BERKENAAN SEXUALISED BEHAVIOUR KANAK-KANAK
=================================
salam puan maznah, boleh tak jelaskan berkenaan seksualised behavior yg penah puan cakap masa puan live aritu... sy mohon diperjelaskan..
sebab banyak kanak2 yg sy nampak cendurung ke arah yg sama... seolah mcm tengah buat seks... sy jadi takut tengok dan nak tegur..
salah 1 contoh, berkenaan baby 2tahun 8bulan pandai bukak pampers sendiri dan mengesel2kan penis secara baring meniarap tue..
kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...
kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...
tolong bg solution mcm mana nk tegur parent atau penjaga budak2 ni...
JAWAPAN SAYA :
.
1) Firstly, ia bukan keinginan seksual macam orang dewasa, tetapi sensualiti. Budak rasa pleasure bila disentuh atau sentuh alat sulit dan gesel, dia rasa pleasure. Ia dalam sensori sentuhan. Jarang dibincangkan sebab orang normal tak sentuh suka suka pun.
- kita as adults, betulkan dulu persepsi silap ini ya puan.
.
2) budak 2.8 thn tu, dia gesel di lantai, maybe dia ter explore dan experience sendiri, rasa pleasure, maka ia memang sexualised behaviour.
.
3) Sama budak girl 7-8 thn, juga sexualised behaviour, then jadi masturbation, rangsangan pleasure buat sndiri dalam konteks belum akil baligh. Memang ada budak kecil masturbate macam cucur air ke bahagian sulit dia. (ramai adu kes sebegini)
- masturbation ialah dalam bahasa melayunya Onani, iaitu individu yang rangsang seksual diri dengan alat kelamin sendiri.
.
4) Dua keadaan sahaja kanak-kanak boleh potray/menunjukkan sexualised behaviour,
i. dia melihat, yes, di tv smua tu atau live (terlihat/diperlihatkan/dipaksa lihat) orang dewasa lakukan. Ini namanya copy cat behaviour. Monkey see, monkey do.
ii. ada orang lain buat kat mereka, mereka telah alami, jadi mereka manifestasi dengan lakukan sendiri, lagi, sebab mereka dah rasa seronok, ala ala ketagih, kerana dirangsang - ini memang child sexual abuse & exploitation.
Cuma, observe adakah hingga tak buat aktvt kegemaran lain, hanya buat aksi aktiviti itu sahaja. Jika masih ada minat ke arah aktiviti kegemaran dia yang lain, dia still kategori ok, kategori self exploration saja.
cara:
1) Keep repeating touching rules yang 3 tu. (dlm video saya ada sentuh 3 tu in details, sila tonton yang belum).
Touching Rule No 1:
Tiada sesiapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk kebersihan dan kesihatan, dan tiada sesiapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka.
--> Jadi keep beritahu anak yang self explore alat sulit badan dia,
"Adik, tak boleh sentuh alat sulit badan sendiri sebab peraturan sentuhan kata, sentuh HANYA tujuan bersih dan sihat. Adik sentuh tu untuk bersih dan sebab nak sihat ke?"
(struktur ayat peraturan: SEBUT APA TAK BOLEH DISUSULI APA BOLEH)
Touching Rule No 2:
Jika berlaku sentuhan tidak selamat (disentuh bahagian sulit/sentuhan tak selamat lain), saya akan berkata "Tidak/Jangan Sentuh Saya", Kemudian Lari pergi dari situ, dan Beritahu.
Touching Rule No 3:
Saya akan beritahu dan terus beritahu orang yang saya percaya, hingga saya mendapat bantuan.
2) Alihkan perhatian dan masa, minat mereka ke arah aktvt luar beramaian, sosial sihat. Ini kerana mostly yang musturbation ni buat berseorangan di ruang private. Yang buat di tempat awam ni samada terlalu muda, copy cat, tak tahu ia benda salah, atau ada satu jenis ni excessive sexualised behaviour, dah jadi ketagihan, ada budak bawah 6 jadi begini, akibat diperlakukan berpanjangan. Ini kena treatment dengan pakar terlatih dalam topik ini.
.
°°°°°°°°°°°°°
Video FB Live Berkenaan Seksualiti Kanak-kanak yang ditonton puan ini:
.
(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
.
(2) Seksualiti Kanak-