uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 317 підписників, посідаючи 969 місце в категорії Діти та сім'я та 2 352 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 317 підписників.

За останніми даними від 11 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -128, а за останні 24 години на -7, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.14%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 676 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 12 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 317
Підписники
-724 години
-227 днів
-12830 день
Архів дописів
Untuk anda yang mahu memasukkan nilai mengenai kemenangan, kekalahan, 'competition', dan EQ kepada anak kita, Saya menyaranka
Untuk anda yang mahu memasukkan nilai mengenai kemenangan, kekalahan, 'competition', dan EQ kepada anak kita, Saya menyarankan untuk menonton bersama anak filem ini. Filem yang amat baik garapan penceritaannya, dan berkualiti. Sarat dengan nilai dan pelajaran untuk seisi keluarga. Koki-Koki Cilik. Ia mengenai momen-momen di kem oleh sekumpulan kanak-kanak di 'Cooking Camp' bagi meraih kemenangan sebagai chef cilik. Penuh dengan pelajaran kehidupan, unsur kekeluargaan, persahabatan, perhubungan, niat/objektif/target, usaha gigih, kerjasama dalam satu pasukan, erti persahabatan, dan nilai atau makna 'menang' dalam erti kata 'menang' sebenarnya. Boleh ditonton di Netflix ya. Boleh ceritakan semula kepada anak untuk memahami dengan lebih baik akan aspek nilai yang kita mahu masukkan. Selamat menonton! Maznah Ibrahim. Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

Kenapa Penting Kita Proses Semula Momen / Pengalaman Tidak Baik Anak Lebih Lagi Yang Kita Buat Silap Kepada Mereka. . Kongsikan. https://vt.tiktok.com/ZSekg7Tv6/ .

Anak dari bayi pun amat sesuai diselitkan perkataan emosi, kerana mereka mendengar dan merakam dengan penuh. Biar mereka tahu, sedar, setiap rasa itu ada namanya, ada cetusan penyebabnya, Dan boleh diatur/diurus dengan baik... ... 😍Adik sukaaa (emosi anak kelihatan suka gembira) bila Mama main ba ba chak dengan Adik. 🥰Mama rindu (perasaan Mama) nak main dengan adik... 😱Ayah bimbang (perasaan Ayah) Adik lari laju sangat tadi, lari hati-hati ya... 😊Kita walau kalah dan rasa sedih (perasaan anak) kita still rasa puas dan berjaya (perasaan kita) sebab kita telah mencuba 😉, yeay!!!. ... Selitkan saja perkataan emosi dalam situasi harian anak bersama kita, Sebab momen ini semuanya ada nama. . Maznah Ibrahim. Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Ayat untuk Tegahan kepada Anak, Sebaiknya, jelas apa yang TIDAK dan susulilah sekali dengan apa yang YA dia BOLEH buat ya. .. Anak bercakap kasar, menjerit, melawan dan sebagainya, Kita hanya katakan: "Tak perlu menjerit, Abang, (TEGAHAN TIDAK), Cakap elok-elok aja, (SARANAN YA, BUAT). Semua orang boleh dengar (PENEGASAN HASIL NANTI)". Sebab anak perlu tahu 2 side; apa yang TIDAK BOLEH dan APA YANG BOLEH. . Cubalah ya. . Maznah Ibrahim. Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif; T.mazn.me/chan

photo content

Kan dah kata kita lebih dulu makan garam? Apalah sangat silap anak bila dia buat kerja tak sempurna macam kita buat? Hmm... maka kita memaafkan dan mereflek diri kita, untuk tanggungjawab membimbing bukan menuding. Perbetulkan diri sebelum perbetulkan tingkahlaku anak.. Baikkan emosi diri sebelum boleh tingkatkan koneksi dengan anak. Keibubapaan adalah mengenai kerjasama dan perhubungan (koneksi) kita dengan anak, dan ia melibatkan perasaan anak terhadap diri kita. Baik perasaan dia terhadap kita, baiklah koneksi kita dengan dia, maka kuatlah kerjasama kita dengan dia dan baiklah tingkahlaku dia. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan ............... Webinar Penat Emosi masih dibuka, segera dapatkan seat anda: Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211117

photo content

Jemput Menonton Video Tips Keibubapaan, di akaun TikTok Baru Saya Di Sini Ya (Hanya 1 Akaun Sahaja): https://www.tiktok.com/@imaznah.ibrahim Boleh Follow dan Share dengan Rakan-Rakan Kita Yang Lain.

Berkomunikasi dengan berkesan, memang ambil masa... Banyak kita lakukan sehari-hari mungkin sekadar respon atau reaksi yang belum cukup 'engaging' dengan anak kita... Mari kita buka hati, minda, mata, telinga untuk menjadikan momen bercakap dengan anak itu adalah terbaik dan tidak kerugian... Masa itu Pedang. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Video: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/928402571102437 Reward Material untuk Anak Kita, Ok ke Beri? Persoalan ini selalu ditanya, dan selalu saya jawab secara teks di telegram support group dan live webinar, cuma kali ni saya sempat menulis dan rakam video, asbab anakanda Fateh telah berkata sesuatu hari ini dalam video refleksinya... Basically saya selalu kata boleh, cuma tidak fokuskan ke situ semata sebab ia 'short term effect' (kesan sebentar/sementara) walau immediate effect (anak terus berubah tingkahlaku, kita pun bahagia). . Makanya sekalikan reward material yang dia request dengan reward tidak konkrit (tidak nampak namun bernilai tinggi) dalam 5 tangki emosi, sebab ia lebih long lasting, percuma dan beri kesan jangka masa panjang... Memandangkan anak kecil memang kejar reward yang nampak (konkrit), maka kita BOLEH BERI sebagai permulaan, dan gunakan ia untuk bentuk karektor dan habit tingkahlaku baik dia: seperti dia buat kerja 1 mukasurat dia dapat aiskrim sedap (benda dia suka), dan macam mana nak bagi dia tetap gembira buat kerja sekolah walau tanpa 1 aiskrim itu. Caranya, WAJIB sekalikan reward material yang dia request tu dengan 4 lagi (mana-mana) iaitu : 💖 pujian (puji spesifik usaha dia walau tidak sempurna) 💖 sentuhan (touch dia sambil cakap/puji kerja spesifik dia buat yg siap satu mukasurat tu), 💖 masa istimewa (bila nak puji memang ambil masa sebentar, apatah lagi waktu bersama-sama buat apa saja) 💖 layanan/khidmat (tetap sentiasa hormati kanak-kanak, perasaannya sebagai seorang manusia walau lebih muda, menyantuni mereka) , Dan ingatlah, sebab anak kecil belum mampu menilai dan timbang tara reward bukan konkrit (seperti ada masa me time, dapat urutan spa, dapat pergi kelas ilmu, atau bercuti masa istimewa) adalah jauh lebih penting daripada material, maka memang CONFIRM anak kecil akan kejar reward material tu. Ini terbukti bila saya buat kajian kecil bukan saintifik dan saya dapati hampir semua kanak-kanak ini hunger for tangki material 😅, manakala orang dewasa profesional ada hampir semua tidak hunger for material tapi hunger tangki lain 😊😊😊. Tidak salah beri, sesuaikan, moderate, selayaknya, semampunya kita, Cuma, wajib sangat sekalikan dengan reward emosi dan spiritual, yang pasti tidak akan rugi kita terapkan, sewaktu bawah 7 tahun. p/s: Alhamdulillah anakanda saya tiba-tiba sudi nak cakap sesuatu dan tak sangka dia sebut mengenai reward spiritual istimewa dia :) tanpa saya langsung beri apa-apa input kepada dia pun. Syukur sangat saya mendengarnya. Dan dia sudi saya kongsikan ke public ni... Marilah kita usaha masukkan input emosi dan spritual kepada anak-anak kita sejak awal kanak-kanak lagi ya.... Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Contoh maksud reward material yg sentiasa disekalikan dengan reward emosi dan spiritual yang selalu saya sebut dalam live, maka anak akan faham buat kerja bukan saja dapat upah tapi ada benda lain lebih besar... ........ Anakanda tiba-tiba nak rakam, cakap. Kami tidak ada prepare apa-apa, dia terus cakap, rakaman shoot 1 min. Biasanya dia Thinking memang taknak dirakam dan tak reti cakap sangat. Paling saya tak sangka ialah bila dia sebut pasal 'syurga', dan 'syurga paling atas'... Memang terharu dan tak sangka dia boleh cakap macam tu.. Subhanallah. Semoga semua anak kita dapat merasai 'reward spiritual' dan tidak mengejar material semata... *Video ini dengan izin anakanda untuk dikongsi/post. https://vt.tiktok.com/ZSeh4TuF8/

Saya bimbang saya tak sempat cakap yang saya sayang kat anak saya, dan minta maaf atas kesilapan saya mengabaikan perasaannya dulu... Kini dia dah besar dan amat sibuk.. - Kita yang masih ada anak di sisi tanggungjawab kita, kita rendahkan ego kita dengan menjadi seorang ibu ayah yang riang, santai, tegas dalam hikmah, mendidik dan menyubur rasa kemanusiaan dalam diri anak dengan melaksanakan dahulu giat usaha menyubur sifat empati dan insani dalam diri kita sendiri. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Peluklah anak-anak Kerana ia memberi manfaat besar bukan sahaja kepada otak mereka untuk perkembangan emosi dan kognitif, Mal
Peluklah anak-anak Kerana ia memberi manfaat besar bukan sahaja kepada otak mereka untuk perkembangan emosi dan kognitif, Malahan juga beri banyak manfaat pada diri ibubapa itu sendiri. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan