. Jadi, Ad tak perlulah rasa tak selesa bila bercakap dengan saya.” Kata-kata Syai membuatkan Ad terkedu. Bagaimana si gadis ini tahu apa yang ada di fikirannya? Namun kerana kenyataan Syai juga, Ad mengukir senyuman nipis. Rasa tidak selesanya tadi dihambat pergi. “Syai ada sakit dekat mana-mana?” Kepala digeleng. “Tak ada. Nasib Ad sempat sampai. Terima kasih lagi sekali sebab tolong saya.” Tanpa mereka sedar, Syai dan Ad saling menatap sesama sendiri bagaikan lupa mereka di tempat kerja. Entah kenapa, Ad rasa senang apabila melihat gadis ini seakan-akan selesa dengan dirinya. Ketenteraman mereka pun terganggu apabila orang ketiga muncul. “Weh, Ad! Hang buat apa dekat anak dara orang tu? Hang gila ka?” Teman utara dia sampai dah. Renungan mereka berdua terputus dan terus tertumpu kepada Irfan yang baru tiba. “Bukan macam tu, encik! Ad tolong saya je. Tadi ada orang simbah saya dengan air sejuk.” Ad memandang rakannya itu. “Lain kali jangan tuduh.”

Hanya Dengan Kata, Januari 2023
Hanya Dengan Kata, Januari 2023

Saja nak imbau kenangan sksksksksksk! Cuti kan start 19 April en? Dulu kalau dkt maktab dapat cuti mengejut mcm ni, mesti semua rushing call mak ayah bagitahu boleh balik tarikh last sebelum cuti tu hshshshsh! Pernah sekali tu time pilihan raya, kan PH menang. Pastu dapat cuti esok tu. Saya dkt maktab dah tau time tu. Tapi sbb cuti, call abah weh suruh ambik AHAHAHAHAHAHAHAH NASIB RUMAH DEKAT JE DGN ASRAMA😭😭😭 Fuhhh rindu my good old days yeee. Boleh stay up sampai 3-4 pagi skt asrama, lepak dgn member2, pillow talk sebelum tido, stay up study and many more lahhh🥹🫶 Skrg ni asyik penat 24/7 nak2 sejak jadi dewasa ni. Time diploma stay up buat assignment. Skrg penat kerja, menulis, kerja rumah. Siapa kata adulthood ni best, meh adu lawan. I miss my high school moments 😭 Nak sekolah balik tapi tak nak SPM semula sbb i too *ehem bodo *ehem untuk repeat SPM. Ada A dalam result pun bersyukur dah AHAHAHAHAHAHAH

Jangan lupa doa dan selawat banyak2 ya malam ni! Kalau penat sangat, tak a short nap. Lepastu bangun dan cuba solat paling2 2 rakaat. Semoga kita diberi peluang nak merasa malam lailatulqadr!

“Saya dah selalu cakap macam tu eh?” Ika garu kepala yang tidak gatal. “Yup! Selalu sangat cik cakap macam tu. Kalau cik nak tahu, sayalah yang selalu hantar pesanan roti tu. Chocolate crossaint with strawberry milkshake.” Pesanan Ika disebut lancar. Nampaklah betapa sukanya Ika pada roti itu. “Hehe! Terima kasih. Erm, nama awak apa?” soal Ika ramah. “Nama saya Haq. Nama cik baki simpan?” Ika tertawa kejap sebelum dia menjawab soalan Haq. Cik baki simpan? “Zulaikha Amani. Awak boleh panggil saya Ika.” “Cantik nama cik baki simpan.” Sempat Haq memuji sebelum dia membuka bicara lebih lanjut. “Cik Ika belajar lagi?” . “Ya, saya belajar lagi. Ini dah semester akhir. Tengah siapkan kajian mini. Oh ya! Janganlah panggil saya cik. Panggil Ika je.”  “Baik, Ika je.” Haq tertawa kejap dengan bidasan jawapan Ika. Ada-ada sajalah cik baki simpan ini. “Comellah awak ni, Haq. Mata awak mesti senyum sama bila awak senyum.” Kepala yang masih disarung helmet, digaru. Haq rasa sedikit segan apabila Ika menegurnya. Bijak gadis ini meneka bahawa si jejaka sedang tersenyum sedangkan wajah Haq ditutup dengan kain sehingga paras hidung. Nampak macam purdah pun ada. Maklumlah, cuaca panas. Debu di jalan juga boleh menyebabkan kulit jadi gatal. Disebabkan itulah kebanyakan penghantar makanan akan menutup separuh wajah mereka menggunakan kain nipis. Lama mereka berdua bersembang sehinggalah pesanan baru masuk ke telefon Haq. “Ada pesanan baru masuk. Saya pergi dulu, cik baki simpan!” “Hati-hati bawa motor, mister eye smile!”

Baki Simpan, Ogos 2022
Baki Simpan, Ogos 2022

https://twitter.com/zphinx21/status/1645633685897752579?t=npesNGp6KW1SwwUrR3m2VA&s=19 Hai guys! This is special for nctzen/ma
https://twitter.com/zphinx21/status/1645633685897752579?t=npesNGp6KW1SwwUrR3m2VA&s=19 Hai guys! This is special for nctzen/malayzen. Kalau ada yang berminat, boleh reply dkt tweet ni ya!

Membulat mata Nur apabila mendengar balasan Qafeel. Sah, kali ini Qafeel sahih gila! Tak sempat Nur mahu melangkah pergi, Qafeel mencabar gadis itu. “Kalau awak tak cakap ya, saya akan jerit dekat sini. Biar semua orang tahu yang saya dah jatuh cinta dengan awak.” “Qafeel!” Senyuman di bibir lelaki itu melebar. Dia mengurangkan jarak mereka berdua. “Ya, sayang?” Rasa marah di dada, ditahan sebaik mungkin. Tidak mungkin juga Nur mahu memalukan Qafeel di hadapan semua orang. Ikutkan hati, mahu saja Nur menengking lelaki ini. Suka pun, suka juga. Marah tetap marah ya! “Nak apa?” soal Nur sambil menahan bengang. “Nak awak.” “Kau cakap apa ni, bang? Gelilah aku dengar!” “Saya serius ni, Nur. Saya nak awak. Awak nak saya tak?” Terkebil-kebil Nur memandang Qafeel atas bawah. Lelaki di hadapannya ini, sedar ke tidak apa yang sedang diucap? “Kau ada pergi minum arak ke, bang? Ke kau telan mana-mana ubat sampai overdose? Itu yang mabuk semacam ni?” Qafeel tersenyum nipis lalu dia ketawa kecil. Ini satu sikap Nur yang paling Qafeel suka. Nur tak pernah cuba untuk menarik perhatiannya. Semakin Qafeel mendekat, semakin kasar bicara gadis ini. Qafeel suka. “You are my drugs, Nur Sayang Ameena.” “Ish! Jangan main-mainlah, bang! Aku tak suka.”

Cokiber, Disember 2022
Cokiber, Disember 2022

Cam besa, nak keluarkan draft dalam kepala ni dulu. Serabut AHAHAHAHAH! Doakan H diterima terbit ya! Boleh baca cerita Vince cepat2 hehehehe🫶

Okay tahu hrini mcm oversharing gila bapak tapi saja nok kabo yang saya dah ada idea untuk cinta series season 4 book 10&11 😭😭😭 Season 3 pun tak siap2 lagi, otak aku ni sibuk nak pikir season 4 punya😭😭😭 Season 4 ni vibe mcm beban keluarga series, au vibes. BC - Saya suka sbb hero dia suka budak2 asfghjkl eiii nyomel KC - Heroin tua setahun dua dri hero asdfghjkl first time tulis cite hero muda ehehehehe Hmmm cukup ah tu kot en nak cite lebih2 sangat pun citenya tak wujud pun lagi AHAHAHAHAHA BILA MMB NAK SIAP GINI GAYA 😭😭😭

Saya suka header google form ni hshshshshs🙈💜
Saya suka header google form ni hshshshshs🙈💜

👀 D-5
👀 D-5

sticker.webp0.06 KB

sticker.webp0.05 KB