uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 268 підписників, посідаючи 968 місце в категорії Діти та сім'я та 2 356 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 268 підписників.

За останніми даними від 24 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -110, а за останні 24 години на 4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.50%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.43% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 732 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 395 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 25 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 268
Підписники
+424 години
-237 днів
-11030 день
Архів дописів
photo content

Jangan ketinggalan membaca dan memahami teknik sandwich ini di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=879381495569769&id=477691842405405

photo content

photo content

Reunion Dengan Anak Bagi Ibubapa Bekerja . Sebaik kembali dari kerja selama 10-11 jam, . dan berjumpa semula dengan anak-anak, . Ingat, anak-anak perlu satu special Time In sekitar 10 minit sahaja : . ♥️ pandang wajah mereka full, hadiah visual untuk mereka, ♥️ dengari cerita, hadiah pendengaran untuk mereka, ♥️ fokus, full heart, hadiah hati kasih sayang anda untuk mereka. Always PPH, pendengaran penglihatan dan hati. . Kerana mereka rindukan anda, Mereka telah bergelumang dengan setting persekitaran yang lain, dan mereka perlu satu bridging time untuk anda sebagai Ibubapa reconnect dengan mereka agar mereka tune in masuk ke sistem/setting keluarga anda pula. . . Reminder diri bersama, Maznah Ibrahim.

photo content

Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka . Sejak Khairunnisa' @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas breath in, dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu. . Contohnya dalam giliran duduk di kerusi kecil selamat di belakang basikal besar yang ayahnya kayuh, . Macam biasa Fateh yang tegas akan men dominasi, dia saja menang. KN juga keras, dan ada hasrat. KN cuba minta dengan suara halusnya, tak berjaya, meledak menangis terus dia. 😅 . Latihan demi latihan diberi semasa setiap situasi berlaku. . Ajarkan skrip "Abang, Adik nak minta xxyyzz, boleh?" . Juga ajar skrip sama pada si Abang. "Adik, boleh tak abang nak xxyyz, adik aabbcc". (pandai dia exchange sebab nak dapat apa dia mahu) 😆 . Biasanya bila ayat asertif bermula dengan perminta "boleh" atau "minta", pihak satu lagi akan terus kata "Boleh!". . Ini teknik leading. Hala ke perkara kita mahu. . Semalam lepas maghrib, Fateh tak jadi ikut ayah nya keluar meeting, Fateh dah kebuntuan tak da teman, ayah beri idea ke Fateh untuk 'bincang' / 'negotiate' dengan Mummy, nak tengok cerita movie kartun apa. Jenis Fateh Te ni tak boleh seorang, kena ada orang teman gather gather ngan dia. . Saya nak tidurkan si Adik. Saya kata tak boleh la Fateh sebab Mummy kena tidurkan Adik, gosok gosok adik ni gatal, eczema, kecuali Adik pun tengok sama. . Tetiba Adik segar dan nak tengok sekali. . Kelihatannya dua dua nak tengok cerita lain pula. . Saya tinggalkan mereka berdua. Saya kata : "Fateh bincang dengan Adik". Saya berlalu pergi buat kerja lain. . Tak lama kemudian mereka berdua keluar dari bilik tidur dan Fateh beritahu, Adik nak tengok cerita Boss Baby. . Saya kata Fateh okay ke, dia kata dia tak berapa suka, boring, tapi tak apa lah. (asal dia ada teman tengok😂). . Jauh di sudut hati, syukur, mereka boleh berbincang berdua, bernegosiasi, dan 'give in', walau keduanya Thinking, keras tegas belaka. . Beza satu perempuan, kecil sedikit usia, boleh dibentuk lagi, makan saman untuk dipengaruhi si abang. Si besar lebih dominasi namun boleh turun ke level lebih rendah. Seorang ekstrovert memang nak berteman sparing partner sokmo seorang lagi tak kisah boleh seorang diri. . Alhamdulillah. . . * NOTA *: . 1⃣ Dah tahu semua anak / adik beradik akan ada sahaja conflict interest, saya sedia kan, bondingkan mereka sejak KN dalam kandungan: Ebook Adik Beradik Ngam. . 2⃣ Sebaik adik pandai bercakap / tiru percakapan kita, saya ajarkan teknik negosiasi, asertif, bertoleransi. Biar mereka settle sesama mereka untuk belajar kendali konflik perhubungan. . 3⃣ Sentiasa ajarkan skrip meminta/ request bukan mengarah. Orang tak suka diarah. Tapi fitrah suka memberi sebenarnya. Mereka tidak tahu ayat apa, bagaimana nak diucapkan. Kerap modelkan dan ajarkan Guna keyword 'terima kasih', 'maaf', 'tolong', 'boleh xyz' atau 'minta xyz'. . 4⃣ Sentiasa mendengar keduanya, yang salah tetap ditegur teknik kesalahan walau anak kecil/besar (jika si abang, usaha cakap asing waktu lain untuk jaga maruah dia). . 5⃣ Teknik nabi tegur kesalahan: Nyatakan apa tak boleh / tegahan, disusuli apa boleh : Adik tak boleh pukul abang bila marah, tapi beritahu aja baik-baik: "Boleh abang bangun ini kerusi adik, adik nak duduk". . 6⃣ Anak-anak sentiasa perlukan model yang positif, dari ibubapanya, bertindak adil saksama dan bijak berhemah kepada mereka. . Refleksi, Maznah Ibrahim Jangan Ketinggalan untuk Psikologi Anak dan Positive Parenting di: t.me/ehsabar

Artikel lama saya. Terima kasih Pn Eyza. Saya suka web bidadari.my. Ia sangat one stop center untuk semua ibu. ❤️ http://www.bidadari.my/langkah-kembalikan-mood-positif/

photo content

Dari komen dan pengalaman ibu ibu lain, anda boleh pelajari banyak lagi. Silakan, share pengalaman anda ya. Sebab sy nak tahu. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=877153522459233&id=477691842405405

photo content

3 Faktor Penting Ini Boleh Bantu Persediaan Kita Cegah Anak Remaja Terlibat Tingkahlaku Berisiko dan Murung . Kita mahu elak, atau cegah, anak dari : 1⃣. Lakukan seks awal (pendedahan seks sebelum nikah) 2⃣. Salah guna dadah (apa jua jenis dadah) 3⃣. Depresi / kemurungan / sedih melampau. . . Dari kajian evidence based, WHO (2001), menyatakan 3 PERKARA PENTING ini sebagai Faktor Melindungi Anak dari 3 Perkara di atas : 1⃣⭐️. Hubungan anak-anak dengan kita adalah positif - ada bonding kukuh, percaya tinggi, anak-anak ada tempat nak mengadu. Buat salah atau betul, boleh kembali kepada kita, sebagai ibubapa / tempat rujukan mereka. (teringat Ebook Rebonding, berkenaan ini) . 2⃣⭐⭐️. Persekitaran sekolah yang positif. Kerana anak remaja amat dekat jiwanya dengan rakan sebaya berbanding ibubapa, maka pilih, rancang dari awal, sekolah mana kita mahu anak-anak dibesarkan / dididik. Yang penuhi semua aspek, bukan akademik IQ semata. Saya melihat waktu di sekolah agak panjang, sama seperti waktu ibubapa bekerja, panjang juga, melebihi di rumah, untuk 5/7 hari dalam seminggu. 7am hingga 5pm sehari = 2/3 waktu sedar. Maka rancang dan pilih awal. . 3⃣⭐⭐⭐️. Mempunyai kepercayaan spiritual. Saya tidak menafikan, kepercayaan Spiritual amat amat penting, iaitu unsur SQ (Kecerdasan Spiritual) melebihi IQ dan EQ untuk seorang manusia yang sukses. Ia amat penting ditanam dan diterap dari awal, agar apa jua cabaran dalam kehidupan, anak-anak akan sentiasa letakkan Allah sebagai tempat rujuk utama, dan tempat memohon pertolongan, dan percaya kuasa Nya dalam segala sesuatu. Teringat dalam Khalifah Parenting, suara hati diaktifkan berlandaskan pilihan Allah, yang Allah suka, yang mendekatkan diri dengan Nya, diterap kepada remaja dalam membuat keputusan. . Ini dapatan kajian sah, maka ikut sahaja. Dari kajian lah kita banyak boleh belajar dan isi tangki ilmu, skil keibubapaan kita. . Refleksi, Maznah Ibrahim

photo content

Sabar dan Kuatkan Lagi Kesabaran…. . Setiap kali bila saya diuji emosi agar saya berSABAR, saya detikkan dalam hati, “Maznah, Sabar dan Teruskan Perbuat”. Pada saya banyak tips sabar, namun yang paling utama ialah ilmu spesifik untuk diri kita, bab kawalan dan pengurusan emosi diri sendiri. Dan ia unik sebab setiap orang tak sama, walau asasnya sama, sebagai manusia. Konsep sama, teknik berbeza.  Banyak ibubapa pabila letih fizikal, akan mudah hilang sabar. Ya saya akui, betapa fisiologi ini banyaknya spontan dan tidak dapat ditahan-tahan, ianya macam otomatik. Jadi jika kita ada sedikit ilmu kefahaman mengenai konteks emosi di badan kita, kita akan lebih ‘sedar’ dan ‘bijak’ untuk perkuatkan kesabaran kita dengan menggunakan fisiologi juga. Baru lah komponen hati dan minda (samada serentak atau satu persatu). Sabar, dan Kuatkan Kesabaran. Suami saya kata, SABAR ni tiada limit. Setelah anda bersabar level 1, cuma perlu perkuatkan keSABARAN anda untuk level kedua. Ramai juga terkandas di level 1, Maka akan tumbang, macam lari berhadang tu (penghadang pertama lepas, penghadang kedua tak lepas). Aduss.   Ia diambil dari surah Ali Imran 3: 200 “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung” (Ali Imran:200). Semua mahu untung, kan?  Ya banyak untungnya bila kita berjaya berSABAR.  Bukan sahaja kepada diri, malah dalam kerja harian kita, dengan orang sekeliling kita, pasangan dan anak-anak dan sahabat handai.  InsyaAllah, mari kita bersama dalam Seminar EHSABAR, Untuk sedikit ilmu tambah nilai dalam hidup anda. Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang atau planet tinggi nun di sana, Namun saya yakin, sedikit kudrat (fisiologi/fizikal) dan kemahuan anda (hati dan minda) untuk Berjaya HADIR, Memperuntuk masa seharian bersama saya dan sahabat seperjuangan anda yang lain, InsyaAllah besar manfaatnya.  Sebab tak semua mampu untuk kuatkan kudrat fizikalnya untuk hadir. Ia satu proses. Teringat semalam saya berbual dengan seorang peserta EHSABAR dari Langkawi, Walau puan itu tidak pernah berkongsi secara terbuka di dalam group Alumni EHSABAR, Namun, Allahu, saya amat bersyukur jauh di sudut hati pabila mendengar beliau yang beranak 5 ini berkata: “Puan, saya totally berubah, setelah hadiri seminar EHSAABAR puan” (Ianya setahun lalu). MasyaAllah, 'Totally Change' tu pada saya amat besar. Sebab diri saya sendiri juga masih struggle dan berusaha untuk pertingkat diri dalam ilmu urus emosi ini plus meneruskan berkongsi dengan ramai orang bab ini.  Dan Allah merezekikan pula pelajar-pelajar beliau ‘berguru’ dengan saya semalam.  Perkataan ‘berguru’ juga amat besar pada saya, Kerana saya sering merasai saya tiada apa-apa. Saya kecil sahaja... Yang ada dalam diri saya, hanyalah niat dan impian yang besar. Untuk terus perbuat, Berkongsi mengenai ilmu EHSABAR. Break The Cycle, dan cegah.   Emosi Hebat melalui Sains Anggota BAdan dan spiritual (EHSABAR). masih ada tempat lagi bagi anda berminat:   www.ehsabar.ml Refleksi, Maznah Ibrahim

Dalam Urus Emosi Ibubapa, Penting kenal diri dulu, Sebelum manage emosi anak. Sebab tanpa sedar, Anak memang ikut caragaya anda. . Kenali emosi asas, Jujur akui, rasai, acknowledge, Termometer tahap aku memang tinggi/banyak ini. Mana strength, iaitu cara aku guna anggota badan selama ini, kita identify first corak gaya selama berpuluh tahun ini.... Refleksi, Muhasabah diri. . . Then modify / reframe setelah faham cara ubah strategy, . Kita perlu find the balance, . bila seimbang, segalanya lebih stabil, aman, in control. . Contoh fisiologi badan penat, emosi mudah meletus, minda jadi berfikiran negatif. . Tangki emosi mana satu dah menyurut sangat, Tak perasan pun selama ini, Patutla sakit... (sakit dalam emosi) . Selama ini LUA banyak ke arag tak cukup Yakin Percaya, kepada Maha Pemberi, Macam mana nak jadi positif jika LUA selama ini memamg mode Negatif navigator nya 😓 Sedihnya selama ini tak perasan, Tak Tahu, Maka Tak Kemudi diri dengan baik dan bijak, Sedang Khalifah pemimpin itu bermula dengan Pimpin Dirimu sendiri dahulu...... . Dalam EHSABAR banyak kenal diri, Strategy pengurusan emosi, saya boleh beri idea cadangan, sebab saya ada baaaaanyak idea (InsyaAllah, Alhamdulillah Intuiting sangat kaya dengan Idea dan Kata), . Namun yang kena find tune, Pause, cari solusi / strategi tu, ialah diri sendiri, Sebab anda akan laksana perubahan itu sendiri, Saya bukan diri anda. . Unless saya buat one to one session, bantu percepatkan cari coping strategy baru yang positif. Syarat individu itu Sudi Mahu dibentuk reframe semula gaya hidup lama ke baru. . Isunya biasanya manusia ada ego, suka challenge, walau otak kiri suka bukti, mahupun otak kanan tak suka diatur. 😁 Keynya Hati, Jantung emosi, Mahu berubah, Percaya dan yakin, Tiba masa aku berubah, . Ada BIG WHY, Aku berubah untuk apa, Selamanya aku tidak mahu terperangkap begini. . . Oh, I Must Change. . Refleksi, Maznah Ibrahim. . p/s: ehsabar masih ada tempat, lagi dua minggu. Jum, kita bersama seharian sampai 6pm dan fahami mengenai ini. https://ehsabar.ml

Anak Kerap Baling Barang, Semua Pun Dibalingnya, Apa Berlaku di Otaknya? . Haha. Teringat masa anakanda Fateh saya usia 2 awal, semua barang dibalingnya, terutama bila marah. . Untuk kanak-kanak, ada proses di dalam pemikirannya. . Konsepnya: 1⃣ Skema 2⃣ Assimilasi 3⃣ Akomodasi Sambungan penuh penulisan, di sini: 👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=872599092914676&id=477691842405405

Dengan ilmu spesifik, Banyak perkara kita boleh kurangkan kesannya. Luah, jangan pendam. Dapatkan bantuan. Solusi dan jalan sentiasa ada. Ketakutan akan hilang bila ada ilmu berkenaan sesuatu perkara itu. Di sini ada berkenaan bagaimana bantu diri jika marah berkaitan kisah silam diri anda. https://maznahibrahim.com/kaedah-terapi-diri-tangani-emosi-marah-anak-kecil-yang-berpunca-dari-kisah-silam/

Bagaimana emosi anak kita sejak dia dalam kandungan, dengan lahir nya dia saja sudah 25% otak nya dipenuhi, 😥 Dan jika kini usianya 6,8,10 atau apa sahaja number nya, bila sudah tercalar, Mudahkah dibersihkan kembali? . . https://maznahibrahim.com/​emosi-tercalar-dan-pembersihannya/

Cara Activate 5 Deria Kita Untuk Switch Emosi Negatif kepada Positif 👇👇👇👇👇👇 https://m.facebook.com/maznahibrahimofficial/photos/a.488469814660941.1073741830.477691842405405/654053114769276/?type=3 p/s: Seminar EHSABAR, 10 Mac 2018, Shah Alam masih dibuka, segera daftar / dapatkan maklumat lanjut di www.ehsabar.ml atau hubungi Pn Farah di +60177080038