Hann's Lavenders 💜
Закритий канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Показати більше1 035
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-830 день
Архів дописів
1 035
Lama kan tak bagi free ebook hehehe! Nanti saya open sekali dengan aazeen buat mana yang tak claim lagi memandangkan tak nampak bayang lagi nak panjangkan aazeen 🥲🫠
Ha, ingat lagi tak Adni Niyaz dengan Farel Laila?
1 035
Doakan saya dan kawan2 boleh jawab paper exam yang berbaki lagi 2 subjek ni ya! Nanti kita parti online HAHAHAH!
Semoga semua dalam jagaan Tuhan selalu💜
1 035
PBAKL25 pun dah tak lama ni. Jangan lupa simpan duit untuk pinang PB ya? 🥰🫶🏻
Jom raikan kelahiran Atiya Mateen dekat pesta buku nanti sebab kalau habis first print, macam susahlah nak reprint since penerbit kata yang PB ni statusnya on demand.
Demand tu minimum 50 buah. Saya takut tak sampai jumlah tu lepas first print habis. Jadi, jangan lupa masukkan PB dalam list korang nanti ya! Kalau tak pergi, boleh beli online atau kirim dekat ps nanti heheheh!
Tropes PB?
• younger brother bestfriend's to lovers
• stress free(sumpah tak scam)
• hero lagi muda dari heroin tapi hero matang dan sangat green flag
• backstory yang sedih sikit je(sumpah tak scam 2.0)
• found family
• counselor x designer cover book
Lebih2 nanti tunggu lepas raya ehh! Okey dah spam untuk malam ni🤣
#donehasut #donebebel
1 035
Oh ya, yang mana nak beli mana2 tajuk novel saya dengan saya, boleh prepare duit siap-siap ya! Saya akan open order dalam 10 atau 12 hb nanti.
Harga :
HUG - RM26
Biasiswa Cinta - RM35
Pelangi Dan Cinta - RM38
Postage :
Semenanjung - RM8
Sabah/Sarawak - RM15
Nanti saya up proper poster sekali dengan harga kombo.
1 035
Apa khabar lavenders semua? Sihat ke? Saya masih final exam dan ditemani dengan tournament NSL2025 and beberapa kdrama. Paling latest, habiskan Weak Hero Class dan on going tengok Study Group.
Korang pula buat apa? Maaf lama tak tanya khabar, saya pun tak menang tangan nak jalani kehidupan sekarang hshshs! 🫠
Tapi, Alhamdulillah untuk semuanya. Baru sem 1 dah terbantai rasanya. Naik sem yang ada praktikum nanti, entah apalah nasibku ek 😭
Semoga lavenders kesayangan saya sihat-sihat dan dalam jagaan Tuhan selalu ya!
Nanti saya cuti, saya ada beberapa kejutan sempena annivesary channel dan HUG. Stay tuned!
1 035
Bulan sabit cantik sangat malam. Yang titik kecil tu, satu-satunya bintang yang bersinar terang malam ni.
Cantik kan? Saya rasa macam dah lama tak dongak pandang langit 🫶🏻🌙
1 035
Random #KaiAksa
"Kenapa... awak buat saya macam ni? Kenapa awak cakap macam ni setelah setiap persamaan yang kita ada? Apa... salah saya dekat awak, Kaia?"
Nada suara yang jelas bergetar membuatkan Kaia rasa sangat bersalah. Tak, bukan Aksa yang salah dalam keadaan ini. Cuma...
"Sebab kita terlalu samalah, saya tak boleh nak teruskan semua ni, Aksa. Awak dan saya, kita terlalu mirip. Sedangkan awak tahu, saya paling benci diri saya sendiri."
Jeda.
"Saya nampak diri saya setiap kali saya pandang awak. So please... let me go, Aksa."
Kepala digeleng perlahan. Setiap inci hati Aksa terasa dicucuk sembilu apabila dia dipaksa untuk melepaskan satu cerita yang sangat dia cinta.
Air mata yang semakin lebat mengalir menunjukkan betapa terdesaknya seorang Ilhan Danadyaksa ingin kekalkan Kaia
Kamara.
"Saya merayu dekat awak, Kaia. Tolong... perjuangkan kita."
1 035
Random #skyaria :
"Pernah terfikir tak yang awak akan sampai ke saat ini?" Soal Aria.
"Saat ini? Maksudnya?"
"Yelah saat ni. Awak duduk sebelah saya, kita ada kehidupan yang dikongsi. Semua yang awak tengah lalui sekarang. Pernah awak terfikir awak akan sampai sini?"
Sky diam.
Selama ini, dia hanya beranggapan dia akan hidup sendirian. Tanpa teman bercerita, tanpa teman menua bersama. Apa yang pernah berlaku dulu, buatkan Sky rasa, bahagia dengan dia, takkan pernah menjadi satu.
Namun, sejak dia bertemu Aria... lain.
Semua rasa negatif dan menyakitkan itu seakan-akan terbang pergi meninggalkan hati yang mati. Kini, hanya wujud rasa berbunga-bunga yang ingin dia jaga di setiap perubahan langit, setiap detik waktu.
"Dulu tak, tapi sekarang, ya."
Kemudian, tangan si isteri diraih lembut. Dibawa ke bibirnya untuk dikucup kejap.
"Selagi dunia ni masih ada langit, selagi tulah nama kau akan selalu ada dalam setiap nafas aku, Aria."
Tuhan, kekalkan dia dalam hidupku kerana jika dia yang ku anggap langit ini tiada, maka duniaku juga dianggap hancur menjadi debu.
1 035
Assalamualaikum lavenders semua 💜
Lama tak singgah sini. Maaf ya, busy dengan exam apa semua. Esok paper final saya untuk bulan 1. Bulan 2 nanti ada lagi 2 paper. Bolehlah main-main dulu sebelum sambung study🙂↕️
Anyways, nak share video ni dengan korang sebab bagi saya indah sangat-sangat.
Selalu sangka baik dengan Allah ya? 🤍✨
