uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

Pekeliling Kewangan dan Perkhidmatan

Pekeliling Kewangan dan Perkhidmatan

Відкрити в Telegram
3 401
Підписники
Немає даних24 години
+17 днів
+1630 днів
Архів дописів
pdfcoffee_com_buku_panduan_pengurusan_kedai_buku_sekolah_pdf_free.pdf2.00 MB

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, Seksyen Akaun Sekolah, Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Taklimat Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (TPKPKWS) Edisi 2026. Ketetapan taklimat adalah seperti berikut: Zon : Borneo (JPN dan PPD bagi Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Tarikh : 7 dan 8 Oktober 2026 (Rabu dan Khamis) Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang Pautan : https://teams.microsoft.com/meet/497113863868685?p=Q3xja7GrjEEoYIw9LV Meeting ID : 497 113 863 868 685 Passcode : tn6YL733 Bahan Rujukan : https://drive.google.com/drive/folders/1m2zZ6pJ9HpdjIyDnsKjManpcxOpH8WgN 3. Sehubungan dengan itu, pihak JPN dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada PPD di bawah seliaan masing-masing. Pihak tuan/puan adalah dipohon untuk memastikan pautan taklimat ini hanya diedarkan kepada peserta yang telah ditetapkan di bawah Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan tidak dikongsikan kepada pihak lain tanpa kebenaran. 4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan Nurazmiah binti Azri atau Puan Satirah binti Ahmad Damyathi melalui e-mel nurazmiah.azri@moe.gov.my/ satirah@moe.gov.my atau di talian 03-8884 7534/7480. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Nurazmiah Nurazmiah binti Azri C.A.(M) Unit Pengurusan Akaun Sekolah Seksyen Akaun Sekolah (SAS) Bahagian Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia 03-8884 7534

Dokumen daripada Abdul Razak Bin Idris

KELULUSAN_SECARA_PUKAL_KUTIPAN_TERIMAAN_MELALUI_PERBANKAN_DALAM.pdf4.13 KB

enc=encoded=WkqzU8guT3pRkly25ozl30jpZzte6i3SZrc8_IZrGaDxRkRHRNDN.pdf1.40 KB

SURAT_PEMAKLUMAN_PENGURUSAN_TAWARAN_SEBUT_HARGA_KANTIN_SEKOLAHINSTITUSI.pdf9.25 KB

PENGURUSAN_SEBUT_HARGA_KANTIN_SEKOLAH_SEKOLAH_KEMENTERIAN_PENDIDIKAN.pdf17.79 MB

Panduan Sebut Harga Kantin .pdf5.77 MB

CADANGAN TAKWIM SEBUT HARGA KANTIN.jpeg4.99 KB

CADANGAN TAKWIM PELANJUTAN PERJANJIAN KANTIN.jpeg4.53 KB

DOKUMEN PENERANGAN DAN PANDUAN TENDER KANTIN SEKOLAH 2026

+1
PENYELARASAN_ISU_DAN_PENAMBAHBAIKAN_BA_BERSAMA_BAS_DI_IAB_ENSTEK.pdf5.25 KB

TATACARA PENGGUNAAN LAMPIRAN A(3) DALAM PENYATA PENYESUAIAN BANK SISTEM eSPKWS.pdf

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah / Rendah yang berkenaan Negeri Perak Darul Ridzuan Tuan / Puan, *TATACARA PENGGUNAAN LAMPIRAN A(3) DALAM PENYATA PENYESUAIAN BANK SISTEM eSPKWS* Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Seperti sedia maklum, Lampiran A(3) dalam Penyata Penyesuaian Bank (PPB) disediakan khusus bagi memperakaunkan caj bank yang dikenakan oleh pihak bank. Sehubungan itu, Lampiran A(3) tidak boleh digunakan untuk merekodkan transaksi atau pelarasan lain sekiranya perkara tersebut masih boleh diselesaikan melalui tatacara perakaunan yang ditetapkan dalam sistem eSPKWS. 3. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang boleh dipertimbangkan untuk penggunaan Lampiran A(3) seperti berikut: 3.1 Kesilapan perakaunan yang melibatkan Terimaan Cek Batal (TCB); 3.2 Terimaan yang tidak dikenalpasti tersalah rekod menggunakan jenis terimaan Biasa, bukannya terimaan Akaun Terimaan Tidak Dikenalpasti; 3.3 Cek yang tidak ditunaikan dalam tempoh tiga (3) bulan telah direkod sebagai Terimaan Cek Batal tetapi telah ditunaikan oleh pihak bank; 3.4 Cek Tak Laku yang diterima daripada pembekal atau pihak berkaitan; dan 3.5 Kesilapan mengunci masuk resit terimaan yang sama sebanyak dua (2) kali dalam PPB bagi terimaan yang melangkau tahun. 4. Walau bagaimanapun, penggunaan Lampiran A(3) bagi situasi-situasi yang dinyatakan di perenggan 3 hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Akaun (BA). 5. Justeru itu, sekolah yang menghadapi mana-mana situasi tersebut hendaklah mengemukakan aduan kepada BA melalui Ketua PTJ dengan menyatakan justifikasi yang lengkap berserta dokumen sokongan yang berkaitan untuk semakan dan pertimbangan. Penggunaan Lampiran A(3) hanya dibenarkan setelah kebenaran bertulis melalui e-mel daripada BA diperoleh. 6. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, pihak Tuan / Puan boleh menghubungi pegawai Unit Akaun Sekolah seperti berikut:- i) En Hafizul bin Sahabudin - 05 525 6095 ii) Puan Mariati binti Ismail iii) Puan Mariyah binti Ihsan iv) En Mohd Faizul bin Bakar Sekian Terima Kasih. *UNIT AKAUN SEKOLAH* *JPN PERAK* *15 SEPT 2026* *12.28 PM*

Fatin Omi SKUB: https://drive.google.com/drive/folders/14AqOSaOsiWrRv3Y7nkbj46P1ZHRlaXtJ en razak ni screen record taklimat espkws tempoh hari

SURAT_PEMAKLUMAN_PENYALURAN_PERUNTUKAN_TUNTUTAN_PELARASAN_TAHUN.pdf4.60 KB

RETAN ELEKTIF.xlsx0.10 KB

Contoh retan elektif

Ni bt sndiri

Mcm ni retan tu