uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 270 підписників, посідаючи 969 місце в категорії Діти та сім'я та 2 365 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 270 підписників.

За останніми даними від 23 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -121, а за останні 24 години на -3, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 5.56%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 2.43% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 904 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 395 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 24 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 270
Підписники
-324 години
-377 днів
-12130 день
Архів дописів
photo content

photo content

Kurangkan pergaduhan antara adik beradik, dengan: 🔛Kenali Bahasa Cinta Setiap Anak... 🔛Mulakan dari dalam kandungan, bonding mereka, sebaik anda mengandung setiap anak baru. 🔛Setiap anak special dan memiliki 100% kasih sayang anda dan tempat sebagai anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Tempat ini tak boleh diambil alih oleh sesiapa pun! . Maznah Ibrahim . Dapatkan Ebook Mini PERCUMA saya yang dikeluarkan 2 tahun dahulu, Alhamdulillah ketiga anak saya 'Baik' dan Ngam, saya buat sendiri semua tips tu semasa mengandung anak kedua, dan konsisten menjadi sampai anak ketiga kini (Alhamdulillah dengan Izin Nya), . . gaduh sikit sikit tu normal tau, tak normal kalau tak gaduh, tapi kita tak mahu sampai wujud perasaan dendam, benci dan sengaja cipta konflik tanpa wujud secebis kasih sayang sejati.. sampai besar, kan? . Kita mahu tanam dan develop 'Care System' ❤ di otak mereka, bagi komponen Bonding hubungan antara adik beradik selain Bonding hubungan antara IbuBapa-Anak, agar mereka kuat dan teguh dalam aspek EQ (komponen perhubungan manusia) pada masa hadapan. . Tips Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan ebook.maznahibrahim.com/ngam *pls share link Ebook ini dengan rakan anda yang mungkin sedang mengandung anak baru / yang alami buntu konflik pergaduhan anak anak mereka. Terima kasih 😃

Assalamualaikum salam sejahtera, Didoakan hari anda terbaik dan positif hari ini. 😊🏆

photo content

Kait dengan penulisan tentang entropy dan parenting haritu, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405 . bila tak set apa apa LUA (Law of Universal Attraction) positif hari anda setiap hari, . hari anda mudah aja 'tertarik' kepada perkara/situasi negatif. Jadi, caranya: . Pagi sahaja, bangun, terus buat set minda LUA positif: . 🅰 hari ini aku positif 🅰 hari ini emosi aku baik baik 🅰 hari ini anak anak aku emosi baik 🅰 hari ini perjalanan hantar anak lancar 🅰 hari ini kerja aku siap dengan cemerlang . Usaha beramal dengan ilmu ya. . MI

BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . 🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri) . 🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, ..) . 🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . 🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . 🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. 🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . 🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . 🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;) . 🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . ❤️ Oleh : MI

Anak Adalah Cerminan Ibubapa. ✔ Mahu anak cakap elok-elok, Ibubapa perlu cakap elok-elok dengan anak. ⏩ Selalu sebut 3 perkataan ini: “Tolong”, “Minta Maaf”, “Terima kasih”. Anak akan sebut 3 magic words ini selalu. ✔ Mahu anak sentiasa minta maaf dan sedar kesalahannya, Ibubapa yang mulakan dahulu meminta maaf bila sedar kesilapan mereka. ⏩ “Mama minta maaf sebab tadi Mama tertinggi suara masa nak minta abang masuk tidur. Lain kali Mama akan cakap elok-elok tapi Abang dengarlah cakap Mama ya.” ✔ Mahu anak yang ceria dan happy selalu, Ibubapa perlu tunjukkan emosi dan cipta suasana ceria dan happy selalu. ⏩ “Kita nak pergi mana semua? Kita nak pergi bersenaaaaam. Lepas tu kita gi makan kat kedai capati ya”. ✔ Mahu anak yang sabar dan boleh menunggu, Ibubapa perlu selalu bersabar dengan kerenah anak dan boleh menunggu. ⏩ “Fateh, Mummy tunggu ni, Mummy beri lagi 5 minit Fateh tutup tv dan masuk tidur ya”. -- “Okay Mummy”. ⏩ “Khairunnisa’, kakak gatal ya. Garulah. Nanti dah habis garu bagitau Mummy”. -- “Kakak nak Mummy gosokkan..” Jadilah apa yang kita nak anak jadi. Oleh: MI

KESAN KERAP MARAH ANAK: KESAN NO 5 PALING NAK ELAKKAN Ramai tidak tahu apa kesan lebih jauh pabila marah anak; kepada otak, emosi dan tingkahlaku mereka. Kesannya berpanjangan kepada kehidupan dewasanya kelak. Kalau dacing tu, timbangan marah lebih banyak dan lebih berat, melebihi dacing satu lagi, tunjukkan cara marah dengan cara lebih santun, wajar dan sesuai diterima anak manusia (kita bukan binatang ya). Baca lanjut untuk ketahui kesan marah pada anak 👇👇👇 https://maznahibrahim.com/apa-kesan-marah-pada-anak/

Sering terfikir bagaimana sebaiknya cara nak marah anak kecil yang lebih selamat. Semuanya kaedah 'sabar', dan konsisten bercakap dengan baik digunakan oleh Rasulullah untuk anak kecil. Cara alternatif selain sabar (hukuman dll) nanti saya kupas dalam artikel post lain, insyaAllah (lebih kepada anak sudah mumayyiz). https://maznahibrahim.com/marah-pada-anak-kecil-bagaimana-cara-rasulullah-dan-kait-dengan-ilmu-sains-manusia-dan-psikologi/

photo content

APAKAH GAME KLASIK PERTAMA ANDA DENGAN ANAK YANG SANGAT BERMANFAAT UNTUK PERKEMBANGAN MEREKA? Game ‘Ba Ba Chak’ Nampak macam game mudah, namun ia ada elemen mencari (‘seeking’) yang besar pengaruhnya dalam kehidupan seorang anak kelak. Ia menggalakkan ciri semulajadi anak manusia berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dalam diri. Klik untuk bacaan lanjut. https://maznahibrahim.com/game-klasik-pertama-anda-dengan-anak-yang-sangat-bermanfaat-untuk-perkembangan-kanak-kanak/

photo content

MACAM MANA NAK PENUHI TANGKI EMOSI ANAK (PART 2) Layan anak macam VVIP. Terkandung dalam artikel ini, adalah: 5 KUNCI LAYANAN BASIS UNTUK ANDA BUAT SETIAP KALI BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK: Dan lain-lain tangki layanan yang baik yang boleh anda lakukan setiap hari, Dan bagitahu anak, anda dah buat ini bila anak kata 'Mama tak sayang kita..' Klik di bawa untuk bacaan lengkap. https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-2/

Didoakan anda semua kuat dan positif dalam usaha membentuk kesabaran dlm diri anda setiap hari ❤️ Kerana setiap ujian anda itu, Anda MAMPU DAN LAYAK hadapinya, Dengan sebaiknya, dengan kebijaksanaan dan sumber yang ada dalam diri dan sekeliling anda. Maznah Ibrahim.

photo content

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1) 5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: 1. Tangki perkataan baik 2. Tangki sentuhan selamat 3. Tangki masa istimewa 4. Tangki layanan yang baik 5. Tangki material bersesuaian PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda. Jum sama-sama pelajari dan amalkan. Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik. . Tekan bawah ni ya untuk penerangan cepat tepat dan bermanfaat, InsyaAllah. . https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF ✌ Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri) ✌ Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…) . KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA: 🙄 Kita kerap marah, 🙄 Halang, 🙄 Kita buatkan. . Macam mana nak tangani dan support perkembangan mereka❓: Sambung baca di: https://maznahibrahim.com/anak-kita-yang-berusaha-3-6-tahun/