cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

🌿 AswajaNasihatDakwah 🌿

⚡ Kata sheikh ; Sebelum kita fikir untuk bina rumah , banglo atau istana atau nikmat nikmat dunia yang lain, kita fikirkan terlebih dahulu bagaimana mahu membina kubur kita dengan amalan yang soleh. 😔⚡

Більше
Індонезія127 878Мова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
150
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Ada lidah yang jika berkata-kata dapat menyebarkan kedamaian, mendekatkan hati yang terpisah, mengajak pada perpaduan, mengingatkan pada kematian dan hari akhirat dan mendekatkan pada Allah. Lidah yang seperti ini sangat dinantikan dan dan dirindukan. Ada lidah yang jika berkata-kata semakin menambah serabut segala urusan, mengeruhkan suasana, membakar api amarah dan menambah permusuhan. Lidah seperti inilah yang sangat dihindari dan tidak diharapkan kewujudannya. (Dipetik daripada facebook Zonkuliah)
Показати все...
CINTA ABADI Nabi Muhammad ﷺ insan yang paling dicintai oleh orang mukmin Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapannya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari & Muslim) Cinta kepada Rasulullah ﷺ terzahir pada kukuhnya pegangan pada sunnah baginda walau apapun yang berlaku. Juga sentiasa menjauhi bidaah yang tidak dicontohkan oleh baginda dalam perkara agama. Rasulullah ﷺ bersabda: "Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang mendapatkan petunjuk (dalam ilmu dan amal). Pegang teguhlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian." (HR. Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Показати все...
2.53 MB
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Показати все...
Salam Maulidur Rasul ❤️❤️
Показати все...
👍👍👍
Показати все...
*KENALI KEKASIHMU* Akhlak Nabi Muhammad saw... 1. Baginda selalu diam. 2. Berbicara ketika perlu. 3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat. 4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang. 5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt). 6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'. 7. Berfikir terus-menerus. 8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. 9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. 10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia. 11. Marah bukan kerana nafsu. 12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya. 13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. 14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. 15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. 16. Tidak pernah berteriak² di pasar. 17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada 18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt. 19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat. 20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri. 21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir 22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah. 23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela org lain. 24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan. 25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain. 26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain. 27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala. 28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka. 29. Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya. 30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga. 31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka. 32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut. 33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua. 34. Di mana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah. 35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda. 36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua, menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing. 37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri. 38. Paling berlapang dada. 39. Paling tepat dlm berbicara. 40. Paling halus. keperibadiannya. 41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya. -- (Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين.... Sahah At Tolibin
Показати все...
Tazkirah - Ebit Lew Rahmat di sebalik musibah... Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah.. Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang.. Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi.. Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis.. Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi.. Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu.. Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui. Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya.. Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat.. Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia.. Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah.. Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran.. Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna.. Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar.. Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah Jom share dengan kawan2.
Показати все...
Hidup ini bukan untuk tidur je sepanjang masa @aswajanasihatdakwah
Показати все...
Tanbih buat sekalian penuntut ilmu.. Kena rajinkan diri untuk hadir ke majlis ilmu. Semangat berjuang, tapi tiada ilmu, akhirnya kecundang dan rugi. Buat amal, tapi ilmu tak dipasak, sia-sia. Banyak lagi yang kita kena mengaji, sangat banyak.. Sebelum tidur kita muhasabah, adakah ilmu fardhu ain yg kita sedang bawa sekarang sudah cukup untuk dibawa bertemu Allah?... Cnp Telegram Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇: https://t.me/rindusyurga
Показати все...
Rindu Syurga

Segala yang membawa ke syurga dikongsi di sini.

Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.