Bagaimana Saya Ajar Anak Kecil Saya Konsep Syukur, Nikmat Bertambah Melalui Kalimah ALHAMDUILLAH
.
Umum tahu, lagi bersyukur, lagi bertambah nikmat.
.
Takkan bertambah nikmat baru jika nikmat kecil semalam semalam tak pandang, tak heran pun.
.
Hargai dan syukuri walau nikmat amat kecil.
.
Sekecil aku masih bernafas, aku masih dapat melihat wajah anak anak dan suami ku, apatah lagi nikmat lain lain.....termasuk dapat bergerak dan beribadah setiap gerak langkah...
.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
.
.
Semalam, anakanda soleh Fateh bising kerana gulinya hilang di library.
.
Minta ayahnya cari semula di library sekarang juga.
.
Manakan mungkin, kerana sudah lewat petang.
.
Ayah kata, Fateh perlu jaga guli Fateh sendiri. Fateh bertanggungjawab jaga hak Fateh. Bila hilang, orang ambil, usah salahkan orang, tapi sentiasa lihat diri, dalam memegang amanah sebegini.
.
Saya berkata, ucapkan Alhamdulillah 20x atas ujian kehilangan, Mummy cuba cari guli mana ada kot terselit di mana-mana ruang kotak mainan/ ruang lain (almaklum, jenis mak Intuiting ni barang ada di mana jua mudah capai, dan letak 😂).
.
Sementara si anak ucap Alhamdulillah berkali-kali, saya cari, dan terus cari.
.
MasyaAllah... jumpa satu, satu, satu... jadi tiga.
.
Saya sembunyikan pada anak dulu sambil usaha mencari.
.
Si anak kemudian habis sebut Alhamdulillah, saya beri. Saya kata: Lihat, Allah beri nikmat baru, bertambah sebab Fateh ucap Alhamdulillah, berbanding bising dan merintih guli hilang.
.
😍 Bersinar matanya.
.
Datang tamak. Nak lagi Mummy, katanya.
.
Saya kata, Mummy cuba cari lagi. Fateh ucapkan lagi Alhamdulillah 20 x, mudahan Allah tambah lagi nikmat jumpa guli.
.
Subhanallah, jumpa lagi dua biji. Jumlah sudah 5. Ia memadai sebenarnya sebab anakanda ada letak target nak 5 pada awalnya.
.
Kemudian, selesai dia menyebut kalimah Segala Puji Bagi Allah (Alhamdulillah), saya beri balance 2.
.
Dia gembira sungguh.
.
Katanya : Lima, cukup untuk Fateh main xyz (apa tah saya lupa).
.
Tapi Mummy, Fateh nak 6. (datang tamak manusia kecil biasanya).
.
Allah, sungguh syaitan bisikkan mahu dia minta lebih.
.
Saya kata, Allah beri sekadarnya cukup untuk kemampuan Fateh jaga. Okay takpa Mummy cuba cari. Ucapkan syukur Alhamdulillah sebab dapat 5 ya.
.
Saya cari dan cari. Hakikatnya memang sudah tidak ada. Itu saja, 5 biji guli.
.
Anakanda sudah tidak bising lagi. Kerana dia sudah sejuk, ucap Alhamdulillah, dan nampak Mummy usaha.
.
Dia fahami, Magic Allah memang magic. Tiada terjangka, datang tiba-tiba di kala saat berharap, asal pergantungan penuh kepada Nya.
.
Dia pernah dapat konsep ini dahulu, semasa mahu mainan dan saya minta dia minta kepada Allah bukan saya.
.
Kerana kata saya, hanya Allah boleh buka hati Mummy untuk setuju beli mainan, bukan Mummy. Ikut hati Mummy, Mummy tak mahu beli.
.
Dan bila dia sungguh sungguh minta pada Allah, sejujurnya, kerap kali dia dapat. Terutama benda pelik pelik idaman dia. Kadang jumpa di kedai live, kadang jumpa di kedai online.
.
Fateh seorang kanak-kanak yang jenis berkemahuan tinggi dan sentiasa nak lagi dan lagi.
.
Kami cuba tahankan dan ajari konsep 'berpuasa' = menahan keinginan = sabar dengan masa = berusaha dengan kerja kerja baik.
.
Pelan-pelan, masih dalam proses mendidik khalifah kecil ini.
.
Adakala dia mengingatkan kita: Sabar. Mummy kan ajar Fateh sabar. Tengok ni Fateh sabaar aja walau jem. Walau panas.
.
Selalu ibu bapa kena sebiji, Kerana, Allah mengajar kita ibubapa melalui apa yang kita nak sangat ajarkan pada si anak.
.
Segalanya dari Allah jua...
.
INGAT 4 S 1 Z
============
Sabar = tiada had, sabar dan kuatkan kesabaran
Syukur = sentiasa syukur walau sakit, susah, ujian, itu Nikmat
Solat = sentiasa tambah solat sunat, banyakkan ia. Allah dan Rasul suka.
Sedekah = niatkan sedekah walau sedekah walau bukan duit, masa, tenaga, telinga, dan rasa 'ada' maka mahu berkongsi walau sediki