uk
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

Відкрити в Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

Показати більше
6 154
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-3530 днів
Архів дописів

Setiap orang punyai masalah, Setiap orang memiliki kelemahan dan kekurangan, tetapi janganlah terlalu memikirkan masalah kerana kita punya Allah. Allah dekat dengan kita, berdoa padanya apabila kita bersedih atau merasa gembira. Jangan pernah lupa pada Maha Pencipta. Kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat didalam hatimu.... #halimghani Photo : @azimidris Music : Sadness Intrumental

Assalammulaikum & Sobahul khair. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua hari ini. Aamin 😊

Setiap orang punyai cara tersendiri untuk membahagiakan orang yang mereka sayangi. Kadang serdahana, namun bermakna dan dihargai. #halimghani Lagu : Irfan Haris - Pesan

Kelak kita dipadang mahsyar , kita bangun saja dari tidur yang lama di alam barzakh. Kita kelihatan di mahsyar ramai manusia dengan pelbagai rupa, ada rupa yang berupa berlainan dari manusia dan sebagainya dikisahkan oleh Rasulullah SAW. Allahu, Nauzubillah Min Zalik, kerana apa? Kerana didunia dengan amal perbuatan yang berzina, minum khamr (arak), berjudi, makan harta anak yatim, riba dan sebagainya.. Takut diriku ini jika kelak nasib yang kurang baik amalnya, semoga Allah terima amal kebaikan kita dan terus berbuat kebaikan. Sesungguhnya wahai sahabat, sementara matahari belum terbit disebelah barat , Allah masih menerima Taubat kita dan Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. #halimghani Lagu : Sad Intrumental - Turkish

Dalam kehidupan ini, kita tidak pernah tahu keadaan kita ini benar atau kita salah. Semuanya kehendak Allah yang membenarkan, jika ego seseorang itu terlalu berpihak pada diri mesti dia merasakan ia pihak kepada kebenaran. Tetapi jika ia merasa aku serahkan segalanya pada Allah, Allah yang Maha Menentukan. Mudah dapat petunjuk dari Allah. Bertemu dan berpisah itu lumrah hidup, jangan terlalu sayang dan jangan terlalu membenci kerana kehidupan ini tidak pernah kekal. Ia merubah segalanya. #halimghani Lagu : Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah

Nilai seorang lelaki itu bukan terletak pada wajah yang menawan, tetapi cara dia menghormati seorang wanita. 😊

Biar hilangnya manusia Jangan hilangnya Yang Esa. Hilang manusia diberi ganti Hilang Yang Esa seksanya saat mati. Muhasabah diri.

(Part 2) "Jujurlah tentang perasaanmu. Lepaskan dengan perlahan apa yang kamu rasakan jangan tahankan kerana memendam itu akan lebih menyakitkan." #halimghani Lagu : Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

"Kaum lelaki memikirkan wanita itu makhluk yang lemah tanpa menyedari kekuatan yang tersembunyi dibalik kelembutan seorang wanita. Wanita itu memang lemah dari sudut hati tetapi dari sudut hati itulah juga terselit ketabahan yang jauh lebih kuat berbanding lelaki." #halimghani Lagu : Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Terima kasih join Telegram. #pesanandiriku by halim ghani. Semoga manfaat. Doakan saya 😊