Self-Healing
Відкрити в Telegram
6 154
Підписники
Немає даних24 години
-27 днів
-3530 днів
Архів дописів
6 154
Sungguh waktu kita didunia ini tidak lama, Para Ulama menasihati bahawa didunia ini ibarat mimpi dan kita sedang dialam tidur. Bila kita akan dibangunkan? Sewaktu kita mati nanti.
.
Wahai teman, masih punya waktu untuk berubah. Jangan takutkan hijrah, takutlah maksiat, takutlah diri jauh dengan Allah. Takutlah kita tidak bersama dengan Kekasih Allah.
.
Jika masalah datang kepada kamu, bukan Allah tak cinta. Tapi Allah cinta pada kamu ia pedulikan dirimu. Wahai temanku masih punya waktu... #halimghani
Music : Violin - Perfect
6 154
Mereka sering bertanya, adakah salah untuk bercinta? Mengapa diri sering ditinggalkan oleh orang tersayang?
.
Tidak salah untuk bercinta kerana cinta itu dari Allah, tapi dalam bercinta bukan mengikuti nafsu dalam diri. Bercinta itu boleh tapi bukan melupakan Allah, bukan cinta membuatkan diri kita jauh dari Allah. Fitrah manusia jika jatuh cinta semua benda jadi indah, mood bertambah baik dan beri kepercayaan sepenuhnya. Tapi jika dilukai dalam bercinta boleh membawa sehingga dendam, tertutupnya hati dan kematian. Berserdahanalah dalam bercinta, kerana cinta yang kita cari adalah cinta yang Maha Kuasa.
.
Mengapa pasangan yang kita sayang sekarang ini pergi meninggalkan kita? Kerana didalam doa, kamu meminta pada Allah berikan yang terbaik dan Allah akan datangkan yang terbaik. #halimghani
Music : Kerispatih - Tapi Bukan Aku
6 154
“Jangan pernah mengeluh atas kekurangan yang ada pada dirimu. Kerana dari kekurangan itu akan membuatkan diri kamu terus belajar dan mencari kelebihan yang ada dalam dirimu.” #halimghani
Music : Ikhwan Fatanna - Music
6 154
Tidak semudah yang engkau fikirkan untuk jalani kehidupan didunia ini. Ada orang bahagia dengan hidupnya, ada orang sekarang tengah sedih dengan hidupnya. Jadi jangan mudah untuk sakitkan hati seseorang, kerana kita tak tahu hati dia bagaimana. Berikan Akhlak terbaik pada sesiapa saja, hati itu milik Allah bila-bila masa Allah boleh beri bahagia atau sedih.
.
Pesan guru, bukan dengan sebab harta, duit dan segalanya untuk menjadi diri kamu bahagia tapi kamu akan bahagia apabila kamu merasa dekatnya Allah dengan dirimu. #halimghani
Music : Glen Fredly - Januari
6 154
Kita sering cemburu pada kelebihan orang lain, sehingga kita terlupa pada kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Mungkin lebih dari dia. Bersyukurlah atas segala pemberian dari-Nya. #halimghani
Music : Hijau Daun - Suara (Ku Berharap)
6 154
Sayangilah sahabat yang sentiasa menasihati diri kita, mengajak kepada kebaikan bukan kepada kejahatan. Jika ada jangan tidak dihargai, kelak nanti pasti kamu akan menyesal. #halimghani
Music : Man Bai - Kau Ilhamku
6 154
Ketika Allah masih memberikan kita waktu untuk hidup, masih belum terlambat lagi bagi kita untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik. #halimghani
Music : Ungu - Cinta Dalam Hati
6 154
Jangan pernah salahkan diri kerana bercinta. Tapi bersediakah diri untuk bercinta? Sudahkah faham apa yang dibolehkan oleh Tuhan dan apa yang dilarangnya? Cinta itu tidak salah, yang salah bercinta tapi lupakan Allah. Berkata guru, cintalah Allah dahulu pasti Allah akan berikan rasa sebenar-benar cinta. #halimghani
Music : Sigma - Istikharah Cinta
6 154
Sabarlah, berapa ramai yang hati mereka telah disakiti. Hati yang benar-benar kuat ia akan MOVE ON . Lupakan atas segalanya, sangka baik pada Allah dan tidak beri apa-apa luahan yang tidak adil pada Allah kerana Allah itu Maha Menentukan. Redha.
.
Teruskan semangat dan berdoa. Jangan mudah putus asa. #halimghani
Music : Imran Ajmain - Seribu Tahun
6 154
Siapa yang mengenal diri kita dahulu, tahu bagaimana diri kita. Tapi sebab kelebihan hijrah itu membuatkan diri kita lain dari yang dulu.
.
Semua sudah tertulis oleh Maha Pencipta. Semua sudah diaturkan perjalanan kehidupan seseorang itu.
.
Kamu yakin akan Allah tanpa sebarang keraguan, lihatlah apa yang Allah akan beri pada kamu. Tidak disangka-sangka. Jangan pernah berhenti buat kebaikan / sebarkan kebaikan kerana perkara kecil itulah mungkin akan selamatkan kamu diakhirat kelak #pesanandiriku .
.
Doakan saya untuk tetap istiqomah atas perkara kebaikan. #halimghani
.
P/s : Lagu yang dijadikan background music ini adalah tentang kisah seorang lelaki yang melalui banyak ujiannya. Siapa yang sudah tengok filem itu pasti akan merasainya.
Music : Salman Khan - To Jo Mila
