uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 15 723 підписників, посідаючи 958 місце в категорії Діти та сім'я та 2 320 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 15 723 підписників.

За останніми даними від 01 листопада, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -141, а за останні 24 години на -2, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 3.96%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.06% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 623 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 324 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 02 листопада, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

15 723
Підписники
-224 години
-317 днів
-14130 днів
Архів дописів
Tip Parenting #7 ( Pelaburan Emosi Gembira ) Hadiah berelemen kegembiraan yang sebenar-benar gembira adalah amat mahal. . Ini kerana gembira melibatkan emosi positif yang kuat tenaganya dan kekal dalam sanubari. . Malah ‘true & great happiness’ ini boleh jadi sumber dalaman ('internal resource') positif yang boleh digunakan sebagai salah satu ‘sumber unik’ dalam diri anak pada waktu sukar dan diuji pada masa hadapan kelak (contohnya di dalam psikoterapi – kerap saya gunakan bila buat terapi). . Walaupun hadiah berbentuk material juga mampu memberikan kegembiraan, namun ia biasanya bersifat sementara dan tidak kekal. Ia akan rosak atau berkurang nilainya berkorelasi dengan pertambahan masa. . Apabila berada dalam dua persimpangan untuk keputusan besar, pilihlah yang memberikan anak ‘gembira hakiki’. . Sebagai contoh, Tenaga dan duit dihabiskan dengan memaksa anak untuk capai ke tahap tertentu membaca contohnya, vs alih tenaga dan masa anda kepada aktiviti fizikal dan ‘bonding game/activity’ yang membantu otak dia semakin fokus untuk belajar, malah lebih gembira, adalah jauh lebih berbaloi. . Ini kerana tiada sesiapa akan buat seperti ini secara fokus untuk intervensi seseorang individu di sekolah, melainkan ibubapalah penanggungjawab dan pelaksananya. . Elemen gembira hakiki ini memerlukan fokus tenaga dan masa anda, untuk pembangunan emosi diri si anak, sebagai pelaburan hak milik kekal dalam diri anak. Pelaburan saham akhirat apatah lagi. . Tanyakan diri kita, apakah fokus (prioriti), tenaga dan masa yang kita fokuskan selama ini turut meletakkan pelaburan emosi gembira yang besar sebagai yang utama juga ? . Refleksi, Maznah Ibrahim. . *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

Kesihatan Mental Anak Kecil Kita https://www.upworthy.com/the-suicide-rate-for-kids-ages-10-14-nearly-tripled-in-the-past-decade-why-and-what-can-we-do?fbclid=IwAR3HS819neSExxG6EJ5unqECdIHbz7_QpXO1w0lRvyKyMV1mWlXrRSst3eo Solusi basis: -------------- Jaga aspek FIZIKAL - (i) Pemakanan yang baik, natural, seimbang. (ii) Tidur : cukup dan kualiti, (iii) dan Banyakkan exercise / aktiviti dalam masa yang ada di alam semulajadi serta aktiviti lain dalam masa yang ada perlulah yang bermanfaat Jaga EMOSI anak-anak, ambil berat, ambil tahu, bantu. Kuatkan SPIRITUAL - kebergantungan dan bimbingan dari Tuhan. Amalan, pendidikan bermula dari awal usia lagi di rumah, agar jadi habit, Maka anak kita yang sihat dan seimbang ini akan membentuk cucu dan cicit kita yang juga amalan kehidupannya sihat dan seimbang juga. #BreakTheCycle Maznah Ibrahim

photo content

Tip Parenting #6 ( Empati Pada Kondisi Anak ) . Kasihan dan empati adalah dua perkara berbeza. . Kasihan membuatkan kita mahu buatkan dan terus selamatkan anak kita. . Kasihani anak membuatkan kita kerap buatkan terus kerana kita fikir anak belum mampu lakukan sendiri, walau anak sudah mampu berdikari sebenarnya. . Namun dalam empati, kita meletakkan diri kita dalam kondisi si anak, dan berbuat sesuatu sesuai pada tempatnya. . Contoh jika anak bayi masih dalam pantang, terlentang, kita bayangkan diri kita ialah anak bayi itu, kita tahu dia belum mampu bercakap, dan bergerak sendiri untuk mendapatkan air minuman bila haus, maka kitalah yang harus menyuakan susu kepadanya tanpa dia perlu membuat minuman sendiri. Ia sesuai dengan fitrah perkembangan perapatan (bonding/attachment) dirinya (0-1.5 tahun). . Namun untuk anak yang sudah berusia 1 tahun 6 bulan dan mula mampu berbuat sendiri kerana fasa autonominya yang berminat lakukan sendiri, kita TIDAK PERLU MARAH bila dia minta air minuman, atau ambilkan air terus, tetapi kita boleh mula TUNJUKKAN dia cara mengambil cawan plastik, panjat kerusi, dan isi air minuman sendiri. Ini kerana dia sudah pastinya amat berminat untuk melakukan kerja ini sendiri. . Empati, sesuai dengan fitrah perkembangan kanak-kanak dari sudut fizikal, kognitif (pemikiran), emosi, sosial, dan spiritualnya. Kita mula memperlakukan dia sesuai dengan keperluan perkembangannya bagi memenuhi fitrah perkembangannya. . Jadi USAH KASIHAN pada anak berusia 7 tahun yang sudah panjang akal dan memanipulasi anda untuk anda menuruti kehendaknya, dengan memberikan sesuatu secara percuma semata. . Sebaliknya EMPATI lah kepada anak ini dengan memberikan tugasan agar dia menurut kehendak anda, kemudian baru anda menurut kehendaknya (Win-win orang kata). . Ini kerana peringkat usia ini anak sudah boleh dibimbing (usia 7-14, DIBIMBING Parenting Rasulullah) untuk memenuhi tugasan. Anak ini dalam peringkat tekun, berkerja keras dan cukup rajin (industrious), dan syarat mudah anda itu akan membantu meningkatkan motivasi dan ‘self esteem’ diri dia sebenarnya agar terus yakin diri dan tidak rendah diri (‘inferiority’ – peringkat perkembangan psikososial). Bagaimana pengalaman anda untuk anak usia 7-14 tahun ? . Refleksi, Maznah Ibrahim. . *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

photo content

Tip Parenting #5 ( Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING ) . Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita. . Pabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu menahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu. . Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya hanya membantu meningkatkan ‘self esteem’ dirinya bukan yang menggagalkan kendirinya. . Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi. . Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya. . Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur. . Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya? . Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan? . Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita. . Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu? . Refleksi, Maznah Ibrahim. *Jemput ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di : t.mazn.me/chan

photo content

Tip Parenting #4 Membesarkan Hak Kanak-kanak Tidak menafikan hak kanak-kanak, atau mengiyakan hak mereka tidak bermaksud kita sebagai ibubapa menjadi ‘kecil’, atau terlalu mem’besar’kan kanak-kanak. . Memahami, menerima dan melaksanakan hak kanak-kanak membuatkan kita semakin tunduk kepada fitrah seorang manusia kecil, satu entiti penciptaan terbaik Yang Maha Pencipta. . Fitrah seorang anak kecil yang suci, sangat dekat dengan fitrah kemanusiaan yang dekat dengan Yang Maha Pencipta. . Anak, ada suara hati KECIL yang BESAR maknanya kepada seorang manusia besar dewasa yang semakin kecil jiwa nurani dan empatinya. . Saya terbaca surat seorang anak yang berani, anakanda Nadzrul Zarfan yang mahu menyampaikan suara hatinya yang berkecil hati, kecewa dan keliru mengapa beliau tidak dibenarkan bersolat di saf hadapan walau dia sudah berkhatan dan sampai awal. . Jawapan yang amat baik dari Dato Mufti amat dekat dengan kaedah membesarkan hak kanak-kanak, iaitu hak keterlibatan (hak keempat) menurut CRC (Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak) yang diterima pakai hampir seluruh negara di dunia. . Jawapan mufti itu tidak sekali-kali akan merendahkan martabat seorang dewasa, malah membesarkan lagi jati diri dan potensi seorang anak kecil yang merupakan bakal pemimpin generasi akan datang! Anak ini akan menjadi pemimpin diri, keluarganya sendiri dan masyarakat serta negara kelak. . Jadi ibubapa, tenung kembali apa hak anak-anak kita selama ini. . Hak masa, hak pelukan, hak perhatian, hak dilayani dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, hak didengari suara hati dan pandangannya, dan banyak lagi. . Sama-sama kita muhasabah diri dan berlaku adil kepada anak-anak kita. Berlaku adil bermaksud memberi hak mereka sesuai pada tempatnya, bukan berlebih atau berkurang pun. Maznah Ibrahim . Jemput ke telegram saya untuk tidak terlepas kepada perkongsian parenting dan psikologi kanak-kanak di t.me/ehsabar

photo content

Saya mendapati kuasa kasih sayang sejati adalah amat kuat dalam mana-mana perhubungan kemanusiaan. . Lihat saya kuasa kasih sayang ibu Ejen Ali mahupun ibu Elsa dan Anna, yang terusan mengalir dalam misi perlindungan dan pencarian misteri dan penyelesaian masalah yang mendatang. . Namun dalam menilai kasih sayang sejati, persoalannya adakah dengan memenuhi keperluan material semata seperti yang anak kecil kita sering dambakan itu adalah sesuai? . Saya trigger kerana anak kecil kerap menilai kasih sayang dengan material/mainan. Pastinya tidak. . Biar anak tidak faham sekarang, namun anak akan faham kemudian nanti pabila tiba masanya (akal atau kematangan) dan berterima kasih kepada kita. . Saya membaca berulang kali kisah Septuplets kembar 7 di Iowa yang telah selamat menjalani kehidupan sebagai anak sehingga usia 21 tahun pada tahun 2018, dan kesemua sedang berada dalam haluan masing-masing di kolej dan universiti. . Mereka kini sedang berada dalam pelbagai bidang sesuai dengan minat dan bakat masing-masing. Dua darinya adalah CP (Cerebral Palsy) namun mampu mandiri, berusaha berjalan sendiri malah cemerlang dalam akademik juga. . Keputusan ibubapa ini adalah benar pabila memutuskan untuk tidak mengurangkan (menggugurkan) mana-mana atau 4 janin bagi memberikan laluan kembar yang lain untuk terus hidup di alam rahim ibunya. . Keputusan mereka benar pabila mereka homeschool anak mereka di peringkat awal dan memanggil guru datang ke rumah. . Keputusan mereka adalah betul apabila mereka memutuskan tiada coverage luas di media untuk kehidupan harian anak mereka dan anak mereka perlu jalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. . Keputusan mereka betul untuk berusaha menyusukan dengan susu ibu selama mana mampu iaitu 3 bulan pertama. . Keputusan mereka betul pabila mereka membeli makanan secara pukal, menanam sayuran dan buahan agar dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan mereka. . Keputusan mereka betul untuk menghadiahkan rumah besar mereka yang penuh memori dan kasih sayang ini kepada sebuah NGO bagi wanita mengandung pabila anak-anak sudah tidak lagi berada di dalam rumah mereka. . Keputusan inilah yang akan menentukan nilai sebenar kasih sayang sejati ibu dan ayah, yang mana kemudiannya nanti akan dinilai si anak bila tiba masanya. . Apakah keputusan kita dalam sehari-hari berkenaan anak-anak kita? . Apakah prioriti masa dan material kita sehari-hari berkaitan dengan anak-anak kita? . InsyaAllah, selalulah meminta bimbingan dariNya. Malah pasangan McCaughey (ibubapa Septuplets) ini sebenarnya amat dekat dengan kepercayaan dan pegangan spiritual mereka dalam memandu mereka membuat keputusan yang besar dalam kehidupan kekeluargaan mereka. . Keikhlasan mereka terpancar dari hati, untuk membina dan membesarkan anak-anak mereka seramai 8 orang itu dengan cara terbaik yang mereka mampu lakukan, dan bantuan, ya, memang datang berbondong-bondong. Rezeki orang kata, kan. . Hargai hadiah kasih sayang ibubapa kita, kerana menjadikan diri kita hari ini. . Dan berdoalah agar kita sebagai ibu dan ayah, kepada anak-anak kita akan terus terpandu dalam membuat keputusan hari-hari kita. . Walaupun kasih sayang itu mungkin tidak dilahirkan dengan kata-kata atau kebendaan yang konkrit, saya pastinya antara yang melindungi, dan menjayakan kita semua selama ini adalah kuasa doa. Doa dari ibu dan ayah kita untuk kita. . Percayalah. Bersyukurlah. Terima kasih Mak dan Ayah. . Maznah Ibrahim.

photo content

photo content

Mendengar dengan penuh perhatian adalah satu tingkahlaku yang paling penting dalam mana-mana perhubungan dan komunikasi manusia. Pastinya pabila kita nak beritahu sesuatu kepada orang itu, kita mengharapkan atau menjangkakan dia mendengar dengan baik, menangkap perkataan yang kita ucapkan, mahupun memahami maksud mesej yang mereka sampaikan. Hari ini sesi ke-2 Personal Safety untuk anak-anak semalam, yang bertambah lagi 5 orang pula (semalam saya fotostat 25, balance ada 2, harini saya tambah fotostat 5 kerana guru kata bertambah 5 orang, so mungkin mereka ini ada 28 orang kot). Saya mendapati tidak mudah sekiranya nak mendengar serentak bagi setiap persoalan anak-anak atau kanak-kanak yang mahu menjawab soalan mudah saya. . Namun syukur dengan ‘ground rules’ yang telah diberikan oleh guru semalam, angkat tangan kanan pabila mahu bertanya soalan, suasana semuanya baik, lancar dan memuaskan hati. . Saya akan point kepada anak yang paling awal angkat tangan (dan memuji kerana suka jawab soalan), kemudian pada waktu lain saya akan memilih anak yang belum pernah jawab soalan lagi. . Anak-anak ini pabila bertanya, saya berusaha untuk : 👉mendengar dan memahami bait perkataan mereka. . Saya jenis akan hulurkan telinga saya ke arah mereka kerana itu style saya (saya ni auditori juga heheh). Ini memberi maksud kepada mereka yang kak maznah ni sedang berusaha mendengar perkataan mereka dan memahami maksud mesej mereka (bertanya, atau beri pandangan). . Respon saya sama ada : 1) mengesahkan dengan pujian kepada mereka (idea, pemikiran unik mereka) walau nampak remeh atau lucu seperti lelaki pandai buat cheese cake, dan ada yang ‘I am special because --- boleh solat 5 waktu’, pandai jaga adik dsb, 2) ataupun menjawab direct soalan mereka sekiranya saya tahu, jika tak tahu saya channelkan saja kepada pengetua mereka (soalan berkaitan lelaki dan batasan tidur anak perempuan dan lelaki - guru pengetua kategori ustaz juga), 3) mahupun memberi solusi kepada persoalan diutarakan pabila saya tidak mampu memberikan jawapan (guna kamus). . Menarik apabila seorang anak berkeperluan khas ini hanya perlukan single perhatian, iaitu one to one saja perhatian sebentar, kekuatan memberi perhatian dan auditori saya untuk saya extract apa perkataan yang dia nak nyatakan iaitu kelebihan dirinya – yang pastinya saya yakin yang dia tahu dan sedar, akan kebolehan atau keunikan dirinya. Bermaksud konteks perbincangan kami dia fahami. MasyaAllah… setiap anak memang istimewa, apatah lagi anak istimewa. . Jadi ibu ayah, buat rule asas untuk semua anak anda yang mahu bercerita (katakan 3-4 anak serentak mahu bercerita setelah pulang diambil ibubapa), iaitu angkat tangan dan bercakap bagi yang mama ayah sudah point out kan, . Dengar dengan penuh perhatian, . Respon sama ada 👉 dengan validate (sahkan apa dia ucapkan), 👉 jawab jika dia bertanya, dan 👉 channelkan ke arah solusi sekiranya kita tidak tahu jawapannya (nanti ayah cari jawapan, kita bincang semula ok, kakak ingatkan ayah tau). . Anak pasti puas hati sebab didengari, kan? Itulah hadiah penghargaan terbesar untuk seorang manusia. . *Hujung sesi, anak-anak perempuan memeluk kuat-kuat saya, dan saya tahu jawatan sementara saya sebagai kak maznah si pengajar Personal Safety ini mula mendapat tempat di hati mereka (sebab semalam cuma salam cium tangan saja heheh). Semoga bermanfaat. Maznah Ibrahim

photo content

Saya mendapati self esteem adalah key kepada apa jua keadaan, untuk anak ‘survive’. Dalam keadaan mencabar, buruk, tertekan, dan persaingan yang tinggi, hanya dengan kenal diri, percaya diri dan yakin kemampuan dirilah yang membantu seorang anak untuk tidak rasa tertekan dengan apa jua hasil kerja yang dikeluarkan. Anak tahu dia telah lakukan yang terbaik, dan tidak mengapa hasilnya sedemikian kerana dia diberitahu ‘adalah okay’ untuk apa jua pencapaian kamu. Namun dengan sedikit bimbingan, kamu boleh mara lebih jauh sekiranya kamu berminat, motivasi boleh dibentuk dengan matlamat jelas dan ‘action’ yang khusus. ---- Pagi tadi saya melakukan sesi 1 Personal Safety (volunteer) untuk anak-anak sekolah rendah sekolah anak saya. Dalam proses menghasilkan lukisan diri (magic mirror), dan seterusnya menggunting nama dan melihat satu-satu imej dari nama mereka sendiri, terdapat progress yang baik antara dua aktiviti berturutan ini. Murid yang pada aktiviti pertama agak perlahan (semasa melukis gambar diri), menjadi lebih yakin dan pantas melakukan aktiviti 2. Manakala murid yang melakukan aktiviti 2 lebih perlahan, ada sedikit tekanan kerana tidak dapat menyiapkan seperti apa yang rakan hasilkan. Namun saya berikan solusi pantas yang unik disusuli dengan pujian akan keunikan hasil guntingan beliau. Caranya senang aja untuk anak-anak ini berasa yakin dengan hasil kerjanya dan boleh ‘move on’. . 1. Beritahu ulang-ulang kepada mereka yang apa jua hasil adalah okay, tiada salah dan tiada benar, kerana ini adalah lukisan kamu untuk diri kamu sendiri. Hatta melukis orang lidi juga adalah Okay. . 2. Pandang mata anak pabila dia bertanya meminta pandangan/ pengesahan/ dan kelulusan sama ada hasilnya adalah ok, atau ada kesulitan semasa melakukannya, dengan perkataan dan sentuhan seperti: “Ha ok, bagus ni, kak maznah nampak elok dah”, “Takpa, teruskan, tengok sampai adik nampak sesuatu”, “ha macam ni pun ok, tak mengapa, ini lagi unik” (walau guntingannya tidak sama hasil seperti rakan yang lain). . 3. Pengesahan dengan riak wajah, perkataan dan sentuhan membantu anak-anak untuk berasa “Okay” terhadap hasil kerja dilakukan. . 4. Percaya keunikan dan proses belajar setiap anak tidak sama, walau perlahan atau laju, mereka tetap telah ‘move on’, atau ‘progres’, dan tiada siapa yang ‘regres’ ke belakang. . 5. Kejayaan akan menyusul apabila kita memfokuskan keunikan kecil setiap diri mereka dan bukan memfokus kekurangan kecil setiap diri mereka. Gunakan kelebihan rakan sebaya atau senior untuk bantu rakan muda ini kerana dari rakan ke rakan kadangkala membantu lebih baik dari guru kepada murid. . Sekian perkongsian refleksi saya hari ini, mudahan bermanfaat atau mencetuskan sesuatu dalam diri anda. . Maznah Ibrahim. * Esok sesi 2, dengan 'highlight' kepada keunikan setiap anak ini yang berbeza, saya akan tekankan yang perasaan setiap kita adalah tidak sama walau untuk situasi atau sentuhan yang sama.

photo content

Kita kerap terlupa yang anak bila bermain, dia sebenarnya juga belajar. 7 Indikator Yang Membantu Anak Belajar Banyak Walau Dia Bermain. Jum kita tengok satu persatu. Dia belajar sesuatu apabila permainan yang dia lakukan tu: . 1. Gunakan pancaindera dia. 👉Lagi banyak pancaindera lagi baik proses belajar itu. 👉Katakan anak lemah dalam Matematik atau Membaca, wujudkan aktiviti yang libatkan seluruh 5 deria dia dan 1 lagi ialah instinct untuk dia lebih cerap proses belajar itu. 👉Selain guna mata (melihat) dan telinga (mendengar) saja dari tablet/hp/perisian teknologi canggih untuk belajar, baik lagi pabila dia menggunting, gam, dan mencanai bentuk-bentuk sama ada keras atau lembut dalam input yang masuk ke dalam memorinya. . 2. Mendapat kejayaan. 👉Maksudnya pabila dia bermain, dia berjaya lakukan sesuatu,sehingga menjadi (walau tidak sempurna), maka pujilah dia. 👉Juga ada permainan yang kalah dan ada menang, bukanlah kalah sentiasa atau menang sentiasa. 👉Jadi pastikan bermain anak anda itu ada melibatkan kejayaan dia. 👉Ada benda yang dia nak capai atau kejar. Ia jadi seronok dan mencabar. . 3. Bermain dengan kawan-kawan. 👉Dalam konteks ini, jika adik beradik mencukupi untuk jadi ‘kawan’, adalah ok, manakala jika tak cukup, tambahlah lagi dua kawan iaitu ‘ibu dan ayah’ ;) 👉Bermain seorang diri dalam dunianya berbanding bermain dengan manusia lain adalah berbeza impaknya. 👉Banyak anak akan belajar pabila dia bermain dengan orang. . 4. Menggunakan bahasa. 👉Iaitu anak bercakap, berkomunikasi, mendengar dan membalas. 👉Maka proses kognitif itu akan berlangsung, bukan pasif saja macam main game sensorang di alam maya (yang ada lawan tapi tak wujud). . 5. Diberi peluang meneroka. 👉Biarkan anak bermain sehingga dia menjumpai satu-satu kaedah atau metod baru dalam permainannya, itulah ‘idea baru’ atau inovasi namanya, 👉mahupun invention sesuatu yang betul-betul baru. 👉Ini biasanya dapat bila anak sampai ke tahap penerokaan bermain itu sehingga jauh dari kebiasaan cara bermain. . 6. Berperasaan positif. 👉Anak perlu ada rasa positif iaitu di ‘acknowledge’ atau diiktiraf akan ideanya, permainannya, gayanya, yang walau macam salah tapi tetap diberi perhatian dahulu ekspresi ideanya itu sebelum ditegur. 👉Rasa positif itu membentuk keluasan minda kerana hati sudah gembira/suka, minda pun luas jauh terjangkau. . 7. Berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi cara komunikasinya. 👉Jadinya anak-anak akan lebih banyak belajar bila dia bermain dengan kanak-kanak yang matang mahupun ibubapa yang sporting untuk turut sama bermain, kerana gaya komunikasi orang sebegitu adalah lain: vokabulari lebih dari biasa, dan struktur ayat juga lebih matang. 👉Cara urus permainan juga berbeza dengan kanak-kanak seusia atau lebih kecil. *poin ini diambil dari buku Screaming Free Parenting (m.s22) dan diolah /dikembangkan oleh saya. So, bagaimana ibu ayah? Mari kita buka minda kita berkaitan bermain sambil belajar ya. Dan jum bermain dengan anak-anak. Maznah Ibrahim

photo content

Antara Soalan Kerap Ditanya Kepada Saya Ialah: Berkenaan Anak Berbohong/Menipu? . PENGGUNAAN KEYWORD YANG LEBIH TEPAT --------‐---------------------------------- Kerapkali juga saya jelaskan 'keyword' perlu guna untuk rujuk situasi seperti ini ialah "Anak TIDAK bercakap BENAR" (tujuan nak mendidik minda parenting kita) dan Bukanlah 'MELABEL' anak dengan keyword 'MENIPU/BERBOHONG/ MENYEMBUNYIKAN KESALAHAN'. Sebab kita nak 'lead' dan didik anak kepada 'BERCAKAP BENAR' (sifat Al Amin, kan). Dan antara punca utama ialah anak sudah tahu RESPON ibu ayahnya bila dia beritahu sesuatu berkaitan dia salah. Bila mereka bercakap benar tentang sesuatu perkara yang merupakan kesalahan mereka, Seperti mengambil barang rakan, memukul rakan, didenda guru dsb... Ibu ayah akan REACT bukan RESPOND, Dengan marah, atau menyalahkan dia lagi ada la......... . Maka anak pun TAKUT untuk BERCAKAP BENAR, Rela lagi i. bercakap tidak benar atau ii. ada yang sampai mereka cerita lain pula (make up other stories), ataupun iii. memendam, Menyimpan aja rahsia tak selamat tu... . APA IBU AYAH PERLU CAKAP KEPADA SI ANAK -----‐-------------------------------------- Biasanya juga saya akan katakan: 1. Tekankan kepada anak yang Ibu Ayah Lebih Suka bila anak bercakap benar walau apa dia buat tu benda salah, 2. Dan kesalahan menyembunyikan kebenaran dengan mereka cerita lain adalah DUA KALI GANDA kesalahan iaitu i. kesalahan asal itu sendiri, ii. kesalahan mereka cerita lain pula... . . MARI KITA TENGOK JAUH LAGI KE BELAKANG ----------‐-----‐‐------------------- Ini satu lagi perkara yang perlu anda tenung dan telusuri pengalaman respon anda kepada anak sewaktu usia dia awal-awal kehidupan, iaitu usia 1 tahun.... dulu. . Pabila Anak Kecil Kita Tu Memberitahu Sesuatu Berkaitan Kesalahan Dia...Besarnya Pengaruh Respon Kita Untuk Karektor Dia Kemudian Nanti Kesalahan si kecil seperti: Air tumpah, Nasi bertaburan, Beras bertebaran, Meja makan atau lantai makannya berkecahan, Mainan kecilnya masuk ke lubang jamban, Dengan beria-ia sekali, Seolah 'Tak Rasa Bersalah' ? 😆😟🤔 Raikan 'kejujuran' dan 'kesungguhan' dia tu dengan selesaikan atau solusikan saja situasi itu dengan tindakan, Bukan membebel, atau marah, atau berlebihan menasihati (boleh memberitahu minima apa perlu buat saja contoh "Makan elok-elok ya Y-Nama Dia") . HASILNYA NANTI TAK LAMA PUN ----------‐------------------------------- Percayalah nanti besar sedikit dia tu, Pabila ada perkara yang dia buat salah di rumah pengasuh, Taska, Tadika, Sekolah, hatta rumah sendiri, Dia akan tak teragak-agak atau takut nak beritahu kita, (Sebaiknya berlaku 👉 Kata kasar sikit = 'Anak Suka Menipu') Sebab dulunya sewaktu dia beria-ia beritahu kesalahan tulus dia dengan jiwa murni dia, Kita tak marah pun dia, Malah kita bantu dia SOLUSIkan, Kita TUNJUKKAN CARAnya, . Dan seawal dia usia 1 tahun lebih pun, Percayalah, Dia sudah boleh buat sendiri 'SOLUSI' yang selalu anda lakukan, Atau tunjukkan, Dengan jujur, tulus, murni, ikhlas, bersungguh-sungguh, Tanpa perlu DISURUH pun. . MasyaAllah... Care, Maznah Ibrahim Kongsikan dengan circle anda agar ramai-ramai kita berusaha positif pada kesalahan anak yang masih peringkat 'immature' ini. #RefleksiKeibubapaanMaznahIbrahim *CikYumna 1thn 6 bulan dah tak mengadu ketumpahan makanan nasi dia dah, sebaliknya terus ambil penyapu dan cuba sapu sendiri. Waktu lain, dia ambil dan gunakan penyapu dan penyodok sekaligus......♥️

photo content