Hari-hari awal bayi yang kerap disentuh, digeletek dengan penuh kasih sayang mungkin merubah epigenetik dalam badannya di kemudian hari
Boleh baca kajian ini:
http://www.sciencealert.com/cuddling-babies-alters-their-genetics-dna-for-years
Walau kajian ini terlalu awal untuk meramal perubahan genetik kekal dalam badan kanak-kanak dan kehidupan dewasanya, ia agak logik pada saya.
1. umum memang tahu bayi perlu sentuhan, dan bayi yang pramatang disentuh, diurut, akan kurang stres dan bertumbuh lebih baik (berat badan meningkat)
.
2. 0-2 tahun kita semua berusaha menyusu bayi, dan semasa ini bayi rasa amat 'secure' selamat di dakapan ibu. Cumanya kadar kecepatan merespons pada bayi, saranan Margot Sunderland dalam buku best nya 'What Every Parent Needs To Know' (Nama baru buku: Science of Parenting), awal bayi perlu dapat respons segera bawah 15 saat. Ini sebabnya:
Sedutan dari short article saya zaman dahulu kala:
------------------------------------------------------------
Pun ada kisahnya antara membiarkan bayi menangis lama dengan attend mereka secepat mungkin.
Bagi bayi dalam awal-awal umurnya, perlu lah dilayan / dipenuhi keperluan asasnya seperti susu, basah lampirn (selesa), selamat (pelukan) dan 'warm' (kehangatan) secepat mungkin, jangan lebih 15 saat dibiarkan menangis.
Sebab otak mereka terlalu muda, masih peringkat primitif dan survival, belum berkembang baik ke bahagian otak emosi dan otak kognitif.
Bila 'attend' cepat, mereka membina kepercayaan tinggi dan kenal siapa prime carer' konsistennya. Mudah untuk ke hadapan bila mereka nak dibentuk disiplin oleh 'prime carer' yang sama.
Dalam setahun lebih dari 1.6 tahun, toddler ini lebih matang dan cekap membaca bahasa layanan ibubapa, maka berhati-hati sekiranya mereka memang memanipulasi ibubapa.
Namun lain bayi lain peringkat usia manipulasinya ya. Seingat saya, Fateh dalam 1.8 tahun baru mula tangisan merengek manipulasinya (tiada airmata) (semasa mahu dibantu turun dari kerusi, pabila saya menghampirinya sahaja, dia terus sengeh, sabo aja ya, hehe).
---------------------------------------------
3. Otak still developing pantas untuk usia 0-6 tahun dan paling pantas neuron nya pada tempoh usia 0-1 tahun.
Jadi no wonder la kesan pelukan sentuhan kasih sayang ni beri kesan direct kepada perkembangan otak, cuma isunya artikel itu berkenaan genetik. Genetik adalah permanent. Pengisian dan stimulasi otak anak usia 0-1 itu kategori 'Persekitaran' atau nurture.
Genetik (Nature) vs Persekitaran (Nurture).
Genetik jika ikut kajian, ialah 20% manakala Persekitaran membawa kepada 80% keseluruhan diri kita.
.
4. Ia sangat menarik kerana berkaitan sentuhan dirasai selepas bayi lahir. Umum juga tahu, bayi di dalam kandungan, sebenarnya boleh merasai sentuhan ibu/orang lain dari dalam perut. Semasa kita mengusap perut yang besar yang ada bayi tu, bayi yang keras menonjol di bahagian mendekati kulit perut ibu itu boleh merasai sentuhan itu ^_^.
Saya anggap ia bonding yang dibina sejak dari dalam kandungan. (selalu lakukan untuk kedua dua anak saya sejak dari dalam kandungan. Anak pertama: bonding dengan ibu, ayah. Anak kedua: bonding dengan abang dia, ibu dan ayah. Saya memang purposely buat macam tu. Kini anak ketiga dalam kandungan: sedang dibina bonding dengan abang, kakaknya dan ibu dan ayah).
.
Dan lahir sahaja, neurons mereka ialah 25% sudah terpenuh. Banyak tu !!! Means parenting memang dari dalam kandungan bukan selepas anak bermasalah usia berapa berapa baru kita terhegeh nak belajar ilmu parenting yaaa.
.
5. Jadi sentuhan sayang selepas bayi lahir lebih kepada stimulasi dan pembentukan dan perkembangan otak selepas bayi lahir yang mana ia membantu 80% balance persekitaran yang kita nak penuhi, dan ia adil untuk anak angkat iaitu anak yang tidak diingini ibu kandungnya yang mungkin tidak pernah dapat sentuhan dari dalam perut (tiada bonding, unwanted child),
.
iaitu ibubapa angkat yang pengasih penyayang masih dapat membentuk, mengasuh anak angkat ini dengan penuh kasih sayang, secara 80% persekitaran itu dan MUNGKIN mengubah sedikit genetik asal 20% itu