Salam semua ibu hebat,
Saya suka nak share dengan semua berkenaan beberapa teknik Urus Emosi yang diaplikasikan dalam saat sebenar kita ibu-ibu hebat, kepada anak hebat.
.
Dalam Seminar EHSABAR memang dikongsikan 7 Teknik Cepat Urus Emosi yang boleh diaplikasikan ibu-bapa kini, beserta 3 Smart Parenting Skills yang perlu difahami dan boleh dilakukan, juga merupakan ilmu terkini yang berkesan insyaAllah (pengalaman sendiri dan semua orang di sekeliling saya, hakikatnya ia ilmu Allah jua, saya menyampaikan sahaja).
.
Level 2 Seminar Eh Sabar lebih kepada proses dalaman diri (apa dalam diri), teknik let go emosi dari baggage lama, dan asertif skil dalam komunikasi. Namun, Level 2 saya tidak rancak lakukan kerana saya banyak berkongsi teknik komunikasi asertif di dalam Ebook ‘Saya TakNak Marah Anak Lagi’ Siri 1 & 2.
.
Saya terbaca post Dr Diyana Sharifudin, sahabat Alumni EHSAABAR Seminar Level 1 dan Level 2 (satu-satunya kali Level 2 yang saya anjur).
.
Saya bangga, saya syukur, saya suka.
.
Jauh di sudut hati saya terharu kerana Diyana semakin baik dalam pengurusan emosi semasa (saat diuji) itu.
.
Saya tahu bukan mudah, kerana saya tahu serba sedikit apa Diyana lalui sebelum ini sebagai seorang anak.
.
Saya juga tidak mudah untuk lakukan segala ini untuk diri, keluarga saya dan untuk didik/coach orang lain juga. Sungguh ia bukan mudah. Allah tahu, housemates saya tahu (housemate tua dan housemate kanak-kanak).
.
Namun saya terus berusaha dan ia jauh lebih baik untuk diri setiap hari pabila kita kerap berkongsi dan melatih orang. Latih orang untuk latih diri. Alhamdulillah, memang usaha break the cycle namanya.
.
OK, saya senaraikan beberapa teknik yang Diyana telah laksanakan berserta ulasan kecil.
.
-----
Kondisi situasi Ibu: Ibu Stres kerana lewat ambil anak di sekolah/taska. Ibu memandu sendirian. Ibu aware/ sedar keadaan emosi diri (ini sangat bagus kerana bukan mudah ya nak sedar status diri).
Teknik Ibu telah laksanakan:
1) On the way nak ambil anak sebelum berjumpa anak, Breath in Tenang, Breath out Stress. Berjaya tenang buat sementara kerana hero heroin kecil belum ketemu untuk mengusik air kolam tenang kita :D
- Tujuan breathing adalah untuk settle down / grounding yourself, diri dan emosi
.
2) Sebaik anak sudah masuk kereta, bersedia dengan ujian. Terus lakukan teknik Diam sambil breathing,
.
3) Lakukan Self Affirmation: “Aku Ibu Penyabar”, “Aku Ibu Penyabar”, “Aku Ibu Penyabar” (tegas skrip ringkas dan tepat apa mahu)
.
4) Self Affirmation lagi: “Semua yang berlaku, saya tak dapat control. Saya dah buat apa yang saya patut buat. I did justice (saya telah berlaku adil). I can control how I react”. (Ini teknik dalam Cognitive Behaviour Therapy CBT, Diyana ni terror kognitif dan self talk positif/ rationalised. Saya tak ajar dalam Eh Sabar, namun saya boleh share nanti insyaAllah.
.
5) Komunikasi Tegas Diri: Beritahu anak-anak dengan Tegas Tetapi Lembut, apa kita suka dan tak suka, dan sebaiknya tambah beritahu apa kita mahu mereka buat/lakukan/jadi sebab anak-anak perlu option: Jika tak boleh buat ini, apa boleh, Ibu?
.
“Umi tak suka kekerasan. Umi tak suka anak-anak yang pukul adik beradik, gigit adik beradik.
Umi suka anak-anak yang dengar kata Umi, berbaik-baik dan saying sesama adik beradik.”
(semasa situasi, boleh juga Zikir Ya Allah Ya Jami’, satukan hati dan himpunkan anak-anak ku agar baik-baik sahaja di dalam kereta ini ya Allah)
(Ya Allah Ya Sobur, sabarkan aku Ya Allah agar boleh tenang dan sabar berhadapan dengan anak-anak syurga ini ya Allah, bantulah aku).
---------
p/s:
Penulisan refleksi saya telah diberi proof read dan diizinkan oleh Diyana. ☺
------
Saya mendoakan Diyana ibu hebat untuk 3 anak comel hebatnya akan terus baik-baik dan cemerlang, seimbah sahsiah dan inteleknya serta menyumbang kepada dunia insyaAllah.
Anak-anak juga akan mewarisi ilmu pengurusan emosi yang baik dari Umi, insyaAllah.
Terus menulis dan beri manfaat kepada ramai orang lagi, saham dari ilmu bermanfaat, dan berpanjangan insyaAllah.
----