Info SM Arab (JAIM) Al-Asyraf
Відкрити в Telegram
840
Підписники
-124 години
-17 днів
-330 днів
Архів дописів
MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMA (JAIM) AL-ASYRAF KALI KE 23 DAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1445H
🚦 MAKLUMAN UNTUK SEMUA IBUBAPA/PENJAGA MURID SMA (JAIM) AL-ASYRAF SESI 2024/2025🚦
Untuk makluman, Cuti Persekolahan Penggal 1 Sesi 2024/2025 akan bermula pada 25/05/2024 hingga 03/06/2024.
Bagi murid tingkatan 1 hingga 4 yang tinggal di asrama, ibubapa/penjaga boleh mengambil anak pulang pada 24/05/2024(Jumaat) selepas selesai Mesyuarat Agung PIBG.
(Pelajar Tingkatan 5 & STAM terlibat dengan program Jawahir Mumtazah sehingga 26/05/2024).
Semua murid akan pulang semula ke asrama pada 03/06/2024 (Isnin) sebelum pukul 6.00 petang.
Sekian, untuk makluman
Terima kasih.
Pengetua
SMA (JAIM) AL-ASYRAF
🚧 MAKLUMAN UNTUK IBUBAPA/PENJAGA MURID YANG TIDAK TINGGAL DI ASRAMA🚧
Untuk makluman,perjumpaan Kokurikukum pada 14-15 Mei 2024 (Selasa&Rabu) ditangguhkan.
Sehubungan itu, ibu bapa/ penjaga murid luar boleh mengambil anak jagaan pada jam 2:30 petang.
Sekian, untuk makluman
Terima kasih.
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera...
Salam SMASRA dihatiku...
Kepada,
Ibu bapa/penjaga
PER : MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE 26 SMA (JAIM) AL ASYRAF PULAU SEBANG
Adalah segala hormatnya dimaklumkan, tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ke 26 SMASRA
Tarikh/Hari : 24 MEI 2024 (JUMAAT)
Masa. : 2:45 PTG
Tempat : Dewan SMASRA
Tuan/Puan boleh mengisikan pautan/link yang diberikan untuk pengesahan kehadiran dan mengemukakan usul/cadangan (sekiranya ada) di pautan:
https://surveyheart.com/form/6639b39b79ebc3488f979a78
Sekian, terima kasih.
Pengurusan PIBG
SMASRA
🚧 MAKLUMAN UNTUK IBUBAPA PENJAGA MURID YANG TINGGAL DI ASRAMA🚧
Perubahan tarikh balik bermalam/ wajib bagi Bulan Mei 2024
Untuk makluman ibubapa/ penjaga , tarikh asal balik wajib bagi murid asrama pada 10.05.2024 terpaksa ditunda kepada 17.05.2024.
Ini kerana terdapat program sekolah yang akan melibatkan semua murid asrama pada 11.05.2024 tersebut.
Sekian, untuk makluman .
Terima kasih.
Maaf Zahir & Batin
https://vt.tiktok.com/ZSFv9CNgS/
Merentas desa 2024..jangan putus asa kpd yg tak berjaya.. Teruskan usaha💪💪💪
MAKLUMAN PULANG KE ASRAMA SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum w.b.t.
1. Cuti persekolahan sempena Hari Raya telah tamat hari ini dan anak-anak perlu kembali ke asrama pada hari ini 14/4/2024 (Ahad) sebelum jam 6.00 petang.
2. Pastikan anak-anak tidak membawa barang larangan terutamanya telefon bimbit, tab, dan lain-lain barangan larangan ke asrama dan sekolah.
3. Pastikan kesihatan anak-anak sebelum di hantar ke asrama.. Jika didapati anak tidak sihat, tidak perlu pulang ke asrama (maklumkan pada PK HEM/Ketua Warden/Warden)
Selamat Kembali Ke Asrama SMASRA
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR. BATIN
Terima kasih.
Saksikan Live Majlis Penutupan Ihya Ramadan SMASRA - https://www.youtube.com/live/lHO5io8RrCM?si=70LfiiDzi7URQGbA
