uk
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Відкрити в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 16 306 підписників, посідаючи 969 місце в категорії Діти та сім'я та 2 349 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 16 306 підписників.

За останніми даними від 14 червня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -125, а за останні 24 години на -4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 4.46%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає N/A% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 727 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 0 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 0.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 15 червня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Діти та сім'я.

16 306
Підписники
-424 години
-267 днів
-12530 день
Архів дописів
Pendekatan - approach kepada setiap anak berbeza. Ada anak sesuai cara keras, ada anak sesuai cara lembut, Jadinya apakah yang mungkin sesuai? Nanti kita dengarkan dari 1+4 host dalam webinar bersama saya esok ya. Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 CARE ❤ Maznah Ibrahim Telegram channel saya: t.mazn.me/chan berkongsi mengenai parenting positif dan psikologi anak-anak

photo content

Elak Damage Anak Berpanjangan Syukur di tahun 2020 ini sudah banyak modul, bahan, idea, dan bermacam lagi berkaitan ilmu parenting yang diadvokasikan oleh pelbagai individu, badan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Setakat saya mula berkongsi mengenai parenting hanya dengan info mengenai perkembangan kanak-kanak sejak tahun 2014, saya dihujani juga dengan pertanyaan dan luahan rasa, berkenaan 'tersilap', terutama yang baru jumpa atau kenal saya (anak sudah besar panjang), hinggalah kini. PELUANG MAKE A CHANGE Namun sentiasalah saya katakan tiada mungkin kita terlambat untuk berubah dalam pendekatan kita kepada anak-anak kita. Malah saya sendiri juga sebagai ibu muda (walau sudah usia 40 tahun ini), yang berkahwin agak lewat usia 30 dan memperoleh anak di usia 32 (kawan semua anak sudah prasekolah masa tu), saya juga ada buat banyak kesilapan kepada anak, terutama anak pertama. Sempat tak turn back? Sempat sangat jawap saya. Dengan doa, hasrat, ilham Allah berikan, akan sentiasa datanglah individu, info kelas, perkongsian dari mana jua untuk membantu saya dalam hasrat baik saya ini. ELAK DAMAGE ANAK BERPANJANGAN DENGAN PENDEKATAN YANG BETUL, SESUAI DAN SELESA Once kita dapat ilmu baru, teruslah apply. Ilmu banyak, yang mana satu? Doalah, Allah paling Tahu mana paling sesuai untuk kondisi kita. Kesal? Usah berlamaan, terus bangkit. Buat baik dengan betul, buat betul dengan baik, satu saat momen kita berubah buat betul dan lebih baik, anak boleh rasa dan kesannya, tentulah kesan yang baik. Jum kita bersama-sama mendapat pendedahan perkongsian dari 5 ibu berkenaan 5 pendekatan berbeza untuk salah satu anak mereka. Bantu saya kongsikan agar ramai lagi akan masuk ke kelas Webinar ini ya. Link daftar: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting2 (Setakat ini sudah 506 orangmendaftar, masuklah beramai mana pun tak apa, insyaAllah internet kita semua ok, bersualah kita esok malam ya) INGAT, PENDEKATAN YANG BETUL DAN SESUAI ADALAH UNTUK KITA LEBIH DEKAT DENGAN ANAK, SEBALIKNYAPENDEKATAN YANG TIDAK SESUAI, AKAN MENJAUHKAN/ MENJARAKKAN LAGI HUBUNGAN IBUBAPA-ANAK . CARE ❤ , Maznah Ibrahim Telegram channel saya: T.mazn.me/chan

Webinar Parenting Elak Damage_T.pdf8.54 MB

Hantar Anak ke Sekolah Dengan Doa yang TerBaik . Hadiah paling berharga namun percuma selain peluk anak ialah DOA. Antara pesanan dan doa yang baik-baik adalah: 👍 dengar cakap teacher/pengasuh 👍 main dengan kawan elok-elok --> (bukan jangan gaduh dengan kawan) 👍 kongsi mainan dengan kawan 👍 main sama-sama 👍 solat elok / betul / fokus 👍 siapkan kerja dalam kelas 👍 kongsi makanan dengan kawan 👍 dll lagi kebiasaan anda.. Juga doa Rasulullah s.a.w kepada Ibn Abbas semasa kecil, adalah agak terbaik rangkumannya.. walau anak anda bayi sekalipun. . Agar anak soleh solehah kita ini akan faqqih (faham) tentang agama (deen, cara hidup yang baik, betul), dan Allah yang mengajarkan Anak kita ini takwil (tafsir Al Quran) melalui guru sekolah / penjaga sementaranya. . Bukankah Agama sentiasa mengajar kita yang baik-baik, lengkap untuk hidup dengan tatacara kehidupan beserta larangannya agar kita hidup aman? Maka insyaAllah segala pesanan panjang anda selama ini terangkum jua...... (main baik2 dsb). . CARE♥️, Maznah Ibrahim . t.mazn.me/chan Daftar webinar parenting Jumaat ini di sini : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

Sebab kita ibubapa ini bukan pakar otak/ boleh scan otak anak/ bukan Tuhan/ mahupun bukan diri anak itu sendiri, Maka kita takkan tahu exactly 100% apa anak fikir, rasa dan sebab kepada tindakannya begitu begini, Namun, Kita dikurniakan naluri keibubapaan dan kemanusiaan yang cukup baik, Hanya perlu aktifkan hati nurani itu dan cuba rasakan ketenangan apabila kita telah melakukan satu-satu tindakan, sama ada meminta, mengarah, memudah cara, memberi jalan, membantu kebolehan/potensi anak dan pelbagai pendekatan lagi. Mudahan itulah yang paling serasi, dan paling sesuai dengan dia, Dan paling WIN untuk dia dan kita. Sentiasa belajar dan berkongsi, InsyaAllah, Care ❤, Maznah Ibrahim Sudah daftar webinar pendekatan sukses parenting Jumaat malam? Sudah 450 orang mendaftar 😍, Segera dapatkan seats dan unique link anda melalui email ya, Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

MasyaAllah bagusnya Puan Aisya, Berkenaan rutin peluk anak setiap hari 😀👍🏼👍🏼 Saya add on doa untuk mereka juga (hugs + w
+1
MasyaAllah bagusnya Puan Aisya, Berkenaan rutin peluk anak setiap hari 😀👍🏼👍🏼 Saya add on doa untuk mereka juga (hugs + words iaitu doa), mungkin tuan puan dah biasa peluk + doa untuk anak, namun saya akan kongsi kan doa skripnya sewaktu esok subuh ya.❤️😍

Cara Efektif Kendali Anak-Anak Yang Kerap Bergaduh Ini adalah review pengalaman dua hari peserta coaching Utara saya setelah sesi group coaching emosi ibubapa (tahun 2016). Dua hari amalkan dan dapati ia berkesan. Jadi saya mohon izin beliau untuk share agar beri manfaat pada ramai orang di luar sana. https://maznahibrahim.com/cara-efektif-kendali-anak-anak-yang-kerap-bergaduh/

Reminder ibu ayah yang hantar anak ke pengasuh/sekolah... Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Dah daftar untuk webinar parenting Jumaat malam ini berkenaan pendekatan parenting untuk elak damage ? https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=330119838063696&id=477691842405405 Live FB bersama Dr Nurhaya, berkenaan pendidikan seksualiti; bila anak bertanya.

Kita Ikut Cara Kita Gaya parenting biasa yang telah kita ketahui ialah sama ada jenis authoritarian, autoritative, permissive dan uninvolve. Umumnya semua orang tahu, yang terbaik ialah gaya autoritatif iaitu ibubapa mempunyai 'demand' atau ekspektasi kepada anak, namun serentak dengan itu tetap memberi sokongan kepada anak, terutama aspek sokongan emosi. https://maznahibrahim.com/5-pendekatan-sukses-dalam-parenting-kini/

Pendidikan Seksualiti: Bila Anak Bertanya Walaupun pendidikan seksualiti adalah sesuatu yang kurang dibicarakan di antara ibu bapa dan anak, namun tidak disangkal sudah semakin ramai ibu bapa yang sudah berjinak-jinak di dalam penyampaian ilmu ini kepada ahli keluarga. . Kalau dulu kita banyak cari sendiri, tahu sendiri atau tertahu secara tidak langsung, namun dunia tanpa batasan sekarang membuatkan info tentang pendidikan seksualiti ini menjadi perhatian dan mula didedahkan secara berdikit-dikit. . Tak kalah juga dengan situasi di mana anak bertanya tapi tak tahu pula kita nak menjawabnya. Adakah jawapan ia perlu sesuai dengan 'text book", atau perlu "tipu sunat" kata sesetengah orang demi melindungi terlampau banyak informasi yang dikira boleh menyebabkan salah faham. . Oh sungguh membingungkan.... . Yang pasti, pendidikan seksualiti sudah bermula seawal bayi sesuai dengan tahapan perkembangan psikoseksualiti mereka. . Sekali lagi, kami bersyukur dapat bersama Puan Maznah Ibrahim, kaunselor kanak-kanak mengupas tajuk ini. . Ya ia adalah PERCUMA! Boleh tonton bagi ahli Group Mom's Kingdom, di FB Group Mom's Kingdom, Juga boleh tonton di Page ini : Facebook.com/maznahibrahimofficial . . Kepada yang belum join group Mom's Kingdom dan berminat untuk banyak lagi ilmu dari orang yang ahli dalam bidangnya, boleh tekan link di bawah: . https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 . Nota kaki: Admin group hanya akan approve mereka yang sudah mendaftar melakui link di atas sahaja. Sekiranya belum mendaftar, jom cepat-cepat daftar!

Live perbincangan malam ini, 10 malam, berkenaan Seksualiti Anak : Bila Anak Bertanya, Akan ada di dua tempat : Group Mom's K
Live perbincangan malam ini, 10 malam, berkenaan Seksualiti Anak : Bila Anak Bertanya, Akan ada di dua tempat : Group Mom's Kingdom Dan FB Page Maznah Ibrahim

Saya tahu ramai bimbang berkenaan situasi semasa Covid-19 ini. Tidak dapat bayangkan jika kita sendiri sebagai ibubapa jatuh sakit, tidak sihat atau perlu diasingkan. Sementara itu, fokus kepada diri kita dan keluarga kita dulu ya. Perkara yang menjadi tanggung jawab kita, ialah diri kita dan keluarga kita sendiri. Mereka bergantung kepada kita. Saya sediakan 'checklist' basik aja untuk 'reminder' kita bersama. #kitajagakita #kitapastimenang Care ❤, Maznah Ibrahim *dah daftar webinar parenting pendekatan sukses Jumaat ini belum? Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

Webinar Parenting Eksklusif Tertutup 🌱5 Pendekatan Sukses dalam 'Parenting' Kini🌱 Apa Maksud Sukses? Sukses adalah ‘the accomplishment of an aim or purpose’ – iaitu pencapaian kepada sesuatu tujuan. Pada saya, sukses diukur dari nilai bahagia dan tenang. Nilai dalam dan luar. Kunci kepada pendekatan sukses keibubapaan yang saya maksudkan di sini ialah, rasa bahagia, tenang dan win win untuk ibubapa-anak. Tiada kemelut rasa, memberontak, jiwa kacau, tak sinergi, sebaliknya selesa aja, gembira, bahagia dan sama-sama setuju. Konflik sikit-sikti tu biasa namun ada kejelekitan kemudiannya di situ apabila telah sama memahami. Ia bukan diukur secara pencapaian fizikal semata (boleh dilihat/diukur seperti straight ‘A’s, naik pentas setiap tahun), malahan seimbang dan menyeluruh termasuk aspek psikologikal: emosi, pemikiran, dan spiritualnya : jiwa, ruhani, serta tingkahlakunya: sahsiah/perilaku si anak, Termasuk juga si ibu dan ayah. Dalam keibubapaan Mithali yang saya dengarkan presentasinya oleh Prof Madya Dr Rabiatul Adawiyah baru-baru ini dalam mesyuarat yang dihoskan oleh JAKIM, ibubapa perlu jelas dengan matlamat kekeluargaan dan peranan masing-masing. Saya nampak jelas akan aksi kepemimpinan setiap ibu ayah sebagai rol model kepada anak-anak yang berbeza kemampuan dan pencapaian (sukses) unik tersendirinya. Tidak kira anak menjadi doktor, mahupun kerani, atau peniaga, namun anak-anak ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada ibubapa, keluarganya dan masyarakat semula. Kini dengan pelbagai ilmu spesifik lagi, saya amat teruja untuk turut sama membawakan perkongsian mengenai pendekatan 5 sukses ini untuk sahabat saya semua. Buat pertama kali, hasrat saya untuk menjadi hos kepada program webinar sendiri tercapai, insyaAllah. Saya bawakan pengamal keibubapaan bagi ilmu spesifik ini untuk turut bersama saya dalam webinar dan berkongsi dengan kita semua. Mereka tidak perlu orang yang terlalu glamour di persada langit nun, namun cukuplah mereka sebagai seorang hero/heroin ibubapa kepada anak-anak mereka sendiri. Bahagia. Tenang. Jumpa Jumaat ini, 9.30 malam dan insyaAllah anda akan dapat pencerahan kepada 5 pendekatan kejayaan (sukses) dalam 'parenting' kini. Ia untuk kita sama-sama dapat idea, serta menjawab persoalan, dan meraih input kunci yang mungkin boleh kita terapkan dalam kepimpinan kita kepada anak-anak kita. Tak semua anak adalah sesuai dengan pengarahan semata, dan tak semua anak sesuai dibiarkan mengalir / beraksi sendiri semata. Ada selok belok tersendiri di situ. Ada seninya di situ. Saya percaya, Dalam setandan pisang, tak semestinya satu akan rosak, atau tak menjadi. Semua boleh menjadi, insyaAllah, asalkan kita cukup kenal diri, kenal anak dan laksanakan pendekatan yang bersesuaian. Webinar Parenting Eksklusif (Tertutup): Tajuk : 5 Pendekatan Sukses dalam 'Parenting' Kini Tarikh : 9 Oktober 2020 (Jumaat) Masa : 9.30 malam Tempat : Di Lokasi Anda (perlu laptop/hp berinternet) Hos : Pn Maznah Ibrahim Co Host : Dr Nurul Sazmi Rosani, Pn Siti Mashitah Sarif, Pn Nur Sakinah Ibrahim, Pn Noorhasline Mohd Soleh Link Daftar (segera dapatkan tempat anda): . https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 . https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 . https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 * Link masuk webinar adalah berbeza setiap individu yang daftar, ia akan diberi terus kepada email anda

Melihat gambar dan video lama anak, Terasa masa terlalu singkat, Dan tertanya cukupkah memori baik-baik dan indah telah dimasukkan ke dalam diri mereka melalui pengalaman emosi dan rasa mereka? Semasa storytelling malam-malam gelap pada minggu lalu, Anakanda sulong tiba-tiba berkira-kira dan berkata, dia ada lagi 4 tahun aja lagi masa dengan Mummy Ayah... sebelum dia masuk asrama jauh..😱 Allah. Tak lama aja lagi masa yang ada. (Amin, doanya masih panjang usia terus membimbing usia remajanya). Harus hargai hari ini, saat ini, gaduh, baik, gaduh, baik, mesra, tegur, nasihat, bebel, main, kerja sama-sama dan pelbagai lagi... . . Peringatan bersama ❤, Maznah Ibrahim Tengahari nanti saya mula buka Webinar Eksklusif Parenting Key Success 9 Oktober 2020, Jumaat, 9.30 malam ya. Telegram: T.mazn.me/chan